The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majilis ini diadakan sempena menghargai jasa Cikgu Aminah yang telah berkhidmar di SMU (A) Al Ulum

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zati89155, 2021-04-07 08:46:49

Majlis Jasamu Dikenang

Majilis ini diadakan sempena menghargai jasa Cikgu Aminah yang telah berkhidmar di SMU (A) Al Ulum

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR MAS

PERTANDINGAN ANUGERAH
GURU INOVATIF

PERINGKAT DAERAH PASIR MAS TAHUN 2021

1. Matlamat

Melahirkan guru yang mampu menghasilkan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum dan
dapat meningkatkan profesionalisme keguruan.

2. Objektif

2.1 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru yang menghasilkan
inovasi dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

2.2 Menggalakkan guru mencipta atau menghasilkan inovasi dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.

2.3 Menyediakan ruang dan peluang bagi guru menampilkan hasil inovasi dalam
proses pembelajaran dan pengajaran.

2.4 Menyebarkan hasil inovasi guru untuk dimanfaatkan oleh para pendidik yang
lain.

3. Maksud Guru Inovatif

3.1 Guru yang berinovatif dapat menghasilkan inovasi dari segi bahan, kaedah,
strategi dan sebagainya untuk meningkatkan keberkesanan proses
pembelajaran dan pengajaran.

3.2 Guru yang boleh menghasilkan inovasi yang asli atau penambahbaikan
terhadap sesuatu yang sedia ada yang meliputi aktiviti pembaharuan dan
perubahan positif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

3.3 Guru yang boleh menghasilkan inovasi dalam konteks menterjemahkan
kurikulum kebangsaan kepada proses pembelajaran dan pengajaran.

4. Kategori Pertandingan

4.1 Individu Prasekolah
4.2 Individu Sekolah Rendah
4.3 Individu Sekolah Menengah/ Kolej Vokasional
4.4 Kumpulan
4.5 Individu Pra-Universiti

1

5. Syarat-syarat Pertandingan

5.1 Inovasi yang dihasilkan mestilah berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran.

5.2 Inovasi yang pernah memenangi tempat pertama, kedua atau ketiga dalam
pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa tidak layak
dicalonkan.

5.3 Inovasi yang sama dan pernah dicalonkan dalam pertandingan ini tetapi tidak
memenangi peringkat kebangsaan atau antarabangsa layak bertanding
semula dalam pertandingan ini dengan proses penambahbaikkan.

5.4 Inovasi yang dicalonkan dalam pertandingan ini belum ada dalam pasaran.

5.5 Bagi penyertaan kategori kumpulan, bilangan ahli hendaklah antara 2 – 4
orang. Ahli kumpulan mesti dari sekolah yang sama.

5.6 Calon mestilah terdiri daripada guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan.

5.7 Inovasi yang dicalonkan mestilah melalui Ketua Jabatan.

6. Kriteria Pemilihan

*Kaedah penghakiman bagi semua kategori berdasarkan aspek yang dinyatakan (sila
rujuk perkara 6.1)

6.1 Inovasi yang dicalonkan perlu memenuhi perkara berikut:

a) Kreativiti & Inovasi (Kesesuaian idea) – 40%
b) Bentuk inovasi (Kebolehlaksanaan inovasi) – 25%
c) Keberkesanan pengajaran guru – 15%
d) Keberkesanan pembelajaran murid – 15%
e) Potensi inovasi untuk disebarluaskan – 10%
f) Keberkesanan kos – 10%

6.2 Calon perlu mengemukakan maklumat berikut bagi setiap kategori pertandingan:

a) Maklumat Calon (Pengisian Secara Online)
b) Penulisan Inovasi perlu mengandungi item-item wajib merujuk 6.1

dan lain-lain item dalam penulisan bergantung kepada peserta (Di
hantar secara Online iaitu upload dalam bentuk format pdf)

* Tiada minimum atau maksimum mukasurat, tiada format. * Penerangan
boleh disokong dengan gambar, carta, video atau persembahan secara
grafik semasa pembentangan hari pertandingan.

2

7. Calon menghantar maklumat pencalonan serta penulisan (Penerangan Inovasi) kepada urus
setia pada atau sebelum 18 April 2021 (Ahad). Pencalonan yang diterima selepas tarikh yang
ditetapkan tidak akan dihakimi. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang
rayuan tidak akan dilayan.

8. Pemenang Anugerah Guru Inovatif Daerah Pasir Mas bagi setiap kategori akan dipilih
mewakili daerah untuk Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Peringkat Negeri Kelantan.

9. Penghantaran Penyertaan
Segala penghantaran berdasarkan prosedur berikut ;
i) Pengisian penyertaan secara online (WAJIB) pada pautan berikut ;
https://inovasi.ppdpasirmas.edu.my
*Tidak perlu menghantar “hardcopy”.

10. Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai anugerah ini berhubung dengan:
Ts. Roshasfarizan Bin Che Ghazali (016-6900500)
Pegawai Meja Inovasi
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas

3


Click to View FlipBook Version