The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mfaiz.raie, 2022-05-12 05:16:02

(T2) PENULISAN AKADEMIK

(T2) PENULISAN AKADEMIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

( AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5 )
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

NAMA: DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD FAIZUDDIN BIN MUHAMMAD RAIE

NO. ANGKA GILIRAN: 2020192340200
NO. KAD PENGENALAN: 000623100279

KUMPULAN: KUMPULAN PISMP F11
KOD DAN NAMA KURSUS EDUP3073 (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN)

NAMA PENSYARAH: PUAN NOR RUL AZLIFAH ZULKAFALI

TAJUK TUGASAN PROJEK: TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK

TARIKH MULA: 18 APRIL 2022
12 MEI 2022
TARIKH HANTAR:
TARIKH MAKLUM BALAS

PENSYARAH:

ISI KANDUNGAN Halaman

No. Kandungan 3
3
1.0 Pengenalan 3
2.0 Langkah-langkah Mengguruskan Bilik Darjah Mesra Budaya 4
4
2.1 Aspek Fizikal 5
2.2 Aspek Emosi 6
2.3 Aspek Sosial 7
2.4 Aspek Sosiolinguistik
3.0 Penutup
Rujukan

2

1.0 PENGENALAN
Pada zaman modenisasi kini, sekolah telah menjadi sebuah institusi pembelajaran

bagi seseorang individu menerima pendidikan dan memperkembang potensi diri. Di
sekolah, pengurusan bilik darjah yang mesra budaya adalah sangat digalakkan kerana
guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih kondusif
serta memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. Hal ini bertepatan dengan
Che Nidzam (2014) yang menyatakan bahawa persekitaran pembelajaran merupakan
satu elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam usaha kita untuk meningkatkan
hasil pembelajaran. Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan berkenaan langkah-
langkah menyediakan bilik darjah mesra budaya dari aspek fizikal, emosi, sosial dan
sosiolinguistik di sekolah-sekolah di Malaysia.

2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Menurut Noriati A. Rashid et.al (2016), langkah-langkah pengurusan bilik darjah mesra

budaya Persekitaran bilik darjah mesra budaya bukan sekadar melibatkan unsur-unsur
fizikal yang dapat dilihat dengan pancaindera semata-mata, sebaliknya melibatkan unsur-
unsur seperti emosi dan hubungan kemanusiaan Oleh yang demikian, guru perlu bijak
dalam merancang dan mengurus bilik darjah yang mesra budaya. Sehubungan dengan
itu, terdapat beberapa aspek yang dititikberatkan dalam pengurusan bilik darjah mesra
budaya.

2.1 ASPEK FIZIKAL
Dalam sesebuah bilik darjah, aspek fizikal merupakan aspek yang paling

penting kepada perkembangan murid-murid. Tanpa susunan bilik darjah yang
baik, murid-murid tidak boleh fokus dan belajar dengan selesa. Perkara ini akan
menyebabkan proses penerimaan ilmu pengetahuan kurang berkesan dan efisien.
Antara aspek fizikal yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah penyusunan meja
dan kerusi di dalam sesebuah kelas. Guru hendaklah menyusun kerusi dan meja
seperti yang telah di dedahkan di dalam plan pembelajaran abad ke-21 yang
memfokuskan susunan di dalam kumpulan kecil (Afzalina Ilwani, 2020).

Seterusnya, kerusi dan meja tidak boleh disusun secara rapat-rapat kerana
akan menyukarkan pergerakan murid semasa aktiviti PdP dijalankan. Jarak antara
tempat duduk murid dengan papan putih juga perlulah dipandang serius. Hal ini
kerana kedudukan murid yang terlalu jauh daripada papan putih akan menjejaskan
fokus murid terhadap pengajaran guru kerana tulisan di papan putih akan kelihatan
terlalu kecil. Tambahan pula, bagi murid-murid yang mempunyai masalah
penglihatan kabur.

3

2.2 ASPEK EMOSI
Seterusnya, aspek emosi. Pengurusan emosi murid perlu diurus dengan

kebijaksanaan supaya mereka tidak merasai kebimbangan semasa berhadapan
dengan guru dan mampu menunjukkan minat mereka terhadap proses PdP di
dalam kelas. Perkara ini betepatan dengan pendapat Woolfolk (2008) yang
menyatakan minat dan tingkah laku murid dapat dikawal dengan wujudnya
motivasi dan pendorong daripada individu-individu yang berkepentingan. Di dalam
bilik darjah, guru merupakan individu yang paling penting kepada murid-murid.
Guru menjadi model teladan dan individu yang dihormati oleh murid-murid kerana
guru memberi ilmu pengetahuan kepada mereka. Oleh sebab itu, guru berperanan
untuk sentiasa memberi dorongan dan motivasi kepada murid-murid supaya
mereka bersemangat untuk menjalani sesi PdP di dalam bilik darjah.

Antara bentuk motivasi yang dicadangkan kepada para guru ialah guru perlu
sentiasa melaksanakan kaedah peneguhan positif seperti memberi pujian atau
ganjaran terhadap sikap baik murid. Penggunaan peneguhan positif mampu
mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya kerana proses PdP dapat
dilaksanakan dalam keadaan yang ceria dan menyeronokkan. Penerapan kata-
kata pujian dan ganjaran sekaligus akan menyebabkan murid menerima arahan
serta berdisiplin kerana kanak-kanak lebih cenderung untuk mendapatkan
perhatian dan kasih sayang daripada guru mereka (Noor Rahayu, Mohd Hanafi &
Mohd Mokhtar, 2016).

Selain itu, guru juga boleh mewujudkan sistem token di dalam bilik darjah.
Sistem token ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi penghargaan kepada
murid-murid tetapi dalam masa yang sama menjadi penghalang kepada murid dari
melakukan kesalahan tingkah laku. Sebagai contoh, guru boleh mengambil atau
menolak token pelajar apabila melakukan kesalahan disiplin. Kesannya, bilik
darjah akan menjadi lebih terkawal dan suasana persaingan yang sihat dapat
diwujudkan secara tidak langsung. Oleh itu, tegasnya, aspek emosi tidak
seharusnya dipandang ringan oeh guru dalam pengurusan bilik darjah yang mesra
budaya.

2.3 ASPEK SOSIAL
Dari segi aspek sosial pula, guru wajib memberi layanan yang sama rata

kepada murid- muridnya tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang
kehidupan murid. Hubungan yang baik antara guru dan murid-murid merupakan
komponen utama dalam pengurusan bilik darjah yang mesra budaya. Menurut

4

Ahmad Firdaus et.al (2016), guru perlu bersifat pemaaf, positif, penyayang serta
adil dan saksama demi menjaga hubungan baik dengan murid. Hubungan baik
antara guru dan murid boleh diwujudkan melalui interaksi dan komunikasi yang
positif. Guru juga perlu memastikan murid dapat bergaul dengan baik tanpa
mengira kaum. Oleh yang demikian, guru perlu melaksanakan strategi pengajaran
murid secara berkumpulan atau menyusun kedudukan murid-murid mengikut
saranan strategi pengajaran abad ke-21. Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai
unsur budaya dalam proses PdP. Contohnya guru boleh melaksanakan pedagogi
relevan budaya dan strategi berpusatkan murid kerana cara ini mapu
meningkatkan komunikasi antara murid seterusnya membawa kepada pembinaan
hubungan yang akrab

Tambahan pula guru tidak boleh menyentuh isu-isu sensitiviti kaum dan agama
serta bersikap prejudis terhadap kaum-kaum tertentu di dalam bilik darjah
(Bennette, 2011). Sebagai contoh, sikap menghina kepercayaan kaum dan agama
tertentu dengan menjadikannya sebagai suatu contoh dalam pembelajaran. Tanpa
sedar, sikap negatif guru ini boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dan
kemarahan dalam diri murid menjadikan hubungan murid dengan guru terjejas.
Kesannya, murid tidak lagi menghormati guru mereka dan sesi PdP juga tidak
dapat berjalan dengan lancar. Sepatutnya, seseorang guru itu perlu menerapkan
nilai-nilai unsur budaya dalam proses PdP. Contohnya guru boleh melaksanakan
pedagogi relevan budaya dan strategi berpusatkan murid kerana cara ini mapu
meningkatkan komunikasi antara murid seterusnya membawa kepada pembinaan
hubungan yang akrab.

2.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK
Selain itu, sosiolinguistik juga merupakan aspek yang tidak kurang pentingnya

dalam pengurusan bilik darjah mesra budaya. Dalam konteks ini, sosiolinguistik
boleh ditaarifkan sebagai perhubungan murid-murid dan bahasa yang diguna
pakai dalam komunikasi harian di sekolah. Sebagai seorang guru, telah menjadi
suatu tanggungjawab untuk mendapatkan keadaan yang adil dan saksama
kepada semua pihak. Guru sepatutnya menggunakan bahasa Melayu yang
standard semasa mengajar dan melaksanakan aktiviti PdP (Dayang Sufilkawany
Ujai & Wan Muna Wan Muhammad, 2016). Menurut Zamri Mahamood et al.
(2015), dalam banyak-banyak bahasa yang diketahui oleh murid-murid, bahasa
Melayu yang standard semestinya diketahui oleh semua kerana menjadi bahasa
kebangsaan Malaysia.

5

Oleh itu, suasana pembelajaran bilik darjah yang adil juga dapat diwujudkan.
Walau bagaimanapun, guru-guru di sekolah boleh melaksanakan program aktiviti
bahasa yang merangkumi bahasa-bahasa setiap kaum di sekolah. Sebagai
contoh, guru boleh mengadakan pertandingan puisi pelbagai bahasa bagi
membentuk jati diri murid yang menghayati kepelbagaian bahasa dan budaya di
samping menerapkan nilai-nilai menghormati perbezaan bahasa dan budaya
kaum lain (Zarith, 2020). Apabila guru memilih bahasa yang tepat dan bersesuaian
dalam sesebuah kelas, maka, murid dapat memahami pembelajaran dan arahan
guru dengan lebih mudah dan menyeluruh.

3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah mesra budaya amat penting bagi seseorang

guru supaya dapat memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan
bermakna kepada murid-murid. Pengetahuan tentang pengurusan kelas yang mesra
budaya dapat menyediakan suasana pembelajaran yang dinamik„ holistik, harmoni dan
adil kepada semua murid. Oleh itu, tegasnya, amat diharapkan agar pengurusan kelas
yang mesra budaya dapat dilaksanakan oleh semua guru di Malaysia kerana hasilnya
memberi pelbagai manfaat yang baik kepada kedua-dua pihak sama ada murid dan guru.

6

RUJUKAN
Afzalina Ilwani. (2020). Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya. Dimuat turun pada 5 April

2021 dari: https://pdfcoffee.com/pengurusan-bilik-darjah-mesra-budaya- pdf-
free.html.
Bennette. (2011). Comprehensive Multicultural Education: Theory and Practice. Allyn &
Bacon.
Che Nidzam, Noraini, Mazlini Adnan, Marzita Putih & Mohd Hairy. (2014). Pengaruh
Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Terhadap Tahap Keselesaan Pengajaran dan
Pembelajaran: Satu Kajian. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Dayang Sufilkawany Ujai & Wan Muna Wan Muhammad. (2016). Faktor Pengaruh Sosial
dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Iban. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu (JPBM), 78-84.
Noor Rahayu, Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar. (2016). Hukuman dan Kata Pujian
Mengatasi Masalah Disiplin dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Bagi Murid
Masalah Pembelajaran. Seminar Modifikasi Tingkah Laku Murid Pendidikan Khas
(Bermasalah Pembelajaran) Peringkat Negeri Johor.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Ahmad & Zuraida A. Majid. (2016).
Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Woolfolk. (2008). Educational Psychology. Pearson.
Zarith. (2020). Langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya. Dimuat turun pada 5 April
2020 dari: https://pdfcookie.com/documents/langkah-pengurusan-bilik- darjah-
mesra-budaya-nlz1pmqr7x25 8 Budaya dan Pembelajaran EDUP3073 9

7


Click to View FlipBook Version