RUMAH
TRADISIONAL
DI MALAYSIA
1
RUMAH TRADISIONAL DI MALAYSIA
RUMAH TRADISIONAL
NEGERI MELAKA
Rumah Tradisional Melaka merupakan rumah tradisional yang dibina
dengan reka bentuk warisan masyarakat melayu berciri-ciri bumbung
atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin.
Tangga batu merupakan ciri-ciri utama disamping ukiran kayu di
bahagian serambi yang unik.Halaman Rumah Tradisional ini biasanya
dihias dengan pelbagai jenis bunga.
2
RUMAH TRADISIONAL
NEGERI SEMBILAN
Rumah Tradisional Negeri Sembilan atau disebut juga Rumah
Minangkabau Negeri Sembilan adalah rumah tradisional yang
dibangun oleh keturunan Minangkabau yang berasimilasi
dengan Orang Asli dan tersebar di Negeri
Sembilan, Malaysia. Rumah tradisional ini merupakan evolusi
dari Rumah Gadang di Sumatra Barat, Indonesia, yang telah
dipadukan dengan unsur arsitektur Melayu setempat.
Ciri khas rumah ini dapat terlihat pada bentuk atapnya yang
memanjang serta melentik di kedua ujungnya. Reka bentuk bumbung
panjang yang lentik dengan kedua-dua hujung bumbungnya naik ke
atas sedikit telah menjadi identiti seni bina di Negeri Sembilan yang
tersendiri.. Oleh kerana itu, rumah ini juga disebut dengan
nama Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan.
3
RUMAH TRADISIONAL
NEGERI JOHOR
Bentuk rumah Melayu tradisi yang banyak ditemui di negeri Johor
adalah campuran warisan bentuk rumah tradisi Jawa, Bugis, Banjar,
Palembang dan keturunan lain daripada rumpun bangsa Melayu di
Kepulauan Melayu. Bentuk yang terkenal ialah rumah bumbung limas
yang berkembang secara pesat bermula pada abad ke19.
Rumah limas terdiri daripada pelbagai jenis. Pada umumnya
kebanyakkan reka bentuk rumah limas di negeri Johor menyerupai
rumah tradisional orang-orang Palembang. Bentuk awal rumah limas
ini dikenali sebagai limas perabung lima, iaitu bumbungnya memakai
lima buah perabung, terdiri satu perabung terus mendatar
bersambung dengan empat perabung menurun ke cucur atap. Binaan
bumbung berbentuk piramid ini dipanggil limas.
4
RUMAH TRADISIONAL
NEGERI PAHANG
Rumah tradisional negeri Pahang dikenali sebagai Rumah Serambi
Pahang. Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang. Keunikan
Rumah Serambi Pahang dapat dilihat menerusi teknik pembinaan
kediaman yang berdasarkan tradisi seni bina Melayu iaitu dibina
dengan kayu tanpa menggunakan sebarang paku pada dinding dan
lantai.Selain mempunyai tiga ruang utama iaitu serambi hadapan,
rumah ibu atau induk serta serambi dapur, keunikan rumah itu juga
terletak pada bahagian ‘geta’ atau lantai yang ditinggikan untuk tujuan
tertentu termasuk sebagai tempat berehat dan tidur. Kedudukannya
yang lebih tinggi daripada lantai dan strukturnya yang kuat
membolehkan penghuni mendiaminya dengan selamat. Jadi, boleh
dikatakan rumah tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang
bertujuan mengelakkan serangan musuh dari bahagian bawah.
5
RUMAH TRADISIONAL
NEGERI TERENGGANU
Negeri Terengganu memang kaya dengan peninggalan sejarah
rumah-rumah lama seperti “Limau Bungkus” atau “Rumah Belanda”,
“Rumah berkembar” dan “Rumah Tele”. Keunikan ini yang digubah
oleh tukang-tukang Melayu pada awal 1930an bukan sahaja kerana
keindahan dan keaslian reka bentuk tetapi juga keindahan seni ukiran
dan sobekan sama ada yang terletak di atas pintu mahupun di atas
tingkap. Reka bentuk dan ukiran seperti itu bukan sahaja terdapat di
rumah orang berada atau golongan istana tetapi juga di masjid.
Keaslian dan keunikan bentuk dan ukiran rumah-rumah ini masih lagi
tersergam indah dan terpelihara.
6
RUMAH TRADISIONAL
NEGERI KELANTAN
Negeri Kelantan mempunyai sejarah yang panjang sejak zaman
purba. Dengan latar belakang sejarah yang panjang ini telah
menjadikan senibina (bentukan) rumah Kelantan mempunyai bentuk
rumah yang unik dan ciri khas tersendiri. Ada dua jenis rumah beratap
panjang di Kelantan iaitu Rumah Bujang dan Rumah Tiang Dua
Belas. Rumah Bujang atau disebut juga rumah tunggal adalah rumah
sederhana yang dibuat oleh orang-orang Kelantan yang memiliki
penghasilan sederhana atau dibawah rata-rata. Rumah Bujang
adalah rumah yang paling awal dihuni oleh masyarakat di Kelantan.
Sementara itu, Rumah Tiang Dua Belas dibangun oleh orang-orang
kaya dan elite. Ukiran rumit di dinding melambangkan status tinggi
dari pemilik rumah. Rumah Tiang Dua Belas dapat ditemukan di
beberapa desa dan di Kota Bahru dengan usia lebih dari 100 tahun.
7
RUMAH TRADISIONAL
NEGERI KEDAH
Rumah tradisional Melayu Kedah atau popular dipanggil Rumah Seri
Banai mempunyai struktur binaan yang unik dengan berdindingkan
kayu meranti temak beratapkan rumbia, selain mempunyai ukiran
halus yang indah memenuhi beberapa ruang kediaman itu.
Dengan ruang luas, rumah yang lazimnya dimiliki pemilik tanah ini
dihiasi dengan ukiran kerawang tebuk yang berfungsi sebagai elemen
pengaliran udara. Buluh dan kayu turut digunakan dalam pembinaan
rumah tradisional Kedah ini, selain daun nipah sebagai atap rumah.
Tetapi, binaan berasaskan konkrit turut dibina seperti batu pelapik
tiang atau tapak lantai tangga rumah.
8
RUMAH TRADISIONAL
NEGERI PERAK
Rumah bumbung panjang di Perak dikenali sebagai Rumah Kutai dan
Rumah Potong Pattani. Rumah Kutai atau ‘Kotai’ adalah nama
sebutan yang diberikan oleh penduduk tempatan di mana terdapatnya
senibina rumah tersebut. Perkataan Kutai atau Kotai bererti lama atau
tua, jadi Rumah Kutai adalah rumah yang telah berusia tua.Secara
umumnya Rumah Kutai terdiri daripada dua jenis, iaitu Rumah Kutai
Tiang 12 dan Rumah Kutai Tiang 16. Kedua-duanya mempunyai
struktur yang sama. Ciri-ciri rumah Kutai ini dapat dilihat pada ragam
hias lebah bergantung dan penggunaan daun tepas berkelarai pada
muka tebar layarnya. Selain daripada itu, penggunaan lantai jeria,
struktur bumbung dengan sistem teknologi yang unik, bentuk pintu
gelangsar dan bentuk tingkapnya yang tersendiri memang tidak
pernah terdapat pada lain-lain unsur senibina Rumah Melayu
Tradisional baik di Malaysia.
9
RUMAH TRADISIONAL
NEGERI PULAU PINANG
Di Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu
berlainan bentuk iaitu rumah bumbung panjang, rumah serambi dan
rumah serambi gajah menyusu. Rumah serambi gajah menyusu
bumbung ibu kelihatan lebih tinggi rendah seperti seekor gajah
tengah menyusukan anaknya.Sama dengan ruang dapur yang
bumbungnya lebih rendah daripada bumbung unit rumah utama turut
menggambarkan gajah tengah menyusu.Menariknya rumah jenis ini
menggunakan bumbung panjang mendatar dan di muka tepi
dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar
layar.Sementara komponen bangunannya terdiri daripada rumah ibu
dan dapur.Pembahagian ruangnya pula terdiri daripada ruang rumah
tangga di hadapan ruang serambi luar, ruang tengah, ruang serambi
dalam, ruang gajah menyusu dan dapur.Material pembinaan rumah ini
membabitkan kayu cengal dan meranti sementara bumbungnya
beratapkan rumbia.
10
RUMAH TRADISIONAL
NEGERI PERLIS
Rumah tradisional Melayu Perlis berbentuk ‘Bumbung Panjang’ terdiri
dari rumah ibu dan rumah dapur .Bersambung dengan rumah ibu dan
rumah dapur.Bersambung dengan rumah ibu terdapat ruang balai.Di
hadapan rumah dapur,antara rumah ibu terdapat sebuah ruang
mempunyai fungsi masing-masing.Bangunan tersebut lazimnya
diperbuat daripada kayu ataupun buluh,beratapkan rumbia atau
nipah. Biasanya rumah ini berdindingkan buluh dan dianyam
berkelarai, berlantaikan papan. Hanya orang kaya dan berada akan
menggunakan papan tegak, berlidah dan berlurah. Ruang atas
tingkap terdapat ukiran kelarai,begitu juga pada’papan cantik’ dan
‘tibar layar’.
11
RUMAH TRADISIONAL
NEGERI SABAH
Sabah kaya dengan kepelbagaian suku kaum dan pembinaan rumah
turut dipengaruhi elemen tertentu. Rumah Panjang suku Rungus dan
Murut mempunyai ruang seakan-akan bilik sekeluarga atau upacara
tradisi suku kaum itu. Selain rumah panjang terdapat rumah individu
seperti rumah Bajau di Kota Belud dan rumah Banggi di Pulau
Balambangan, rumah buluh di Tambunan dan rumah Lotud di
kawasan Tuaran. Rumah Bisaya pula kebanyakannya terdapat di
Daerah Beaufort dan Kuala Penyu.
12
RUMAH TRADISIONAL
NEGERI SARAWAK
Sarawak sangat terkenal dengan rumah panjang yang didiami suku
kaum Iban, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh. Kebanyakan rumah
dibina berhampiran sungai yang menjadi laluan utama bagi
masyarakat berkenaan.Biasanya rumah panjang berkenaan
mempunyai bilik untuk keluarga yang berjumlah antara 20 hingga 80
bilik. Setiap rumah panjang boleh menempatkan antara 200 hingga
800 orang. Rumah panjang adalah tradisi kaum Iban yang terdiri
daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini
mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri dari segi keselamatan
dan kebudayaan. Seni bina rumah itu juga dikaitkan dengan dengan
adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing tanpa dipengaruhi
masyarakat luar. Malah Rumah panjang itu menggunakan tiang jenis
kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian dari Kepulauan
Borneo. Selain itu terdapat juga rumah Panjang Bidayuh Sarawak,
Melayu Sarawak, rumah baruk Bidayuh dan rumah panjang tinggi
atau Melanau Sarawak. Masing -masing mempunyai keunikan
tersendiri.
13