BUKU SKRAP DIGITAL ANTI DARVIH GENE RAS I M ADANI S E KOLAH B EBAS DADAH Punca, kesan dan Cara mengatasi penyalahgunaan DARVIH
TENTANG KAMI MUHAMMAD AQIL ZIKRY BIN MOHAMAD ISMAIL NAMA SEKOLAH: SK DATO’ ISHAK, MANJUNG, PERAK KOD SEKOLAH: ABA 1021 TAHUN: 5 BESTARI MUHAMMAD AISH DARWISH BIN KHAIRUL ANUAR NAMA SEKOLAH: SK DATO’ ISHAK, MANJUNG, PERAK KOD SEKOLAH: ABA 1021 TAHUN: 5 BESTARI NUR SAADAH BINTI MUHAMMAD YASIN NAMA SEKOLAH: SK DATO’ ISHAK, MANJUNG, PERAK KOD SEKOLAH: ABA 1021 JAWATAN: GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
ALKOHOL. Sejenis minuman yang mengandungi etahnol yang boleh menyebabkan mabuk. terkenal sebagai minumman keras @ arak yang kerap di minum untuk mendapatkan ‘mood’. DADAH. Merupakan bahan kimia yang mempunyai kesan kepada saraf dan menyebabkan mabuk, khayal,ketagih,gangguan tingkahlaku, euforia dan lain-lain kesan negatif sekiranyadi ambil secara berlebihan ROKOK. Sejenis tembakau yang dibalut berbentuk silinder sama ada daripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun.Perbuatan menyedut asap tembakau ke dalam organ penafasan. VAPE. Sejenis rokok elektronik yang mengeluarkan asap yang mengandungi nikotin, zat kimia dan perasa tonik yang berbahaya kepada paru-paru. INHALAN. Bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap yang boleh dijumpai dalam aerosol, pelekat, cat, gasolin, cecair pemetik api dan cat dan lain-lain. HIV. Sejenis virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser.
PENGARUH BURUK DARIPADA RAKAN DAN MASYARAKAT -Remaja terdedah dengan rakan yang negatif apabila tidak dipantau KURANG MENDAPAT PERHATIAN DAN KASIH SAYANG -Ibu bapa yang sibuk dan tiada masa bersama anak-anak menybebabkan remaja terdorong mencari keseronokan bersama rakan-rakan PENGARUH MEDIA MASSA -media massa yang kini boleh diakses oleh sesiapa sahaja telah menyebabkan golongan remaja melihat budaya dan masyarakat luar yang berhibur dengan menggunakan dadah PUNCA PENGLIBATAN DENGAN DARVIH SIKAP INGIN TAHU -Remaja terdorong mencuba sesuatu yang baru KURANG MENDAPAT PENDIDIKAN AM DAN ROHANI -Tidak mendapat pendedahan penyalahgunaan dadah dan larangan dalam agama terhadap Darvih. PUNCA TERJEBAK DENGAN GEJALA DARVIH
KESAN TERJEBAK DENGAN DARVIH PENAMPILAN DIRI DAN WAJAH TIDAK TERURUS TERDORONG MELAKUKAN MASALAH DISIPLIN /JENAYAH MENDATANGKAN PENYAKIT KRONIK SEPERTI PENYAKIT PARU PARU DAN HIV /AIDS MERUNTUHKAN INSTITUSI KEKELUARGAAN TAHAP KESIHATAN SEMAKIN MENURUN
Peranan diri & sekolah untuk mewujudkan ‘SEKOLAH BEBAS DADAH’ Penglibatan Komuniti dalam aktiviti pencegahan. Contoh: Pihak polis, AADK Murid perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan sikap yang baik Minggu PPDa dengan melaksanakan pertandingan dan aktviti pendedahan anti dadah Memantapkan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ), Kelab Skim Lencana Anti Dadah (SLAD ) untuk menyampaikan mesej anti dadah kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan sahabat handai. Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan peraturan yang tegas untuk membanteras penyalahgunaan DARVIH dalam kalangan murid sekolah
Penyalahgunaan DARVIH merupakan penyakit masa kini yang semakin menular. Generasi muda yang diharapkan mampu mewarisi kepimpinan negara semakin tidak menyedari tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka disebabkan penyalahgunaan DARVIH. Oleh itu, adalah penting untuk kita membentuk generasi Madani agar isu penyalahgunaan DARVIH ini tidak menjadi barah yang menular dalam masyarakat terutama di sekolah. Generasi Madani adalah generasi yang mempunyai nilainilai kemanusiaan, keadilan, dan kesedaran sosial yang tinggi. Peranan generasi madani sangat penting dalam mewujudkan sekolah bebas dadah supaya pemangkin negara tidak terjebak dengan DARVIH. KESIMPULAN
Alhamdulilah kami dapat menyiapkan buku skrap digital ini dalam masa yang ditetapkan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru pembimbing, ibu bapa dan pihak sekolah yang banyak membantu dan memberikan sokongan kepada kami sepanjang proses menyiapkan buku skrap digital ini. Ucapan terima kasih juga kepada pihak KPM, JPN dan PPD kerana memberi peluang kepada kami untuk menyertai pertandingan ini. Akhir kata , kami mengharapkan buku skrap ini dapat memberikan manfaat kepada murid murid dan masyarakat dalam usaha untuk mencegah penyalahgunaan DARVIH di samping membentuk Generasi Madani dan mewujudkan Sekolah Bebas Dadah. PENGHARGAAN SEKIAN TERIMA KASIH