Institut Perubatan & Pergigian Termaju TM PUSAT PERUBATAN USM BERTAM TM @ USM ecosystem 7.30 PAGI - 2.00 PETANG 14 Okt 20Sabtu 23 Pink COCTOBER 2023 "We Care..." Penganjur : Breast Cancer Translational Research Program IPPT (BCTRP@IPPT) & Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia, Bertam (PPUSMB) PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, USM
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, kita telah berada di acara kemuncak Program Kesedaran Kanser Payudara bagi tahun 2023 dengan penganjuran Pink October 2023. Dengan membawa tema "We Care" atau “Kita Prih ”, penganjuran Program Kesedaran Kanser Payudara dan Pink October bagi tahun 2023 ini adalah dianjurkan bersama oleh Breast Cancer Tran onal Research Program (BCTRP@IPPT) dan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB), Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT) USM. Pink October, sebuah inisi global yang menyaksikan penyertaan di seluruh dunia pada bulan Oktober setiap tahun, telah dihaya dan dirasai dengan penuh semangat keprih n terhadap mereka yang diuji dengan kanser payudara. Program yang dijalankan sejak bulan Jun 2023 hingga kemuncaknya pada bulan Oktober ini mendapat respon luar biasa dari komun setempat, ahli akademik, sain ahli agamawan, NGO, ahli poli dan semua lapisan masyarakat yang bersatu padu, dalam mengenepikan perbezaan poli demi memberi man kepada komun dan para pesakit yang sedang berjuang. Objek utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman komun mengenai kanser payudara. Dengan mem okuskan usaha kepada pengesanan awal, penyampaian ilmu pengetahuan terkini, serta memberikan mo vasi kepada pejuang kanser payudara, dengan keprih nan komun dan sistem sokongan yang wujud dapat memberi sinar harapan kepada mereka yang sedang melalui de kde k mencabar dalam hidup mereka. Penghargaan se nggi- ngginya diberikan kepada semua pihak yang telah menyumbang penajaan dengan wang ringgit, barangan, makanan, semangat se akawan, kata-kata po , serta tenaga yang dak terhingga, terutamanya kepada jawatankuasa kerja penganjur Program Kesedaran Kanser Payudara dan Pink October 2023. Semoga penganjuran Pink October akan terus dilakukan se ap tahun oleh USM dan IPPT dengan kerjasama yang lebih erat daripada pelbagai pihak di Pulau Pinang. Dengan saling menyokong dalam se ap usaha kita dapat memberikan impak yang lebih besar kepada mereka yang memerlukan sebagai tanda ”Kita Prih ”. Semoga usaha kita diberka dan diteruskan dengan kejayaan yang lebih besar lagi di masa hadapan. Sekian, terima kasih. PROF MADYA DR BADRUL HISHAM YAHAYA Pengerusi Program Kesedaran Kanser Payudara & Pink October 2023
KATA-KATA ALUAN PENGARAH PROFESOR DR. TUNKU KAMARUL ZAMAN BIN TUNKU ZAINOL ABIDIN, FASc. Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju & Pusat Perubatan USM Bertam Universiti Sains Malaysia Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera, Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Profesor Madya Dr. Badrul Hisham Yahaya, Pengerusi Program Kesedaran Kanser Payudara & Pink October 2023 serta ahli jawatankuasa program di atas inisiatif dan usaha untuk menganjurkan Program Kesedaran Kanser Payudara dan Pink October 2023 yang telah berlangsung sejak bulan Jun hingga Oktober 2023. Sesungguhnya program anjuran Breast Cancer Translational Research Program (BCTRP@IPPT) dengan kerjasama Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) ini merupakan sebuah program khidmat komuniti yang mana secara tidak langsung menyumbang kepada matlamat Sustainable Development Goals (SDG) negara iaitu dalam SDG 3 Good Health And Well-Being dan SDG 17 Partnership. Saya berharap segala program dan aktiviti yang telah disediakan oleh pihak penganjur sepanjang program ini berlangsung dengan tema “We Care” telah dapat memberi penuh manfaat kepada masyarakat. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan bekerjasama menjayakan program khidmat masyarakat ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mengambil bahagian dan memeriahkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Program Kesedaran Kanser Payudara dan Pink October 2023. Saya berharap IPPT dan PPUSMB akan menganjurkan lebih banyak program-program berbentuk khidmat masyarakat sebegini pada masa hadapan bagi menyokong dan mendokong matlamat Pembangunan Lestari Malaysia (Sustainable Development Goals) yang termasuk dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025). Sekian, terima kasih.
PENGENALAN Kanser payudara merupakan kanser utama yang dihidapi oleh penduduk Malaysia terutamanya Wanita. Oleh itu, pihak ‘Breast Cancer Translational Research Program IPPT (BCTRP@IPPT)’ bekerjasama dengan Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia, Bertam (PPUSMB) menyahut cabaran untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dengan tema “We Care” kepada rakyat disekitar Bertam, Kepala Batas dan Pualu Pinang. Antara pengisian sepanjang program kesedaran kanser payudara ini ialah ceramah, forum dan pendidikan kesihatan, pemeriksaan payudara, pemeriksaan mammogram dan forum kesihatan. Penganjuran kesedaran kanser payudara ini adalah bersempena dengan Pink October yan disambut seluruh dunia pada bulan Oktober setiap tahun. Beberapa siri program yang dianjurkan bermula bulan Julai 2023 hingga kemuncak sambutan pada bulan Oktober 2023 ini diharap dapat mendapat sambutan bukan sahaja komuniti setempat malah daripada seluruh komuniti di Negeri Pulau Pinang, ahli akademik, saintis, ahli agamawan, NGO, ahli politik yang merentas fahaman politik yang sempit bagi memberi manafaat kepada para komuniti di Pulau Pinang dan para pesakit yang berjuang dengan kehidupan mereka bagi memberi harapan baharu untuk mereka terus hidup. Pihak penganjur telah mendapat kerjasama dan komitmen dari pelbagai pihak terutamanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Exco Belia, Sukan dan Kesihatan YB Daniel Gooi Zi Sen dan juga bekas ADUN Pinang Tunggal, Y.Bhg Dato' Ir. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bersama komuniti Pulau Pinang dalam meningkatkan kesedaran terhadap kanser payudara. Dengan peningkatan kesedaran kanser payudara ini, masyarakat akan lebih cakna tentang golongan yang berisiko, pengesanan awal, jenis-jenis rawatan, sistem sokongan yang wujud dan malah masyarakat setempat akan lebih mengetahui tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Kanser Wanita (UNITA), Pusat Perubatan USM Bertam untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan berkaitan kanser payudara. Penglibatan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam menyediakan perkhidmatan mamogram percuma kepada golongan B40 turut mempamerkan sokongan berterusan MAKNA ke atas sebarang program komuniti dalam meningkatkan kesedaran ke atas pentingnya pengesanan awal. Penyertaan Persatuan Sokongan Pesakit Kanser Seberang Perai dan Cancer Survivors Malaysia (CSM) dalam program Pink October 2023 memberikan impak yang besar sebagai agensi bukan kerajaan (NGO) dalam memberikan sokongan kepada masyarakat yang ditimpa ujian penyakit kanser. Semoga program yang berimpak ini dapat diteruskan dimasa hadapan dengan penyertaan lebih banyak daripada komuniti, NGO, agensi-agensi swasta dan kerajaan dan korporat dalam mengembeling tenaga dan keupayaan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kanser payudara.
OBJEKTIF Meningkatkan penglibatan komuniti dalam memupuk kesedaran tentang kanserpayudara Meningkatkan kesedaran tentang pengesanan awal kanser payudara di kalangan komuniti Menambah ilmu pengetahuan perawatan terkini kanser payudara Memberi motivasi kepada pejuang kanser payudara Menyatakan sokongan dan solidariti bersama pesakit kanser payudara SASARAN PESERTA Pesakit Kanser Cancer Survivors Ahli Keluarga Sukarelawan Ketua-ketua masyarakat dan politik IPT (USM, UiTM, ILP, Kolej Komuniti, Pusat Giatmara, Kolej Jururawat dan pelajar sekolah) Penduduk setempat
PROGRAM KESEDARAN KANSER PAYUDARA SEPANJANG JULAI HINGGA OKTOBER 2023 BIL AKTIVITI TEMA PENCERAMAH MODERATOR 1 Forum (PPUSMB) 28 Julai 2023 Pemakanan & Risiko Terhadap Kanser Minda Sihat: Kekal Positif Ketika Berdepan Ujian Kanser Dr Rabeta Mohd. Salleh (Pakar Makanan Berfungsi, IPPT, USM) Dr Mohammad Farris Iman Leong Bin Abdullah (Pakar Psikiatri & Kesihatan Mental, IPPT, USM) Prof Madya Dr Badrul Hisham Yahaya 2 Seminar Berfokus (Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas) 19 Ogos 2023 Cegah Sebelum Parah : Saringan Awal Kanser Payudara Mammogram PM. Dr. Noor Khairiah A. Karim (Pakar Radiologi PPUSMB) Dr. Fitreena Anis Amran (Pakar Bedah Am dan Payudara PPUSMB) Nur Shahida Bt Rusli 3. Seminar Berfokus Ogos 2023 23 Ogos 2023 Rawatan Kanser & Kesannya kepada Kesihatan Pesakit Dr. Jasmin B Jalil (Pensyarah Perubatan Onkologi, IPPT, USM) En Mohd Ikhwan B Hashim (Pegawai Dr Noor Mastura Mohd Mujar
Farmasi, PPUSMB) Dr Siti Khairizan Rahim (Pakar Perubatan Dalaman, PPUSMB) 4. Seminar Berfokus Oktober 2023 7 Oktober 2023 Berdamai Dengan Takdir : Peranan Komuniti Dalam Kelangsungan Pesakit Kanser Payudara Dr. Fitreena AnisAmran (Pakar Bedah Am dan Payudara PPUSMB) Dr. Hasanah Ahmad Puat (Hawa Lavender Klinikal) Pn. Najmul Huda (Sukarelawan & Survivor Kanser Payudara) Dr. Nawal Radhiah Abdul Rahman (Pakar Oral Patologi) 5. Seminar Berfokus Oktober 2023 14 Oktober 2023 Ketika Diri Diuji : Mengalah atau Terus Berjuang? Ustaz Abdul Malek B Mad Shariff (Timb. Imam Masjid Abdullah Fahim) Pn. Zuraini Kamal (Cancer Survivors Malaysia) Dr. Nawal Radhiah Abdul Rahman (Pakar Oral Patologi)
TENTATIF PROGRAM MASA AKTIVITI LOKASI 7.00 pagi Berkumpul / Pendaftaran peserta Fun Run Pintu Pagar A, PPUSMB 7.00 – 7.20 pagi ”Senam robik” / sesi memanaskan badan 7.30 pagi – 9.00 pagi - Pelancaran gimik perasmian oleh Y.M. Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku ZainolAbidin (Pengarah IPPT, PPUSMB) - Pelepasan Peserta ”FunRun” - Senam Sihat: Aerodance (30 min – 1 jam) 9.00 pagi – 12 tengahari Cabutan Bertuah (Peserta Fun Run dan AJK) PPUSMB 9.00 pagi – 11.30 pagi Peraduan Melukis & Kesenian Pink Kids Bilik Mesyuarat, PPUSMB 10.00 pagi – 12.00 tengahari Forum [Tema: Ketika Diri Diuji: Mengalah atau Terus Berjuang?] Lobi PPUSMB 11.45 pagi Penyampaian Hadiah Peraduan Melukis & Kesenian Pink Kids PPUSMB 9.00 pagi -2 petang - Pemeriksaan Kesihatan - Ujian Mammogram (MAKNA) Di dalam bangunan PPUSMB(Klinik) dan ”Digital Mobile Mammogran Unit”(DMMU)
PEMERIKSAAN KESIHATAN TARIKH AKTIVITI BAYARAN Oktober 2023 (Sabtu) Pemeriksaan : A. Tekanan darah dan nadi B. Lemak badan C. BMI Percuma Demonstrasi : A. Pemeriksaan sendiri payudara B. Pengambilan pap smear Percuma Ujian mamogram oleh MAKNA Percuma kepada golongan B40 Ujian pap smear RM40
JAWATANKUASA Penaung : Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin Penasihat : Prof Madya Dr Noor Khairiah A Karim Pengerusi : Prof Madya Dr Badrul Hisham Yahaya Timbalan Pengerusi : En Mohd Ikhwan Hashim Setiausaha 1 : Dr Nik Nur Syazni Nik Mohd Kamal Setiausaha 2 : Pn Norazana Ramli Bendahari 1 : En. Mohd Khairul Anuar Zolkepli Bendahari 2 : Pn. Siti Zawiyah Hassan Penasihat Komuniti : En Abu Seman Mat Karim (Pegawai PPD Daerah Seberang Perai Tengah) : Dato Dr Imran Khalid (MAKNA) : Pn Zuraini Kamal (President CancerSurvivor Malaysia) Jawatankuasa Forum : Prof Madya Dr Badrul Hisham Yahaya : Dr Nor Effa Syazuli Zulkafli : Dr Norfarazeida Hassan : Dr Noor Mastura Mohd Mujar : Dr Nor Shuhada Murad @ Mansor Protokol & Sambutan : En.Yusmadi Norashid Teknikal & Logistik : Khairul Hafiz Bin Aziz Media & Publisiti : Pn Naziroh Shafii Teknologi Maklumat (IT) : En. Mohammad Fauzi Yahaya Rekabentuk : En. Mohamad Rasyimi Idris Montaj Video : En. Mohd Fazian Mohd Noordin Juruacara Majlis : En. Ahmad Rizwan Zulkarnain Makanan (VIP & Urusetia) : Dr Rabeta Mohd Salleh Fun Run : Dr Citartan a/l Marimuthu Cenderahati : Dr Siti Razila Abdul Razak Keselamatan : En. Muhammad Hambali Soid
Program Kemuncak Pink October 2023 14hb Oktober 2023 (Sabtu), di PPUSMB
PENUTUP Penglibatan setiap individu masyarakat dalam menjalin kerjasama yang erat dalam meningkatkan kesedaran tentang risiko yang dihadapi oleh setiap daripada ahli komuniti kita terhadap kanser terutamanya kanser payudara amatlah penting. Ini kerana, sekiranya setiap ahli komuniti faham tentang siapakah golongan berisiko, kaedah pencegahan, rawatan yang tersedia, khidmat sokongan sosial dan mental serta impaknya terhadap sosio- ekonomi sesebuah keluarga pesakit, maka harmonilah sesebuah masyarakat tersebut kerana sikap saling prihatin dan menolong dikalangan masyarakat akan membentuk sebuah negara yang Madani dan harmoni. Ianya bukan sahaja dapat mencegah kesan yang lebih buruk terhadap bebanan kanser malah dapat mengurangkan risiko kematian pesakit akibat daripada kelewatan mengesan, merawat dan memberikan khidmat sosial yang terbaik bagi seseorang pesakit. Kerjasama kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam merealisasikan hasrat murni pihak pasukan USM ini amatlah dialu-alukan dengan jutaan terima kasih. Bersama kita membangunkan masyarakat Pulau Pinang yang sihat dan prihatin
Penaja Utama
Jutaan Terima Kasih Kerana Turut Menaja
Setinggi-tinggi penghargaan kepada : YB Daniel Gooi Zi Sen Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Belia, Sukan & Kesihatan) YB Dr. Siti Mastura Binti Muhammad Ahli Parlimen Kepala Batas (P041) En Goh Hoe Eng (Exco Sahsiah) Kumpulan Penggerak Daerah Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Daerah Seberang Perai Utara Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas
Pink COCTOBER 2023 "We Care..."