The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 932-15-zayani, 2022-05-31 12:55:49

PALS1012 Tugasan 3

PALS1012 Tugasan 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR

TUGASAN KERJA KURSUS PALS1012
ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU (PENULISAN ESEI)

NAMA PELAJAR : NUR ZAYANI BINTI ZAMRI
ANGKA GILIRAN : 2021292310255
NOMBOR KAD PENGENALAN : 030929020682
KUMPULAN/ UNIT : PPISMP TESL 1
KOD DAN NAMA KURSUS : PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN
TEKNOLOGI HIJAU
NAMA PENSYARAH : TN. HJ. ABU BAKAR BIN KASSIM
TARIKH HANTAR : 26/5/2022

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan: Tarikh: 26/5/2022

TanTda tangan Pelajar : __ ___________________
Tarikh: __________

Teknologi hijau dapat ditakrifkan sebagai sejenis teknologi atau perkhidmatan yang dianggap
mesra alam berdasarkan proses pengeluarannya. Teknologi hijau juga merujuk kepada pengeluaran
tenaga bersih, penggunaan bahan api alternatif, dan teknologi yang kurang berbahaya kepada alam
sekitar berbanding bahan api fosil. Teknologi hijau memfokuskan kepada penggunaan teknologi dan
sains alam sekitar untuk memelihara dan memulihara sumber alam semula jadi, mengurangkan kos,
mengurangkan penggunaan tenaga serta meminimumkan kesan negatif aktiviti manusia terhadap
alam sekitar. Teknologi hijau merangkumi pelbagai bidang penyelidikan saintifik yang luas seperti
tenaga, sains atmosfera, pertanian, sains bahan dan hidrologi (Wikipedia, 2009). Teknologi hijau
diaplikasikan dalam beberapa sektor seperti sektor tenaga, sektor bangunan, sektor air dan
pengurusan sisa, serta sektor pengangkutan.

Salah satu matlamat utama pengaplikasian teknologi hijau dalam kehidupan adalah untuk
mengawal dan menguruskan penggunaan sumber tenaga dengan mengurangkan penggunaan
sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui serta mencipta teknologi hijau yang berasaskan
sumber tenaga boleh diperbaharui. Sumber tenaga tidak boleh diperbaharui merupakan sumber
tenaga yang tidak boleh ditambah, dicipta, diganti atau diperbaharui dengan mudah oleh sumber
semula jadi. Sumber tenaga tidak boleh diperbaharui adalah terhad dan akan kehabisan pada masa
akan datang. Contoh-contoh sumber tenaga tidak boleh diperbaharui adalah bahan api fosil seperti
petroleum, gas asli, dan arang batu serta bahan radioaktif seperti tenaga nuklear. Manakala,
sumber tenaga boleh diperbaharui pula adalah sumber tenaga yang boleh ditambah, dicipta, diganti,
atau diperbaharui oleh sumber semula jadi. Contoh-contoh sumber tenaga boleh diperbaharui
adalah hidroelektrik, tenaga angin, tenaga ombak, tenaga biojisim, tenaga suria, kayu api dan
tenaga geoterma (Sains 123, 2017).

Seperti yang kita semua ketahui, penggunaan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui
seperti petroleum dan gas asli telah memberikan impak negatif kepada alam sekitar. Contohnya,
pemanasan global, kesan rumah hijau dan perubahan iklim. Pemanasan global adalah fenomena
perubahan iklim yang disebabkan oleh peningkatan umum dalam suhu purata bumi, yang mengubah
suai keseimbangan cuaca dan ekosistem untuk jangka masa yang lama. Ia secara langsung
dikaitkan dengan peningkatan gas rumah hijau di atmosfera bumi dan akan memburukkan lagi kesan
rumah hijau. Kesan rumah hijau adalah fenomena semula jadi. Walau bagaimanapun, peningkatan
gas rumah hijau dikaitkan dengan aktiviti manusia seperti penggunaan besar-besaran bahan api
fosil. Bahan api fosil merupakan sumber pertama pemanasan global kerana pembakaran arang
batu, minyak dan gas ali menghasilkan gas nitrus oksida dan gas karbon dioksida iaitu gas rumah
hijau yang paling penting di atmosfera (Solar Impulse Foundation, n.d.).

2

Rajah 1 : Proses berlaku pemanasan global
https://images.app.goo.gl/6v8oAhRwPvcdwte57

Berdasarkan gambar rajah di atas, pemanasan global berlaku apabila karbon dioksida (CO2)
dan bahan pencemar udara lain terkumpul di atmosfera dan menyerap cahaya matahari dan sinaran
suria yang telah melantun dari permukaan bumi. Biasanya sinaran ini akan terlepas ke angkasa,
tetapi dengan adanya bahan pencemar ini, yang boleh bertahan selama bertahun-tahun hingga
berabad-abad di atmosfera akan memerangkap haba dan menyebabkan planet menjadi lebih
panas. Antara bahan pencemar yang memerangkap haba ialah karbon dioksida, metana, nitrus
oksida, wap air dan gas terfluorinasi sintetik yang lebih dikenali sebagai gas rumah hijau, dan
kesannya dipanggil kesan rumah hijau (Natural Resources Defense Council, 2021).

Penggunaan bahan api fosil telah menjadi punca utama punca pencemaran alam sekitar
terutamanya pencemaran udara dan kesan rumah hijau. Hal ini kerana, bahan api fosil digunakan
secara meluas dalam industri pengangkutan. Contohnya, penggunaan petroleum dan arang batu
bagi menggerakkan kereta konvensional dan kereta api tradisional. Justeru, pihak kerajaan telah
melaksanakan beberapa alternatif bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.
Antaranya ialah, penggunaan kenderaan elektrik seperti kereta elektrik bagi menggantikan
penggunaan kenderaan konvensional. Kereta elektrik dapat didefinisikan sebagai kenderaan yang
menggunakan tenaga yang disimpan dalam bateri dan digerakkan oleh satu atau lebih motor
elektrik. Antara kereta elektrik moden ialah Nissan Leaf, Renault Zoe, BMW i3, Tesla Model 3 dan
Jaguar I-Pace (Wikipedia, 2005). Rakyat Malaysia boleh mendapatkan kereta Nissan Leaf model
generasi kedua yang diperkenalkan pada 2019 keluaran Nissan yang dianggarkan bernilai RM181
263 iaitu harga terendah bagi kereta elektrik. Seterusnya, harga permulaan bagi BMW iX3 adalah
RM317 360 dan BMW iX boleh didapatkan dengan harga serendah RM313 630. Selanjutnya, MINI
Cooper SE dijual dengan harga serendah RM213 460 manakala Porsche Taycan dijual dengan
harga serendah RM584 561 (Jonathan Lee, 2021) .

3

Sejarah awal penciptaan kereta elektrik moden bermula sejak tahun 1800. Pada akhir 1800-
an, jenama kereta elektrik seperti Baker Motor Vehicles dan Detriot Electric merupakan jenama
kereta elektrik yang terkenal pada ketika itu dan menjadi pilihan pengguna kerana pengguna
mendapati bahawa kenderaan elektrik adalah lebih menarik kerana penghasilan gas berbahaya
yang lebih sedikit serta pengalaman pemanduan yang lebih mudah berbanding kenderaan
konvensional. Pada era tersebut, kereta elektrik menggunakan bateri asid plumbum dan
kebanyakan pengecasan dilakukan di rumah untuk menggerakkan kereta. Walau bagaimanapun,
jualan kenderaan elektrik mula merudum apabila kenderaan berkuasa petrol yang lebih mudah
berbanding kereta elektrik diperkenalkan. Namun, pada lewat 1900-an pembangunan kereta elektrik
semakin melonjak naik selepas tercetusnya masalah kekurangan petrol di seluruh negara dan
pembentukan Lembaga Sumber Udara California (CARB) oleh gabenor Reagan. Seterusnya, pada
tahun 1990-an, syarikat GM telah mengeluarkan kereta elektrik EV1 model pertama yang terkenal
sebagai pajakan sahaja. EV1 menggunakan moto aruhan 137 kuasa kuda dengan pek asid
plumbum 18.7kWh yang boleh bergerak sekitar 80 batu. Kemudian, EV1 model kedua pula
dihasilkan dengan pek NiMH 26.4kWh yang boleh bergerak 140 batu dengan sekali cas. Setelah itu,
kereta eletrik pertama yang menggunakan pek bateri litium-ion seperti Ford Ranger EV, Toyota
RAV4 EV dan Nissan Altra telah dicipta. Pada tahun 2008, syarikat Tesla telah mengeluarkan
Roadster yang bernilai kurang daripada 100 000 USD Dollar dan Nissan Leaf yang bernilai lebih
daripada 25 000 USD Dollar termasuk dengan kredit cukai persekutuan telah dicipta oleh syarikat
Nissan pada tahun 2010. Selain itu, pada Disember 2016 Chevrolet telah mengeluarkan Chevloret
Bolt EV iaitu kereta elektrik jarah jauh mampu milik yang pertama dengan harga 30 000 USD Dollar
termasuk kredit cukai persekutuan manakala pada tahun yang sama juga Tesla telah melancarkan
Tesla Model 3 yang bernilai 35 000 USD Dollar. Seiring dengan peredaran masa, pelbagai kereta
elektrik telah dilancarkan di seluruh dunia pada abad ke-21 ini (Andrew Lambrecht, 2021).

Rajah 2 : Tesla Model 3
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kereta_elektrik

Kereta elektrik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Battery Electric Vehicles (BEV) atau
lebih dikenali sebagai Kenderaan Elektrik Bateri, Plug-in Hybrid Electric Vehicles (PHEVs) atau

4

dikenali sebagai Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-in dan Hybrid Electric Vehicles (HEVs) atau dikenali
sebagai Kenderaan Elektrik Hibrid. Kereta elektrik jenis BEV ialah kenderaan elektrik sepenuhnya
dengan bateri boleh dicas semula dan tidak menggunakan enjin petrol. Semua tenaga untuk
menggerakkan kenderaan datang daripada pek bateri yang dicas semula dari grid. BEV ialah
kenderaan sifar pelepasan, kerana ia tidak menghasilkan sebarang pelepasan gas atau bahan yang
berbahaya seperti yang disebabkan oleh kenderaan berkuasa petrol konvensional. Contoh kereta
BEV adalah Volkswagen e-Golf, Tesla Model 3, BMW i3 dan Nissan LEAF. Manakala, kereta elektrik
jenis PHEVs pula mempunyai kedua-dua enjin dan motor elektrik untuk memandu kereta. Seperti
kenderaan hibrid biasa, kereta PHEVs boleh dicas semula baterinya melalui brek regeneratif. Kereta
PHEVs berbeza daripada hibrid biasa dengan mempunyai bateri yang lebih besar, dan boleh
memasangkan ke grid untuk mengecas semula. Walaupun kenderaan hibrid biasa boleh bergerak
1-2 batu dengan tahap kelajuan yang rendah sebelum enjin petrol dihidupkan, PHEV boleh bergerak
ke mana-mana dari 10-40 batu sebelum enjin gas mereka memberikan bantuan. Sebaik sahaja julat
semua elektrik habis, PHEV bertindak sebagai hibrid biasa, dan boleh bergerak beberapa ratus batu
dengan tangki petrol. Semua PHEV boleh mengecas pada pengecas EVgo L2, tetapi kebanyakan
PHEV tidak mampu menyokong pengecasan pantas. Contoh kereta PHEV adalah Porsche Cayenne
S E-Hybrid, Mercedes S550e, BMW i8 dan Hyundai Sonata. Seterusnya, kenderaan elektrik jenis
HEV pula mempunyai kedua-dua enjin berkuasa gas dan motor elektrik untuk menggerakkan kereta.
Semua tenaga untuk bateri diperoleh melalui brek regeneratif, yang memulihkan tenaga yang hilang
dalam brek untuk membantu enjin petrol semasa pecutan. Dalam kenderaan enjin pembakaran
dalaman tradisional, tenaga brek ini biasanya hilang sebagai haba dalam pad brek dan rotor. Hibrid
biasa tidak boleh pasang ke grid untuk mengecas semula dan tidak boleh mengecas dengan Evgo.
Contoh kereta jenis HEV adalah Honda Civic Hybrid, Toyota Prius Hybrid dan Toyota Camry Hybrid
(Evgo Services LLc, n.d.).

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pangkalan Data Jualan Dunia Kenderaan
Elektrik, jualan kenderaan elektrik (EV) pada peringkat global mencecah 6, 75 juta unit pada 2021
dan mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 108% berbanding jualan EV pada 2020. Jualan
kenderaan elektrik ini merangkumi jualan kenderaan penumpang, trak ringan dan kenderaan
komersial ringan. Kenderaan elektrik jenis BEV dan PHEV dalam jualan kenderaan ringan telah

5

mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 8.3% pada 2021 berbanding 4.2% pada 2020.
Kenderaan jenis BEV mewakili jumlah 71% daripada jumlah jualan keseluruhan kereta elektrik
manakala kenderaan jenis PHEV mewakili 29% (Roland Irle, n.d.). Jualan kenderaan elektrik di
Malaysia juga tidak dapat dinafikan bahawa terdapat peningkatan.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Kamaruddin Jaffar (seperti yang
dinyatakan dalam Malay Mail, 2019) menyatakan bahawa sebanyak 5 403 kereta elektrik jenis BEV
dan 46 981 kenderaan hibrid plug-in (PHEV) telah didaftarkan secara rasmi di Malaysia setakat 31
Mac 2019. Daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatkan bilangan kereta elektrik (BEV) berdaftar
tertinggi iaitu 2 791 manakala Wilayah Persekutuan pula mencatatkan bilangan kereta hibrid plug-
in (PHEV) yang tertinggi di Malaysia iaitu 25 360. Di samping itu, menurut Timbalan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) iaitu Datuk Lim Ban Hong(seperti yang dinyatakan
dalam Harian Metro, 2022), setakat tahun 2022 terdapat 300 stesen pengecasan kereta elektrik
telah dibina hasil kerjasama pihak kerajaan dengan pihak swasta iaitu Perbadanan Teknologi Hijau
dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) dan dianggarkan bahawa secara keseluruhannya terdapat
600 stesen pengecasan di seluruh Malaysia. Seterusnya, kerajaan turut menyasarkan untuk
mewujudkan sebanyak 10 000 stesen pengecas kenderaan elektrik di Malaysia menjelang 2025 di
bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 dan kerjasama dengan Perbadanan
Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC). Seterusnya, kerajaan turut menyediakan
insentif cukai dan bantuan kewangan kepada syarikat-syarikat yang ingin membina infrastruktur
kenderaan elektrik seperti pengecualian cukai pendapatan melalui galakan taraf perintis bagi
memastikan Malaysia berupaya untuk meningkatkan daya saing dalam menarik pelaburan dalam
sektor kenderaan elektrik dan membangunkan industri EV di Malaysia. Selain itu, MITI telah
menubuhkan Pasukan Petugas Kenderaan Elektrik (EV) yang dianggotai oleh kementerian, agensi
dan pihak swasta sebagai salah satu langkah untuk menambah baik strategi serta merangka strategi
baharu untuk memperkukuhkan pembangunan industri EV di Malaysia.

Penggunaan kereta elektrik kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Hal
ini kerana, penggunaan kereta elektrik ini mendatangkan banyak manfaat kepada penggunanya iaitu
kenderaan elektrik digerakkan dengan 100% dipacu tenaga elektrik, boleh dicas semula
menggunakan soket di rumah, alat pengecas menggunakan plug tiga pin yang mudah didapati di
pasaran, kenderaan elektrik yang dicas penuh boleh bergerak sejauh 100 kilometer, kereta elektik
boleh digunakan selama 30 minit sehingga lapan jam, 69% penjimatan kos pembelian petrol, 64%
penjimatan kos penyelenggaraan kerana kereta elektrik tidak memerlukan komponen sokongan
dalam enjin pembakaran dalaman seperti penapis minyak dan para pengguna tidak lagi perlu
berdepan situasi kenaikan harga petrol 6% saban tahun kerana (Arziana, 2019). Selain itu,
masyarakat mulai sedar akan kepentingan memelihara alam sekitar dan keburukan penggunaan

6

kereta konvensional yang menggunakan bahan api hidrokarbon yang boleh mendatangkan pelbagai
masalah pencemaran alam yang tak berkesudahan. Selanjutnya, kewujudan pasaran kereta elektrik
di Malaysia juga akan memapankan ekonomi negara. Hal ini kerana, peluang kemasukan pelaburan
langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung tempatan (DDI) akan meningkat sekiranya Malaysia
dijadikan sebagai sebuah pasaran kenderaan elektrik. Hal ini secara tidak langsung dapat memacu
pertumbuhan pekerjaan berkemahiran dan serba boleh serta berpendapatan tinggi di dalam sektor
kenderaan teknologi hijau dan kenderaan elektrik (Azran Jaffar, 2015). Di samping itu, penggunaan
kereta elekrik juga dapat mengurangkan pencemaran udara terutamanya di kawasan bandar yang
mempunyai kadar populasi penduduk yang tinggi. Hal ini kerana, kereta elektrik tidak mengeluarkan
bahan pencemar yang berbahaya kepada alam sekitar seperti zarah (jelaga), sebatian organik
meruap, gas hidrokarbon, gas karbon monoksida, ozon, plumbum dan oksida nitrogen (Wikipedia,
2005). Dapat disimpulkan bahawa penggunaan kereta elektrik ini mendatangkan banyak manfaat
bukan sahaja kepada pengguna malahan kepada sektor ekonomi negara dan juga aspek alam
sekitar.

Oleh itu, diharapkan bahawa semua lapisan masyarakat dapat berganding bahu untuk
menggalakkan penggunaan teknologi hijau secara meluas dan meningkatkan kesedaran mayarakat
tentang kepentingan penggunaan teknologi hijau. Hal ini supaya, hasrat kerajaan untuk menjadikan
Malaysia sebagai negara neutral karbon menjelang 2025 dan memacu pertumbuhan negara ke arah
pembangunan lestari serta mesra alam sekitar dapat direalisasikan (Guntor & Syahriman, 2022) .

(2021 patah perkataan)

7

Rujukan

Andrew Lambrecht. (2021, November 22). The Simplified History Of The Electric Car. INSIDEEVs.
https://insideevs.com/features/549726/electric-car-history/

Arziana Mohmad Azaman. (2019, Julai 10). Kenapa kita perlu guna kereta elektrik?. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/36644/LIFESTYLE/Trend/Kenapa-kita-perlu-guna-
kereta-elektrik

Azran Jaffar. (2015, Julai 3). Malaysia manfaat peluang terajui industri kenderaan elektrik. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/07/65336/malaysia-manfaat-
peluang-terajui-industri-kenderaan-elektrik

EVgo Services LLC. (n.d.). Types of Electric Vehicles. EVgo Fast Charging. Retrieved May 29,
2022, from https://www.evgo.com/ev-drivers/types-of-evs/

Gunto Mansur Tobeng, & Syahriman. (2022, Januari 22). Beri pendedahan awal budaya teknologi
hijau. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2022/01/914322/beri-
pendedahan-awal-budaya-teknologi-hijau

Jonathan Lee. (2021, Oktober 29). Affordable EVs in Malaysia – how cheap can electric cars be
priced with zero import, excise and road tax?. paultan.org.
https://paultan.org/2021/10/29/affordable-evs-in-malaysia-how-cheap-can-electric-cars-be-
priced-with-zero-import-excise-and-road-tax/

Kereta elektrik. (2005, Ogos 13). In Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kereta_elektrik

Natural Resources Defense Council. (2021, April 7). Global Warming 101. Global Warming 101 -
Definition, Facts, Causes and Effects of Global Warming | NRDC

Roland Irle. (n.d.). Global EV Sales for 2021. EV-volumes.com. https://www.ev-volumes.com/

8

Sains 123. (2017, Januari 13). Tenaga yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui.
http://www.sains123.cikgunaza.com/2017/01/tenaga-yang-boleh-diperbaharui-dan-
yang.html

Solar Impulse Foundation. (n.d.). Solutions To Global Warning : How to stop global warming?.
Global Warming - Solutions to solve global warming (solarimpulse.com)

Teknologi hijau. (2009, April 24). In Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau
50Pc road tax reduction for electric, hybrid cars. (2019, April 22). Malay Mail. Retrieved May 29,

2022, from https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/04/22/50pc-road-tax-reduction-
for-electric-hybrid-cars/1745823?utm_source=FBdlvr&utm_medium=facebook

9


Click to View FlipBook Version