PAKAIAN
TRADISIONAL
PELBAGAI KAUM
DI MALAYSIA
1
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju,
tengkuk 'cekak' tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak
musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi
berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran
bulat yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju
ini mula dipakai di Johor ketika Pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni
Sultan Abu Bakar.
2
BAJU MELAYU TELUK BELANGA
Baju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar
luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga
dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan
Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri
Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru.
Walaubagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat
Melayu hingga disebut selengkapnya 'Baju Melayu'.
3
BAJU KURUNG
Baju kurung adalah berasal dari negeri Johor. Pakaian ini merupakan
pakaian tradisional kaum wanita Melayu. Menurut sejarah kewujudan
pakaian ini, baju kurung dikatakan wujud dua ratus tahun yang lampau.
Baju kurung dikatakan hasil kreatif Sultan Abu Bakar iaitu sultan Johor
pada tahun 1866. Selain itu, ada juga cerita yang menyatakan bahawa
baju kurung telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Baju kurung dikenakan oleh wanita-wanita di Melaka pada ketika itu.
Pada masa kini, baju kurung ditambah dari segi perhiasannya bagi
menambah keanggunannya. Kebanyakan baju kurung diperbuat
daripada kain sutera yang halus dan lembut. Baju kurung masa kini
ditambah dengan manic dan disulam dengan benang berwarna emas
bagi perhiasan baju kurung tersebut.
4
BAJU KEBAYA
Baju kebaya biasanya dipakai oleh wanita Melayu dan Indonesia.
Pakaian tradisional baju kebaya ini dikatakan berasal daripada kaum
Cina yang datang ke Tanah Melayu suatu ketika
dahulu. Lama kelamaan baju kebaya diterima oleh masyarakat
tempatan di Kepulauan Melayu. Selain baju kebaya biasa, terdapat juga
baju kebaya yang dikenali sebagai baju belah kebaya panjang. Baju
belah kebaya panjang ini ada berasal dari Johor. Baju belah kebaya
panjang adalah sama dengan baju kebaya biasa cuma terdapat
perbezaan sedikit daripada ciri-cirinya. Baju belah kebaya panjang
adalah keseluruhannya menutupi anggota badan sehingga mencecah
buku lali. Bahagian hadapan baju belah kebaya panjang adalah
keseluruhannya menutupi anggota badan sehingga mencecah buku lali.
Bahagian hadapan baju ini adalah terdedah dan ditutup dengan
kerongsang. Pakaian ini juga dipakai dalam acara-acara rasmi ataupun
dipakai pada majlis majlis keramaian.
5
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA
SAMFOO
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek
Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian
ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan
berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian
tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia
diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional
kepada Orang Manchu.
6
HANFU
Orang Cina merupakan Suku Cina Han.merupakan pakaian tradisional
sebenar kaum Cina. Gambar yang ditunjukkan ialah pakaian tradisional
kaum lelaki.
7
CHEONGSAM
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai
pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa
Tahun Baru Cina.
Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke
paras lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan
kanannya.
8
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA
KURTA
Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis
rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan
lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.
9
SALWAR KAMEEZ
Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di
kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang
dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala
yang sesuai warnanya.
10
SARI
Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di
seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang
dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari
tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya.
Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang
bersulam diletak di atasbahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di
bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut.
Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang
sememangnya indah.
11
PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK
LELAKI BIDAYUH
Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan
putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung
gigi beruang.
12
WANITA BIDAYUH
Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik
satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada
syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam,
merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.
13
IBAN
PAKAIAN IBAN LELAKI
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah
sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung
kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-
kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di
bahagian itu. Sirat dipakai dengancara melilitnya dipinggang dan celah
kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan
belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias.
PAKAIAN PEREMPUAN IBAN
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung
ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut.
Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110
cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang
dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak
banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka
corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika
upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka
corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan
kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi
dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan
benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.
14
MELANAU
PAKAIAN LELAKI SUKU KAUM MELANAU
Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan
moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang
sifon berkopiah Jawa.
BAJU BABAN
Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin
Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain
songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri
kepih dada dan kepih sanggul.
15
PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK SABAH
BAJAU
Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu
sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan
perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan
Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Orang Bajau, (juga ditulis
sebagai Badjao, Badjaw atau Badjau) adalah sebuah kumpulan etnik
pribumi dari Malaysia dan Filipina Selatan serta diiktiraf
sebagaikumpulan etnik kedua terbesar di negarabahagian Sabah.
16
KADAZAN
Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus baldu
sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan
perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan
Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Orang Bajau, (juga ditulis
sebagai Badjao, Badjaw atau Badjau) adalah sebuah kumpulan etnik
pribumi dari Malaysia dan Filipina Selatan serta diiktiraf sebagai
kumpulan etnik kedua terbesar di negara bahagian Sabah.
17
MURUT
Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan
cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik
atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu.
Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan
motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari
manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai. Orang Murut
adalah sebuah kumpulan etnik pribumi yang mendiami wilayah utara
pedalaman Kalimantan.Sebahagian besar masyarakat Murut adalah di
pedalaman barat daya Sabah, Malaysia timur, khususnya daerah
Keningau, Tenom dan Nabawan Pensiangan, sepanjang Sapulut
dan Sungai Padas.
18