The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizahothman, 2021-02-20 02:47:18

MAKANAN TRADISIONAL

MAKANAN TRADISIONAL

MAKANAN
TRADISIONAL
PELBAGAI KAUM
DI MALAYSIA

1

MAKANAN TRADISIONAL
KAUM CINA

YEE SANG

Yusheng, yee sang atau yuu sahng ialah sejenis salad ikan mentah
gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging
ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan
sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan
lain. Secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah",
namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran
dan kesuburan.

2

KUIH BAKUL

Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah
makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk
seperti dodol. Secara tradisi, kuih ini paling laris dimakan ketika
sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai
membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" (
年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama
kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高(gāo) bermaksud 'tinggi'
melambangkan erti "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi
kemajuan".

3

KUIH BULAN

Kuih bulan ialah kuih tradisional Cina. Kuih ini dimakan semasa
Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta tersebut adalah bagi
sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap
sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih
bulan ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga
sementara meraikan pesta.

4

JIAOZI

Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi orang China,
khususnya orang China utara. Pada masa dahulu, apabila orang
China berkumpul, mereka akan makan Jiaozi yang merupakan
makanan utama. Lebih-lebih lagi ketika meraikan Tahun Baru
China, setiap keluarga akan makan Jiaozi. Pada tengah malam
sebelum masuknya ke Tahun Baru mengikut kalendar China,
memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah berlalu dan tahun
baru telah tiba.

5

DIM SUM

Dim Sum ialah sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan
ringan lingkungan luas dan dihidang bersama teh
Cina.Hidangan dim sum disediakan dalam bahagian kecil dan
termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga pencuci
mulut serta buah-buahan. Hidangan ini biasanya dihidangkan dalam
bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga
Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas
seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina.

6

MAKANAN TRADISIONAL
KAUM MELAYU

NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan
Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk
kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi
menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan
semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum
melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng
dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak
seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.

7

LEMANG

Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang
hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum
suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai
hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan
bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras
pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun
pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak
kaum asli di Malaysia.

8

OTAK-OTAK

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan
nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan
petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak
Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”Pada lazimnya ia dibungkus
dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus
dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-
otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai
untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-
otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu
dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan
ketika masih panas.

9

DODOL

Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan
makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal
di Melaka. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri
daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan
garam.Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah
dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai
kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang
dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan
hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol
hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang
baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih
kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak
tidak sedap dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada
tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis
kenduri.

10

RENDANG

Rendang adalah hidangan wajib semasa perayaan Hari Raya.
Memakannya bersama lemang atau ketupat menjadikan rempah-
rempahnya terasa sungguh enak. Rendang yang dimasak boleh
dinikmati bersama pelbagai jenis hidangan karbohidrat seperti nasi
himpit, ketupat, nasi putih dan pulut. Rendang di Malaysia boleh
dimasak dengan pelbagai jenis bahan utama seperti daging, ayam, itik
dan puyuh serta terdapat juga rendang yang dimasak menggunakan
organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan limpa. Hidangan yang
sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini dimasak sebenarnya
dimasak untuk jangka masa yang lama oleh generasi terdahulu dan
cara masakan tersebut masih diamalkan oleh penduduk-penduduk di
kampung. Rendang dimasak lama kerana mahu daging yang dimasak
dalam rencah rendang menyerap segala rasa rempah yang dimasukkan
disamping memastikan daging dimasak sehingga empuk dan kering.

11

MAKANAN TRADISIONAL
KAUM INDIA

TOSAI

Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai
dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga
terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang
dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat
Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana
gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan
tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi
atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

12

IDLI

Idli juga berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya,
sanna, rave atau sambar idli. Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun
sebagai makanan ringan. Makanan ini sering dihidang dengan sambal
dari buah-buahan, sambar dan lain-lain. Bahan utamanya ialah vigna
mungo dan nasi.

13

PUTU MAYAM

Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah
mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua bangsa dan kini
turut dinikmati oleh semua kaum di Malaysia sebagai snek. Proses
menghasilkan putu mayam terdiri daripada menggaul tepung beras
atau tepung idiyappam dengan air/atau santan, dan menekan doh
melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee. Ia dikukus,
biasanya dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa. Putu
mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau
gula kabung atau gula Melaka atau guna nisan. Hidangan ini dimakan
sebagai makan pagi bersama dengan sayuran berkuah atau aviyal, atau
kari ikan, dan lain-lain.

14

ULUNDU VADAI

Ulundu Vadai pula merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada
tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang ditengah. Ia sedap
dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan
minyak masak yang banyak.

15

MURUKKU

Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah
chakli dan chakri. Makanan tradisional ini juga berasal dari negara
India. Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras. Murukku
boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan
ringan. Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan. Murukku
dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida,ajawain
dan cumin. Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan
ini tidak kira umur.

16

MAKANAN TRADISIONAL
ETNIK SABAH

HINAVA

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan
tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah dan boleh
dikatakan sebagai makanan yang paling popular dalam kalangan kaum
Kadazan-Dusun.
Makanan ini merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan
segar yang dicampurkan dengan biji buah gambangan yang telah
diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam.
Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau
Kaamatan.

17

AMBUYAT

Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian
batang dalam sagu sawit. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di
Labuan dan negeri-negeri Borneo seperti Sabah dan Sarawak di mana
makanan ini kadangkala dikenali sebagai linut.
Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan
menggolekkan kanji sekitar mata garpu dan kemudian
mencelupkannya ke dalam sos.

18

BAROBBO

Barobbo merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat atau
suku kaum Bugis di Sabah terutamanya di daerah Sandakan dan
Tawau. Barobbo adalah masakan bubur nasi jagung. Biasanya barobbo
di masak bersama jagung pulut. Namun pada masa kini ia banyak di
masak dengan menggunakan jagung manis.
Barobbo biasanya di masak apabila sesebuah keluarga itu berkumpul
beramai-ramai seperti sewaktu cuti di hujung minggu dan ia lebih
sedap dimakan ketika masih panas.

19

PINASAKAN SADA

Pinasakan Sada atau Pinarasakan merupakan makanan tradisional bagi
suku kaum Kadazan-Dusun dan sangat terkenal di Sabah.
Makanan ini merupakan sejenis makanan yang mengandungi ikan
Basung yang telah ditumis dan dicampur dengan bahan-bahan lain
seperti buah Bambangan, takob-akob, kunyit dan garam. Pinasakan
Sada juga sejenis makanan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk
beberapa hari.

20

AMPLANG

Amplang merupakan salah satu makanan ringan yang terkenal di Sabah
terutamanya di daerah Tawau dan Sandakan. Ia merupakan makanan
tradisi bagi Bugis di Sabah.
Amplang merupakan keropok yang diperbuat daripada ikan dan ikan
yang biasanya digunakan untuk membuat keropok Amplang ini adalah
dari jenis ikan tenggiri yang dicampurkan bersama dengan tepung kanji
dan bahan-bahan lain untuk digoreng dan dijadikan keropok.

21

MAKANAN TRADISIONAL
ETNIK SARAWAK

TEBALOI

Tebaloi merupakan sejenis biskut sagu yang merupakan sejenis
makanan tradisional masyarakat Melanau. Bahan utama tebaloi ialah
sagu.
Makanan ini banyak dieksport ke luar negara dan merupakan salah
satu makanan tradisional sarawak yang mempunyai permintaan yang
tinggi.

22

MEE KOLOK

Mee kolok juga merupakan mee yang popular di Sarawak dan semakin
popular di Semenanjung Malaysia. Mee kolok yang banyak terdapat di
kedai makanan Melayu dan Cina. Mee kolok terdapat dalam dua jenis
iaitu mee kolok putih dan mee kolok kicap. Selain dikenali sebagai mee
kolok, ia juga dikenali sebagai mee kampua, mee rangkai dan mee
kering.
Tetapi ia lebih dikenali sebagai mee kolok. Bukan penduduk di
Sarawak sahaja yang menggemari mee kolok tetapi orang luar yang
datang ke Sarawak juga menggemari mee kolok. Keistimewaannya
adalah rasa mee kolok berbeza dengan rasa mee goreng yang lain dan
tekstur mee kolok juga kecil dan lembut serta kenyal.

23

LAKSA SARAWAK

Laksa Sarawak juga merupakan makanan tradisional yang popular di
Sarawak. Laksa Sarawak bebeza dengan laksa-laksa yang terdapat di
semenanjung. Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan
ketara.
Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza
dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. Bahan
yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-
carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa sarawak
dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan
juga limau kasturi.

24

MANOK PANSOH

Manok Pansoh adalah sejenis makanan di mana ayam dimasak dalam
buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban.
Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di
Semenanjung Malaysia.
‘Manok’ bermaksud ayam dan’Pansoh’ bermaksud dimasak dalam
buluh. Dalam Bahasa Iban pulla, dikenali sebagai ‘Manuk Pansuh’
ataupun ‘Manuk Lulun’. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada
masyarakat Iban, maka selain ayam, bahan-bahan lain seperti daging
ikan disediakan mengikut cara yang sama.

25

PENGANAN

Penganan merupakan kuih tradisional kaum Iban yang sangat popular
dan sering menjadi makanan wajib ketika perayaan hari Gawai.
Ianya diperbuat daripada tepung beras dan beberapa bahan lain
sebelum djadikan doh untuk digoreng. Rasanya yang kenyal dan manis
pasti menarik perhatian mereka yang makannya.

26


Click to View FlipBook Version