GAYA
KESANTUNAN
BERBAHASA
-BMMB 1144-
RAGAM BAHASA
1•Bahasa terbalik
2• Bahasa kiasan
3• Peribahasa
4• Bahasa sapaan
5• Pengurusan air muka
1.Bahasa terbalik
Bahasa terbalik merupakan salah satu daripada
jenis ragam bahasa.
Bahasa terbalik digunakan dengan menyatakan
maksud tersirat atau berlawanan dengan apa
yang berlaku dan apa yang ingin dikatakan.
Namun, orang dapat memahami maksud
sebenarnya.
Contoh situasi bahasa terbalik
“Lain kali, bawak la laju lagi motor tu”, kata Pak
Samad kepada anaknya yang telah mengalami
kemalangan.
"Bangun la lambat lagi", kata ibu kepada abang
yang telah lewat untuk ke sekolah.
"Tak payah buat la kerja kursus. Main je game
tu" kata Farah kepada rakannya.
" Haa, panjat la lagi pokok tu"kata ibu kepada
adik yang jatuh dari pokok.
2.Bahasa Kiasan
Susunan kata atau bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu
dengan mengiaskannya kepada perkara yang lain, sama ada
dengan menyebutkan bandingannya atau tidak.
Mengelakkan Fungsi Menambahkan
sesuatu perkara kejelasan perkara
yang tidak manis Menguatkan maksud yang diperkatakan
daripada disebut yang diperkatakan
secara terus terang agar dapat menarik
perhatian khalayak
Jenis-jenis Kiasan asal
Bahasa Kiasan
Kiasan permanusiaan
Kiasan sandar
Kiasan terus
Kiasan berbunga
Kiasan asal Kiasan permanusiaan
Menerangkan sesuatu perkara Bentuk bahasa yang
dengan menggunakan sesuatu memberikan sifat atau
yang lain sebagai perlakuan yang lazimnya
perbandingan. hanya dimiliki atau
Menggunakan kata bandingan: dilakukan oleh manusia
-Bagai kepada objek yang tidak
-macam bernyawa.
-seperti Contohnya:
-umpama -Angin menampar pipiku
-laksana -Ombak memukul pantai
Contohnya:
1.Pahit bagai hempedu
2.Matanya merah seperti biji saga
Kiasan sandar Kiasan terus
Susunan kata yang Susunan kata yang digunakan
mengaitkan sesuatu perkara, untuk menyatakan sesuatu perkara
misalnya perlakuan individu dengan dikaitkan terus kepada
kepada benda lain yang benda lain tetapi mempunyai
mempunyai persamaan makna yang berbeza daripada
dengan perkara yang hendak makna asal perkataan itu sendiri.
dikiaskan . Misalnya:
Misalnya: -Ramli merupakan ayam
-Amar tidur-tidur ayam. tambatan pasukan bola
(Mengaitkan cara Amar sepak sekolahnya. ( Ramli
tidur seperti cara ayam dikiaskan terus sebagai ayam
tidur, iaitu tidur tetapi tidak tambatan kerana dia merupakan
orang harapan pasukan bola
nyenyak) sepak sekolahnya.
Kiasan berbunga
Susunan kata yang
menggambarkan sesuatu
maksud dengan
menggunakan perkataan
yang berbunga- bunga atau
indah, seolah- olah seseorang
itu sedang melihat lukisa
yang cantik..
Misalnya:
-Selimut kemalasan
-Api peperangan
-Canai fikiran
3. Peribahasa
Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang
tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu
Jenis-jenis
Peribahasa
Kata-kata hikmat Simpulan Bahasa
Perumpamaan Perbandingan
Bidalan Pepatah
1.Kata-kata hikmat
Ungkapan yang mengandungi pengertian, pengajaran, atau falsafah yang berguna.
Biasanya, ringkas tetapi bernas dan mudah disebut. Digunakan sebagai cogan kata atau
kiasan dalam pertuturan dan penulisan.
Contoh ayat:
1.Masa itu emas. Masa sangat berharga. Kita tidak boleh membuang masa kerana masa itu
emas.
2.Perumpamaan
Merupakan jenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain. Biasanya, maksud
perumpamaan berlainan daripada kelompok kata yang membentuknya.Biasanya, ia menggunakan
kata-kata bandingan seperti bagai, laksana, seperti, umpama, ibarat dan macam untuk
mengiaskan sesuatu secara perbandingan.
Contoh:
1.Bagai pinang dibelah dua
2.Bagai menatang minyak yang penuh
3. Simpulan
bahasa
Bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan
bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti
yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna
perkataan yang membentuknya.
1.Sebagai contoh; ada hati yang bermaksud ada kemahuan, alas perut pula bermaksud
makanan yang dimakan sedikit supaya tidak lapar.
4. Bidalan
Merupakan sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang benar. Biasanya, ia
merupakan ungkapan pendek yang melekat di mulut orang.
Contoh ayat:
1.Ada udang di sebalik batu.(Melakukan sesuatu tetapi ada tujuan lain di sebaliknya)
-Tindakan Amir memberi hadiah kepada Mira ada udang di sebali batu kerana dia ingin
memikat gadis itu.
5.Perbandingan
Perbandingan merupakan sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan
seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan.
Contoh bandingan:
1.Alim seperti ulama
2.Anggun seperti ratu
3.Bijak seperti pendeta
6. Pepatah
Ialah sejenis peribahasa yang berangkapbiasanya terdapat pengulangan kata yang berperanan
sebagai penegasan atau sebagai unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.
Contoh ayat:
1.Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. (Perangai anak biasanya mengikut orang yang
mengasuhnya)
4. Bahasa sapaan
Kesantunan berbahasa atau bahasa banyak bergantung
pada pemilihan kata sapaan atau panggilan hormat yang
tepat.
Sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh
sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur atau
menyapa seseorang, baik dalam konteks rasmi mahupun
tidak rasmi.
Bahasa sapaan mesti digunakan dengan betul dan sesuai
mengikut konteks semasa berkomunikasi supaya menjaga
air muka orang lain serta tidak menyinggung perasaan
orang lain.
Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa
sapaan. Dalam pergaulan seharian terdapat sekatan-
sekatan sosial tertentu antara ahli masyarakat itu.
Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau
Dalam pergaulan seharian terdapat sekatan-sekatan sosial
tertentu antara ahli masyarakat itu.
Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau
kedudukan sosial.
Dalam bentuk sapaan yang berdasarkan pangkat atau
status seseorang itu, pembahagian dibuat seperti yang
berikut:
Gelaran pergaulan formal
Gelaran warisan
Gelaran kurniaan kerajaan
Gelaran kurniaan ikhtisas
Gelaran keagamaan
Gelaran pergaulan formal
Pergaulan formal dimaksudkan sebagai pergaulan yang
menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan
pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial, atau sekatan
sosial disebabkan si penyapa tidak begitu kenal antara satu sama
lain.
Contoh:
Tuan
Encik
Cik
Puan
Saudara
Saudari
Gelaran warisan
Gelaran warisan merupakan gelaran yang
diwarisi oleh seseorang sejak kelahirannya
seperti:
Raja : Tengku, Tunku, Engku, Tuanku
Bangsawan : En. Megat, Tn. Syed, En.
Wan, En. Nik, Abang, Dayang
Gelaran kurniaan kerajaan
Gelaran kurniaan kerajaan ialah gelaran yang dianugerahkan oleh
kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang dianggap
berjasa
Contoh Tun
Toh Puan
Tan Sri
Puan Sri
Datin Paduka
Gelaran kurniaan ikhtisas
Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana
kejayaan seseorang dalam bidang akademik
atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran
profesional.
Contohnya:
1. Doktor
2. Profesor
3. Jeneral
4. Cikgu
5. Ustaz
6. Ustazah
Gelaran Keagamaan
Dalam masyarakat Melayu yang beragama
Islam, terdapat beberapa gelaran bersesuaian
dengan kedudukan mereka dalam hal
keagamaan
Contoh:
1.Tuan Haji
2.Puan Hajah
3.Pak Lebai Kadut
Bahasa Sapaan Berdasarkan Kedudukan
Dalam Keluarga
Penggunaan bahasa sapaan antara ahli
keluarga mencerminkan kedudukan seseorang
itu dalam susunan kekeluargaan.Kata ganti
nama diri dalam sesebuah keluarga ditentukan
melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga
suku/ perut dan keluarga turun-temurun.
Contohnya:
-Ayah, walid, abah, ibu, emak, umi, nenek,
opah, atok, tok wan, wan, Bang Long, Kak
long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Lang, Kak
Lang,Bang Uda, Kak Uda, Bang Andak, Kak
Andak,Bang Teh, Kak Teh, Kak Su, Pak Long,
Mak Long, Pak, Ngah, Mak Ngah dan
sebagainya.
5.Pengurusan Air Muka
Penutur menjaga mimik muka sewaktu bertutur demi menjaga perasaan
orang yang mendengar di samping memelihara maruah diri sendiri.
Muka dikaitkan dengan maruah diri kerana apa yang tersirat di hati
tersurat di wajah
Penggunaan simpulan bahasa
berkaitan air muka:
1. talam dua muka
2. muka tembok
3. tebal muka
SEKIAN, TERIMA
KASIH