The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT GURU BIL 4 SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG BENAR SESI 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FAIZAH BINTI ZAINUDIN KPM-Guru, 2024-03-03 07:44:20

MINIT MESYUARAT GURU BIL 4 SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG BENAR SESI 2023

MINIT MESYUARAT GURU BIL 4 SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG BENAR SESI 2023

1 MINIT MESYUARAT GURU SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG BENAR SESI 2023/2024 Bil. Mesyuarat : 4 Sesi 2023/2024 Tarikh : 23 Januari 2024 (Selasa) Masa : 10.30 pagi (sesi petang) 1.00 tengah hari (sesi pagi) Tempat : Bilik Gerakan SKBB Hadir 1. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batang Benar - Pengerusi (En. Sabaruddin bin Ab Rahman) 2. Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Batang Benar (Pn. Hajah Rosliza binti Zakaria) 3. Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum (En. Shamsul Haime bin Mohamad Noor) 4. Guru Penolong Kanan Petang (Pn. Haryanti binti Abdul Halim) 5. Guru Data (En. Mohd Solleh bin Abdullah) 6. Guru Bimbingan dan Kaunseling (En. Selvamani a/l Subramaniam) 7. Guru SPBT (Pn. Husniyah binti Mohamad Sarif) 8. Guru SPBT (Pn. Azawiah binti Aman) 9. Guru Pemulihan Khas (Pn. Azlina binti Alias @ Abdul Latiff) 10.Guru Bestari (En. Ismady bin Ismail)


2 11.Guru GPM (Pn. Nur Syazwani binti Kamaruddin) 12.Penyelaras Prasekolah (En. Mohd Hatta bin Zulkapli) 13.KP Matematik (En. Zul Ifkar bin Redzwan) 14.KP Bahasa Inggeris (Pn. Puvanaiswari a/p Manickam) 15.KP Bahasa Melayu (Pn. Zanariah binti Hj. Lasim) 16.KP RBT (Pn. Siti Nor Hajar binti Ab. Razak) 17.KP Pendidikan Agama Islam (En. Mohd Talhah bin Hj. Mohd Tahir) 18.KP Sains (Pn. Hazlin binti Samah) 19.KP Pendidikan Muzik (Pn. Norhaniza binti Abd Aziz) 20.KP Pendidikan Moral (Pn. Punitha Vathy a/p Pukurandy) 21.KP PJPK (Pn. Adnida Diah binti Jaffar) 22.KP Pendidikan Seni Visual (Pn. Ummi Kalthum binti Buran) 23.Guru Akademik Biasa (En. Adrie Azharie bin Ab Wahab) 24.Guru Akademik Biasa (Pn. Aida Suraya binti Kharil) 25.Guru Akademik Biasa (En. Amran bin Abdul Wahab)


3 26.Guru Akademik Biasa (Cik Amrit Kaur a/p Prem Singh) 27.Guru Akademik Biasa (Pn. Azma binti Salleh) 28.Guru Akademik Biasa (Pn. Baraath Begham binti Abdul Azis) 29.Guru Akademik Biasa (Pn. Bariah binti Khalib) 30.Guru Akademik Biasa (Pn. Faizah binti Zainudin) - Setiausaha 31.Guru Akademik Biasa (Pn. Fazilina binti Haruddin) 32.Guru Akademik Biasa (Pn. Hafit Hidayah binti Ajmain) 33.Guru Akademik Biasa (Cik Hamiros Azura @ Nurul Husna binti Hamid) 34.Guru Akademik Biasa (Pn. Hamzam binti Abd Razak) 35.Guru Akademik Biasa (Pn. Hamzini binti Hamid) 36.Guru Akademik Biasa (Pn. Haszurina binti Yusoff) 37.Guru Akademik Biasa (Pn. Halimatul Huda @ Zaniah binti Hashim) 38.Guru Akademik Biasa (Pn. Ku Norazila binti Nik Abdullah) 39.Guru Akademik Biasa (Pn. Hjh Madzlah binti Manap) 40.Guru Akademik Biasa


4 (Pn. Mageshuary a/p Rajan) 41.Guru Akademik Biasa (Pn. Marini binti Mahadi) 42.Guru Akademik Biasa (En. Muhammad Amirul Ashraf bin Zainuddin) 43.Guru Akademik Biasa (Pn. Muslimah binti Wasilan) 44.Guru Akademik Biasa (Pn. Maslinda binti Adnan) 45.Guru Akademik Biasa (En. Mohamad Effendy bin Rahmat) 46.Guru Akademik Biasa (En. Mohamad Shahrul Iman bin Juhani) 47.Guru Akademik Biasa (En. Mohd Afnaz bin Ayob) 48.Guru Akademik Biasa (En. Mohd Hilmi bin Abdullah) 49.Guru Akademik Biasa (En. Mohd Fadzil bin Jalil) 50.Guru Akademik Biasa (Pn. Nik Nurfarhanis binti Kamaruddin) 51.Guru Akademik Biasa (Pn. Norhaizah binti Abdul Hamid) 52.Guru Akademik Biasa (Pn. Norhayati binti Samsudin) 53.Guru Akademik Biasa (Pn. Hjh.Norazlina binti Anuar) 54.Guru Prasekolah (Pn. Nor Azila binti Israai)


5 55.Guru Akademik Biasa (Pn. Noor Azura binti Ibrahim) 56.Guru Akademik Biasa (Pn. Norazmah binti Ab Rahman) 57.Guru Akademik Biasa (Pn. Nor Kamalia binti Baharum) 58.Guru Akademik Biasa (Pn. Norshila binti Alias) 59.Guru Akademik Biasa (Pn. Norfadila binti Ismail) 60.Guru Akademik Biasa (Pn. Noryusida binti Mat Nor) 61.Guru Akademik Biasa (Pn. Nur Fatin Mardhiyah binti Zainuddin) 62.Guru Akademik Biasa (Pn. Nur Soleha binti Sujangin) 63.Guru Akademik Biasa (Pn. Nur Zahidah binti Zakaria) 64.Guru Akademik Biasa (Pn. Nur Shahira Binti Johan Adzhar) 65.Guru Akademik Biasa (Pn. Syahidah Farhana binti Mohd Nor) 66.Guru Akademik Biasa (Pn. Nurul Huda bt Ab. Rahman) 67.Guru Akademik Biasa (Pn. Nurul Nadiah binti Kamaruzzaman) 68.Guru Prasekolah (Pn. Revathy a/p Perumal) 69.Guru Akademik Biasa (Pn. Roziyah binti Yaakob)


6 70.Guru Akademik biasa (Pn. Ruzita binti Jamil) 71.Guru Akademik Biasa (Pn. Siti Hawa binti Ahmad) 72.Guru Akademik Biasa (Pn. Siti Zaleha binti Mohiddin) 73.Guru Akademik Biasa (Pn. Suhaili binti Mamat @ Ismail) 74.Guru Akademik Biasa (Pn. Syahratul Aida binti Jono) 75.Guru Akademik Biasa (En. Syamsul Bakhtiar bin Mohamad Sukiman) 76.Guru Akademik Biasa (Pn. Thanepakiam A/P Lachimanan) 77.Guru Akademik Biasa (Pn. Wan Aminah binti Wan Husain) 78.Guru Akademik Biasa (Pn. Wan Siti Murni binti Wan Muslim) 79.Guru Akademik Biasa (Pn. Wirdah binti Talhah) Tidak Hadir dengan Maaf: 80.Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (En. Herwan bin Hussin) 81.KP Sejarah (En. Jeyapirakash a/l Arasan) 82.Pegawai Aset (En. Mohd Nazif bin Mohd Fadzil) 83.KP Bahasa Arab (Pn. Muaza Shifa binti Rumeli)


7 84.Guru Akademik Biasa (Pn. Mardhiyah binti Mohd Taib) Turut Hadir: Tiada Urus Setia: Pn Nur Shahira binti Johan Adzhar Setiausaha Mesyuarat Guru I. PERUTUSAN PENGERUSI 1. Kata Alu-aluan Ybhg. Pengerusi memulakan mesyuarat mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat atas kerjasama dan hadir pada mesyuarat guru bilangan 4 bagi sesi 2023/2024. Fokus mesyuarat pada kali ini adalah untuk memberi beberapa maklumat penting untuk pengoperasian sekolah yang akan bermula awal Mac nanti. Makluman 2. Ucapan Terima Kasih kepada Rakan Guru Ybhg. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada rakan – rakan guru atas prestasi terbaik sepanjang tahun dan komitmen atas semua acara dan program yang dianjurkan sekolah. Pengerusi memaklumkan semua program yang dilaksanakan adalah menjadi asas kepada kemenjadian murid-murid. Selepas perlaksanaan 3M di dalam kelas, program yang dilaksanakan di luar bilik darjah adalah kesinambungan daripada yang dipelajari di dalam bilik darjah. Kemahiran yang dipelajari adalah sangat penting, barulah ditambah baik dengan kemahiran dan akhlak yang baik. Pengerusi memaklumkan lagi bahawa sekolah berada dilandasan yang baik apabila penyertaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dapat kita sertai dan mempunyai guru yang mempunyai kepakaran yang tinggi. Asas yang paling baik adalah bermula daripada guru dan anak murid yang baik. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan 3M dapat dicapai oleh murid murid dengan baik. Makluman


8 3. Program Pemulihan Ybhg. Pengerusi mengucapkan tahniah diatas program pemulihan yang dijalankan oleh Cikgu Azlina Alias dan dibantu oleh guru sesi petang. Kerjasama adalah penting dalam memastikan hasil yang dicapai untuk kecemerlangan murid. Makluman 4. E-operasi dan HRMIS Ybhg. Pengerusi mengingatkan semua rakan guru supaya membuat pengesahan dengan segera, betulkan dengan pen merah jika ada kesalahan dan tuliskan tarikh penghantaran di atas penjuru kertas tersebut jika berlaku kesilapan. E-operasi hendaklah diisi dengan betul kerana melibatkan pelbagai urusan naik pangkat dan sebagainya. Selain daripada itu juga, harta hendaklah diisytiharkan didalam HRMIS dan mohon hantar MC kepada kerani untuk disemak. CRK yang dipohon hendaklah diisi segera di dalam HRMIS. Makluman 5. Penilaian bersepadu (PBPPP) Ybhg. Pengerusi memaklumkan bahawa senarai nama penilai dan pegawai yang dinilai akan dikeluarkan pada bulan 3 nanti. Pengerusi juga memaklumkan terdapat 7 orang Sahaja penerima APC pada tahun 2023 dan mengucapkan tahniah kepada cikgu Azila diatas kenaikan pangkat ke DG 48. Makluman 6. PADU Ybhg. Pengerusi memaklumkan surat pekeliling PADU telah sampai, semua penjawat awam hendaklah mengisi PADU dengan segera. Ini adalah arahan daripada KSN dan hendaklah daftar sebelum 31 Mac ini. Selain daripada itu juga, guru hendaklah membuat pembelajaran secara online iaitu AI untuk rakyat sebelum 4 Februari. Tindakan: Semua guru


9 7. Pelan Digital Negara Ybhg. Pengerusi memaklumkan semua guru adalah digalakkan untuk menggunakan akaun delima sebagai menyahut seruan pelan digital negara. Sebagai langkah permulaan, SKBB akan menggunakan ERPH dan juga akan mewujudkan jawatankuasa digital yang terdiri daripada data, erph,delima dan sebagainya. Tindakan: GPK Pentadbiran 8. Tarikh penting sesi 2024/2025 Ybhg. Pengerusi memaklumkan tarikh bagi mesyuarat guru bilangan 1 pada 4 dan 5 Mac akan datang. Selain daripada itu juga, guru yang melancong ke luar negara hendaklah maklum awal kepada Tuan Pengerusi untuk disahkan perjalanan ke luar negara. Jika tidak memaklumkan kepada ketua jabatan, guru boleh dikenakan tindakan tatatertib. Makluman 9. Gotong royong bilik guru Ybhg. Pengerusi memaklumkan gotong royong perdana bilik guru akan diadakan pada 3 Februari 2024 (Sabtu) yang melibatkan bilik guru, bilik gerakan dan bilik bilik lain. Makluman 10.Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah Ybhg. Pengerusi memaklumkan pendaftaran tahun 1 adalah pada 29 Januari 2024 bermula jam 2.30 petang, manakala prasekolah pada 26 Januari 2024. Makluman 11.Perubahan guru sesi pagi dan petang dan jawatankuasa baru Ybhg. Pengerusi memaklumkan akan berlaku perubahan guru sesi pagi dan petang berdasarkan permintaan dan perbincangan. Sejumlah 15 orang guru yang bakal digerakkan ke sekolah lain dan sekolah kita akan menerima guru baru daripada sekolah lain juga. Perubahan kelas mengajar dan perubahan setiausaha induk juga akan berlaku. Penambahbaikan jawatankuasa akan dilaksanakan dan dibuat imbangan kerja supaya seimbang.


10 Pengerusi memaklumkan nama setiausaha induk dan GPM terkini menggantikan jawatankuasa lama adalah seperti berikut: 1. Pn Faizah binti Zainudin – Setiausaha kurikulum 2. Pn Azlina binti Alias @ Abdul Latiff – Setiausaha HEM 3. Pn. Aida Suraya binti Kharil – Setiausaha Kokurikulum 4. Pn. Norfadila binti Ismail – Guru Perpustakaan Media Pengagihan tugasan juga akan dilaksanakan supaya guru kelas tidak begitu terbeban dengan tugasan harian Makluman 12.BAP Ybhg. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Cikgu Yusieda, HEM dan guru kelas diatas perjalanan program bantuan BAP berjalan dengan lancar. Walaubagaimanapun masih ada ibu bapa yang masih belum ambil duit BAP. Mohon keluarkan nama murid yang masih belum mengambil duit BAP. Tindakan: Unit Kebajikan 13.Alatan ICT Ybhg. Pengerusi memaklumkan sebanyak 8 buah laptop diterima. 8 buah laptop akan diberikan kepada Pejabat, SU Pentaksiran, SU Kurikulum, SU Kokurikulum, SU HEM dan beberapa orang lagi. Laptop yang dipinjam hendaklah dijaga dengan baik. Jika diantara guru yang mahu meminjam laptop tersebut hendaklah berjumpa dengan PIC yang menjaga laptop tersebut. Makluman II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Minit mesyuarat guru kali bilangan 3 Sesi 2023/2024 disahkan tanpa pindaan. Makluman III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 14.Baju Sukan Baru Mesyuarat mengambil maklum: (a) Baju sukan baru akan mula dijual di koperasi pada 20 Februari akan datang.


11 (b) Jenis kain sublimation yang berharga RM30 (lengan pendek) RM 31 (lengan panjang) (c) Jika ada tempahan baju sublimation kepada pembekal, pembekal mengambil harga RM 28 untuk baju guru. 15.PBD dan UASA Mesyuarat mengambil maklum: (a) PBD dan UASA akan dicetak oleh guru kelas dan hendaklah membuat salinan dan masukkan ke dalam fail murid. 16.Peranti Percuma Mesyuarat mengambil maklum: (a) 8 peranti untuk guru, 35 untuk murid. 15 peranti dicadangkan untuk diletakkan di PSS dan ada PIC yang menjaga. (b) LCD 2 buah, printer 2 buah. (c) 35 buah peranti, 15 diletakkan di PSS dan 20 lagi di makmal komputer. 17.Tindakan isu buli Mesyuarat mengambil maklum: (a) Tindakan daripada isu buli, murid akan ditukarkan kelas, masalah disiplin sesi petang dapat dikawal oleh Ustazah Kamalia dan Ustaz Hilmi selaku jawatankuasa disiplin petang IV. AKTIVITI DAN PROGRAM 18.HAC Mesyuarat mengambil maklum: (a) HAC akan dilaksanakan mengikut perancangan. YDP pengerusi PIBG tidak hadir dan pegawai PPD akan hadir ke sekolah. jawatankuasa telah mula gerak kerja (b) Anugerah koko akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini (c) Sukan rakyat dan sukan tahun 6 telah selesai diadakan. Cadangan nama sukan ditukar kepada karnival sukan.


12 19.ERPH Mesyuarat mengambil maklum: (a) ujian uji lari pada minggu hadapan. Minggu ini, semua guru hendaklah memasukkan jadual waktu di dalam tapak yang disediakan tapak ERPH. (b) Semua RPH hendaklah dihantar sebelum waktu pdpc bermula. Yuran ERPH hendaklah dibayar kepada Cikgu Zul (Sesi Pagi) dan Cikgu Azlina (Sesi Petang) Tindakan: Semua guru 20.Dialog Prestasi Mesyuarat mengambil maklum: (a) Dialog prestasi diadakan pada 31 Januari 2024 (Rabu) 2 sesi. Sesi pagi bermula jam 10 pagi dan sesi petang bermula jam 2 petang (b) Pengerusi memohon supaya masa berdialog dengan ibu bapa dipendekkan supaya ibu bapa lain tidak menunggu dengan terlalu lama. V. HAL-HAL LAIN 21.Jamuan Akhir Tahun Mesyuarat mengambil maklum: (a) Jamuan akhir tahun sesi petang sahaja (atas permintaan) boleh dilaksanakan dengan kaedah yang akan diputuskan kemudian. 22. Taklimat Tahun 1 Mesyuarat mengambil maklum: (a) Gerak kerja tahun 1 sedang berjalan, pastikan kehadiran dan sambutan ibu bapa berjalan lancar. Tindakan: Penyelaras Transisi 23.Kehadiran guru 1M1S Mesyuarat mengambil maklum : (a) Kehadiran semua guru adalah diwajibkan semasa aktiviti 1M1S yang dijadualkan pada setiap hari selasa jam 7.30 pagi pada setiap minggu.


13 24.Slip Salinan UASA dan PBD Mesyuarat mengambil maklum: (a) Selesaikan urusan PBD dan UASA murid, buat salinan dan masukkan ke dalam fail peribadi murid. Mohon semua guru kelas dan pembantu untuk bersedia untuk Dialog Prestasi akan datang. (b) Slip peperiksaan dan pbd hendaklah diserahkan kepada ibu bapa untuk simpanan mereka (c) Semua Salinan hendaklah disimpan di dalam fail murid bagi mengelakkan berlakunya keciciran maklumat yang diperlukan apabila mereka habis tahun 6 nanti. Tindakan: Guru Kelas dan Guru Pembantu 25.Permohonan ke asrama (murid tahun 6) Mesyuarat mengambil maklum: (a) Sebarang maklumat yang melibatkan tarikh-tarikh penting kemasukan/link penyemakan temuduga/keputusan permohonan ke asrama hendaklah disebar luas di dalam group rasmi sekolah untuk pengetahuan semua guru dan ibu bapa. 26.Keselamatan Murid Mesyuarat mengambil maklum: (a) Bilik dokumentasi bocor dan akan dibaikpulih. (b) Laluan ke padang adalah berbahaya untuk keselamatan murid. Tindakan: Unit HEM VI. PENUTUP Mesyuarat mengambil maklum : (a) terima kasih diatas kerjasama semua guru untuk semua kerjasama dan kejayaan bagi sesi 2023 dan selamat bercuti (b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.40 petang Makluman Pn. Faizah binti Zainudin Setiausaha Mesyuarat Guru Sekolah Kebangsaan Batang Benar Tarikh: 10 Februari 2024


14


Click to View FlipBook Version