ALAT MUZIK
TRADISIONAL
PELBAGAI KAUM
DI MALAYSIA
1
ALAT MUZIK TRADISIONAL
KAUM MELAYU
ANGKLUNG
NAMA:
Angklung adalah satu lagi alat muzik yang dikategorikan dalam
kumpulan Idiofon. Adalah dipercayai bahawa Angklung yang
pertama dibuat di Banyumas,Indonesia beberapa abad dahulu.
DIPERBUAT:
Dua atau tiga batang buluh yang ditala pada satu perumah tertentu
yang dipasang dipanggil “ancak” untuk membuat sebuah angklung.
FUNGSI:
Angklung juga digunakan dalam ensembal muzik tarian Kuda Kepang
di Johor.
2
BEDUK
NAMA:
Beduk adalah sejenis alat yang dikategorikan
dalam Membranofon.Ia merupakan sejenis alat gendang yang besar
yang dipalu dengan pemalu yang dibalut dengan getah di bahagian
kepalanya untuk menghasilkan bunyi yang kuat.
DIPERBUAT:
Permukaannya diperbuat daripada kulit lembu.
FUNGSI:
Berguna untuk memaklumkan masuknya waktu sembahyang,sebagai
alat perhubungan dan memberitahu apa-apa berita seperti
berlakunya kematian di dalam sesebuah kampung.
3
GAMBUS
NAMA:
Gambus ialah sejenis alat muzik dalam kategori Kordofon.
DIPERBUAT:
Badannya diperbuat daripada jenis kayu keras seperti kayu
nangka.Manakala leher gambus diperbuat daripada kayu pendek
yang tidak mempunyai fret.
FUNGSI:
Di negeri Johor, mereka menggunakan alat ini untuk
mempersembahkan tarian zapin. Masyarakat Melayu
menggunakan gambus dalam persembahan ghazal di Johor.Selain
itu,alat ini juga digunakan dalam lain-lain upacara seperti sambutan
Maal Hijrah dan Maulud Nabi.
4
GEDUK
NAMA:
Geduk adalah alat muzik yang dikategorikan
dalam Membranofon.Ia merupakan sejenis gendang dua muka
berbentuk tong.
DIPERBUAT:
Badannya diperbuat dari jenis kayu keras seperti kayu kayu
nangka.Kedua-dua mukanya diperbuat daripada belulang lembu yang
dipasak dengan kayu nibong.
FUNGSI:
Sepasang Geduk yang berlainan saiz digunakan dalam persembahan
wayang kulit dan menora di Kelantan.Alat yang lebih besar
dikenali sebagai Geduk Ibu dan satu lagi dipanggil Geduk Anak.
5
GENDANG
NAMA:
Gendang adalah alat muzik yang dikategorikan
dalam Membranofon.Ia merupakan salah satu alat muzik tradisional
yang sangat signifikan dalam masyarakat Melayu.
DIPERBUAT:
Mukanya diperbuat daripada kulit kambing atau lembu yang
direngangkan menggunakan tali rotan ke atas baluh atau temalang
kayu.Baluhnya diperbuat daripada jenis kayu keras seperti kayu
nangka, atau merbau.
FUNGSI:
Biasanya dimainkan juga untuk mengiringi tarian, pencak silat dan
acara yang lain.
6
ALAT MUZIK TRADISIONAL
KAUM CINA
BO
NAMA:
Bo yang juga dikenali sebagai Po adalah sejenis alat muzik yang
diklasifikasikan dalam kumpulan Idiofon.Alat ini sangat popular
semasa Dinasti Sui dan Dinasti Tang
(581-907).
DIPERBUAT:
Sepasang piring bulat yang rata yang biasanya diperbuat daripada
kepingan gangsa.
FUNGSI:
Masyarakat Cina biasanya menganggap bunyi yang kuat sebagai
baik sepertimana amalan mereka membakar mercun untuk
menghalau hantu.
7
CHING DAN CHAP
NAMA:
Ching dan Chap adalah alat muzik dalam kategori Idiofon.
Alat ini dibuat serupa dan digunakan secara berpasangan.Alat
muzik dalam keluarga simbal berbentuk bulat dan berlekuk di
bahagian tengah seperti cawan.
DIPERBUAT:
Ching dan Chap biasanya diperbuat daripada kepingan gangsa nipis.
Garispusatnya adalah di antara 12 hingga 14 sm bagi alat yang kecil
dan 23 hingga 26 sm bagi alat yang besar.
FUNGSI:
Ching dan Chap berfungsi sebagai penanda masa dan menentukan
tempo dalam pancaragam Piphat.
8
ERHU
NAMA:
Erhu dikategorikan sebagai alat Kordofon. Ia merupakan sejenis
alat muzik gesekan bertali dua. Erhu adalah di antara alat muzik
paling popular dalam keluarga Hu-qin di China.
DIPERBUAT:
Badan Erhu digilap dengan rapi dan di bahagian hujungnya
berbentuk naga sementara di bahagian bawahnya ialah kotak bunyi
yang dipasangkan dengan kulit ular.
FUNGSI:
Di dalam Orkestra Cina,Erhu terbahagi kepada dua iaitu Erhu abad
pertama dan abad kedua atau ringkasnya dipanggil Erhu pertama
dan kedua.
9
LIU QIN
NAMA:
Liu Qin adalah alat muzik dalam kategori Kordofon.Ia merupakan
alat muzik bertali yang dipetik seperti Pipa kecuali ia bersaiz lebih
kecil dan bunyi seperti sebuah Mandolin.
DIPERBUAT:
Liu Qin dipetik dengan satu alat pemetik yang diperbuat daripada
tanduk tetapi sekarang alat pemetik ini diperbuat daripada plastik.
FUNGSI:
Ia digunakan juga untuk mengiringi Opera Cina dan nyanyian rakyat
.Selain itu, ia digunakan untuk memainkan not-not yang tinggi di
dalam Orkestra Cina.
10
PIPA
NAMA:
Pipa dikategorikan sebagai alat muzik Kordofon.Ia merupakan alat
muzik yang paling simbolik dan terkenal dalam Orkestra
Cina.Sejarahnya bermula sejak lebih 2000 tahun dahulu.
DIPERBUAT:
Kotak bunyinya diperbuat daripada kayu dan dipasang dengan 30
fret.Empat talinya ditala kepada A,D,E,danA dengan jarak suara
sebanyak empat setengah oktaf.
FUNGSI:
Rakyat bermain alat ini untuk mengatasi perasaan marah mereka
kerana terpaksa membina Tembok Besar.
11
ALAT MUZIK TRADISIONAL
KAUM INDIA
MANJIRA
NAMA:
Manjira dikategorikan sebagai alat Idiofon.
DIPERBUAT:
Ia diperbuat daripada logam gangsa.
FUNGSI:
Di dalam muzik klasik India,peranannya adalah untuk mengiringi
nyanyian dan memainkan irama.Ia merupakan komponan yang
penting di dalam muzik bhanjas dan muzik tarian.
12
DHOLAK
NAMA:
Dholak ialah sejenis alat Gendang dua muka berbentuk tong yang
dikategorikan sebagai alat Membranofon.
DIPERBUAT:
Permukaannya yang lebih kecil di sebelah kanan iaitu muka trebel
ditutupi dengan kulit kambing yang ditala kepada pic yang lebih
tinggi.Manakala di sebelah muka yang lebih besar iaiatu muka bes
dipasang dengan kulit yang mempunyai lapisan khas di bahagian
dalam kulit mukanya. Lapisan khas ini iaitu yang diperbuat dari
campuran tar,tanah liat dan pasir halus menghasilkan pic yang
rendah.Baluh alat ini diperbuat daripada kayu dan diikat dengan
tali.
FUNGSI:
Dholak dimainkan untuk mengiringi muzik rakyat.
13
SITAR
NAMA:
Sitar adalah sejenis alat muzik dalam kategori Membranofon.Ia
merupakan sejenis lute yang berleher panjang dengan tujuh tali
logam diregangkan di atas sebuah jambatan yang panjang.
DIPERBUAT:
Dasarnya diperbuat daripada sebiji kulit labu keras yang berfungsi
sebagai kotak bunyi.Satu set tali-tali halus yang ditala kepada mod
raga yang dimainkan bertindak sebagai penggetar bagi
menambahkan bunyi gema alat tersebut.
FUNGSI:
Sitar memainkan peranan yang sangat penting di dalam Muzik
Hindustan.
14
TABLA
NAMA:
Tabla dan Baya dikategorikan dalam kumpulan Membranofon.
DIPERBUAT:
Tabla ialah Gendang trebel yang diletakkan di sebelah kanan
pemain yang diperbuat daripada beberapa lapisan
kayu.Manakala Baya pula adalah gendang bes yang diletakkan di
bahagian kiri pemain.Muka kedua-dua Gendang ini ditutupi dengan
kulit kambing.
FUNGSI:
Tabla dan Baya bukan sahaja dimainkan di dalam Muzik Karnatik
dan Hindustan di Malaysia,malah ia juga digunakan untuk mengiringi
muzik muzik sinkretik seperti ghazal dan dangdut.
15
TAMBURA
NAMA:
Tambura dikategorikan sebagai alat Membranofon.
DIPERBUAT:
Badannya berbentuk separuh bulat yang diperbuat daripada
kayu nangka dipanggil sebagai Kudam.Sebatang leher yang panjang
yang dipanggil sebagai Dandi disambungkan kepada Kudam.
FUNGSI:
Tambura selalunya dimainkan di dalam persembahan.
16
ALAT MUZIK TRADISIONAL
ETNIK SABAH
KULINTANGAN
NAMA:
Kulintangan dikategorikan sebagai alat muzik Idiofon.Ia merupakan
alat muzik dalam keluarga gong yang mempunyai kaitan
dengan Kulintangan yang dimainkan di Pulau Mindanao,Selatan
Filipina.
DIPERBUAT:
Alat ini diperbuat daripada logam gangsa.
FUNGSI:
Kulintangan dipersembahkan untuk mengiringi tarian seperti tarian
kaum Kadazan iaitu Sumazau,Limbai,Silat dan Tingkad-tingkad.
17
SOMPOTON
NAMA:
Sompoton adalah sejenis alat muzik tiupan dalam
kategori Erofon.Ia dikatakan berasal dari negeri Sabah.
DIPERBUAT:
Sompoton diperbuat daripada labu kering dan paip buluh.Sebanyak
lapan batang paip buluh diikat bersama di dalam dua barisan iaitu
empat batang paip buluh bagi setiap baris dan dimasukkan ke dalam
sebuah labu yang dikeringkan.Setiap paip buluh tersebut
mempunyai nama-namanya yang tersendiri.
FUNGSI:
Sompoton adalah salah satu alat muzik yang digunakan untuk
mengiringi tarian suku kaum Kadazan iaitu Tarian Sumazau.
18
SUNDATANG
NAMA:
Sundatang dikategorikan sebagai alat Kordofon.Ia popular di
kalangan kau pribumi di negari Sabah.
DIPERBUAT:
Sundatang diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka.Ia
berukuran lebih kurang tiga kaki panjang.
Tali-tali lat ini diperbuat daripada urat palma atau dawai loyang.
FUNGSI:
Badannya berfungsi sebagai penyalun bunyi.
19
ALAT MUZIK TRADISIONAL
ETNIK SARAWAK
ENGKEROMONG
NAMA:
Engkeromong dikategorikan sebagai alai Idiofon.Ia merupakan satu
alat muzik dalam keluarga Gong berbusut.
DIPERBUAT:
Engkeromong diperbuat daripada gangsa.
FUNGSI:
Di dalam sesuatu persembahan,empat buah Engkeromong disusun di
atas sebuah rak kayu dengan tertib dalam sistem skala tertentu.
20
SAPE
NAMA:
Sape dikategorikan dalam kumpulan Kordofon.Ia juga dikatakan berasal dari negeri
Sarawak.
DIPERBUAT:
Alat ini diperbuat daripada kayu keras seperti meranti atau kayu pelak.Lehernya agak
pendek tetapi badannya panjang dan berbentuk seperti sebuah sampan.Asalnya alat
ini dengan dua tali yang diperbuat daripada urat rotan yang halus.Tetapi sekarang
ianya dipasangkan dengan empat tali logam.
FUNGSI:
Badannya berfungsi sebagai penyalun bunyi.Alat ini boleh didapati dalam pelbagai saiz
iaitu dari 3½ hingga 6 kaki panjang.
21
SELENGUT
NAMA:
Selengut merupakan alat tiupan yang dikategorikan
sebagai Erofon.Ia dimainkan untuk hiburan individu dan berasal
dari negeri Sarawak.
DIPERBUAT:
Selengut ialah sejenis flut hidung yang diperbuat daripada buluh
kecil.
FUNGSI:
Alat ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kepercayaan
masyarakat pribumi di Sarawak.
22
ALAT MUZIK TRADISIONAL
ORANG ASLI
CHENTONG
NAMA:
Chentong merupakan alat muzik dalam muzik dalam
kategori Idiofon.Seperti juga Awar,ia merupakan penghentak
buluh yang dipersembahkan oleh Orang Asli di Semenanjung
Malaysia.Masyarakat Semai dan Temiar sering mempersembahkan
alat ini di dalam muzik Sewang.
DIPERBUAT:
Chentong diperbuat daripada buluh.Ia adalah salah satu alat muzik
yang dimainkan secara menghentakkan bersama-sama buh yang
lain.Ia selalunya dimainkan oleh kaum wanita Temiar.
FUNGSI:
Chentong yang berlainan saiz untuk menghasilkan rentak muzik
dalam upcara-upacara tertentu.
23
BIOLA
NAMA:
Biola adalah merupakan sejenis alat muzik Kordofon.Alat muzik
bertali empat ini telah diadaptasikan dari Viola Barat.
DIPERBUAT:
Sekarang tali-talinya diperbuat daripada nilon walaupun suatu
ketika dahulu ianya diperbuat daripada bulu ekor lembu.Jenis kayu
keras seperti kayu nangka digunakan untuk membuat
badan biola dan penggeseknya.
FUNGSI:
Biola digunakan untuk hiburan umum semasa majlis perkahwinan
atau perjumpaan sosial yang diaturkan di sebelah
petang.Biola hanya dimainkan oleh Orang Asli yang dimainkan oleh
Orang Asli yang mendiami sekitar kawasan yang telah
membangun.Ianya tidak dimainkan oleh masyarakat Orang Asli
yang mendiami kawasan oleh masyarakat Orang Asli yang mendiami
kawasan pergunungan Semenanjung Malaysia.
24