Institut Perubatan & Pergigian Termaju TM PUSAT PERUBATAN USM BERTAM TM @USM ecosystem 7.30 PAGI - 2.00 PETANG 14 Okt 20Sabtu 23 Pink COCTOBER 2023 "We Care..." Penganjur : Breast Cancer Translational Research Program IPPT (BCTRP@IPPT) & Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia, Bertam (PPUSMB) PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, USM
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, kita telah berada di acara kemuncak Program Kesedaran Kanser Payudara bagi tahun 2023 dengan penganjuran Pink October 2023. Dengan membawa tema "We Care" atau “Kita Prihatin”, penganjuran Program Kesedaran Kanser Payudara dan Pink October bagi tahun 2023 ini adalah dianjurkan bersama oleh Breast Cancer Translational Research Program (BCTRP@IPPT) dan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB), Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT) USM. Pink October, sebuah inisiatif global yang menyaksikan penyertaan aktif di seluruh dunia pada bulan Oktober setiap tahun, telah dihayati dan dirasai dengan penuh semangat keprihatin terhadap mereka yang diuji dengan kanser payudara. Program yang dijalankan sejak bulan Jun 2023 hingga kemuncaknya pada bulan Oktober ini mendapat respon luar biasa dari komuniti setempat, ahli akademik, saintis, ahli agamawan, NGO, ahli politik, dan semua lapisan masyarakat yang bersatu padu, dalam mengenepikan perbezaan politik, demi memberi manfaat kepada komuniti dan para pesakit yang sedang berjuang. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman komuniti mengenai kanser payudara. Dengan memfokuskan usaha kepada pengesanan awal, penyampaian ilmu pengetahuan terkini, serta memberikan motivasi kepada pejuang kanser payudara, dengan keprihatinan komuniti dan sistem sokongan yang wujud dapat memberi sinar harapan kepada mereka yang sedang melalui detikdetik mencabar dalam hidup mereka. Penghargaan setinggi-tingginya diberikan kepada semua pihak yang telah menyumbang penajaan dengan wang ringgit, barangan, makanan, semangat setiakawan, kata-kata positif, serta tenaga yang tidak terhingga, terutamanya kepada jawatankuasa kerja penganjur Program Kesedaran Kanser Payudara dan Pink October 2023. Semoga penganjuran Pink October akan terus dilakukan setiap tahun oleh USM dan IPPT dengan kerjasama yang lebih erat daripada pelbagai pihak di Pulau Pinang. Dengan saling menyokong dalam setiap usaha kita dapat memberikan impak yang lebih besar kepada mereka yang memerlukan sebagai tanda ”Kita Prihatin”. Semoga usaha kita diberkati dan diteruskan dengan kejayaan yang lebih besar lagi di masa hadapan. Sekian, terima kasih. PROF MADYA DR BADRUL HISHAM YAHAYA Pengerusi Program Kesedaran Kanser Payudara & Pink October 2023
KATA-KATA ALUAN PENGARAH Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera, Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Profesor Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya, Pengerusi Program Kesedaran Kanser Payudara & Pink October 2023 serta ahli jawatankuasa program di atas inisiatif dan usaha untuk menganjurkan Program Kesedaran Kanser Payudara dan Pink October 2023 yang telah berlangsung sejak bulan Jun hingga Oktober 2023. Sesungguhnya program anjuran Breast Cancer Translational Research Program (BCTRP@IPPT) dengan kerjasama Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) ini merupakan sebuah program khidmat komuniti yang mana secara tidak langsung menyumbang kepada matlamat Sustainable Development Goals (SDG) negara iaitu dalam SDG 3 Good Health And Well-Being dan SDG 17 Partnership. Saya berharap segala program dan aktiviti yang telah disediakan oleh pihak penganjur sepanjang program ini berlangsung dengan tema “We Care” telah dapat memberi penuh manfaat kepada masyarakat. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan bekerjasama menjayakan program khidmat masyarakat ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mengambil bahagian dan memeriahkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Program Kesedaran Kanser Payudara dan Pink October 2023. Saya berharap IPPT dan PPUSMB akan menganjurkan lebih banyak program-program berbentuk khidmat masyarakat sebegini pada masa hadapan bagi menyokong dan mendokong matlamat Pembangunan Lestari Malaysia (Sustainable Development Goals) yang termasuk dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025). Sekian, terima kasih. PROFESOR DR. TUNKU KAMARUL ZAMAN BIN TUNKU ZAINOL ABIDIN, FASc. Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju & Pusat Perubatan USM Bertam Universiti Sains Malaysia
PENGENALAN Kanser payudara merupakan kanser utama yang dihidapi oleh penduduk Malaysia terutamanya Wanita. Oleh itu, pihak ‘Breast Cancer Translational Research Program IPPT (BCTRP@IPPT)’ bekerjasama dengan Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia, Bertam (PPUSMB) menyahut cabaran untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dengan tema “We Care” kepada rakyat disekitar Bertam, Kepala Batas dan Pualu Pinang. Antara pengisian sepanjang program kesedaran kanser payudara ini ialah ceramah dan pendidikan kesihatan, pemeriksaan payudara, pemeriksaan mammogram dan forum kesihatan. Bersempena dengan tema “We Care” ini juga, suatu pertandingan melukis yang berkonsepkan “We Care” akan dibuka kepada dua kategori iaitu Kategori Pertama dibuka kepada semua pelajar sekolah yang berumur 15 hingga 17 tahun, manakala Kategori Kedua melibatkan pelajar prauniversiti, pra-siswazah dan pasca-siswazah. Bagi menghargai pemenang untuk kategori melukis yang berkisar tentang prihatin dan harapan ini, karya mereka layak untuk menerima hadiah yang lumayan dan karya mereka akan dipamerkan disepanjang klinik dan wad pesakit kanser bagi memberi inspirasi dan sokongan positif kepada para pesakit. Kemuncak program akan dilaksanakan dalam Gala Dinner yang bertemakan “We Care” akan mengangkat idol yang banyak menyumbang kepada aktiviti komuniti berkaitan kanser payudara serta para pemenang dipelbagai kategori yang akan diadakan di suatu tarikh yang akan ditetapkan dalam bulan Oktober. Penganjuran kesedaran kanser payudara ini adalah bersempena dengan Pink October yan disambut seluruh dunia pada bulan Oktober setiap tahun. Beberapa siri program yang dianjurkan bermula bulan Jun 2023 hingga kemuncak sambutan pada bulan Oktober 2023 nanti diharap dapat mendapat sambutan bukan sahaja komuniti setempat malah daripada seluruh komuniti di Negeri Pulau Pinang, ahli akademik, saintis, ahli agamawan, NGO, ahli politik yang merentas fahaman politik yang sempit bagi memberi manafaat kepada para komuniti di Pulau Pinang dan para pesakit yang berjuang dengan kehidupan mereka bagi memberi harapan baharu untuk mereka terus hidup.
OBJEKTIF Meningkatkan penglibatan komuniti dalam memupuk cakna tentang kanser payudara Meningkatkan kesedaran pengesanan awal kanser payudara di kalangan komuniti Menambah ilmu pengetahuan perawatan terkini kanser payudara Memberi motivasi kepada pejuang kanser payudara Menyatakan sokongan dan solidariti bersama pesakit kanser payudara SASARAN PESERTA Pesakit Kanser Cancer Survivors Ahli Keluarga Sukarelawan Badan Sokongan Pesakit Kanser HSJ IPT ( USM, UiTM, ILP, Kolej Komuniti, Pusat Giatmara, Kolej Jururawat dan pelajar sekolah) Penduduk setempat
PROGRAM KESEDARAN KANSER PAYUDARA KEPADA KUMPULAN SASARAN BIL AKTIVITI TEMA PENCERAMAH MODERATOR 1 Forum (PPUSMB) 28 Julai 2023 Pemakanan & Risiko Terhadap Kanser Minda Sihat: Kekal Positif Ketika Berdepan Ujian Kanser Dr Rabeta Mohd. Salleh (Pakar Makanan Berfungsi, IPPT, USM) Dr Mohammad Farris Iman Leong Bin Abdullah (Pakar PSikiatri & Kesihatan Mental, IPPT, USM) Prof Madya Dr Badrul Hisham Yahaya 2 Seminar Berfokus (Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas) 19 Ogos 2023 Cegah Sebelum Parah : Saringan Awal Kanser Payudara Mammogram P.M. Dr. Noor Khairiah A.Karim (Pakar Radiologi PPUSMB) Dr.Fitreena Anis Amran (Pakar Bedah Am dan Payudara PPUSMB) Nur Shahida Bt Rusli 3. Seminar Berfokus Ogos 2023 23 Ogos 2023 Rawatan Kanser & Kesannya kepada Kesihatan Pesakit Dr. Jasmin B Jalil (Pensyarah Perubatan Onkologi, IPPT, USM) En Mohd Ikhwan B Hashim (Pegawai Dr Noor Mastura Mohd Mujar
Farmasi, PPUSMB) Dr Siti Khairizan Rahim (Pakar Perubatan Dalaman, PPUSMB) 4. Seminar Berfokus Oktober 2023 7 Oktober 2023 Berdamai Dengan Takdir : Peranan Komuniti Dalam Kelangsungan Pesakit Kanser Payudara Dr.Fitreena Anis Amran (Pakar Bedah Am dan Payudara PPUSMB) Dr. Hasanah Ahmad Puat (Hawa Lavender Klinikal) Pn.Najmul Huda (Sukarelawan & Survivor Kanser Payudara) Dr.Nawal Radhiah Abdul Rahman (Pakar Oral Patologi) 5. Seminar Berfokus Oktober 2023 14 Oktober 2023 Ketika Diri Diuji : Mengalah atau Terus Berjuang Ustaz Abdul Malek B Mad Shariff ( Timb. Imam Masjid Abdullah Fahim) Pn. Zuraini Kamal (Cancer Survivors Malaysia) Dr.Nawal Radhiah Abdul Rahman (Pakar Oral Patologi)
TENTATIF PROGRAM MASA AKTIVITI LOKASI (*Tertakluk kepada pindaan) 7.00 pagi Berkumpul / Pendaftaran peserta Fun Run Pintu Pagar A, PPUSMB 7.00 – 7.20 pagi ”Senam robik” / sesi memanaskan badan 7.30 pagi – 9.00 pagi - Pelancaran gimik perasmian oleh Y.M. Profesor Dr. Tunku Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin (Pengarah IPPT, PPUSMB) - Pelepasan Peserta ”Fun Run” - Senam Sihat: Aerodance (30 min – 1 jam) 9.00 pagi – 12 tengahari Cabutan Bertuah (Peserta Fun Run dan AJK) PPUSMB 9.00 pagi – 11.30 pagi Peraduan Melukis & Kesenian Pink Kids Bilik Mesyuarat, PPUSMB 10.00 pagi – 12.00 tengahari Forum [Tema: Ketika Diri Diuji: Mengalah atau Terus Berjuang] Lobi PPUSMB 11.45 pagi Penyampaian Hadiah Peraduan Melukis & Kesenian Pink Kids PPUSMB 9.00 pagi -2 petang - Pemeriksaan Kesihatan - Ujian Mammogram - Pameran Virtual Reality (VR) Di dalam bangunan PPUSMB (Klinik) dan ”Digital Mobile Mammogran Unit”(DMMU)
PEMERIKSAAN KESIHATAN TARIKH AKTIVITI BAYARAN 14 Oktober 2023 (Sabtu) Pemeriksaan : A. Tekanan darah dan nadi B. Lemak badan C. BMI Percuma Demonstrasi : A. Pemeriksaan sendiri payudara B. Pengambilan pap smear Percuma Ujian mamogram oleh MAKNA Percuma kepada golongan B40 Ujian pap smear RM40
JAWATANKUASA Penaung : Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin Penasihat : Prof Madya Dr Noor Khairiah A Karim Pengerusi : Prof Madya Dr Badrul Hisham Yahaya Timbalan Pengerusi : En Mohd Ikhwan Hashim Setiausaha 1 : Dr Nik Nur Syazni Nik Mohd Kamal Setiausaha 2 : Pn Norazana Ramli Bendahari 1 : En.Mohd Khairul Anuar Zolkepli Bendahari 2 : Pn.Siti Zawiyah Hassan Penasihat Komuniti : En Abu Seman Mat Karim (Pegawai PPD Daerah Seberang Perai Tengah) : Dato Dr Imran Khalid (MAKNA) : Pn Zuraini Kamal (President CancerSurvivor Malaysia) Jawatankuasa Forum : Prof Madya Dr Badrul Hisham Yahaya : Dr Nor Effa Syazuli Zulkafli : Dr Norfarazeida Hassan : Dr Noor Mastura Mohd Mujar : Dr Nor Shuhada Murad @ Mansor Protokol & Sambutan : En.Yusmadi Norashid Teknikal & Logistik : Khairul Hafiz Bin Aziz Media & Publisiti : Pn Naziroh Shafii (Ketua) Teknologi Maklumat (IT) : En. Mohammad Fauzi Yahaya Rekabentuk : En.Mohamad Rasyimi Idris Montaj Video : En.Mohd Fazian Mohd Noordin Juruacara Majlis : En. Ahmad Rizwan Zulkarnain Makanan (VIP & Urusetia) : Dr Rabeta Mohd Salleh Fun Run : Dr Citartan a/l Marimuthu Cenderahati : Dr Siti Razila Abdul Razak Keselamatan : En.Muhammad Hambali Soid
PENUTUP Penglibatan setiap individu masyarakat dalam menjalin kerjasama yang erat dalam meningkatkan kesedaran tentang risiko yang dihadapi oleh setiap daripada ahli komuniti kitaterhadap kanser terutamanya kanser payudara amatlah penting. Ini kerana, sekiranya setiap ahli komuniti faham tentang siapakah golongan berisiko, kaedah pencegahan, rawatan yangtersedia, khidmat sokongan sosial dan mental serta impaknya terhadap sosioekonomi sesebuah keluarga pesakit, maka harmonilah sesebuah masyarakat tersebut kerana sikap saling prihatin dan menolong dikalangan masyarakat akan membentuk sebuah negara yang Madani dan harmoni. Ianya bukan sahaja dapat mencegah kesan yang lebih buruk terhadapbebanan kanser malah dapat mengurangkan risiko kematian pesakit akibat daripada kelewatan mengesan, merawat dan memberikan khidmat sosial yang terbaik bagi seseorang pesakit. Kerjasama kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam merealisasikan hasrat murni pihak pasukan USM ini amatlah dialu-alukan dengan jutaan terima kasih. Bersama kita membangunkan masyarakat Pulau Pinang yang sihat dan prihatin.
Pink COCTOBER 2023 "We Care..."