The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2022-03-02 21:39:52

KAEDAH PENGAJARAN DALAM PENDIDIKAN

PIMK3092-Kaedah Pengajaran

V13

KAEDAH
PENGAJARAN
DALAM PENDIDIKAN

PIMK3093

ISI KANDUNGAN

01 PENGENALAN 02 KAEDAH PENGAJARAN
RASUL

03 KAEDAH
PENGAJARAN IMAM
ABU HANIFAH

PENGENALAN

● Merupakan cara yang digunakan

untuk memudahkan para pelajar

memahami isi pelajaran yang

disampaikan

● Dapat membantu pelajar

mencapai matlamat

pembelajaran yang disasarkan

KAEDAH PENGAJARAN
RASULULLAH

KAEDAH PENGAJARAN RASULULLAH SAW

•Kaedah perbandingan:

Perkara baik yang dilakukan oleh seseorang, pasti kesan yang dirasai oleh hatinya
adalah tenang dan begitu sebaliknya.

•Kaedah suruhan:

Umat Islam digalakkan untuk mengamalkan sifat ihsan dalam perbuatan mereka,
bukan sahaja kepada manusia malah ihsan terhadap haiwan dan alam sekitar.

•Kaedah targhrib

Penekanan kepada akhlak. Contohnya, jikalau kita tidak menjaga percakapan
dengan baik, maka akan mendapat balasan buruk daripada Allah swt.

•Kaedah tegahan

Rasulullah melarang umatnya daripada saling membenci dan melakukan perkara
yang menyakiti orang lain supaya mencapai kehidupan yang harmoni dalam
masyarakat.

KETOKOHAN IMAM
ABU HANIFAH

Peristiwa mengapa Imam Abu Hanifah menguasai halaqah
gurunya

•Pertama, Beliau menulis 60 soalan yang diajukan dan jawapan
yang dikemukannya, akan tetapi gurunya Hammad hanya
bersetuju dengan 40 soalan sahaja dan yang selebihnya
berbeza pendapat.

•Kedua, beliau ditanya oleh penduduk Basrah mengenai 20
soalan yang ditolak oleh gurunya menyebabkan beliau ingin
bersungguh-sungguh mendalami ilmu dengan Hammad.

•Setelah gurunya Hammad meninggal dunia, beliau mula
melibatkan diri dalam pendidikan

Dua kategori murid yang menuntut dengan Abu Hanifah
•Mereka yang sentiasa melazimi abu hanifah sehingga beliau wafat
•Mereka yang datang belajar dalam waktu tertentu dan pulang ke negara asal

Jelas menunjukkan anak murid Abu Hanifah adalah golongan yang berusaha
untuk menuntut ilmu serta ilmu yang diperoleh disebarkan kepada orang lain

Contohnya, abu Yusuf murid yang paling dekat dengan abu Hanifah telah berjaya
menjadi ketua hakim dan ulama pertama yang diberi gelaran ‘Qadi al-Qudah’.

Antara karya yang dihasilkan ialah kitab al-Fiqh al-Akbar, al-Fiqh al-Absat,
Wasiyyah Abu Hanifah fi al-Tawhid, kitab al-‘Alim wa al-Muta‘allim, dan juga
Risalah ila ‘Uthman al-Batti.

Dalam karya ini Abu Hanifah menjelaskan dua tujuan utama pendidikan.
Pertama, memperoleh ilmu dan kefahaman dan kedua, mempertingkatkan kualiti
amalan seseorang.

KAEDAH PENGAJARAN
IMAM ABU HANIFAH

KAEDAH SOAL JAWAB

KAEDAH SOAL JAWAB

● Soal jawab adalah antara kaedah utama yang telah diaplikasi oleh Abū
Hanifah dalam pengajaran beliau kepada para pelajarnya

● Penyampaiannya berdasarkan kaedah soal jawab, di mana pelajar (al-muta
'allim) mengemukakan soalan dan dijawab oleh guru (al- 'älim).

● Sebagai contoh, dalam kitab al-'Alim wa al-Muta'allim ini terdapat 45 soalan
yang dikemukakan oleh Abu Mui al-Balkhi sebagai murid dan diiringi oleh
jawapan daripada Abu Hanifah yang bertindak sebagai guru.

● Pelaksanaan kaedah soal jawab ini memerlukan seseorang itu mahir dalam
memberikan soalan

● Kaedah soal jawab ini diaplikasikan dengan pendekatan dialog dan debat.

PENDEKATAN DIALOG DAN DEBAT

● Pengembangan daripada kaedah soal jawab
● Untuk memperjelaskan lagi sesuatu isu sekiranya kaedah soal

jawab tidak berjaya memahamkan murid
● Contoh: Imam Abu Hanifah selalu berdebat dalam

permasalahan kias

● kaedah soal jawab dan seterusnya, melahirkan kaedah dialog
serta debat merupakan antara kaedah yang digunakan oleh
al-Quran dan al-Sunnah dalam menyampaikan kandungannya.

● Kaedah ini kemudiannya digunakan oleh para Sahabat dan
sarjana Islam dalam pengajaran mereka termasuklah Abu
Hanifah. Justeru, kaedah ini boleh dikatakan adalah bertitik tolak
daripada arahan dan amalan al-Quran dan al-Sunnah serta ia
kemudiannya disokong dan dikembangkan oleh sejumlah sarjana
Islam sebelum mahupun selepas Abu Hanifah.

KAEDAH PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

BERKESAN

PENDIDIKAN ISLAM

1. BIDANG TILAWAH DAN HAFAZAN

Kaedah Talaqi Musyafahah
● Guru secara berhadapan dengan pelajar dan menunjukkan cara membaca ayat-ayat Al-Quran dengan sebutan
yang betul.
● Semasa guru membaca ayat-ayat Al-Quran, pelajar dapat melihat cara yang betul melalui pergerakan mulut dan
bibir guru.

Kaedah Tiqrar
● Guru meminta para pelajar mengulang-ngulang beberapa kali bacaan Al-Quran agar mudah mengingat dan
menghafaznya.
● Seterusnya apabila para pelajar sentiasa mengulang-ngulang membaca ayat Al-Quran, sudah pasti mereka dapat
menghafaznya.

Kaedah Hafazan dan Tasmi’
● Terdapat tiga peringkat hafazan, iaitu yang pertama ialah mempelajari sesuatu tanpa memberi perhatian kepada
kefahaman. Peringkat ini paling rendah dalam hafazan.
● Peringkat kedua, iaitu peringkat hafazan dan kefahaman. Peringkat ini memerlukan kefahaman bahan yang di-hafaz.
Biasanya, hafazan berlaku dengan cepat dan dapat dibekalkan dalam ingatan.
● Manakala peringkat ketiga ialah hafazan dengan kefahaman dan analisis. Peringkat ini adalah tertinggi kerana ia
memerlukan fikiran yang matang.
● Setelah para pelajar berjaya meng-hafaz surah-surah yang telah ditetapkan, maka guru akan mendengar bacaan
Al-Quran para pelajarnya bagi menentukan bacaan tersebut betul mengikut hukum tajwid. Kaedah ini ialah kaedah
tasmi’.

2. BIDANG AKIDAH

KAEDAH PERBINCANGAN
● kaedah yang amat digalakkan oleh Imam As-Syafie kerana sesuatu permasalahan yang timbul dapat dibincangkan
tanpa ada sekatan untuk mengeluarkan pendapat selagi ia tidak bertentangan dengan hukum Islam

KAEDAH BENGKEL
● Membincangkan mengenai tajuk-tajuk tersebut.
● Bilangan pelajar dalam sesebuah bengkel lebih-kurang lima hingga sepuluh orang.
● Setiap bengkel diberikan sebuah tajuk yang berkaitan dengan bidang ini untuk diselesaikan.
● Setiap pelajar dalam bengkel tersebut hendaklah memberi pendapat untuk menyelesaikannya.
● Kaedah ini juga disebut sebagai sumbangsaran.
● Bagi memastikan pelajar lebih memahami bidang ini, gurujuga menggalakkan para pelajar membuat refleksi.

3. BIDANG IBADAH

● Perbincangan
● Sumbangsaran
● Amali
● Simulasi
● Kolaborasi
● Pembelajaran Koperatif.

4. BIDANG AKHLAK DAN MORAL

KULIAH puluh minit agar pelajar dapat
● Merupakan kaedah yang sering digunakan oleh kebanyakan guru.
● Guru menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar secara satu hala.
● Memberi masa selepas kuliahnya selama sepuluh hingga dua
mengemukakan soalan terhadap isi pelajaran yang tidak difahami.
● Keadaan ini boleh mewujudkan suasana perbincangan.

PERBINCANGAN
kaedah yang melibatkan dua atau lebih individu bagi mendapatkan pandangan yang bernas mengenai sesuatu
isu.

SIMULASI

FORUM

KAJIAN MASA DEPAN

PENGAJARAN KONSTEKTUAL REFLEKSI

AKTIVITI KUMPULAN

FAKTOR-FAKTOR MEMBANTU PROSES
PENGAJARN DAN PEMBELAJARAN

● Memberi Perhatian kepada Empat Dimensi Konsep Pengajaran yang Berkesan.
● Melaksanakan Pelbagai Peranan sebagai Guru.
● Melaksanakan Pelbagai Kaedah Pengajaran dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
● Mewujudkan Pengurusan Bilik Darjah yang Berkesan.
● Mempunyai Komunikasi yang Berkesan dan Sentiasa Memberi Motivasi kepada para

Pelajar.
● Mengenai Kerangka Koseptual.

KESIMPULAN

Kaedah dan teknik pengajaran merupakan unsur penting dalam pengajaran.
Penggunaan kaedah yang tepat dan bersesuaian melalui beberapa teknik yang
digariskan akan memudahkan penyampaian isi pengajaran dengan berkesan.


Click to View FlipBook Version