Nama:
Tahun:
Penulis:
Muhammad Fikry Bin Abdul Rahim
Prakata
Buku MARILAH MEMBACA memperkenalkan satu kaedah dan cara yang sistematik untuk
membina kemahiran membaca secara cepat dan tepat tanpa perlu mengenal keseluruhan abjad A-
Z terlebih dahulu. Selain itu, buku ini juga menfokuskan kepada anak-anak yang berumur 5
tahun hingga 8 tahun. Oleh itu, kaedah ini disusun berdasarkan konsep terus membaca dengan
lima huruf satu hari melalui kaedah suku kata.
Buku ini dihasilkan atas kesedaran:
1. Bahawa Bahasa Malaysia merupakan bahasa yang paling mudah dipelajari jika
terdapat satu kaedah yang sistematik.
2. Wujudnya masalah yang dihadapi oleh guru tahun satu khasnya dan guru-guru
amnya tentang kaedah untuk mengajar murid-murid membaca dan menulis dengan
cepat dan tepat, sebelum mengajarkan kemahiran bahasa yang lain.
3. Bahawa kemahiran membaca seharusnya dibina secara konkrit melalui proses
kenal huruf suku kata – perkataan ayat dan seterusnya membaca petikan dengan
intonasi yang betul.
4. Bahawa kaedah tradisi, menghafal dan mengenal kesemua huruf abjad dahulu
sebelum boleh membaca, membuang masa dan membunuh minat murid-murid
untuk menguasai kemahiran bacaan.
5. Menginsafi masalah guru dalam penyediaan bahan tersusun ke arah mengajar
murid-murid menguasai kemahiran bacaan dan cekap menulis dalam jangka masa
yang pendek agar dapat menguasai kemahiran yang lain dengan penuh minat dan
berkeyakinan.
6. Bahawa buku ini amat sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Malaysia Tahun
Satu khasnya dan kelas Pemulihan untuk membasmi buta huruf.
7. Bahawa buku ini boleh juga dijadikan sebagai bahan ujian pengesanan untuk
menilai tahap penguasaan dan kesukaran murid dalam menguasai kemahiran
bacaan kerana bahan bacaan disusun berperingkat-peringkat.
Sesungguhnya, buku ini dicipta dan disusun untuk mempercepatkan celik huruf dalam kalangan
murid-murid peringkat awal kanak-kanak lagi. Paparan ini akan dapat melahirkan kanak-kanak
yang bersikap positif, berwawasan, dan pintar cerdas.
Diharap buku ini dapat menyerap keprihatinan ibu bapa berganding bersama-sama guru ke arah
celik huruf seterusnya mempertingkatkan kecemerlangan pelajaran dalam Bahasa Malaysia.
i
Kaedah Penggunaan Buku
1. Murid tidak perlu mengenal keseluruhan abjad A-Z terlebih dahulu.
2. Kenalkan huruf mengikut susunan dalam buku.
3. Perkenalkan huruf vokal satu persatu
4. Selepas murid kenal huruf dan bunyikan, adakan latihan atau aktiviti
yang menarik.
5. Perkenalkan huruf konsonan. Gabungkan huruf konsonan dan huruf
vokal untuk membentuk suku kata dalam lingkungan huruf itu dan
huruf-huruf lain.
6. Murid-murid digalakkan membaca terus (tanpa mengeja/
membatangkan suku kata) pada peringkat bacaan ayat/frasa dan
petikan dengan intonasi yang betul.
ii
Huruf Vokal
A E I OU
Aa
A y am
Ee
Ema k
Ee l
Epa
1
Guru membimbing murid menggeja dan
Nota Guru: membunyikan suku kata
Huruf Vokal
A E I OU
Ii I kan
Obo r
Oo
Uu
Ul ar
Guru membimbing murid menggeja dan 2
Nota Guru: membunyikan suku kata
AAkkttiivviittii
1. Membentuk huruf vokal menggunakan tanah liat.
Bahan: Tanah Liat
Cara pelaksanaan:
1. Guru menyediakan tanah liat.
2. Guru mengarahkan murid untuk membentuk huruf-huruf
vokal menggunakan tanah liat tanpa menunjukkan
bentuk huruf tersebut.
2. Permainan: Mengasingkan huruf vokal ‘a,e,i,o,u’.
Bahan: Kad huruf ‘a’, ‘e’, ‘i’, ‘o’, ‘u’.
Cara pelaksanaan:
1. Guru perlu menyediakan kad huruf-huruf vokal.
2. Guru mencampur-adukkan kesemua kad.
3. Guru menyebut huruf ‘a’ dan meminta murid untuk
mengasingkan kesemua kad huruf ‘i’ yang terdapat dalam
campuran kad huruf tersebut.
4. Kemudian diikuti dengan huruf ‘e’, ‘i’, ‘o’, ‘u’.
3. Mencari huruf vokal yang tersembunyi dalam
gambar/teks.
Bahan: Teks ringkas atau gambar
Cara pelaksanaan:
1. Guru perlu menyediakan teks ataupun gambar khas yang
mempunyai huruf ‘a’ tersembunyi.
2. Murid akan diminta untuk membulatkan huruf ‘a’ yang
dijumpai sambil menyebut berulang kali.
3. Aktiviti diteruskan dengan huruf-huruf vokal yang lain.
3
Huruf Konsonan
Bb Cc Dd Ff Gg
Hh Jj Kk Ll Mm
Nn Pp Qq Rr Ss
Tt Vv Ww Yy Zz
Bb ba be be bi bo bu
Cc ca ce ce ci co cu
Dd da de de di do du
Ff fa fe fe fi fo fu
Gg ga ge ge gi go gu
Guru membimbing murid menggeja dan 4
Nota Guru: membunyikan suku kata kv
Huruf Konsonan
Bb Cc Dd Ff Gg
Hh Jj Kk Ll Mm
Nn Pp Qq Rr Ss
Tt Vv Ww Yy Zz
Hh ha he he hi ho hu
Jj ja je je ji jo ju
Kk ka ke ke ki ko ku
Ll la le le li lo lu
Mm ma me me mi mo mu
Guru membimbing murid menggeja dan 5
Nota Guru: membunyikan suku kata kv
Huruf Konsonan
Bb Cc Dd Ff Gg
Hh Jj Kk Ll Mm
Nn Pp Qq Rr Ss
Tt Vv Ww Yy Zz
Nn na ne ne ni no nu
Pp pa pe pe pi po pu
Qq qa qe qe qi qo qu
Rr ra re re ri ro ru
Ss sa se se si so su
Guru membimbing murid menggeja dan 6
Nota Guru: membunyikan suku kata kv
Huruf Konsonan
Bb Cc Dd Ff Gg
Hh Jj Kk Ll Mm
Nn Pp Qq Rr Ss
Tt Vv Ww Yy Zz
Tt ta te te ti to tu
Vv va ve ve vi vo vu
Ww wa we we wi wo wu
Yy ya ye ye yi yo yu
Zz za ze ze zi zo zu
Guru membimbing murid menggeja dan 7
Nota Guru: membunyikan suku kata kv
Carta Suku Kata
aee i ou
b ba be be bi bo bu
c ca ce ce ci co cu
d da de de di do du
f fa fe fe fi fo fu
g ga ge ge gi go gu
h ha he he hi ho hu
j ja je je ji jo ju
k ka ke ke ki ko ku
l la le le li lo lu
m ma me me mi mo mu
n na ne ne ni no nu
p pa pe pe pi po pu
q qa qe qe qi qo qu
r ra re re ri ro ru
s sa se se si so su
t ta te te ti to tu
v va ve ve vi vo vu
w wa we we wi wo wu
y ya ye ye yi yo yu
z za ze ze zi zo zu
8
AAkkttiivviittii
1. Finger Paint
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Warna air
2. Kertas A4 atau Kertas Lukisan
3. Kad Imbas suku kata - contohnya 'ba'
Cara melakukan aktiviti ini:
1. Terangkan kepada anak tentang aktiviti yang akan dilakukan.
2. Sediakan barang-barang seperti yang dinyatakan.
3. Sebutkan dulu suku kata 'ba' kepada anak.
4. Minta anak ulang beberapa kali.
5. Minta anak menulis suku kata tersebut dengan menggunakan warna
air.
Manfaat aktiviti ini:
Kita tidak hanya menumpukan kepada penggunaan buku untuk mengajar
anak membaca. Nampak macam lambat kan? Perlu buat semua suku kata
dengan cara ini? Pasti tidak. Ini hanyalah aktiviti yang membantu anak-
anak supaya tidak cepat bosan. Kita bantu anak-anak untuk jadi lebih aktif
dan kreatif. Kita bukan juga membantu anak-anak menjadi lebih kreatif
malahan mencetuskan idea kreatif. Selain itu, 3 cara pembelajaran dapat
diaplikasikan dengan baik iaitu MELIHAT, MENDENGAR dan juga
BERGERAK.
2. Teng Teng Suku Kata bu
bi bo
Bahan-bahan yang diperlukan:
be
1. Teng teng suku kata be
2. Kad imbas suku kata
3. Papan putih bersaiz kecil
ba
Cara melakukan aktiviti ini:
1. Terangkan kepada anak aktiviti yang akan dilakukan.
2. Letakkan kad imbas suku kata di dalam kotak teng teng.
3. Minta anak melompat ke dalam suku kata yang disebutkan.
4. Minta anak ambil kad suku kata tersebut dan tulis di atas papan putih
5. Sebut suku kata sebanyak 3 kali.
Manfaat aktiviti ini:
Anak pasti menyukai aktiviti ini kerana dia dapat melompat. Pada masa
yang sama, anak dapat melihat dan mendengar suku kata yang ditunjukkan
dan disebutkan. Kemudian, anak dilatih untuk menulis dan melompat bagi
merangsang pergerakan motor kasar serta motor halus anak.
9
AAkkttiivviittii
3. Snap snap Suku Kata
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Telefon berkamera/ kamera lama
2. Kad imbas suku kata
3. Papan putih bersaiz kecil
Cara melakukan aktiviti ini:
1. Terangkan kepada anak tentang aktiviti.
2. Lekatkan kad imbas suku kata di beberapa tempat di rumah seperti di sofa,
dinding, dan peti sejuk.
3. Tunjuk suku kata di dalam buku - Misalnya “ni”. Anak menyebut sebanyak 3
kali.
4. Berikan anak kamera dan minta anak mencari dan mengambil/ snap gambar
suku kata “ni”.
5. Minta anak tunjukkan kepada kita gambar yang diambil.
6. Tulis suku kata tersebut di papan putih.
Manfaat aktiviti ini:
Bayangkan perasaan anak apabila kita membuat aktiviti ini. Pasti anak-anak
menjadi aktif dan kreatif. Anak akan bergerak mencari suku kata yang disebutkan.
Ini akan membuka ruang dan peluang untuk diteroka. Selama ini kita hanya beri
anak buku untuk belajar suku kata, walhal terdapat pelbagai cara untuk
menjadikan pembelajaran ini lebih efektif dan tidak membosankan. Oleh itu,
anak akan dapat mengingati dengan cara yang lebih mudah.
4. Botol Suku kata
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Botol mineral kecil (labelkan setiap penutup botol dan permukaan botol
dengan suku kata)
2. Kad imbas suku kata
3. Papan putih bersaiz kecil
Cara melakukan aktiviti ini: bbaa ccaa
1. Terangkan kepada anak aktiviti yang akan dilakukan.
2. Minta anak untuk menyebut suku kata yang ditunjukkan dari kad imbas –
“ba” dan “ca”.
3. Anak mencari gandingan suku kata yang ditunjukkan tadi. Contohnya,
permukaan botol yang mempunyai suku kata “ba” dan tutup botol suku
kata “ca”.
4. Kemudian, anak menutup botol dengan suku kata gabungan yang betul.
5. Anak menulis gabungan suku kata di papan putih.
Manfaat aktiviti ini:
Aktiviti ini dapat mengembangkan motor halus iaitu menutup dan membuka
penutup botol. Malahan, secara tidak langsung anak juga dapat merangsang
multisensori anak. Diharap dengan aktiviti yang menarik ini akan membuatkan
anak lebih mengingati serta memahami suku kata.
10
Penilaian
Senarai semak
Bil. Perkara Menguasai Tidak Catatan
menguasai
1. Adakah anak dapat
mengenal huruf vokal
dengan baik (huruf
kecil)?
2. Adakah anak dapat
mengenal huruf vokal
dengan baik (huruf
besar)?
3. Adakah anak dapat
membezakan huruf
vokal dengan jelas
(huruf kecil dan
besar)?
4. Adakah anak dapat
mengenal huruf
konsonan dengan
betul (huruf kecil)?
5. Adakah anak dapat
mengenal huruf
konsonan dengan
betul (huruf besar)?
6. Adakah anak dapat
membezakan huruf
konsonan dengan
tepat (huruf kecil dan
huruf besar)?
11
Cerita 1: Baju
Baju.
Ini baju.
Ini baju baru.
Ini baju baru Siti.
Siti beli baju baru di kota.
Baju baru Siti baju raya.
Siti mahu cuba baju baru itu.
Siti suka hati ada baju baru.
12
Cerita 2: Buku
Buku.
Ini buku.
Ini buku nota.
Ini buku nota baru.
Ini buku nota baru Nini.
Nini beli buku nota di buku.
Nini suka buku nota baru.
Nini jaga buku nota baru.
13
Cerita 3: Roti
Roti.
Ini roti.
Ini roti Ramu.
Ramu beli roti itu.
Ramu beli roti di kota.
Roti Ramu roti kaya.
Ramu sapu kaya pada roti.
Ramu suka roti sapu kaya.
14
Cerita 4: Labu
Labu.
Ini labu.
Ini labu Sani.
Sani beli labu.
Sani beli labu dari Ramu.
Mama sira labu itu.
Sani mahu rasa sira labu.
Mama bagi Sani rasa sira labu.
15
Cerita 5: Pasu
Pasu.
Ini pasu.
Ini pasu mama.
Pasu mama pasu lama.
Pasu mama pasu koko.
Pasu mama tepi kayu.
Ada baja tepi pasu.
Mama isi baja guna sudu.
16
Cerita 6: Nasi
Nasi.
Ini nasi.
Ini nasi Lina.
Lina beli nasi ini.
Lina mahu rasa nasi.
Lina mahu rasa nasi guna sudu.
Nasi Lina nasi basi.
Lina rasa nasi basi.
17
Cerita 7: Tisu
Tisu.
Ini tisu.
Ini tisu muka.
Ini tisu muka Huda.
Huda beli tisu muka di kota.
Tisu muka Huda tepi laci.
Huda sapu muka guna tisu.
Huda cuci luka guna tisu.
18
Cerita 8: Teko
Teko.
Ini teko.
Ini teko biru.
Ini teko biru baru.
Ini teko biru baru Mimi.
Ini teko kopi Mimi.
Mimi guna teko hari-hari.
Teko biru Mimi tepi meja.
19
Cerita 9: Sani
Sani.
Ini Sani.
Sani ada hobi.
Sani ada hobi baru.
Hobi Sani baca buku.
Sani suka baca buku.
Sani baca buku di meja.
Sani rasa suka bila baca buku.
20
Cerita 10: Jari
Jari.
Ini jari.
Ini jari kiri.
Ini jari kiri saya.
Saya ada lima jari kiri.
Jari saya luka kena duri.
Saya cuci luka di jari kiri.
Saya cuci luka hati-hati.
21
Penilaian
Senarai semak
Bil. Perkara Menguasai Tidak Catatan
menguasai
1. Adakah anak dapat
membina dan
membaca suku kata?
2. Adakah anak dapat
membina dan
membaca perkataan
dan rangkaikata?
3. Adakah anak dapat
menambah
perbendaharaan
mereka?
4. Adakah anak dapat
membaca dan
memahami ayat dalam
konteks?
5. Adakah anak dapat
membaca dan
memahami bahan
yang dibaca?
6. Adakah anak dapat
membaca mengikut
arah cara yang betul?
7. Adakah anak dapat
bercerita tentang
bahan yang dibaca?
8. Adakah anak dapat
membuat kesimpulan/
rumusan?
22
ABJAB