The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU1042 KENEGARAAN MALAYSIA (A232) Tugasan Kumpulan : eMajalah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by crystal, 2024-06-07 04:22:14

Di Ambang Kepupusan: Warisan Baba Nyonya Di Malaysia

MPU1042 KENEGARAAN MALAYSIA (A232) Tugasan Kumpulan : eMajalah

THE 5 BEST TRAILS IN NORTH AMERICA | LIVING THE #VANLIFE | CAN THE SALGUERRO BE SAVED? | THE GROVER WOOD EXPERIENCE WARISAN BABA NYONYA DI MALAYSIA DI AMBANG KEPUPUSAN: MPU1042 (I) KUMPULAN 01 A232


KUMPULAN 1 Rosemaniza binti Abdullah 297336 Muhammad Ammar Aideeq bin Azhar 297346 AHLI KUMPULAN Crystal Lee Swee Ching 297239 Sharif Mohamad Izharuddin bin Sarip Nasruddin 297283 Fatin Afifah Binti Faizal 297262 Muhammad Haqim bin Mohd Fauzi 297245 Nur Afrina Binti Basiron 297293 Chin Man Ling 297276 Nurul Nadiah Binti Kamarulzaman 297268 Alia Afieqa binti Arman 297275


02 03 01 ISI KANDUNGAN PENGENALAN FAKTOR KESAN 04 05 LANGKAH KESIMPULAN


01 PENGENALAN PENGENALAN DAN SEJARAH KEPADA WARISAN BABA DAN NYONYA DI MALAYSIA Warisan Baba dan Nyonya, atau juga dikenali sebagai “Peranakan”, merupakan satu golongan etnik unik yang berasal dari hasil kahwin campur antara orang asing Cina dan penduduk tempatan di Tanah Melayu. Peranakan sering berada di Semenanjung Tanah Melayu, tertumpu di Negeri-Negeri Selat, khususnya di negeri asal iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Republik Singapura. Masyarakat ini sering dikenali dengan menggabungkan tradisi dan budaya Cina, Melayu dan segelintir pengaruh barat. Pemakaian, gaya hidup, makanan dan adat resam Baba dan Nyonya sangat menarik dan seriing mencerminkan perpaduan yang kaya dan unik. Baba merujuk kepada gelaran bagi masyarakat lelaki kaum ini, yang bermaksud bapa atau lelaki dewasa. Manakala bagi gelaran kaum wanita pula, dipanggil nyonya. Warisan ini telah mempengaruhi cara hidup masyarakat di Malaysia, khususnya di tempat-tempat seperti Melaka dan Pulau Pinang, dimana komuniti ini telah berkembang pesat sejak zaman pemerintahan jajahan. Sejarah warisan Baba dan Nyonya di Malaysia bermula di sekitar kurun ke-15, apabila wilayah di kepulauan Melayu sering memberikan penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Cina dan Siam. Semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim datang melawat Melaka. Pada 1459, Raja Cina telah menghantar puterinya, Hang Li po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan dan penghormatan untuk mengahwini puterinya. Pengikut-pengikut puteri Hang Li po yang turut serta bersama beliau tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan berakhir dengan lahirnya peranakan. Lebih ramai imigran Cina tiba di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British, sekaligus komuniti ini berkembang pesat di Melaka dan Pulau Pinang. Budaya dan tradisi mereka menjadikan warisan Baba dan Nyonya suatu komuniti yang sangat istimewa dalam budaya dan sejarah Malaysia. Malangnya, sekarang, masyarakat Baba dan Nyonya semakin berkurangan tetapi ia masih boleh dipelajari sehingga ke hari ini. PENGENALAN SEJARAH 01


01 PENGENALAN KEUNIKAN WARISAN BABA NYONYA MUZIUM W MAK ARISANANAN Kaum Baba Nyonya amat terkenal dengan pelbagai masakan asam pedas dan kuih tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana resepinya ada persamaan dengan masakan masyarakat Melayu seperti ondeh-ondeh, kuih apom balik, cendol dan tapai pulut. Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah masakan campuran masyarakat Cina dan Melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba. Masakan Nyonya pula lebih kepada daging dan sayur-sayuran. Masakan Nyonya biasanya pedas dan menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba, penggunaan cili yang banyak di dalam masakan merupakan satu identiti yang membezakan antara masyarakat Baba dan Cina. Antaranya ayam pongteh, ayam kunyit cili, masak lemak dan ayam kunyit cili. Di antara masakan Nyonya yang menerima pengaruh Melayu adalah seperti penggunaan belacan, bauh keras, asam lengkuas dan serai. Manakala, masakan Nyonya yang mengekalkan tradisi masakan Cina ialah itik tem (daging itik dimasak dengan sayur asin), selain itu, kuih cang Abu juga merupakan masakan istimewa bagi masyarakat Baba. Muzium Warisan Baba Nyonya adalah sebuah muzium swasta di kawasan Chinatown Melaka.Ia terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock, atau lebih dikenali sebagai Millionaire’s Row. Baba-Nyonya Heritage Museum sebenarnya adalah satu barisan rumah-rumah kediaman yang dibina oleh Belanda yang kemudian dibeli oleh Peranakan kaya (keturunan pendatang Cina yang berkahwin dengan dengan orang Melayu tempatan selepas tiba di Melaka). Gaya seni bina rumah-rumah ini dengan jelas menggambarkan pengaruh Timur-Barat.Muzium ini dibina pada tahun 1896 dan menawarkan peluang mengenali gaya hidup Baba-Nyonya di Melaka, terutamanya pada awal abad itu. Muzium ini kaya dengan warisan dari segi pakaian tradisional, perabot antik dan ukiran. Pengaruh Barat dengan jelas dapat dilihat dalam beberapa perabot antik dengan pengaruh Itali, pengaruh British dan Belanda. Pengaruh barat tidak berakhir di sini kerana terdapat banyak lagi barangan di muzium,seperti lampu era Victoria dan jubin lantai, kesemuanya mempunyai nilai warisan. 02


01 PENGENALAN WARISAN BABA NYONYA Baju tradisional masyarakat Baba Nyonya dikaitkan dengan masyarakat Melayu kerana rupanya yang mirip dengan pakaian kaum Melayu. Pakaian tradisional masyarakat Baba Nyonya bagi kaum perempuan muda ialah baju kebaya pendek yang mempunyai sulaman dan corak flora dan fauna seperti corak bunga, corak ombak dan corak burung merak. Bagi kaum wanita yang lebih tua, baju tradisional mereka dipanggil Baju Panjang iaitu baju kebaya yang lebih labuh. Baju Panjang ini berkolar tinggi yang menutup bahagian dada dan labuhnya akan melebihi paras lutut. Kebiasaannya, kaum wanita akan memakai kasut manik untuk digayakan bersama baju kebaya mereka. Rekaan kasut manik tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar peranakan dan sarung batik. PAKAIAN KESENIAN Dari segi kesenian bagi masyarakat Baba Nyonya, mereka mempunyai tarian tradisional yang dikenali sebagai tarian ronggeng. Tarian ronggeng ini menyerupai tarian joget bagi kaum Melayu. Tarian ronggeng ini disertai oleh perempuan dan lelaki tanpa mengira tua atau muda. Ahli kumpulan untuk sesuatu tarian ronggeng kebiasaannya adalah sebanyak dua puluh orang dan dipersembahkan dalam lima hingga sepuluh minit. Tarian ini kebiasaannya akan dipersembahkan di majlis yang besar seperti Hari Melaka. Ini mampu menunjukkan budaya masyarakat Baba Nyonya melalui peralatan yang digunakan ketika membuat persembahan tersebut iaitu kipas, bakul dan payung yang merupakan barangan kraftangan buatan masyarakat Baba dan Nyonya itu sendiri. Selain itu, masyarakat Baba Nyonya turut mahir berperibahasa dan berpantun seperti kaum Melayu. Penggunaan pantun dalam kalangan Baba Nyonya sangat disukai dan mereka menggunakan lagu Dondang Sayang sebagai medium dalam berbalas pantun sesama mereka 03


Para Nyonya menyediakan makanan tradisional dalam kebaya nyonya. Pakaian tradisional bagi Baba Nyonya Pengaruh Luar Generasi muda Peranakan Cina lebih terpengaruh dengan budaya “K-Pop” dan Barat dengan angappan bahawa ia lebih “trendy” sehingga hilangnya identiti mereka (Bernama, 2017). Mereka merasakan amalan dan budaya nenek moyang mereka adalah leceh dan tidak relevan lagi. Contohnya, tiada siapa hendak mengikut majlis perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya yang diadakan selama 12 hari kerana banyak adat dan proses. Pakaian tradisional mereka pula tidak lagi dipakai dalam rutin harian seperti masa lalu, tetapi hanya dipakai semasa musim perayaan sahaja Pada zaman dahulu, seorang Nyonya harus mempelajari teknik-teknik memasak makanan tradisional Baba Nyonya dari nenek moyangnya bagi generasi-generasiseterusnya. Kemahiran memasak seorang Nyonya pada masa itu sangat bernilai dalam komuniti mereka (Zhi, 2021). Persediaan untuk membuat makanan tradisional biasanya dilakukan secara manual dengan menggunakan lesung batu berjam-jam agararoma rempah ratus menjadi wangi. Walaubagaimanapun, kini, pengisar elektrik digunakan untuk menjimatkan masa, tetapi ia menjauhi proses yang autentik. Teknologi 02 FAKTOR GLOBALISASI & KURANG KESEDARAN 04


Nilai Ekonomi Rendah Bahasa Baba dan Nyonya, yang juga dikenali sebagai Bahasa Melayu Baba, adalah bahasa unik yang mencerminkan warisan budaya komuniti ini. Namun, bahasa ini kini menghadapi ancaman kepupusan. Beberapafaktor utama yangmenyumbang kepada kehilangan bahasainitermasuklah: Generasimudatidakmelihat nilaiekonomi dalammempelajari dan menggunakanbahasaBaba danNyonya.Dalamdunia yang semakin global, kemahiran dalambahasa-bahasasepertiInggeris danMandarin dianggap lebih berharga darisegi peluang pekerjaan danmobilitisosial . Rasa Malu dan Stigma Kurangnya Sokongan dari Generasi Tua Generasitua yangmasih fasih dalambahasainisemakin berkurangan, dan ramaiantaramerekatidak berusaha untuk mengajar bahasaini kepada generasiseterusnya. Faktorini menyebabkan penurunan drastik dalam penggunaan bahasa Baba dan Nyonya di kalangan keluarga pewaris bahasa. Pengaruh Sistem Pendidikan 02 FAKTOR KEHILANGAN BAHASA BABA DAN NYONYA Ada kalangan generasimuda yangmerasamalumenggunakan bahasaini keranaia dianggap sebagai bahasa yang ketinggalan zaman dan tidak relevan dalam konteks kehidupan moden. Ini menyebabkan mereka lebih cenderung menggunakan bahasa yang dianggap lebih 'elit' atau 'moden' seperti bahasa Inggeris atau Melayu standard. Sistempendidikan diMalaysia yang lebih menekankanpenggunaan bahasaMelayu standard dan bahasa Inggeris juga menyumbang kepada kemerosotan penggunaan bahasa Baba dan Nyonya. Bahasa ini tidak diajarkan di sekolahsekolah, menyebabkan generasi muda tidak mempunyai platformformal untukmempelajarinya. 05


02 FAKTOR PERUBAHAN GAYA HIDUP DAN URBANISASI The changes in lifestyle and urbanization have had a profound impact on the Baba and Nyonya community in Malaysia. Urbanization, which refers to the process of population shifting from ruralareas to urban areas, has broughtaboutashift in valuesand traditions.Increased social mobility also contributes to the diminishing of cultural practiceswithin this community (Chee-Beng, 2016). Generasi muda Baba dan Nyonya kini banyak yang berpindah ke bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor Bahru untuk mengejar peluang pekerjaan dan pendidikan yang lebih baik. Gaya hidup di bandar yang lebih moden dan kosmopolitan mempengaruhi mereka untuk mengamalkan cara hidup yang lebih kontemporari,meninggalkan adat-istiadattradisional yang diwarisiturun-temurun . Sebagai contoh, upacara perkahwinan tradisional Baba dan Nyonya yang kaya dengan simbolisme dan ritual adat semakin jarang diamalkan. Banyak generasi muda lebih memilih upacara perkahwinan yang lebih ringkas dan moden, yang dilihat sebagai lebih praktikal dan kurang memakan masaserta kos. Kajian menunjukkan bahawa pergeseran ini bukan hanya tentang perubahan tempat, tetapi juga tentang perubahan nilai di mana elemen-elemen budaya tradisional dianggap kurang relevan dalam konteks kehidupan bandarmoden. Fenomenaini dapat dilihat dalamperubahan keutamaan gaya hidup yang lebih memfokuskan kepada aspek-aspek moden dan globalisasi, yang mengakibatkan penurunan dalam pengamalanadattradisionalBabaNyonya(Sa’adiah&Teo, 2016). 06


Akan tetapi, segelintir daripadaahli komuniti merekatidak mengetahui kewujudan dan inti pati bab sumber lisan upacara ini. Akibatnya, upacara Koi Hoi kurang dikenali dan difahami oleh komuniti Cina Peranakan Kelantan sendiri lagi-lagi dalam generasi mudaatau komunitnya yang tidak lagi menetap secara kekal dalam perkampungan itu. Upacara ini dijalankan dengan usaha penduduk kampung secara beramai-ramai untuk memohon kehidupan yang lebih baik kepada setiap penduduk kampung. Dewa penjaga kampung dipanggil untuk menjaga keselamatan dan kemakmuran komuniti sekampung. Contoh Situasi Upacara Koi Hoi merupakan salah satu tradisi Taoisme yang telah diwarisi secara turun-temurun oleh komuniti Cina Peranakan Kelantan sejak 300 tahun yang lalu (Eyo etal., 2021). Upacara Koi Hoi yang sedang dijalankan. 02 FAKTOR GLOBALISASI & KURANG KESEDARAN 07


03 KESAN HILANGNYA BUDAYA & IDENTITI Memandangkan warisan dan nilai sejarah budaya unik ini semakin lenyap di Malaysia, kesan tradisi Baba Nyonya semakin mendapat perhatian. Ketiadaan amalan Baba Nyonya boleh menyebabkanbeberapaakibatseperti berikut: Baba Nyonya atau Peranakan adalah keturunan imigran Cina yang tinggal di Nusantara dan mengambil elemen budaya Melayu. Pakaian, makanan, bahasa, dan adat resam mereka yang unik membentuk warisan budaya yang kaya. Sebahagian besar sejarah dan identiti kita akan hilang jika kita kehilangannya. KehilanganWarisan Budaya Pudarnya Bahasa Peranakan Dalam kalangan generasi muda, bahasa Baba, yang merupakan campuran bahasa Melayu dengan dialek Hokkien dan elemen lain, semakin jarang digunakan. Satu aspek komunikasi budaya dan identiti mereka akan hilang apabila penggunaan bahasa ini berkurangan. 08


03 KESAN HILANGNYA BUDAYA & IDENTITI Pengubahsuaian dan Penghapusan Seni Bina Bersejarah Banyak rumah Baba Nyonya tradisional yang cantik dan penuh dengan seni bina khas telah diubah suai atau digantikan dengan bangunan moden. Ini membawa kepada kehilangan satu lagi komponen penting daripadawarisanbudayasecarafizikal. Pudarnya Adat dan AmalanTradisional Upacara dan perayaan tradisional Baba Nyonya, seperti perkahwinan dan sambutan tahun baru, semakin tidak dilaksanakan. Kanak-kanak yang lebih muda lebih cenderung untuk menjalani gaya hidup moden dan mungkin kurangmemahamiadatresamini. Kurangnya Pemahaman Sejarah dan Identiti Tanpa usaha untuk mendidik generasi muda tentang kepentingan budaya Baba Nyonya dalam membentuk identiti negara, adalah mungkin mereka tidak akan menghargai atau memahami kepentingannya. 09


Salah satu cara untuk mempromosikan budaya Baba Nyonya ialah dengan menyokong pengusaha industri kreatif tempatan yang menghasilkan barang dengan motif dan gaya Baba Nyonya seperti pakaian, aksesori dan hiasan rumah. Di melaka, terdapat banyak lagi peniaga-peniaga kecil yang masih menjual barang barang Baba Nyonya terutamanya baju kebaya yang kini masih relevan untuk dipakai. Baju kebaya yang dijual bukanlah seperti baju kebaya moden pada zaman kini tetapi baju kebaya yang mempunyai motif jahitan tradisional baju kebaya Baba Nyonya. Hal ini dapat membantu mempertahankan tradisi ini sambil menyokong kepada ekonomi tempatan dan secara tidak langsung mempromosikan pakaian tradisional Baba Nyonya yang semakin dilupakan. Me n g a d a k a n f e s t i v a l b u d a y a B a b a N y o n y a Oleh kerana budaya warisan Baba Nyonya semakin dilupakan, ianya adalah penting untuk mengadakan satu program festival yang dapat menaikkan semula warisan Baba Nyonya terutamanya kepada generasi baru yang mungkin tidak pernah tahu mahupun dengar tentang kewujudan Baba Nyonya. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) adalah salah satu badan organisasi yang boleh mengadakan festival ini. Antara aktiviti yang boleh dijalankan dalam festival ini adalah pameran seni tentang sejarah kewujudan Baba Nyonya, memainkan muzik tradisional Baba Nyonya dan banyak lagi. Selain itu, pihak penganjur boleh mengadakan pertandingan memperagakan pakaian Baba Nyonya seperti Baju Kebaya dengan kain sarung serta berkasut manik. Tambahan pula, pihak JKKN boleh mengadakan hari Baba Nyonya contohnya seperti program “Keretapi Sarong” yang diadakan di Kuala Lumpur tahun lepas di mana semua pengunjung perlu memakai pakaian tradisional Baba Nyonya contohnya di stesen KTM atau MRT. Justeru, ini dapat mempromosikan budaya Baba Nyonya kepada orang ramai bahawa budaya ini masih wujud di negara kita. 04 LANGKAH MEMPERTAHANKAN TRADISI BABA NYONYA Me n y o k o n g I n d u s t r i K r e a t i f T e m p a t a n 10


Bagi yang ingin menelusuri kekayaan budaya Baba Nyonya dengan lebih mendalam, mengikuti kursus atau kelas adalah langkah yang penting. Selain mengajar bahasa, masakan, seni, atau tarian tradisional Baba Nyonya, kursus-kursus ini juga memberikan kesempatan untuk lebih memahami tentang warisan budaya ini. Peserta memiliki kesempatan belajar langsung dari para pakar dengan mengikuti kursus atau kelas. Mereka mampu memperoleh pemahaman menyeluruh tentang bahasa yang digunakan, belajar resepi-resepi masakan autentik, meningkatkan kemampuan dalam seni tradisional seperti sulaman atau ukiran, dan menghayati gerakan-gerakan menakjubkan dalam tarian. Me n g g u n a k a n Me d i a S o s i a l Peminat budaya Baba Nyonya dengan mudah dapat berkongsi maklumat yang bermanfaat tentang pelbagai aspek warisan ini melalui penggunaan media sosial sebagai alat. Mereka bukan hanya dapat memuat naik foto-foto menarik tentang barang-barang antik dan acara-acara tradisional, tetapi juga boleh berkongsi pengetahuan tentang adat makan, bahasa, seni, dan tarian yang merupakan sebahagian dari budaya ini. Selain melakukan perkongsian di media sosial, pengguna yang bersemangat juga perlu aktif dalam mengikuti akaun dan kumpulan yang berkaitan dengan kebudayaan serta warisan Baba Nyonya. Dengan bergabung dalam komuniti ini, mereka akan dapat berhubung dengan orang-orang yang memiliki minat serupa, berinteraksi, bertukar pandangan, pemikiran dan merancang kegiatan-kegiatan yang meningkatkan pengetahuan mereka mengenai budaya ini. 04 LANGKAH MEMPERTAHANKAN TRADISI BABA NYONYA Me n g i k u t i K u r s u s a t a u K e l a s 11


7 05 KESIMPULAN Waarisan Baba dan Nyonya merupakan aset budaya yang berharga bagi Malaysia, menggambarkan kekayaan dan keunikan percampuran budaya di negara ini. Namun, ancaman globalisasi dan perubahan gaya hidup moden telah menjejaskan kelestariannya. Oleh itu, usaha berterusan dan langkah-langkah proaktif diperlukan untuk memastikan warisan ini dapat diwarisi oleh generasi akan datang dan terus menjadi sebahagian penting daripada identiti kebangsaan Malaysia. Dengan usaha-usaha ini, kita dapat memastikan bahawa warisan Baba dan Nyonya tidak akan hilang tetapi sebaliknya, akan terus menjadi sebahagian penting daripada identiti kebangsaan Malaysia. Ini bukan sahaja penting untuk menjaga kekayaan budaya negara, tetapi juga untuk memupuk semangat perpaduan dan kefahaman antara pelbagai kaum di Malaysia. Warisan Baba dan Nyonya adalah bukti nyata bahawa percampuran budaya dapat menghasilkan sesuatu yang sangat indah dan unik, dan ia harus dihargai serta dilestarikan untuk masa hadapan. 12


Bernama. (2017, February 16). Adat Baba Nyonya semakin lenyap ditelan arus pemodenan. Astro Awani. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/adat-baba-nyonyasemakin-lenyap-ditelan-arus-pemodenan-132566 David, M. K., et al. (2010). Language shift among the Baba in Malaysia. International Journal of the Sociology of Language, 206, 111-133. Retrieved 2024, 28 May from https://www.degruyter.com/document/doi/10.1515/ijsl.1998.130.67/html Eyo, L. Y., Suboh, R., & Pue, G. H. (2021). Warisan Budaya Tidak Ketara Komuniti Cina Peranakan Kelantan: Kajian Kes Upacara Koi Hoi di Kampung Pasir Parit. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 28–44. https:// doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.892 Festival Baba Nyonya Meriahkan Kuala Lumpur. (2023, January 28). Sumberkini. https:// sumberkini.my/festival-baba-nyonya-meriahkan-kuala-lumpur/ Jamal, F. (2022, June 19). Kasut manik seni halus budaya Peranakan. Melaka Hari Ini. https://www.melakahariini.my/kasut-manik-seni-halus-budaya-peranakan/ Rahman, N. (2023, August 30). Semakin Berkurangan Di Malaysia, Selami Asal Usul Baba Nyonya & Peranakan. SAYS. https://says.com/my/seismik/semakin-berkurangan-selamiasal-usul-baba-nyonya-peranakan Sa', A., Ma'alip, & Omar, R. (2018). Penguasaan bahasa Baba-Nyonya dalam kalangan masyarakat Baba-Nyonya di Melaka. Jurnal Melayu Bil, 17(2), 2018. Retrieved 2024, 29 May from https://journalarticle.ukm.my/13139/1/28676-87575-1-SM.pdf Satibi, Z. (2019, September 19). Tinggalan warisan klasik. Harian Metro. https:// www.hmetro.com.my/santai/2019/09/498285/tinggalan-warisan-klasik Tan, C. B. (2016). Peranakan Chinese in Malaysia and Singapore: A Study of Cultural History and Preservation. Asian Culture, 20. Retrieved 2024, 28 May from https:// www.jstor.org/stable/48634132 The News. (2023, July 29). Jonker Walk meriah dengan festival silang budaya, pelbagai seni dan tradisi dipamerkan termasuk warisan etnik peranakan Baba Nyonya - The News Malaysia. The News Malaysia. https://thenews.com.my/berita-semasa/jonker-walkmeriah-dengan-festival-silang-budaya/ Zaidan, F., & Fhatihah Zakinan, N. (2019, July 17). PressReader.com - Digital Newspaper & Magazine Subscriptions. PressReader.com. https://www.pressreader.com/malaysia/ berita-harian-malaysia/20190717/282673278902855 8 SUMBER RUJUKAN 13


Click to View FlipBook Version