The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 631-13-fadhilah, 2022-01-16 01:06:48

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

TUGASAN 2 (E-PORTFOLIO)

Keywords: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BMMB1074
SEJARAH PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU

TUGASAN 2 : E-PORTFOLIO

NUR FADHILAH BINTI AHMAD

KANDUNGAN

BIL. SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

KANDUNGAN i

1.0 PENGENALAN 1

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA 1

MELAYU

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA 3

3.1 PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG 3

3.2 PERANAN PAKATAN BELAJAR MENGAJAR

PENGETAHUAN BAHASA 4

3.3 PERANAN ASAS 50 4

3.4 BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN 5

4.0 CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU 5

5.0 RUMUSAN 6

RUJUKAN 7

i

1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan di Malaysia semakin berkembang sehingga ke hari ini selepas

melalui beberapa perubahan. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah mengambil tahu tentang
sejarah perkembangan pendidikan di negara kita. Hal ini bertujuan untuk menghargai tokoh-
tokoh terdahulu yang telah berjuang dalam memartabatkan bahasa Melayu. Dalam penulisan
ini, terdapat beberapa perkara yang akan dibincangkan termasuklah sejarah perkembangan
tulisan dalam bahasa Melayu, sejarah perkembangan bahasa Melayu pramerdeka dan
pascamerdeka serta cabaran dan masa depan bahasa Melayu.
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU

Terdapat tiga jenis sistem tulisan dalam bahasa Melayu iaitu sistem tulisan Kawi,
sistem tulisan Jawi, sistem ejaan Za’ba dan sistem ejaan Rumi Kongres. Menurut Namri Sidek
(2019), tulisan Kawi digunakan oleh orang Melayu sejak abad ke-8 serentak dengan
permulaan tulisan Jawi di kalangan orang Melayu. Pendapat ini adalah berdasarkan kepada
penemuan sebuah batu nisan orang Melayu yang dikenali dengan nama Ahmad Majnun di
Pengkalan Kempas, Sungai Ujung, Negeri Sembilan. Pada batu nisan tersebut, tertera tahun
1463 yang memaparkan kedua-dua bentuk tulisan iaitu Kawi dan Jawi. Hal ini melambangkan
era perubahan tulisan orang Melayu kepada tulisan Jawi yang digunakan sekarang berserta
bukti kedatangan pengaruh Islam yang mula bertapak di Tanah Melayu. Tulisan ini diasaskan
oleh orang Jawa yang turut dikenali sebagai tulisan lama Jawa. Banyak pinjaman istilah
bahasa Sanskrit serta elemen-elemen Hindu terdapat dalam tulisan ini. Batu bersurat di
daerah Tapanuli, Sumatera iaitu batu bersurat Joreng (1179M) dan batu bersurat Padang
Lawas (1213M) merupakan dua artifak lama yang memaparkan tulisan Kawi.

TULISAN KAWI

1

Seterusnya adalah sistem tulisan Jawi. Mohd. Alwee Yusoff (2005) menyatakan
bahawa tulisan Jawi telah lama wujud dan digunakan sebagai tulisan rasmi Melayu sejak
abad ke-14 Masihi dan sebelumnya. Sejarah Melayu dikatakan bermula dengan tulisan Jawi,
iaitu serentak dengan kelahiran kerajaan-kerajaan Islam yang silam. Makam-makam Diraja
Melayu-Islam yang terdapat di Pasai, Acheh, Daya dan Geresik (Jaya) yang diperbuat
daripada batu pualam yang tertera tulisan huruf-huruf Aram jelas membuktikan
kewujudannya. Batu bersurat yang bertarikh tahun 702H/1303M yang menggunakan tulisan
Jawi sepenuhnya itu menunjukkan bahawa tulisan Jawi berusia hampir 700 tahun lamanya.
Selama kira-kira 200 tahun tulisan itu berkembang selaras dengan perkembangan agama
Islam.

Pada abad ke-7, kerajaan Pasai merupakan kerajaan pertama di kepulauan Melayu
yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya. Merah Silu iaitu raja pertama yang memeluk
Islam telah menukarkan namanya kepada Sultan Malik al-Salleh yang telah meninggal dunia
pada tahun 696H/1297M seperti yang tercatat pada batu nisannya. Islam dikatakan bertapak
di Kelantan lebih awal apabila terdapat sekeping wang emas iaitu al-Julus Kelantan. Pada
salah satu muka wang itu, tertulis tulisan Arab bertarikh 577H yang bermaksud menduduki
Kelantan. Pada akhir abad ke-8H, muncul pula satu kuasa iaitu Melaka yang diasaskan oleh
seorang anak raja Palembang iaitu Parameswara yang kemudiannya memeluk agama Islam
dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah pada 812H. Seterusnya Melaka dan
Pasai saling berhubungan (Luqman, 2015).

Sistem ejaan Rumi Za’ba adalah sistem yang terkenal selepas ejaan Wilkinson. Sistem
ejaan ini dihasilkan oleh pendeta Za’ba di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim,
pada tahun 1924. Sistem ejaan ini telah diperkemas dalam beberapa tahun, dan digunakan
dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang maktab
berkenaan. Antara buku yang menggunakan ejaan ini termasuklah buku Ilmu Bahasa Melayu
Penggal 1 (1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), Daftar Ejaan Jawi-Rumi (1949)
dan judul Petua-Petua Ejaan Rumi. Semua buku yang tersenarai ini dikarang oleh pendeta
Za’ba. Sistem Ejaan Za’ba digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu dan Brunei. Oleh sebab ejaan ini merupakan satu-satunya ejaan
yang digunakan di sekolah sejak tahun 1924, ejaan ini dikenali juga sebagai Ejaan Sekolah
sehingga tahun 1972 apabila pengisytiharan Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia dibuat.
(Muhammed Salehudin Aman, t.t.)

Akhir sekali adalah sistem ejaan Rumi Kongres. Mada (2013) menyatakan bahawa
sistem ejaan Rumi Kongres merupakan sistem ejaan selepas sistem ejaan Za’ba. Sistem

2

ejaan Rumi Kongres ini ialah hasil dalam salah satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan
dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16-21 September 1956. Prinsip ejaan yang ditetapkan ialah

• menggunakan sistem fonologi bukan fonetik, iaitu melambangkan satu fonem
dengan satu grafem atau huruf sahaja.

• perbezaan telah ditetapkan semula dari segi keserasian vokal dalam suku kata
awal dan suku akhir tertutup.

• tanda sempang dihapuskan penggunaannya yang menyalahi sama sekali
dengan sistem Za’ba yang banyak sekali menggunakan sempang, kecuali
pada kes-kes tertentu sahaja.

• terdapat pembaharuan dari segi perbezaan mengeja beberapa perkataan
tertentu disebabkan ejaan Kongres menetapkan supaya perkataan dieja
berdasarkan sebutannya yang asal.

• terdapat juga perubahan dalam penggunaan kata-kata partikel, iaitu kata
gelaran si, kata depan di, ke, dan penanda sama/satu se- dipisahkan ejaannya
daripada perkataan yang mengikutinya tanpa penggunaan sempang.

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA

3.1 PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG

Menurut Han (2008), Pejabat Karang Mengarang ditubuhkan pada tahun 1924 di
Tanjung Malim, Malaysia. Pejabat ini diketuai oleh OT Dussek dan dibantu oleh Za’ba. Berikut
adalah matlamat penubuhan Pejabat Karang Mengarang yang terbahagi kepada dua iaitu

i. Rancangan jangka panjang:
• Mengeluarkan jurnal-jurnal bergambar
• Mengadakan perpustakaan yang dibawa ke kampug-kampung
• Membawa buku ke kampung untuk dijual
• Menulis, menterjemah serta menyunting novel-novel dan menyelenggarakan
percetakannya
• Melatih penterjemah baru
• Menterjemahkan perkara-perkara yang hendak diterjemahkan oleh Jabatan
Kerajaan.

ii. Rancangan jangka pendek:
• Mengeluarkan sebanyak mungkin buku-buku sekolah Melayu seperti buku teks
• Mengeluarkan bahan bacaan untuk masyarakat umum

3

3.2 PERANAN PAKATAN BELAJAR MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA

Menurut Nas Hafizah Nasrullah (2016), pakatan belajar mengajar merupakan salah
sebuah badan pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu sebelum merdeka. Pakatan
ini ditubuhkan pada tahun 1888 untuk memajukan bahasa Melayu secara berkumpulan.
Pengasas bagi pakatan ini ialah Dato’ Seri Mar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato’
Muhammad Ibrahim Munsyi. Pada peringkat awal, pakatan ini tidaklah begitu lancar.
Kemudian, persatuan ini dihidupkan semula oleh Dato’ Abdullah Abdul Rahman, Mejar Dato’
Muhammad Said Sulaiman’ Dato’ Awang Muda dan Mejar Musa Yusof pada 7 April 1934
dengan mendapat sokongan penuh daripada Sultan dan Kerajaan Johor. Duli Yang Maha
Mulia Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar mengurniakan gelaran diraja kepada pakatan ini
pada 14 April 1935. Seterusnya, nama pakatan ini bertukar kepada Pakatan Bahasa Melayu
Persuratan Buku Diraja Johor.

Tujuan pakatan ini ditubuhkan adalah untuk mengendalikan perbincangan tentang
bahasa Melayu dan mewujudkan perpustakaan. Berikut adalah matlamat pakatan ini

• Memelihara, memperlengkap dan memodenkan bahasa Melayu
• Memelihara tulisan Jawi
• Menyeragamkan ejaan dan perkataan
• Mencipta perkataan baru
• Mengembangkan pengetahuan melalui ceramah dan penyelidikan
• Mengeluarkan jurnal enam bulan sekali
• Mengadakan perpustakaan

Kegiatan utama pakatan ini pula adalah menghasilkan buku, membentuk istilah dan
menganjurkan ceramah-ceramah bahasa.

3.3 PERANAN ASAS 50

Eddy Terinisip (2018) ada menyatakan bahawa Peranan Asas 50 iaitu Angkatan
Sasterawan 50 ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura dan didaftarkan pada 1951.
Angkatan ini diasaskan oleh Muhammad Arif Ahmad (Mas), Kamaluddin Muhammad (Keris
Mas), Hamzah Hussein, Jimmy Asmara dan Rosmera. Tujuan penubuhan ini adalah untuk
mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu, menjaga kebajikan dan kepentingan
penulis dengan melindungi hak pengarang serta mengadakan pembaharuan dalam bidang
penulisan.

4

3.4 BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Menurut Dinsenu (t.t.), telah timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem
persekolahan menjelang kemerdekaan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk
mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan berikut:

• Laporan Barnes 1951 – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum
Melayu

• Laporan Fenn-Wu 1951 – menyemak pendidikan kaum Cina
• Ordinan Pelajaran 1952 – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem

persekolahan kebangsaan
• Laporan Razak 1956 – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk

memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan
pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

4.0 CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU

Menurut Pidato Net (2016) terdapat beberapa cabaran dan masa depan bahasa
Melayu dari aspek pentadbiran, pendidikan dan ekonomi. Dari segi pentadbiran, antara
cabarannya adalah penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang
menjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing
misalnya precinct, parcel dan boulevard. Seterusnya, tiada penegasan dan penyelarasan
penguatkuasaan penggunaan bahasa dalam sektor tertentu seperti penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan di tempat awam dan penyiaran seperti penggunaan
bahasa rojak dalam penyiaran di televisyen dan radio.

Dari aspek pendidikan pula, cabarannya adalah pengaruh bahasa Inggeris yang kuat,
pengaruh bahasa Sistem Pesanan Ringkas seperti xde, camne, gi, katne dan kekurangan
guru opsyen bahasa Melayu sehingga terpaksa meminta guru bukan opsyen mengisi
kekosongan. Kesannya, pelajar tidak dapat mempelajari bahasa Melayu dengan lebih
mendalam.

Aspek yang terakhir adalah ekonomi. Antara cabaran dari aspek ini termasuklah
penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam bidang ekonomi dan bahasa
Melayu jarang digunakan semasa urusan perniagaan kerana kekurangan istilah yang tepat.
Jelaslah bahawa, semua pihak perlu mengambil inisiatif sendiri dalam mengekalkan martabat
bahasa Melayu. Misalnya, sebagai rakyat Malaysia kita perlulah menggunakan sepenuhnya
bahasa Melayu dalam urusan jual beli. Pihak kerajaan juga perlu menambah kemasukan guru

5

bagi opsyen bahasa Melayu yang dapat memenuhi permintaan guru bahasa Melayu di setiap
sekolah.

Percampuran kod yang dikenali juga sebagai kerancuan bahasa menjadi kebiasaan
kepada rakyat di Malaysia. Misalnya, bahasa yang digunakan dalam drama mahupun filem
Melayu adalah bahasa bercampur-campur yang melibatkan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Perkara ini akan menjejaskan penguasaan
bahasa Melayu terhadap anak muda sekiranya tidak dikawal. Mereka akan menjadi semakin
keliru dengan sistem tatabahasa bahasa Melayu yang seterusnya kerap melakukan
kesalahan sama ada dalam peperiksaan mahupun percakapan harian.
5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia perlulah menghargai pengorbanan tokoh-
tokoh tersebut dengan mengaplikasikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam
kehidupan seharian. Kesannya, anak muda dapat menguasai bahasa kebangsaan mereka
dan dapat mengurangkan kesalahan sama ada dalam pertuturan mahupun penulisan.

6

RUJUKAN

Ahmad Faisal Abdul Hamid & Faizuri Abdul Latif (2014). Sejarah perkembangan tulisan
Jawi: Analisis mengenai teori Kang Kyoung Seok. Jurnal al-Tamaddun Bil, 9(2), 1-15.

Dinsenu (t.t.). Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. Bahasa Melayu OUM.
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/bahasa-melayu-dalam-sistem-
pendidikan.html

Durratul (2021, March 17). Kerancuan ayat bahasa Melayu di media sosial. Blogspot.
https://nurdurratul.blogspot.com/2021/03/kerancuan-ayat-bahasa-melayu-di-
media.html

Eddy Terinisip (2018, October 20). Bahasa Melayu Pramerdeka [PowerPoint slides].
SlideShare. https://www.slideshare.net/EddyTerinisip1/bahasa-melayu-pramerdeka

Han (2008, November 3). Pejabat Karang-Mengarang. Blogspot. http://smsa-
student.blogspot.com/2008/11/pejabat-karang-mengarang.html

Luqman (2015, August 30). Sistem tulisan Jawi. Blogspot.
http://luqmanln.blogspot.com/2015/08/sistem-tulisan-jawi.html

Mada (2013, October 1). Ejaan Rumi Kongres. Blogspot.
http://bujangetg.blogspot.com/2013/10/ejaan-rumi-kongres.html

Mohd. Alwee Yusoff (2005). Perkembangan tulisan Jawi dan aplikasinya dalam masyarakat
Islam di Malaysia. Jurnal Usuluddin, 21, 23-38.

Muhammed Salehudin Aman (t.t.). Sinopsis sistem ejaan bahasa Melayu. Klik Web DBP.
http://klikweb.dbp.my/?p=6003

Namri Sidek (2019, August 17). 3 jenis tulisan orang melayu lama : Rencong, Pallavi dan
Kawi. Iluminasi. https://iluminasi.com/bm/3-jenis-tulisan-orang-melayu-sebelum-jawi-
rencong-pallavi-dan-kawi.html

Nas Hafizah Nasrullah (2016, April 18). Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p
bm pb) [PowerPoint slides]. SlideShare. https://www.slideshare.net/ns2409/pakatan-
belajar-mengajar-pengetahuan-bahasa-p-bm-pb

Pidato Net (2016, October 9). PIDATO : Masa depan dan cabaran bahasa Melayu dalam
pentadbiran, pendidikan dan ekonomi. Pidato Net. http://pidato.net/3373_docx-masa-
depan-dan-cabaran-bahasa-melayu-dalam

7


Click to View FlipBook Version