BUKU SKRAP
PENDIDIKAN KESIHATAN
PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT :
PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI
Nama : Izyan Nazihah binti Khairul Shahrin
Kelas : 4 Al-Farabi
Tahun : 2022
Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan
Nama Guru : Cikgu Fawizah binti Mohd Sujak
Sekolah : Sekolah Rendah Agama Integrasi
Sungai Manggis
1
DEFINISI :
PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI
• Darah tinggi atau Hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih
tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga
bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.
2
TANDA-TANDA :
PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI
1. Sakit kepala
✓ Sakit kepala merupakan gejala paling umum dirasakan oleh penderita tekanan darah tinggi
dan biasanya berlaku secara mendadak dan tiba-tiba.
2. Mual dan muntah
✓ Simptom ini kadang kala disalah maksud dengan gangguan pencernaan dalam perut dan
juga akibat salah makan. Namun, jika anda mengalami masalah ini, anda harus segera
mendapatkan rawatan lanjut.
3. Pandangan kabur
✓ Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan gangguan penglihatan seperti pandangan menjadi
kabur. Gangguan penglihatan ini muncul kerana terganggunya peredaran darah yang
menuju ke bahagian mata dan saraf penglihatan.
4. Sesak nafas
✓ Sesak nafas berpunca daripada jantung akibat tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi
akan mengganggu pembuluh darah arteri sekaligus mempercepat denyutan jantung. Ini
secara tidak langsung memberi kesan kepada jantung.
5. Hidung berdarah
✓ Sekiranya anda mengalami pendarahan pada hidung yang sukar untuk berhenti, maka anda
perlu segera melakukan pemeriksaan kesihatan. Anda perlu mengenal pasti punca
berlakunya hidung berdarah kerana ia mungkin berpunca daripada pembuluh darah pecah
di beberapa bahagian badan.
6. Kebas
✓ Kebiasaannya, tekanan darah tinggi menyebabkan pengaliran darah menjadi laju ke dalam
tubuh sehingga menyebabkan rasa kebas. Sekiranya anda sering merasa kebas-kebas di
bahagian sendi, tangan dan juga kaki, anda perlu membuat rawatan lanjut. Simptom ini juga
merupakan tanda awal strok yang berpunca daripada hipertensi.
3
PUNCA-PUNCA :
PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI
• Penyempitan Arteri:
o Penambahan usia menyebabkan tekanan darah meningkat kerana arteri menjadi
lebih keras dan sempit terutamanya di jantung, otak dan buah pinggang.
• Penyakit buah pinggang kronik atau ‘Chronic Kidney Disease’ (CKD):
o Penyebab utama tekanan darah tinggi kerana buah pinggang tidak menapis cecair
dan lebihan cecair ini akan membawa kepada tekanan darah tinggi.
• Keadaan kesihatan yang sedia ada iaitu penyakit kardiovaskular, penyakit kencing
manis, penyakit ginjal kronik, dan paras kolestral tinggi boleh menyebabkan hipertensi
terutamanya apabila usia semakin tua.
• Risiko adalah sama bagi lelaki mahupun perempuan. Tetapi lelaki lebih mudah menderita
hipertensi pada usia yang lebih muda. Namun, kecenderung lebih tinggi kepada wanita yang
lebih berusia.
4
RAWATAN :
PENYAKIT TEKANAN DARAH TINGGI
1. Senaman fizikal harian
➢ Doktor menyarankan pesakit untuk melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30
minit. Badan yang lemah dan kurang aktiviti akan menyebabkan sistem badan semakin
lemah dan mengundang kemudaratan yang membawa kepada permasalahan yang lain.
2. Pengurangan tekanan
➢ Mengawal tekanan dapat membantu memastikan kestabilan darah agar berjalan lancar dan
sedikit sebanyak dapat mencegah dari berlakunya tekanan darah tinggi. Latihan pernafasan
secara perlahan dapat menghantar isyarat bagi menenangkan sistem saraf yang membantu
mengurangkan tekanan darah tinggi.
3. Tidur awal
➢ Badan kita memerlukan tidur sekurang-kurangnya 4 hingga 5 jam bagi merehatkan tubuh
badan yang bekerja di siang hari. Jika badan mendapat rehat yang mencukupi, kita pasti
dapat menjalani hidup dengan normal dan juga mengurangkan risiko berlakunya tekanan
dalam darah.
5
4. Ubat-ubatan
➢ Terdapat beberapa jenis ubat darah tinggi dan perlu diberikan pada pesakit berdasarkan
umur, keadaan penyakit pesakit dan beberapa faktor yang lain. Ubat tekanan darah tinggi ini
hanya boleh dipreskripsikan oleh doktor sahaja. Beberapa jenis ubat tekanan darah tinggi
adalah:
• Diuretics:
o Ubat ini akan melawaskan air kencing dan mengurangkan isipadu air dalam badan
menyebabkan tekanan darah berkurangan.
o Contoh ubat : hydrochlorothiazide dan indapamide
• Beta-blocker:
o Ubat ini dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan mengurangkan tekanan
darah.
o Contoh ubat : metoprolol, atenolol, bisoprolol dan propanolol
• Angiotensin converting enzyme inhibitor(ACEi):
o Ubat ini akan merencat angiotensin converting enzyme yang sepatutnya
menghasilkan hormon angiotensin. Hormon angiotensin ini pula akan menyebabkan
tekanan darah menjadi tinggi. Dengan merencat fungsi enzim tersebut, hormon
angiotensin akan berkurangan dan tekanan darah akan berkurangan.
o Contoh ubat : captopril, perindopril dan enalapril.
• Angiotensin Receptor Blocker(ARB):
o Contoh ubat : losartan, telmisartan, irbesartan dan valsartan.
• Calcium channel blocker:
o Contoh ubat : felodipine, amlodipine, nifedipine dan verapamil
6