PENDAFTARAN PRASEKOLAH SK SANTAN SESI 2023/24 Tempat: Dewan Ibnu Khaldun Tarikh : 18 Mac 2023 Masa : 8.30 pagi
1. Sesi PdP di prasekolah adalah mulai 8.00 pagi – 12.00 tengahari pada setiap hari persekolahan ( 4 jam ) 2. Kandungan Pembelajaran yang di ajar : • Tunjang Komunikasi ( Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris ) • Tunjang Sains Dan Teknologi ( Awal Sains, Awal Matematik & ICT ) • Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai ( Pendidikan Islam & Moral) • Tunjang Kemanusiaan ( Kemasyarakatan, Negara & Patriotik ) • Tunjang Ketrampilan Diri ( Kepimpinan Dan Sahsiah diri ) • Tunjang Fizikal & Estetika ( Jasmani Kesihatan & Seni Bakat ) 3. Murid digalakkan datang seawal 7.30 pagi kerana rutin sarapan ialah 7.50 pagi pada setiap hari persekolahan ( sarapan disediakan di prasekolah ) kecuali hari Isnin kerana murid terlibat dengan perhimpunan rasmi sekolah. 4. Ibu bapa diminta mengambil pulang murid (anak) pada jam 12.00 tengahari pada setiap hari persekolahan. 5. Ibu bapa / penjaga diminta menghantar dan menjemput murid (anak) di pondok ilmu sekolah . 6. Murid prasekolah diharuskan berpakaian kemas, berkasut dan berstoking ketika mengikuti proses PdP di dalam kawasan sekolah. 7. Hanya waris terdekat dengan murid sahaja yang dibenarkan mengambil murid (anak) pulang dari sekolah. 8. Peruntukan makanan telah disediakan melalui wang perkapita iaitu sebanyak RM2.00 seorang murid sehari. Makanan akan disediakan 2 kali iaitu pada jam 7.50 pagi dan pada waktu rehat mengikut jadual kelas. 9. Ibubapa tidak digalakkan untuk memberi wang saku kepada murid dan jika ia berlaku, pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian atau kehilangan wang tersebut. PERATURAN DAN DISIPLIN PRASEKOLAH SEK.KEB. SANTAN
10. Waris perlu menghantar dan mengambil anak jagaan (murid) mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kejadian yang tidak diingini selepas tamat sesi pembelajaran. 11. Waris yang mahu membawa pulang anak ( murid ) sebelum tamat waktu persekolahan hendaklah memaklumkan terlebih dahulu pada pihak pentadbir dan seterusnya mengisi maklumat pada buku pergerakan murid yang berada di kelas prasekolah. 12. Sekiranya murid (anak) tidak dapat hadir ke sekolah pada hari persekolahan, ibu bapa / penjaga perlu memaklumkan kepada guru kelas secara bertulis ( surat cuti ) 13. Sebarang surat menyurat atau memo haruslah diberi perhatian dengan segera. Contohnya surat siaran atau surat kebenaran. 14. Waris tidak dibenarkan menunggu anak jagaan ketika proses PdP sedang dijalankan. 15. Waris dikehendaki memaklumkan kepada pihak prasekolah sekiranya anak jagaan : • Alah terhadap makanan. • Mengidap sebarang penyakit • Diambil atau dihantar oleh orang yang berbeza iaitu tidak seperti kebiasaan atau terlewat daripada biasa. • Berbakat dalam sesuatu bidang • Mempunyai kelainan yang “istimewa” berbanding kanak-kanak lain. Pihak sekolah berharap agar waris dapat memberi kerjasama yang padu sepanjang murid berada di prasekolah. Pembelajaran berterusan diutamakan memandangkan kami amat komited untuk mencapai kecemerlangan dari peringkat bawah lagi. Sebarang pertanyaan berkaitan pembelajaran dan perkembangan anak-anak, waris boleh hubungi guru prasekolah atau pembantu pengurusan murid. Tandatangan Waris. ………………………………
ADAB DI DALAM KELAS PRASEKOLAH SK SANTAN 1. Murid tidak boleh keluar kelas tanpa kebenaran guru. 2. Murid perlu beratur sebelum keluar dari kelas. 3. Murid mesti membaca doa sebelum belajar 4. Membaca doa sebelum dan selepas makan. 5. Makan dan minum hanya dengan kebenaran guru sahaja. 6. Tidak boleh berlari di dalam kelas. 7. Murid perlu minta izin jika hendak ke tandas. 8. Mengemas peralatan setiap kali selepas habis setiap slot PdP 9. Tidak boleh berbuat bising sewaktu guru mengajar. Murid perlu memberi tumpuan . 10. Tidak boleh mengambil alat tulis kawan sesuka hati. 11. Berpakaian kemas dan bersih. 12. Rambut mesti pendek bagi murid lelaki. Murid perempuan yang berambut panjang mestilah diikat. 13. Kuku mesti dipotong pendek dan bersih. 14. Menjaga kebersihan kelas. 15. Pastikan alat tulis dan bahan bacaan disusun dengan kemas sebelum pulang. 16. Menyusun meja dan kerusi sebelum pulang. 17. Hormat pada Pembantu Pengurusan Murid dan juga pada rakan. 18. Ucapan kata selamat dan terima kasih pada guru, PPM dan rakan sebelum pulang. 19. Membaca doa bersama-sama sebelum pulang.
SENARAI NAMA MURID PRASEKOLAH BEGONIA 2023/2024 BIL NAMA MURID 1 ADNI AADELYA BINTI FIRDAUS 2 AHMAD AMZAR SUFYAN BIN SUZAIMIE 3 AQIF NAZHAN BIN AZRUL FAKHRI 4 ESHAAL HANNANI BINTI MOHD FIRDAUS 5 HABIBULLAH BIN AHMAD AUZAIE 6 HANNAN ZULAIKHA BINTI MOHD HALMIE 7 IRDINA SAFIRA BINTI AMIRUL HAFIZ 8 MEDINA NUR AISHAA BINTI MOHD AMIR AZAKUAN 9 MUHAMMAD ADIB SAFWAN BIN MUHAMMAD SHAHRUL AMIN 10 MUHAMMAD AIRIL AQIL BIN NORUL HISYAM 11 MUHAMMAD AISY HAFIY BIN MUHAMAD FITRI 12 MUHAMMAD ARIF BIN MOHD DZAKRI 13 MUHAMMAD DANIAL AMSYAR BIN MUHAMMAD NAZRI 14 MUHAMMAD FAYYADH AQIL BIN MUHAMAD ASYRAF 15 MUHAMMAD RAFFIF ARYAN BIN MOHAMAD RIDZUAN 16 MUHAMMAD WAFIY BIN MOHD FIRDAUS 17 NADHRATUL ADHIFAH BINTI MAZRUL HARIADI 18 NUR AAIRA SAFIYA BINTI MOHAMMAD SHAH RIZAL 19 NUR RUSYDINA MYSARAH BINTI MOHD RUSLAN 20 NUR TASNIM BINTI JUMA'ATUL FITRI 21 QASEH QAISARA BINTI DARMINDRA 22 SYED ABHAR BIN SYED AHMAD SAPIAN SURI 23 24 25 ENROLMENT MURID LELAKI : 12 MURID PEREMPUAN : 10 MURID JUMLAH : 22 MURID
PERANCANGAN 2023/2024 1. Memantapkan program kurikulum supaya memperolehi peningkatan kemenjadian murid dan dapat mengatasi sifar buta huruf. 2. Mengadakan program bersama ibubapa bagi mengeratkan hubungan silaturrahim. 3. Menambahkan aktiviti diperingkat sekolah mahupun PKP untuk perkembangan fizikal murid selari dengan perkembangan JERIS. 4. Mencari dana-dana dan sumbangan supaya dapat menjalankan aktiviti yang dirancang melalui penubuhan Jawatankuasa Permuafakatan Pewaris.
CADANGAN PROGRAM YANG AKAN DILAKSANAKAN SESI 2023/2024 BIL PROGRAM / AKTIVITI 1. Pentaksiran Dalaman 2. Program Gotong-royong Prasekolah 3. Program KALAM ( kelas intensif (60 minit ) 4. Program Merentas Desa (Fun Walk) 5. Program Inovasi 6. Pertandingan Mewarna 7. Program Ehya Ramadhan 8. Program Semarak Merdeka 9. Program-program di Peringkat PKP / Negeri 10. Majlis Sambutan Hari Raya 11. Kejohanan Sukan Peringkat Sekolah 12. Sambutan Hari Lahir Murid 13. Program 2 word 1 week 14. Hari Graduasi Prasekolah 15. Projek Khas Ramadhan
. .