Stratifikasi sosial & institusi sosial KOH WAN KUAN
Stratification Sosial dan Institusi Sosial Konsep stratification sosial - Sifat stratifikasi sosial - Bentuk stratifikasi sosial Faktor ketaksamaan dalam masyarakat Kesan stratifikasi sosial terhadap pendidikan -Institusi sosial - Sekolah - Keluarga - Masyarakat Persamaan dan pertembungan keluarga dan sekolah - Aspek nilai - Aspek aspirasi - Aspek sikap Hubungan sekolah, ibu bapa dan masyarakat Kandungan
stratifikasi sosial & institusi sosial
kerangka ketaksamaan sosial Sosiologi Manusia + Masyarakat Peranan Tindakan Sosial Kedudukan Ketaksamaan Sosial
Benda-benda yang dimiliki seperti kekayaan, hartanah dan sebagainya. Pencapaian seseorang individu dalam pelbagai institusi sosial seperti dalam institusi ekonomi, pendidikan, agama dan sebagainya. Sifat-sifat peribadi yang dinilai berdasarkan kelakuan seseorang individu. Kewibawaan seseorang individu. Kuasa yang dimilii oleh seseorang individu seperti kuasa politik, kuasa dalam sesuatu instiitusi. Stratifikasi berasal dari kata " strata " yang bererti tingkatan atau diberikan sebagai perbezaan kelas dalam kalangan masyarakat berdasarkan tahap sosial. Stratifikasi sosial adalah fahaman tentang kewujudan jetaksamaan sosial dalam kehidupan sosial (Chew, 1979). Davis dan Moore (1969) menghubungkan stratifikasi sosial dengan jawatan yang lebih cenderung dengan unsur kuasa dalam ilmu Sosiologi. Kedua-dua sarjana ini menyatakan bahawa jawatan dan kedudukan akan sentiasa wujud dalam kehidupan sosial. Konsep stratifikasi Unit kekeluargaan yang terbentuk daripada warisan dan juga perkahwinan Sistem Sosiologi mengemukakan 6 ukuran terhadap penilaian kedudukan individu seperti berikut:
Stratifikasi sosial berlaku dalam kalangan masyarakat kerana adanya pemmbahagian peranan dalam fungsi sosial seperti ketua keluarga, organisasi sosial, pekerjaan, sistem pentadbiran dan sebgainya yang memerlukan setiap individu saling menyokog, berperanan dan memberikan kerjasama bagi mencapai sesuatu matlamat sosial. Stratifikasi sosial bol\eh berlaku sama ada secara semula jadi. Sifat stratifikasi sosial
a) Stratifikasi Sosial secara semula jadi Secara semula jadi, lapisan sosial masyarakat dapat terbentuk kerana keturunan, hubungan adik-beradik dalam keluarga, senior dan junior, pemimpin masyarakat dan sebagainya. b) Stratifikasi Sosial yang Dibina Stratifikasi sosial yang dibina atau sengaja diwujudkan biasabya berkaitan dengan pembahagian kekuasaan dan jawatan rasmi dalam orhanisasi formal, pemerintahan, perundangan, perusahaan, parti polotik, organisasi masyarakat dan lain-lain. Sifat stratifikasi sosial
a) Stratifikasi Ekonomi Stratifikasi ekonomi dinilai berdasarkan jumlah aset yang dimiliki oleh seseorang seperti jumlah simpanan wang dalam bank, pemilihan saham, bangunan atau gedung-gedung perniagaan. Mereka yang berharta dam kaya dianggap mempunyao lapisan sosial yang tinggal. Dalam era industri pula, orang yang memiliki modal atau alat produksi dianggap menduduki lapisan sosial teratas. Manakala orang yang menjadi pekerja biasa dalam sesebuah syarikat dianggap menduduki lapisan sosial yang rendah. Bentuk stratifikasi sosial
b) Stratifikasi Politik Faktor asas yang menentukan startifikasi politik ialah kekuasaan. semakin tinggi kekuasaan seseorang, maka semakin tinggi pila status sosialnya, begitu pula sebaliknya. seseorang yang memiliki kekuasaan tertinggi dinilai mampu mempengaruhi orang lain untuk mencapai tujuannnya. Kekuasaan ini biasanya dilihat melalui jawatan seseorang dalam jabatan formal di sesebuah lembag, parti, kumpulan atau institusi yang dikuasainya. Bentuk stratifikasi sosial
c) Stratifikasi Status Sosial Pembahagian kelas dalam kalangan masyarakat biasanya berdasarkan perbezaan statud kehormatan. Orang yang berasal dari eturunan tertentu dianggap lebh dihormati berbandung dengan keturunan yang lain. Mereka dianggap mempunyai kelas yang tertentu dan bergaul hanyan dengan orang yang tertentu. Golongan ini boleh jadi berdasarkan keturunan, kelas tertentu dalam masyarakat, harta kekayaan, artis popular dan sebagainya yang cenderung membatasi atau mengehadkan pergaulan dengan orang dari luar kelasnya. Contoh stratifikasi status sosial dapat dilihat sistem kasta masyarakat India dan status bangsawan kerajaan Inggeris. Bentuk stratifikasi sosial
Faktor ketaksamaan dalam masyarakat
Kerangka ketaksamaan sosial
Dalam kehidupan sosial hubungan dan interaksi akan menentukan peranan dimaikan oleh individu dan individu akan melaksanakan tindakan berdasarkan perannayan. ( Ting Chew Peh, 1979). Peranan masyarakat tidaklah ditentukan hanya berasaskan pekerjaan mereka. Sebenarnya ia adalah lebih luas merangkumi segala kegiatan yang dilakukan oleh individu untuk diri sendiri dan bagi instutusi-institusi sosial yang lain. (Berry, 1974). FAKTOR KETAKSAMAAN DALAM MASYARAKAT
FAKTOR KETAKSAMAAN DALAM MASYARAKAT Dalam sosiologi, individu yang ingin mendapatkan status tertentu harus sedia untuk memikul peranannya kerana peranan biasanya mempunyakaitan rapat dengan status dan kedudukan sosial. Oleh itu, peranan menjadi asas pembentukan status dan kedudukan. Manakala status dan kedudukan pula mewujudkan kesaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat. (Rohana, 2010).
faktor ketaksamaan dalam masyarakat Ketaksmaan sosial ini dikatakan wujud di manamana dan perbezaan antara manusia dalam kehidupan sosial dikatkan wujud sejak zaman awal lagi. Perkara ini dikatakan telah wujud sejak manusia memberikan tumpuan kepada keunikan individu yang telah mendedahkan pandangan dan pemikirannya (Rohana, 20210). Maka keadaan ini telah menwujudkan pemikiran tentang kelainan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu ketaksamaan sosial ini menjadi sebagai merameter dalam menetukan kedudukan individu dalam sosial (Rasmun 2008).
FAKTOR KETAKSAMAAN DALAM MASYARAKAT Ketaksmaan sosial ini secara umumya ditafsirkan sebagai kedudukan manusia dalam struktir sosial yang tidak memberikan ganjaran ataupun keistimewaan sosial yang sama rata kepada semua masysrakat. Ketaksammaan sosial dalam pemberian ganjaran atai keistimewaan sosial ini boleh mewujudkan perbezaan dalam struktur sosial da seterusnya membentuk lapisan sosial dalam kalangan masyarakat (Kerbo, 2012).
Sebagai contoh, seseorang yang mencapai suatu kedudukan yang tinggi dalam ekonomi boleh mengubahhsuai gaya hidupnya berdasarkan tahap pencapaian ekonomi. Maka dalam keadaan ini perubahan yang berlaku dalam kehidupan individu tersebut akan menjadi alat pengukur kedudukan sosial. Ketaksamaan sosial juga membuka ruang kepada seseorang individu atau kumpulan masyarakat untuk membanding kedudukan mereka dengan individu atau kumpulan masyarakat yang lain. Pada masa yang sama perkara ini juga memberikan peluang kepada orang lain atau kumpulan lain untuk menilai kedudukan diri individu atau kumpulan tersebut (Kerbo, 2012).
Ketaksamaan sosial dikatakan wujud dalam kalangan masyarakat dalam dua bentuk (Bottomore, 1996) seperti berikut Ketaksamaan sosial itu wujud secara semula jadi dan tidak memerlukan sebarang pengiktirafan daripada mana-mana pihak atau individu kerana perkara ini telah distabilkan secara semula jadi. Sebagai contohnya umur, jantina, kekuatan badan, kekuatan minda adalah berbeza antara satu sama lain yang membentuk ketaksamaan sosial secara semula jadi. Ketaksamaan sosial yang terbentuk melalui proses bergantung kepada hubungankumpulan atau individu lain dalam usaha untuk distabilkan dan diautoritikan. Dalam keadaan ini, peranan masyarakat dan instutusi sosial memainkan peranan penting dalam dalam usaha memberikan pengiktirafan terhadap kedudukan yang dicapai oleh seseorang individu itu. Sebagai contoh, pendidikan, kedudukan dalam politik dan sebgainya adalah kedudukan yah memerlukan pengiktirafan dan sokongan daripada pihak lain untuk mencapau kedudukan tersebut.
Contohnya, kedudukan tinggi atau pemilikian sesuatu jawatan boleh memberikan kuasa kepada seseorang individu untuk melaksanakan beberapa tugasan yang dipertanggungjawabkan. Perkhidmatan yang diberikan oleh individu tersebut berpeluang untuk membawa anugerah dan pengkat kepada individu tersebut. Dalam keadaan ini pangkat dan anugeraj itu akan membawa penghormatan dan prestij kepada individu tersebut. Ketaksamaan sosial dalam kalangan masyarakat terbentuk daripada proses penempatan seseorang individu atau golongan pada sesuatu kedudukan tertentu untuk memperoleh manfaat atau perkidmatan. Dalam keadaan ini kepentingan hanya diertikan kepada perkhidmatan yang diberikan oleh individu atau golongan yang ditempatkan pada sesuatu kedudukan. Prestij dan pengormatan hanya dilihat sebagai aspek yang kedua dalam proses ini (Kerbo, 2012).
Ketaksamaan sosial juga boleh dirasai melalui uasaha membuat keputusan. Dalam keadaaan ini keputusan yang telah dibuat (sama ada keputusan yang betul atau salah) dalam evolusi sosial akan menentukan perbezaan dalam kehidupan sosial. Berdasarkan keputusan yang telah dibuat individu mungkinakan menilai ketaksamaan sosial dan kedudukan berbeza yang wujud dalam sosial. Oleh yang demikian ketaksamaan sosial dan kedudukan berbeza yang wujud dalam sosial. Oleh yang demikian ketaksamaan sosial dan kedudukan sosial yanh terbentuk daripada keputusan itu akan membentuk prestij pada individu tersebut (Gallivan, 2003).
Ketaksamaan sosial adalah suatu fakta yang telah menjadi konkrit dalam kehidupan sosial kerana perkara ini telah diinstitusikan. Apabila dikatakan ketaksamaan sosial dalam masyarakat adalah diinstitusikan maka ia membawa maksud bahawa sistem kedudukan laporan masyarakat adalah telah distabilkan Oleh demikian, sitem sosiologi semasam menentukan sifat seseorang individu mahupun kelompok masyaakat. Perkara ini sedemikian kerana mereka terpaksa enerima hakikat tentang kedudukan diri mereka dalam struktur sosial dan harus menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti mana yang telah ditetapkan (Kerbo, 2012). Oleh itu, sistem perhubungan sosial akan menentukan siapa yang perlu melakuka, apa dan kenapa dilakukan dalam kehidupan sosial.
kesan stratifikasi sosial terhadap pendidikan
institusi sosial Nickerson (2022) menyatakan institusi sosial merupakan pola-pola tingkah laki kelom[ok sesebuah masyarakat yang telah dipersetujui seperti undang-undang. Meyer (1977) pula menyatakan institusi sosial adalah sebagai satu cara yang standard diwujudkan untuk mengatasi masalah masyarakat spt menuruskan kematian, pengagihan makanan kuasa dan sebagainya. Pergertian sosial konsep merujuk kepada pola-pola tingkah laku yang telah menjadi kebiasaan dan polapola tingkah laku ini merupakan hubungan sosial yang mempunyai sat matlamat sosial yang tertentu. Institusi sosial merupakan suatu sistem yang menunjukkan peranan sosial dan norma sosial saling berkait dan telah disusun untuk memuaskan sesuatu kehendak atau fungsi sosial.
Dalam konteks Malaysia Institut Sosial Malaysia (ISM) telah ditubuhkan secara rasmi untuk menyediakan latihan ikhtisas dan separa ikhtisas dalam bidang latihan, penyelidikan dan pendidikan sosial kepada semua pekerja sosial daripada pelbagai peringkat dan kumpulan dari dalam dan luar negara termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). ISM merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang bertaraf Institut Latihan Awam, merupakan sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang kerja sosial dan pembangunan sosial yang mula beroperasi pada tahun 2002. Sebagai think thank kepada pembangunan sosial negara, ISM bukan hanya menawarkan program latihan yang berkualiti, tetapi turut menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan yang terkini yang mengetangahkan isu-isu sosial sejagat. Untuk melengkapkan lagi peranan ISM sebagai pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat negara dan antarabangsa, ISM turut menjalinkan kolaborasi strategik dengan pihak berkepentingan untuk menyebarluaskan lagi perkhidnatannya kepada setiap lapisan masyarakat.
1)Berlaku ketidaksamaan dalam pendidikan. Antaranya kajian menunjukkan latar belakang keluarga merupakan faktor penting dalam pencapaian pelajar di sekolah. 2) Kelengkapan sekolah yang tidak memuaskan, nisbah murid yang besar, serta bilik darjah dan bangunan yang daif di sekolah. 3) Wujud pengkelasan sekolah: Sekolah elit: Sekolah berasrama penuh Sekolah kluster: MRSM, SMKA Sekolah harian: Sekolah bendar & luar bandar Sekolah antarabangsa sekolah
isu ketidaksamaan sekolah PERBEZAAN BAHASA PENCAPAIAN AKADEMIK KETIDAKSAMAAN GENDER&KAUM KETIDAKSAMAAN LAYANAN
PERBEZAAN BAHASA Setiap kelas sosial mempunyai kod bahasa yang tersendiri Sistem persekolahan menggunkan kod luas Murid kelas menengah lebih berjaya kerana menguasai kod luas Bahasa yang digunakan kelas pekerja tidak sesuai di sekolah Bahasa yang digunakan seharian berbeza dengan bahasa yang digunakan dalam pembelajaran. ketidaksamaan gender & kaum Kajian telah meneroka perbezaan habitus gender dan kaum selari dengan perbezaan dalam kelas sosial. Cth: Murid perempuan kulit ptih kelas sosial menengah tidak mengendahkan budak perempuan kulit hitam yang baru menyertai mereka.
pencapaian akademik Kajian mendapati bahawa muridmurid sekolah mempunyai pencapaian yang berbeza antara kulit putih, asia & kulit hitam Punca kelemahan berkenanan merupakan latar belakang keluarga Mengaitkan pencapaian murid dengan sumbnagn pihak sekolah ketidaksamaan layanan Kajian mendapati bahawa muridmurid sekolah mempnyai pencapaian berbeza antara kaum Pelajar daripada keluarha yang berada akan diberi perhatian memasuki sekolah yang berkaliti serta mempunyai guru yang baik serta bermotivasi. Pelajar dari keluara bawahan giri kurang memberi sokongsan dan perharian serta kurang bermotivasi.
keluarga Keluarga adalah salah satu kelompok atau kumpulan manusia yang hiduo bersama sebagai satu kesatuan atau unit masyarakat terkecil dan biasanya ada hubungan darah, ikatan perkawinan atau ikatan lainnya, tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh seorang ketua keluarga. Fungsi Biologis: untuk meneruskan keturunan, memelihara dan membesarkan anak, memberikan makanan bagi keluarha dan memenuhu keperluan gizi kesihatan, merawat dan melindungi kesihatan para anggotanya dan memberi kesempatan untuk berekreasi Fungsi Sosial Budaya atau Sosiologi: meneruskan nilainilai budaya, pembentukan norma-norma, tingkah laku pada setiap tahap perkembangan anak serta kehidupan atau kewangan Fungsi Psikologi: Identiti keluarga dan rasa selamat dan kasih sayang, membentuk personaliti, perlindungan keselamatan serta mengadakan hubungan keluarga dengan keluarga lain atau masyarakat. Fungsi Sosial: mencari sumber untuk memenuhi fungsi lainnya, pembahagian sumber tersebut untuk mengeluaran atau tabungan dan menguruskan ekonomi atau kewangan. Fungsi Pendidikan: membina keterampilan, tingkah laku dan pengetahuan dalam hubungan dengan fungsi-fungsi lain, persiapan untuk kehidupan dewasa dan memenuhi peranan sehingga anggota keluarga yang dewasa.
Stratifikasi sosial dalam keluarga telah mewujudkan latar belakang keluarga berasaskan kaum dan kekayaan. Sikap prejudis terhadap kaum, etnik dan budaya telah menyebabkan masyarakat mempunyai jangkaan yang berbeza terhadap pendidikan. Begitu juga mereka dalam aspek tempat tinggal, gaya hidup dan pemilikan harta Stratifikasi keluarga memberi manfaat kepada golongan kaya dan berkuasa dengan mengorbankan golongan miskin. Mereja yang berstatus tinggi terus membina kekayaan mereka, hanya memperkukuhkan lagi jurang antara orang berstatus tinggi dan rendah. Ia telahnmenwujudkan dan mengekalkan kosep ketidaksamaan. Ia mewujudkan tekanan emosi dan keuntungan bagi orang yang tergolong dalam lapisan sosial yang lebih rendah kerana mereka mempunyai aksis orang yang tergolong dalam lapisan sosial yang lebih rendah.
MASYARAKAT Masyarakat sebagai “kelompok manusia yang telah cukup lama hidup bersama dan saling bekerjasama sehinggga dapat mengorganisasikan diri dan meletakkkan diri mereka sebagai kesatuan sosial yanh mempunyai batas-batas tertentu (Ralph, 1936). Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan peraturan dan cara tertentu (Kamus Dewan, 2005).
Keluarga adalah unit asas masyarakat kerana ia terdiri daripada ibu, bapa dan anak. Gabungan keluarga menghasilkan satu kumpulan manusia yang lebih besar yang dikenalikan sebagai masyarakat. Terdapat beberapa prasyarat untuk membina satu kelompok masyarakat yang kukuh, antaranya ialah setiap individu menyedari bahawa dia adalah sebahagian daripada anggotamasyarakat tersebut. Wujud huungan timbal balik dalam kelompok. a) masyarakat terdiri daripada manusia yang hidup dalam sat kumpulan Apabila manusia hidup di dalam sesuatu kelompok, mereka akan lebih kreatif dan inovatif. Untuk memenuhi keperluan hidup seharian mereka telah menghasilkan kebudayaan sama ada berbentuk meterial ataupun bukan material. Walau bagaimanapun kebudayaan yang dilahirkan itu berbexa di antara masyarakat bergantung kepada keperluan masyarakat itu sendiri. b) masyarakat melahirkan kebudayaan Menurut Lucy Mair (1965) terdapat 7 ciri-ciri masyarakat:
Masyarakat sentiasa mengalami perubahan merangkumi segala aspek kehidupan seperti bilangan ahli, sistem ekonomi, politik dan sosial. Perubhana boleh berlaku secara sedar atau tidak sedar dan secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh faktor luaran seperti prosesmugrasi, pertembungan budaya dan penjajahan. c) Masyarakat berubah Masyarakat sentiada berhunbungan antara satu sama lain sana ada sesama kelompok atau berlainan kelompok. Hubunga boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Hubungan secara formal berlaku dalam bentuk dua hala atau bersemuka seperti hubungan antara individu dalam masyarakat atau dalam urusan penbtadbiran, guru dengan murid . Sementara hubungan tidak formal adalah seperti interaksi antara ahli dalam sesebuah keluarga, hubungan sesama jiran tetangga dan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum dalam konteks yang lebih luas. d) Masyarakat saling berhubungan
Setiap individu dilahirkan sebagai pemimpin. Mereka boleh berperanan sebagai pemimpin dalam kalangan keluarga, sebagai ketua kampung, ketua komuniti. Dalam masyarakat tradisional dipilih secara keturunan atau diwarisi, namun begitu di dalam masyarakat moden pemimpin dipi;ih berdasarkan pencapaian, kewibadian serta karisma mereka. Tanggungjawab pemimpin adalah untuk mengurus masyarakat yang dipimpin. e) Masyarakat mempunyai kepimpinan Stratifikasi sosial atau susun lapis masyarakat tidak dapat dielakkan daripada wujud dalam sebuah masyarakat kerana anggota masyarakat mempunyai perbezaan dari segi keupayaan masing-masing. Stratifikasi sosial dapat dibahagikan kepada tuga iaitu pertama, kelas yanh berdasarkan pemilihan harta atau kekayaan, kedua status ditentukan oleh peranan individu dalam masyarakatnya dan ketiga kasta yang keahliannya hanya ditentukan melalui kelahiran. f) stratifikasi sosial
Menurut Norazit (1989) sistem sosial adalah suatu susunan bahagian yang saling berkaitan dan saling memerlukan untuk membentuk satu kesatuan. Sistem ini merupakan sayu model konseptual untuk menganalisis sesuatu fenomena yang agak kompleks dan merupakan sebahagian daripada struktur sosial yang lebih meluas lagi. Contoh sistem sosial ialah sistem kekeluragaan, sistem ekonomi, undang-undang dan lain-lain. g) sistem sosial
persamaan dan pertembungan keluarga dan sekolah
Nilai merupakan standard dan prinsip dalam mempertimbangkan harg sesuatu benda. Dengan ini nilai jelas dilihat sebagai suatu kualiti, motif atau piawai norma yang ada dalam pertalian antara benda, fikiran dan pemilikan. Nilai juga berfungsi sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar, dihujah, diubah atau dipertahankan. Ia merupakan panduan untuk menyelesaikan konflik dan membuat keputusan serta mengehadkan perlakuan seseorang. aspek nilai
aspek aspirasi Aspirasi merupakan keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu pada masak kini atau untuk masa akan datang. Sekolah dan keluarga (ibu bapa murid) perlu mempunyai persamaan dalam mencapai aspirasu khususnya untuk kepentingan murid-murid dan hala tuju sekolah. aspek sikap Sikap adalah sekumpulan respons yang konsisten terhadap objek sosial. Sikap juga merupakan tingkah laku, perangai dan akhlak seseorang. Sikap seseorang itu boleh berubah, disebabkan perasaan, keadaan ataupun apa-apa sahaja yang tidak menyenagkan pemilik sikap itu.
persamaan dan pertembungan keluarga dan sekolah dalam aspek nilai NILAI PERSAMAAN PERTEMBUNGAN Nilai kemanusiaan melalui pendidikan sebagai penyuluh kehidupan Nilai kebersamaan dalam mencapai sesuatu matlamat Nilai masyarakat yang berbeza mengikut pandangan kaum. Di Malaysia setiap kaum memiliki kepentingan yang tersendiri Nilai kenegaraan yang menetapkan matlamat rakyat yang bersatu padu. Di Malaysia perpaduan kaun sebelum merdeka adalah rendah kerana perbezaan tempat tinggal dan kegiatan ekonomi.
persamaan dan pertembungan keluarga dan sekolah dalam aspek aspirasi ASPIRASI PERSAMAAN PERTEMBUNGAN Membolehkan murid utk menimba ilmu secara optimum melalui pengalaman dan selesa Memberi sokongan dan membantu pembentukan nilai yang baik Pertembungan sosio ekonomi akan memepengaruhi keberkesanan pembelajaran murid Berlakunya pertembungan dalam aspej bahasa. Penggunaan digalak dan bahasa ibunda di sekolah yang menggunkan bahasa standard dalam pengajaran dan pembelajaran
persamaan dan pertembungan keluarga dan sekolah dalam aspek sikap KELUARGA SEKOLAH Sikap murid dipengaruhi oleh faktor norma dan budaya setempat. Komuniti yang mementingkan adab dan budi bahasa akan mempengaruho perilaku dan sikap murid Murid menganggap tingkah laku dan sikap di sekolah dapat diterima di rumah sepenuhnya. Sikap murid dipengaruhi melalui peraturan yang ditetapkan apabila memasuki kawasan sekolah spt pakaian dan penampilan Tingkah laku murid dipengaruhi di sekolah spt melalui pergaulan dengan rakan di dalam bilik darjah dan di luar sekolah. PERSAMAAN PERTEMBUNGAN
HUBUNGAN SEKOLAH, IBU BAPA DAN MASYARAKAT
model pendidikan berkualiti 6s
model pendidikan berkualiti 6s Hubngan sekolah, ibu bapa dan masyarakat dapat digambarkan dalam Model Pendidikan Berkualiti 6S (Halimah, Eow, & Chuah, 2014), Model pendidikan berkualiti 6S adalah model yang telah diilhamkan hasil daripada perancangan, pelaksannakan dan penyelidikan yang telah dilaksanakan. Input Model Pendidikan Berkualiti 6S yang merangkumi pentadbir, guru, ibu bapa atau penjaga, agensi kerajaan, NGo komuniti setempat dan komuniti antarabangsa menunjukkan bahawa Teori Pembangunan Sistem Ekologi telah dipertimbnagkan dalam pembangunan modal insan 6S yang mampu berintergrasi secara seimbang dengan masyarakat dunia.
Joyce Epstein (2009) dalam bukunya School, Family and Community Patnership: Your Handbook for Action, telah menggariskan 6 jenis penglibatan ibu bapa dan kominiti yang dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk membantu meningkatkan pembelajaran pelajar. Pihak sekolah berusaha berkomunikasi secara berkesan dengan pihak ibu bapa melalui pelbagai cara dan media dakam usaha untuk membantu pembelajaran pelajaran. Piha sekolah menggunakan surat bagi menerangkan program yang dilaksanakan di sekolah atau guru menerangkan perkembangan prestasi semasa perjumpaan. Pihak sekolah boleh melakukan perancangan pelbagai program yang melibatkan ibu bapa di sekolah sama ada sebagai sukarelawan, peserta atau sebagai penonton dalam aktiviti sekolah. Kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu baoa dalam penganjuran dan pelaksanaan sesuatu aktiviti, secara tidak langsung akan menyumbang kepada kepada kejayaan pelajar. Melalui penglibatan jenis ini, pihak sekolah boleh membantu pihak keluarga dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan sama ada tentang kemahiran keibubapaan, memberi maklumat tentang perkembangan psikologi anak dan membantu menyediakan susana yang dapat memudahkan anak belajar. A) PARENTING (KEIBUBAPAAN) B) COMMUNICATING (BERKOMUNIKASI) C) VOLUNTEERING (KESUKARELAWANAN)
Joyce Epstein (2009) dalam bukunya School, Family and Community Patnership: Your Handbook for Action, telah menggariskan 6 jenis penglibatan ibu bapa dan kominiti yang dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk membantu meningkatkan pembelajaran pelajar. Pihak sekolah juga melibatkan ibu bapa sebagai rakan kongsi dalam pembuatan keputusan dalam beberapa aspek di sekolah. Misalnya di dalam penganjuran beberapa aktiviti, mesyuarat PIBG, jawatankuasa bersama dalam program sekolah. Hubungan baik sekolah dengan masyarakat setempat dapat diwujudkan dengan melibatkan pihak jabatan kerajaan, swasta atau badanbadan lain dalam pelbagai program di sekolah. Pihak sekolah juga boleh mendidik pelajar dan keluarga mereka tentang cara-cara menjadi earganegaraan yang baik. Melalui pemglibatan jenis ini, pihak sekolah dapat mendedahkan kepada pihak ibu bapa tentang pelbagai kaedah yang sesuai bagi membantu anak-anak mereka belajar atau menyelesaikan kerja sekolah di rumah. Pihak ibu bapa dapat berkongsi idea dengan piha seekolah bagi menyedialam strategi yang sesuai bagi penambahbaikab kerja rumah anak. D) LEARNING AT HOME (PEMBELAJARAN DI RUMAH E) DECISION MAKING (PEMBUATAN KEPUTUSAN) F) COLLABORATING WITH THE COMMUNITY(BEKERJASAMA DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT)
sekian, terima kasih