BAHASA MELAYU TAHUN 6 IKHLAS
TEKNIK MENULIS
KARANGAN
Disediakan oleh : Cikgu Syadni
1 Pembahagian dalam Karangan
Karangan yang lengkap terbahagi kepada 3
bahagian iaitu :
1.Pendahuluan
2.Isi
3.Penutup
Teknik Menulis Pendahuluan
Hukum : TP
T : Tajuk P : Pengetahuan
(Jelaskan tajuk) (Apa yang kamu
faham tentang
tajuk)
Jemput makan
encik.
2 Teknik Menulis Pendahuluan
Contoh : Kepentingan Menjaga Alam Sekitar Tajuk
karangan
Mulakan Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang dikongsi
dengan bersama dengan hidupan di muka bumi. Alam sekitar
tajuk bermaksud segala bentuk bumi meliputi sungai, bukit,
karangan gunung, flora, fauna dan segala hidupan di bumi.
(T)
(P) Pengetahuan :
Apa yang kamu faham
berkaitan tajuk karangan
dan jelaskan.
Contoh 2 : Faedah Amalan Berjimat Cermat
Amalan berjimat cermat harus dipupuk sejak kecil lagi.
Berjimat cermat bermaksud penggunaan sebarang
sumber seperti air, elektrik atau barangan lain secara
berhemat tanpa pembaziran. Banyak faedah yang akan
diperoleh jika amalan ini dibudayakan dalam kehidupan
seharian kita.
Contoh 3 : Cara-cara menjaga kebersihan diri
Semua orang perlu menjaga kesihatan diri supaya
terhindar daripada penyakit yang berbahaya. Terdapat
banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu
dalam keadaan yang baik.
Cara – cara menjaga kebersihan gigi
Kebersihan gigi amat penting untuk mengelakkan
daripada sebarang penyakit yang melibatkan mulut. Oleh
itu, terdapat beberapa cara untuk menjaga kebersihan
gigi supaya dapat mengelakkan sebarang penyakit yang
boleh menyebabkan kerosakan gigi.