The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Elemen Reka Bentuk Seni Visual
Graphic Design and Advertising
CIAST
Kertas Penerangan
Interpret Graphic Visualisation Job Brief

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahidazulkifli06, 2020-08-27 22:27:33

IT GRAPHIC DESIGN (Elemen Reka Bentuk)

Elemen Reka Bentuk Seni Visual
Graphic Design and Advertising
CIAST
Kertas Penerangan
Interpret Graphic Visualisation Job Brief

Keywords: Graphic Design and Advertising,Seni Visual,Elemen Reka Bentuk,Kertas Penerangan,byShahidaZulkifli

KAMPUS SATELIT CIAST ILP MARANG,
KAMPUNG BUKIT PARIT,
21600 MARANG,
TERENGGANU.

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA IT-058-3:2014 GRAPHIC DESIGN (DIGITAL)
PROGRAM / 3
PROGRAM’S CODE &
NAME C01 GRAPHIC VISUALISATION

TAHAP / LEVEL 1. INTERPRET GRAPHIC VISUALISATION JOB BRIEF

NO. DAN TAJUK UNIT 2. GENERATE DESIGN/CONCEPT IDEA
KOMPETENSI /
3. EXECUTE IDEA VISUALISATION
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE 4. CARRY OUT GRAPHIC VISUALISATION

NO. DAN PENYATAAN DOCUMENTATION
AKTIVITI KERJA / WORK
ACTIVITIES NO. AND IT-058-3:2014-C01/P(1/9) Muka Surat / Page : 1
STATEMENT Drp / of : 14

NO. KOD / CODE NO.

TAJUK/TITLE : KAJIAN ELEMEN REKA BENTUK

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan ini memberi penerangan berkaitan definisi seni visual, konsep dan
fungsi visual, elemen reka bentuk, dan jenis-jenis elemen dalam reka bentuk.

PENERANGAN/INFORMATION :

1.0 DEFINISI SENI VISUAL

Seni visual merupakan alat komunikasi yang mampu menyampaikan mesej yang
lebih berkesan daripada penggunaan lisan atau penyataan bertulis.
Keberkesanan penggunaan visual bergantung kepada kualiti yang ada pada
visual tersebut. Unsur seni merupakan elemen-elemen bahasa seni visual.
Elemen seni merupakan aspek penting dalam penciptaan dan pemahaman karya
seni visual. Pemahaman secara teori dan praktikal dapat mempengaruhi
penghasilan dan pemahaman sesuatu karya seni visual.

NO. KOD / CODE NO. IT-058-3:2014-C01/P(1/9) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 14

2.0 KONSEP DAN FUNGSI VISUAL

Visual boleh didapati dalam tiga bentuk iaitu fotografik, elektronik, dan grafik.
Fotografik dan video adalah visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang
paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar.
Bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik dan ia terdiri
daripada dua kategori visual iaitu:

2.1 Visual Analogik
Menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan simbol yang dianggap
dapat mewakili konsep tersebut untuk tujuan penyampaian maklumat.

SPEAK
LOUD!

Rajah 1: Visual Analogik (Simbol)

2.2 Visual Organisasi
Merangkumi carta aliran, graf, peta, carta kategori dan sebagainya.

Rajah 2: Visual Organisasi

NO. KOD / CODE NO. IT-058-3:2014-C01/P(1/9) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 14

3.0 ELEMEN REKA BENTUK
Elemen seni boleh dianggap sebagai bahan yang digunakan untuk membentuk
sesuatu komposisi visual. Ia merupakan bahan asas struktur reka bentuk samada
dalam reka bentuk 2D mahupun 3D. Apabila elemen ini disusun mengikut struktur
reka bentuk, maka ia menghasilkan satu idea kreatif yang disampaikan melalui
visual dan seterusnya menjadi alat komunikasi kepada manusia.

Rajah 3: Elemen Asas Reka Bentuk

NO. KOD / CODE NO. IT-058-3:2014-C01/P(1/9) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 14

4.0 JENIS-JENIS ELEMEN REKA BENTUK
Elemen asas dalam reka bentuk terdiri daripada 8 jenis iaitu titik, garisan, rupa,
bentuk, ruang, ton dan nilai,warna, dan jalinan.

4.1 Titik
Titik merupakan unsur yang paling asas di dalam proses reka bentuk. Titik tidak
mempunyai dimensi dan bersifat infiniti. Titik juga tidak mempunyai ukuran.

Titik boleh menghasilkan:
i) Visual simbol atau elemen dalam satu persembahan seni; titik akan

disusun untuk menghasilkan bentuk seperti segiempat, segitiga, dan lain-
lain bentuk bergantung kepada perbezaan saiz.
ii) Titik menghasilkan bentuk asas dalam menghasilkan bentuk dan
mengenali sesuatu bentuk.
iii) Titik menunjukkan pergerakan dan graviti; titik disusun mengkut segmen
dan kumpulan permukaan atau garisan bagi menunjukkan sifat pergerakan
atau graviti.
iv) Titik menghasilkan corak; titik boleh disusun mengikut turutan tertentu dan
berulang untuk menghasilkan corak tertentu.
v) Titik menghasilkan ton dan menvisualkan jalinan. Titik sebagai pantulan di
dalam persekitaran; semakin jauh objek yang dilihat semakin kecil objek
yang dihasilkan.

Rajah 4: Titik menunjukkan pergerakan dan dapat menghasilkan garisan serta visual

NO. KOD / CODE NO. IT-058-3:2014-C01/P(1/9) Muka Surat / Page : 5
Drpd / of : 14

4.2 Garisan
Pergerakan titik dari satu posisi ke satu posisi lain secara
berterusan di dalam satu ruang akan menghasilkan
garisan. Garisan boleh digunakan untuk menggambarkan
rupa, bentuk, objek dan struktur. Garisan tidak
mempunyai lebar dan kedalaman, ia hanya mempunyai
ukuran panjang.

Garisan boleh menunjukkan: Rajah 5: Garisan
i) Kualiti garisan – terdapat pelbagai kualiti garisan

yang boleh dilihat daripada ketebalan, kehitaman,
dan lurus atau melengkungnya garisan.
ii) Bentuk.
iii) Bentuk permukaan sesuatu sifat.
iv) Corak.
v) Perspektif.
vi) Ton.
vii) Sifat pada persekitaran.
viii) Perincian dalam rekabentuk grafik.

Rajah 6: Jenis-Jenis Garisan

NO. KOD / CODE NO. IT-058-3:2014-C01/P(1/9) Muka Surat / Page : 6
Drpd / of : 14

4.3 Rupa Rajah 7: Rupa
Rupa ialah garisan luar sesuatu benda. Garisan luar
tersebut akan bertemu pada suatu titik dan berakhir
pada suatu titik yang sama. Rupa adalah rata dan
bersifat dua dimensi, ia tidak mempunyai jisim, ton
warna, dan jalinan. Pertemuan antara permulaan dan
penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa.

Jenis-jenis rupa.
i) Rupa Geometri

Rupa geometri ialah rupa yang mempunyai sudut dan mempunyai sudut
dan mempunyai sempadan yang tetap. Dicipta dengan menggunakan
alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu.
ii) Rupa Organik
Rupa organik mempunyai sempadan yang bebas. Garisan luar atau
sempadan luarnya tidak terikat. Kebanyakan benda semulajadi
mempunyai rupa organik.

Rajah 8: Rupa Geometri dan Organik
iii) Rupa Organik

Rupa positif ialah rupa yang diletakkan di atas satu permukaan. Rupa
negatif pula ialahruang disekeliling objek tersebut. Kedua-dua rupa ini
saling bergantung antara satu sama lain.

Rajah 9: Rupa Positif dan Negatif

NO. KOD / CODE NO. IT-058-3:2014-C01/P(1/9) Muka Surat / Page : 7
Drpd / of : 14

4.4 Bentuk
Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk mempunyai struktur bentuk
dalaman. Gabungan daripada rupa dapat menghasilkan bentuk. Bentuk terbahagi
kepada bentuk dua dimensi, tiga dimensi, dan pelbagai dimensi.

Ciri-ciri bentuk: Rajah 10: Bentuk
i) Bersifat tiga dimensi (3D) – Mengandungi ketinggian,

lebar dan kedalaman.
ii) Berstruktur – Mempunyai rangka yang membolehkan

membentuk isipadu dengan tepat dan sempurna.
iii) Boleh dilihat dari semua arah – Mempunyai lebih dari

satu permukaan.
iv) Terdapat bayangan – Mempunyai kesan dan bayang.

Jenis-jenis Bentuk:

i) Bentuk Konkrit

• Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat

dirasa, disentuh, dan dilihat daripada pelbagai sudut.

• Mempunyai ciri-ciri nyata dan wujud (benar-benar

wujud di hadapan mata).

• Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu,

kayu, meja, kereta, dan sebagainya. Rajah 11: Bentuk Konkrit
ii) Bentuk Ilusi

• Bentuk ilusi adalah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran

penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan,

dan lain-lain.

• Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui

lukisan, catan, fotografi, cetakan, atau pada

permukaan rata (bersifat dua dimensi).

• Bentuknya tidak dapat disentuh tetapihanya dapat

dinikmati melalui deria penglihatan.

• Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat Rajah 12: Bentuk Ilusi
mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan

bayang merupakan faktor terpenting.

NO. KOD / CODE NO. IT-058-3:2014-C01/P(1/9) Muka Surat / Page : 8
Drpd / of : 14

4.5 Ruang
Ruang ialah jarak dua objek yang menjadikan kawasan di antara objek itu
mempunyai luas dan lebar. Konsep ruang memainkan peranan yang amat
penting dalam seni grafik, reka bentuk hiasan dalaman dan reka bentuk seni
bina. Terdapat dua jenis ruang iaitu ruang terbuka (ruang konkrit) dan ruang ilusi
(ruang tampak).

i) Ruang Fizikal (ruang konkrit)

Ruang sebenar yang wujud pada persekitaran

seperti bangunan, alam ciptaan Allah s.w.t,

kenderaan dan landskap persekitaran.

ii) Ruang Ilusi (ruang tampak) Rajah 13: Ruang Konkrit

Ruang yang dihasilkan oleh pengkarya seni

dalam sesebuah karya dua dimensi berupa

lukisan atau catan, model reka bentuk industri

serta model reka bentuk hiasan dalam dan luar

bangunan.

Rajah 14: Ruang Ilusi

Hubungan ruang dan warna

Perspektif warna dapat menimbulkan ilusi jarak dan

ruang. Dalam catan pemandangan, Kawasan dekat

diwarnakan dengan warna yang lebih gelap dan

dilukis dengan lebih jelas dan teliti. Kawasan atau

objek yang jauh pula diwarnakan dengan warna

terang, pudar dan lembut untuk menonjolkan konsep Rajah 15: Hubungan
ruang dalam catan. Nilai ton dan warna akan Ruang dan Warna
memperlihatkan kesan ilusi ruang bergerak sama

ada keluar atau ke dalam mengikut cahaya yang

diwujudkan melaluinya.

Hubungan ruang dan bentuk Rajah 16: Hubungan
Saiz bentuk yang berturutan dari besar ke kecil dan Ruang dan Bentuk
sebaliknya akan memberi impak ruang yang nyata.
Maka konsep ruang terbuka akan lebih berjaya
ditonjolkan.

NO. KOD / CODE NO. IT-058-3:2014-C01/P(1/9) Muka Surat / Page : 9
Drpd / of : 14

4.6 Ton dan Nilai
Ton dan nilai kegelapan atau kecerahan sesuatu kawasan manakala nilai adalah
pelengkap kepada semua elemen yang ada. Ton juga boleh dikatakan sebagai
warna semulajadi atau warna kromatikyang mengandungi warna putih, kelabu
dan hitam. Di dalam seni reka bentuk kawasan yang cerah membawa maksud
bahagian di hadapan dan kawasan yang gelap adalah di belakang.

Rajah 17: Ton dan Nilai

4.7 Jalinan
Jalinan ialah sifat atau kesan yang terdapat di atas

sesuatu permukaan. Jalinan boleh dikesan secara
penglihatan (tampak) dan sentuhan. Jalinan terbahagi

kepada dua iaitu:-
i) Jalinan Sentuh

Jalinan sentuh yang dapat dikesan melalui deria
sentuhan. Contohnya, permukaan tayar kulit durian, Rajah 18: Jalinan Sentuh

kulit kayu, kulit nenas, dan permukaan kulit kerang.
ii) Jalinan Tampak

Jalinan yang dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa

dengan deria sentuh. Contohnya, kulit tembikai, kulit
buku, batik, dan sebagainya.

Rajah 19: Jalinan Tampak

Fungsi jalinan

i) Jalinan sebagai penyataan. Contoh: tenunan dan ukiran.
ii) Jalinan sebagai hiasan. Contoh: corak pada kain dan hiasan permukaan

tembikar.
iii) Jalinan sebagai manipulasi pelukis. Contoh: Lukisan, catan, dan cetakan.

iv) Jalinan untuk mencipta ruang. Contoh: Lukisan atau catan yang menunjukkan
ruang.

v) Jalinan sebagai perlindungan dan keselamatan. Contoh: tayar kenderaan dan
corak haiwan atau serangga sebagai penyamaran.

NO. KOD / CODE NO. IT-058-3:2014-C01/P(1/9) Muka Surat / Page : 10
Drpd / of : 14

4.8 Warna

Warna ialah unsur visual yang

memainkan peranan penting dalam

penghasilan karya dan kehidupan

seharian. Warna dapat membezakan

antara sesuatu benda. Ia juga boleh

didapati di mana sahaja. Contohnya

keindahan alam sekitar yang Rajah 20: Warna

mempunyai persekitaran yang berwarna-warni serta menarik. Warna juga berkait

langsung dengan perasaan atau mood seseorang. Ia dapat mempengaruhi

suasana dan dapat menunjukkan ruang dan digunakan sebagai simbol.

Penggunaan warna sangat penting dalam rekaan dan penghasilan karya. Warna

juga merupakan alat komunikasi yang sangat berkesan. Selain itu, warna juga

mempunyai beberapa kriteria penting seperti jenis-jenis warna, nilai warna, dan

skema warna. Terdapat 3 jenis kumpulan warna yang terdiri daripada warna

asas, warna sekunder, dan warna tertier.

i) Warna Asas (Primary Colour) Rajah 21: Roda Warna
Warna utama terdiri daripada warna
biru, kuning, dan merah. Warna utama
ini tidak boleh dihasilkan oleh mana-
mana warna yang ada.

ii) Warna Sekunder (Secondary Colour)
Warna ini dihasilkan melalui campuran
di antara dua warna utama dengan
nisbah yang sama contohnya dua titik
kuning dan 2 titik biru menjadi warna
hijau. Warna kedua terdiri daripada
warna jingga, hijau, dan violet.

iii) Warna Tertier (Tertiary Colour)
Warna ketiga dihasilkan dengan cara
mencampur satu warna utama dengan
satu warna kedua.

NO. KOD / CODE NO. IT-058-3:2014-C01/P(1/9) Muka Surat / Page : 11
Skema Warna Drpd / of : 14

Terdapat dua skema warna yang boleh dipilih untuk menghasilkan kesan terhadap
persekitaran.

i) Warna panas
Warna panas terdiri daripada warna merah,
jingga, kuning, dan warna-warna yang
terhasil daripada gabungan warna panas. Ia
adalah warna gabungan api dan matahari.
Oleh sebab itu, ia kelihatan panas. Warna
panas memberi makna kekuatan,
menggambarkan situasi aktif dan dinamik.

Rajah 22: Warna Panas dan Sejuk

ii) Warna Sejuk
Warna sejuk adalah warna yang mempunyai unsur biru, seperti hijau dan violet.
Warna-warna ini merupakan gabungan warna udara, langit dan air. Oleh itu ia
bersifat sejuk. Warna-warna sejuk akan memberi kesan tenang, nyaman dan
keadaan yang stabil.

Rajah 23: Warna Panas dan Sejuk

NO. KOD / CODE NO. IT-058-3:2014-C01/P(1/9) Muka Surat / Page : 12
Drpd / of : 14

Psikologi dan hubungan warna dengan persekitaran manusia.

Di dalam senireka warna memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi
manusia sama ada dari segi minat, perhatian, kefahaman, emosi dan psikologi.
Penggunaan warna yang salah pada tempatnya akan mewujudkan kecelaruan pada
fikiran manusia dan boleh menyebabkan salah faham ke atas maklumat yang ingin
disampaikan.

Fungsi warna

a) Warna bleh digunakan sebagai pemberitahu atau
amaran seperti pada papan tanda jalan raya.

b) Warna boleh mempengaruhi perasaan manusia
dan juga boleh menjadi terapi bagi sesuatu
keadaan atau penyakit.

c) Warna juga dapat menjadikan sesuatu objek
kelihatan kecil, besar, kurus, dan lebar.
Penggunaan kaedah ini selalunya dipraktikkan
dalam warna pakaian.

d) Warna melambangkan suhu sesuatu persekitran;
persekitaran yang panas menggunakan warna
seperti merah, jingga, dan kuning, manakala
warna sejuk adalah violet, biru, dan hijau.

e) Warna melambangkan kebersihan, warna putih
selalunya dijadikan warna bagi menunjukkan
bersih dan suci.

f) Warna melambangkan Agama, kepercayaan dan
budaya.

Rajah 24: Fungsi Warna

NO. KOD / CODE NO. IT-058-3:2014-C01/P(1/9) Muka Surat / Page : 13
SOALAN/QUESTION : Drpd / of : 14

Anda dikehendaki menjawab soalan-soalan di bawah.

1. Nyatakan definisi seni visual.
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………

2. Terangkan konsep dan fungsi visual.
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………

3. Nyatakan lapan (8) elemen reka bentuk dan terangkan setiap elemen reka

bentuk berkenaan.
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………

NO. KOD / CODE NO. IT-058-3:2014-C01/P(1/9) Muka Surat / Page : 14
Drpd / of : 14

RUJUKAN/REFERENCE :

1. https://slideplayer.info/slide/15733442/, Penyediaan Bahan Pameran, 4 Mac 2020, 14.15

2. https://www.slideshare.net/nikibrahimnikmat3/topik-3-visual-untuk-pengajaran-dan-
pembelajaran-153244829, Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran, 4 Mac
2020, 15.05


Click to View FlipBook Version