The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lin_ikmsp, 2020-02-20 03:40:33

Impak Beban Tugas Bukan Hakiki Terhadap Prestasi Kerja Tenaga Pengajar IKM Lumut

journal1

Impak Beban Tugas Bukan
Hakiki Terhadap Prestasi Kerja
Tenaga Pengajar IKM Lumut

Disediakan oleh:

Norliza binti Zainal
Syalila binti Mohd Arshad
Nur Hidayah binti Hamzah

Fatihah binti Naupa
Farah Ardina binti Ahmad Khair

September, 2019

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti perkaitan dan impak di antara tahap beban bukan
hakiki dengan prestasi kerja hakiki tenaga pengajar di Institut Kemahiran MARA Lumut.
Terdapat faktor tugas bukan hakiki tenaga pengajar sebagai faktor pembolehubah tidak
bersandar dan tahap prestasi kerja hakiki sebagai faktor pembolehubah bersandar. Lima ciri-
ciri demografi responden telah dipilih dalam kajian ini iaitu jantina, umur, kelayakan akademik,
gred jawatan dan tempoh perkhidmatan di IKM. Kajian ini melibatkan seramai 116 responden
sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang
mempunyai dua faktor di mana setiap faktor mempunyai lima item. Kaedah temubual juga
digunakan dalam kajian ini dalam usaha menyokong pernyataan-pernyataan yang terdapat di
dalam soal selidik berkenaan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa nilai min bagi setiap
item untuk faktor tahap beban tugas bukan hakiki tenaga pengajar di IKM Lumut adalah
sederhana positif di mana nilai min yang kurang dari 3.00. Ini menunjukkan sebilangan besar
responden tidak banyak terlibat dengan tugas-tugas bukan hakiki seperti menghadiri
mesyuarat, penyediaan dokumen atau memegang jawatan ad-hoc untuk sesuatu majlis tertentu.
Hasil dapatan bagi faktor tahap prestasi tugas hakiki tenaga pengajar menunjukkan bahawa
nilai min yang tinggi iaitu 3.01 ke atas yang menyatakan bahawa kebanyakan responden
sememangnya terlibat secara langsung dengan tugas hakiki sebagai seorang pengajar seperti
mengemaskini maklumat PdP, menyediakan rancangan pembelajaran (RP), rancangan
mengajar (RM), penyediaan soalan penilaian serta mendokumenkan penilaian pelajar. Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak wujud hubungan yang signifikan di antara tahap
prestasi tugas hakiki dengan tugas bukan hakiki tenaga pengajar di IKM Lumut. Ini kerana
sebilangan jawatan tertinggi dalam jawatankuasa di IKM Lumut disandang oleh tenaga
pengajar dari jabatan Pengajian Am.

i

ISI KANDUNGAN

TOPIK MUKA SURAT

ABSTRAK i
ISI KANDUNGAN ii

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pengenalan……………………………………………….... 1
1.1 Latar Belakang Kajian……………………………………... 2
1.2 Penyataan Masalah………………………………………… 4
1.3 Objektif Kajian……………………………………………. 6
1.4 Soalan Kajian ……………………………………………… 6
1.5 Kerangka Konseptual Kajian………………………………. 7

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan………………………………………………… 9
2.1 Profesion Tenaga Pengajar ……………………………….. 9
2.2 Beban Tugas Akademik ……..…………………………… 10
2.3 Beban Tugas Bukan Akademik ..………………………….. 11
2.4 Prestasi Kerja…. …………………………………………. 12
2.5 Hubungan Positif Di Antara Prestasi Kerja………………... 12

Dan Beban Tugas

BAB 3 METODOLOGI

3.0 Pengenalan………………………………………………… 14
3.1 Populasi dan Persampelan Kajian ………………………… 14
3.2 Instrumen Kajian …………………………………………. 18
3.3 Analisis Data ……………………………………………… 19

BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan………………………………………………… 20

ii

4.1 Taburan Frekunsi (Latarbelakang Responden Kajian)…… 21
4.2 Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik……………….. 24
4.3 Persoalan Kajian Pertama ………………………………… 26
4.4 Persolan Kajian Kedua …………………………………… 27
4.5 Persoalan Kajian Ketiga ………………………………….. 29
4.6 Persoalan Kajian Keempat ……………………………….. 30

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 Pengenalan…………………………………………………. 36
5.1 Perbincangan dan Penemuan Kajian ……………………… 36
5.2 Cadangan ………………………………………………….. 40
5.2 Cadangan Kajian Lanjutan ..………………………………..41
5.3 Kesimpulan………………………………………………….41

RUJUKAN 43

LAMPIRAN 1 47

LAMPIRAN 2 58

LAMPIRAN 3 61

iii

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan
Pembangunan negara yang pesat dengan berlakunya pelbagai perubahan dalam

masyarakat bagi mempersiapkan diri untuk menuju ke arah abad ke-21 menjadikan tugas
seorang tenaga pengajar semakin hari semakin mencabar. FORUM Ekonomi Dunia (World
Economic Forum) telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai
tahap persaingan lebih baik dalam bidang pendidikan dari 141 buah negara di seluruh dunia
pada tahun 2018. Berdasarkan laporan terbaharunya, Malaysia menduduki tangga ke-19
lebih baik daripada negara maju seperti United Kingdom (UK) di tangga 20, Perancis di
tangga 26, dan Jepun di kedudukan ke 31 (Sinar Harian, 2019). Komitmen dan tujahan oleh
kerajaan Malaysia yang memberikan keutamaan kepada aspek pendidikan, menjadikan
kualiti pendidikan terus berada di landasan yang terbaik. Menurut Syed Ismail dan Ahmad
Subki (2010), sistem pendidikan akan dapat mencapai matlamat apabila guru-guru yang
berkualiti dapat dihasilkan. Hal ini kerana pencapaian pelajar yang cemerlang adalah
bergantung dengan keberkesanan sistem pengajaran yang diguna pakai oleh guru mereka
(Adeyemi, 2010). Sehubungan dengan itu, guru adalah aset yang sangat berharga dalam
sistem pendidikan bagi mana-mana negara sekalipun. Hal ini kerana, peranan guru adalah
sangat penting demi memastikan pencapaian objektif dalam proses persekolahan secara
amnya serta proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara khususnya.

1

Menurut Saedah dan Mohammed Sani (2012), tanpa penglibatan dan sokongan
daripada kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan
terbengkalai begitu sahaja. Ololube (2006) mengatakan bahawa pencapaian matlamat
pendidikan dalam mana-mana masyarakat secara dasarnya berkait rapat dengan prestasi
kerja guru-guru dalam masyarakat itu. Sebagai input utama dalam kualiti pendidikan,
prestasi kerja guru telah digariskan secara meluas sebagai faktor kritikal yang
mempengaruhi kualiti pendidikan. Nadeem et al. (2011) pula mengatakan bahawa dalam
keseluruhan sistem pendidikan, prestasi kerja guru merupakan salah satu faktor
penyumbang dalam menentukan keberkesanan sekolah dan hasil pembelajaran.

1.1 Latar Belakang Kajian
Institut Kemahiran MARA (IKM) diwujudkan dengan tujuan untuk

melahirkan belia Bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal
dan kemahiran bagi melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan,
perusahaan dan perindustrian di samping mewujudkan bakal-bakal usahawan.
Perlaksanaan latihan dijalankan dengan cara mengadakan kursus di dalam pelbagai
bidang yang dijalankan di IKM di seluruh negara. Tenaga pengajar di IKM
terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu bahagian pertama terdiri daripada
pensyarah Teknikal iaitu pegawai latihan vokasional yang memegang gred
penjawatan DV22, DV29/30, DV36, DV38, DV 40 dan DV41. Bahagian kedua
pula terdiri daripada pensyarah Pengajian Am iaitu pegawai perkhidmatan
pendidikan yang memegang gred penjawatan DG41, DG44, DG48, DG52 dan
DG54. Kesemua tenaga pengajar di IKM diberi tanggungjawab untuk
melaksanakan tugas-tugas hakiki sebagai seorang tenaga pengajar seperti:

2

i. Menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran semester (setiap
kursus).

ii. Menyediakan dokumen pengajaran & pembelajaran.
iii. Mengajar subjek teori.
iv. Mengajar subjek amali.
v. Menyediakan soalan ujian dan penilaian.
vi. Melaksanakan ujian dan penilaian.
vii. Membuat pemantauan dan penilaian latihan industri.
viii. Kerja-kerja yang diarahkan dari masa ke semasa.

Walaubagaimanapun tugas seorang tenaga pengajar bukan hanya
berdasarkan kepada tugas hakikinya seperti pengajaran dan perkhidmatan
professional, mereka juga dibebani dengan tugas-tugas sampingan yang menuntut
masa serta keringat mereka. Antara tugas-tugas bukan hakiki yang biasa
dilaksanakan oleh tenaga pengajar adalah:

i. Menghadiri mesyuarat yang tiada kaitan dengan PdP.
ii. Menghadiri kursus yang tiada kaitan dengan PdP.
iii. Menyediakan dokumen bagi setiap tugas sampingan.
iv. Menyandang jawatan ad-hoc untuk majlis tertentu.
v. Melaksanakan tugas-tugas pengkeranian (fotostat, pencetakan dll)

Kombinasi tugas kerja di atas didapati memberi bebanan yang tinggi dan
tekanan kerja kepada golongan tenaga pengajar. Prestasi kerja dan beban kerja
saling berhubung rapat antara satu sama lain. Dari sudut pandangan ergonomi,

3

setiap beban kerja diterima oleh seseorang harus sesuai atau seimbang terhadap
kemampuan fisik, kemampuan kognitif dan keterbatasan manusia yang menerima
beban tersebut (Ira Pracinasari, 2013). Menurut As’ad (1991), prestasi kerja adalah
suatu hasil yang dicapai oleh seseorang dalam mengerjakan tugas atau
pekerjaannya secara efisien dan efektif.

Di dalam memastikan kesungguhan sesebuah institusi pendidikan didapati
terdapat perkembangan positif terhadap kefahaman tentang kepentingan
meningkatkan prestasi kerja demi menjadikan visi dan misi institusi mampu
dicapai. Namun begitu di dalam proses ini ia sudah tentu melibatkan penambahan
tugas dan tanggungjawab. Justeru itu bagi memastikan agar kepuasan kerja dapat
dimaksimumkan, adalah wajar pihak pengurusan menilai secara berterusan dan
sistematik kesan daripada bebanan kerja terhadap prestasi kerja demi mencapai
kepuasan kerja.

1.2 Penyataan Masalah
Dalam keadaan masyarakat sedang mengalami proses pembangunan

yang kian pesat kini, golongan pendidik juga tidak dapat dikecualikan daripada
menghadapi pelbagai cabaran. Salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh
para pendidik ialah tenaga pengajar diberikan pelbagai jawatan yang bukan
sepatutnya dilakukan oleh seseorang tenaga pengajar. Selain itu,
tanggungjawab seseorang tenaga pengajar pada masa kini bukan sahaja
mengajar beberapa kursus yang tertentu tetapi seseorang tenaga pengajar juga
terpaksa memegang beberapa jawatan penting dalam sesuatu jawatankuasa atau
memegang sesuatu jawatan yang tiada kaitan dengan pengajaran dan

4

pembelajaran (PdP). Berdasarkan portfolio jawatankuasa staf IKM Lumut
tahun 2019 yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan menunjukkan
kesemua tenaga pengajar telah dipertanggungjawabkan untuk memegang lebih
dari dua (2) jawatan sampingan setiap seorang (Lampiran 1). Antara jawatan-
jawatan tersebut adalah Pengerusi/Penyelaras, Timbalan Pengerusi/Penyelaras,
Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa bagi portfolio-portfolio penting
di IKM Lumut. Bagi tenaga pengajar Gred DG41 dan ke atas, mereka perlu
memegang jawatan penting seperti Pengerusi/Penyelaras dan Timbalan
Pengerusi/Penyelaras. Keadaan menjadi lebih sukar apabila tenaga pengajar
gred DG 41 dan ke atas masih diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan
Setiausaha atau Bendahari walaupun telah memegang jawatan
Pengerusi/Penyelaras atau Timbalan Pengerusi/Penyelaras. Selain daripada itu,
para tenaga pengajar juga terpaksa membuat kerja-kerja perkeranian seperti
mengisi borang, menaip surat dan menyediakan minit mesyuarat. Kerja-kerja
ini telah menyebabkan para tenaga pengajar menghadapi tekanan yang amat
besar dan ini akan menjejaskan prestasi pengajaran seseorang tenaga pengajar.
Jelaslah bahawa tenaga pengajar pada era ini menghadapi pelbagai cabaran
dalam memikul tanggungjawab yang tidak berkaitan dengan pengajaran dalam
kelas.

Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sejauh
manakah impak beban kerja bukan hakiki terhadap prestasi tenaga pengajar
IKM Lumut.

5

1.3 Objektif Kajian
Berdasarkan daripada permasalahan yang telah dibincangkan di atas, beberapa
objektif yang ingin dicapai dalam menjalankan kajian ini adalah:

1.3.1 Objektif Umum
1) Mengenalpasti hubungan di antara impak beban tugas bukan
hakiki dengan prestasi kerja tenaga pengajar IKM lumut.

1.3.2 Objektif Khusus
1) Mengenalpasti tahap beban tugas bukan hakiki tenaga pengajar di
IKM Lumut.
2) Mengenalpasti tahap prestasi kerja tenaga pengajar di IKM Lumut.
3) Mengenalpasti beban tugas bukan hakiki yang memberi impak
terhadap prestasi tugas hakiki tenaga pengajar di IKM Lumut.
4) Mengenalpasti tahap rungutan ketidakpuasan hati yang sering
disuarakan oleh tenaga pengajar berkaitan aspek
pengurusan/pelaksanaan beban tugas bukan hakiki tenaga pengajar
di IKM Lumut.

1.4 Soalan Kajian
Dalam kajian ini, terdapat beberapa soalan kajian yang ingin dijawab. Soalan-
soalan kajian tersebut adalah seperti berikut:-

1) Apakah tahap beban tugas bukan hakiki tenaga pengajar di IKM Lumut?

6

2) Apakah tahap prestasi kerja tenaga pengajar di IKM Lumut?
3) Apakah beban tugas bukan hakiki yang memberi impak terhadap prestasi

tugas hakiki tenaga pengajar di IKM Lumut?
4) Apakah tahap rungutan ketidakpuasan hati yang sering disuarakan oleh

tenaga pengajar berkaitan aspek pengurusan/pelaksanaan beban tugas
bukan hakiki tenaga pengajar di IKM Lumut?

1.5 Kerangka Konseptual Kajian

PEMBOLEH UBAH BERSANDAR

Kemaskini Sedia Sedia Sedia soalan Dokumenkan
maklumat PdP penilaian
di dalam BCoS Rancangan Rancangan penilaian pelajar dalam
fail sokongan
Pembelajaran Mengajar mengikut

mengikut mengikut JSU

silibus terkini silibus terkini

PRESTASI KERJA TUGAS HAKIKI

PEMBOLEH UBAH TIDAK BERSANDAR

Hadir mesyuarat Hadir kursus Sedia Sandang Laksana
yang tiada kaitan tugas
dengan PdP yang tiada dokumen bagi jawatan ad- pengkeranian

kaitan dengan setiap tugas hoc untuk

PdP sampingan majlis

BEBAN TUGAS BUKAN HAKIKI

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian

7

Kerangka konsep kajian yang telah dirangka untuk menjalankan kajian
ini seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 di atas. Kerangka ini merangkumi
dua (2) komponen utama iaitu beban tugas bukan hakiki dan prestasi kerja tugas
hakiki. Terdapat lima (5) element pembolehubah tidak bersandar yang
dipraktikkan oleh tenaga pengajar IKM Lumut iaitu menghadiri mesyuarat yang
tiada kaitan dengan PdP, menghadiri kursus yang tiada kaitan dengan PdP,
menyediakan dokumen bagi setiap tugas sampingan, menyandang jawatan ad-
hoc untuk majlis dan melaksanakan tugas-tugas pengkeranian. Manakala
pemboleh ubah bersandar pula memberi fokus kepada lima atribut prestasi kerja
bukan hakiki di kalangan tenaga pengajar IKM Lumut iaitu mengemaskini
maklumat PdP di dalam BCoS, menyedia Rancangan Pembelajaran mengikut
silibus terkini, menyedia Rancangan Mengajar mengikut silibus terkini,
memyedia soalan penilaian mengikut JSU dan mendokumenkan penilaian
pelajar dalam fail sokongan. Kerangka konseptual kajian turut menjelaskan
bagaimana hubungan di antara beban kerja bukan hakiki dan prestasi kerja
tenaga pengajar IKM Lumut.

8


Click to View FlipBook Version