The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lailawati.puteh, 2022-04-10 02:35:58

CONTOH KARANGAN MENYAMBUNG CERITA

CONTOH KARANGAN MENYAMBUNG CERITA

CONTOH KARANGAN MENYAMBUNG CERITA

Soalan 1

Loceng sekolah berbunyi. Semua murid keluar dari kelas masing-masing untuk pulang ke rumah.
Aku berjalan ke perhentian bas yang terletak di hadapan sekolah. Tiba-tiba...

Mulakan cerita anda dengan : Tiba-tiba ...

Tiba-tiba, aku terlihat ramai orang menuju ke arah perhentian bas . Aku mempercepat langkah . Ada
murid sekolah kemalangan . Hatiku berdebar, rasa-rasanya aku amat mengenali mangsa . Aku mendekati
mangsa. Tidak syak lagi Aliya yang terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah. Aku berlari
mendapatkan sahabatku. Aliya seperti ingin menyatakan sesuatu padaku.

Tidak lama kemudian, van ambulans pun tiba. Aku mengiringi Alya ke hospital . Aku melihat
kepalanya berdarah dan badannya luka . Dia kelihatan lemah dan tidak bermaya.Alya segera dimasukkan
ke wad kecemasan. Sementara menunggu , aku menelefon ibu bapanya .

Ketika aku sedang duduk menanti Alya , ibu bapanya tiba . Mereka tidak dapat menahan
kesedihan. Aku menenangkan mereka. Kemudian, seorang doktor keluar . Doktor memaklumkan keadaan
Alya. Beliau meminta kami banyak berdoa . Alya masih tidak stabil. Dia kehilangan banyak darah.

Tanpa disedari, aku menangis . Aku berdoa semoga Alya selamat . Seterusnya , aku menelefon ibu
dan ayah aku memaklumkan kejadian ini. Aku meminta kebenaran untuk menemani ibu bapa Alya.

Setelah penat menunggu, aku tertidur . Aku terjaga setelah terdengar bunyi riuh rendah .
Kebanyakan saudara mara Alya sudah berkumpul di hospital. Aku melihat kebanyakan mereka menangis.
Seterusnya, aku terdengar mereka menyatakan Alya sudah meninggal dunia.

Aku seperti sedang bermimpi. Aku meminta kepastian daripada ibu Alya. Benar, Alya sudah
meninggal . Aku reda kerana Allah lebih menyayanginya. Setiap yang hidup pasti akan mati.

Soalan 2

Keseronokan meneroka Hutan Simpan itu menyebabkan kami lupa akan kepenatan yang kami
alami. Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit…

Mulakan cerita kamu dengan, ‘Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit…’

Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit meminta tolong. Kami semua amat terkejut lantas
menoleh ke arahnya. Alangkah terkejutnya apabila terlihat Anita terbuai-buai pada seutas tali yang
tergantung pada sebatang dahan pokok. Tanpa berlengah, kami terus berlari menghampirinya. Rupa-
rupanya kaki kanan Anita telah terkena jerat yang mungkin dipasang oleh pemburu.

Anita menangis dan meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada lilitan jerat tersebut. Cikgu Ali
segera mententeramkan Anita kerana bimbang kaki Anita akan tercedera teruk.

Kemudian, Cikgu Ali melihat jerat itu dengan teliti untuk mencari jalan melepaskan Anita.
Akhirnya, kami menemui punca ikatan jerat itu yang diikat pada pangkal pokok tersebut. Anita boleh
diturunkan dengan melepaskan ikatan itu nanti.

Cikgu Ali menyuruh kami bersedia di bawah tempat Anita tergantung untuk menyambutnya.
Manakala beberapa orang murid lagi diminta untuk memegang tali yang akan dihuraikan oleh Cikgu Ali
supaya Anita dapat diturunkan dengan perlahan-lahan.

Setelah kami semua bersedia, Cikgu Ali pun membuka ikatan jerat itu dengan berhati-hati.
Kemudian, Anita diturunkan dengan perlahan-lahan. Akhirnya, Anita berjaya diturunkan dengan selamat.

Kami semua berasa amat bersyukur atas kejayaan itu. Kemudian, Cikgu Ali meminta kami
berwaspada kerana di dalam hutan begini, banyak perkara yang tidak diduga boleh berlaku.

Soalan 3

Aku sedang membuat kerja sekolahku,tiba-tiba aku terdengar adikku menjerit. Sepantas kilat aku meluru
ke tingkat atas. Jeritan adik jelas kedengaran dari arah bilik mandi. Aku cuba membukanya tetapi gagal
kerana pintu berkunci.

Aku tergamam, pelbagai persoalan menerpa benakku. Adakah adikku cedera? Mengapa?
Bagaimana? Ayah dan ibuku belum pulang. Tiba-tiba aku terpandang sejambak kunci terletak di atas
meja solek ibu. Aku segera mengambil kunci dan membuka bilik air tersebut.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat kepala adik berdarah. Rambut bertaburan di lantai.
Pisau cukur ayah masih di tangannya. Aku pasti kepala adik luka sewaktu cuba bercukur. Aku segera
membersihkan luka di kepala adik.

Kulihat wajah adik telah berubah. Adik menekup mukanya, sambil mengangguk-anggukan kepala.
Aku tidak dapat menahan tawaku. Rupa-rupanya adikku peminat Ronaldo.

Aku mengambil peti ubat yang terletak di atas almari. Luka adik yang tidak seberapa itu akau
bubuh ubat ‘iodin’.Tujuannya adalah supaya luka itu cepat sembuh. Kemudian, luka itu kubalut dengan
kain pembalut supaya tidak dijangkiti kuman.

Sejurus kemudian, kedengaran kereta ayah memasuki perkarangan rumah. Aku segera membuka
pintu “Kenapa kepala adik berbalut?” tanya ibu kehairanan. Lantas aku menjawab, “ Adik nak jadi
Ronaldo bu!”. Aku pun menceritakan kejadian sebenar kepada ayah dan ibu. Mereka pun tertawa
mendengar ceritaku itu.

Soalan 4

Aku tinggal seorang diri di rumah kerana ayah dan ibu menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya
di kampung. Pada malam tersebut hujan renyai-renyai. Tiba-tiba aku terdengar pintu pagar hadapan
rumah dibuka.Aku pun membuka tingkap untuk melihat apa yang berlaku.

Dengan perlahan dan penuh cermat, aku mengintai melalui jendela tetapi tidak nampak sesiapa di
situ. Keadaan di halaman rumah gelap-gelita dan sunyi sepi. Kelihatan hujan gerimis yang masih turun
telah membasahi pepohon yang menghijau. Bunyi tik-tak hujan masih kedengaran. Hatiku berdebar-
debar. Aku terus memperhatikan sekeliling buat beberapa ketika.Tiba-tiba, aku ternampak kelibat suatu
lembaga berjalan berjengket-jengket menuju ke garaj rumahku. Lembaga itu agak sasa. Kemunculan
lembagatersebut membuatkan aku semakin takut dan mula menggigil.

Badanku berpeluh dan fikiranku bercelaru bagaikan cacing kepanasan.Terlintas di benak fikiranku
untuk mendapatkan bantuan daripada ketua kampung yang tinggal berdekatan. Aku berlari pantas ke bilik
untuk mendapatkan telefon bimbit. Aku menjadi begitu cemas sekali pada detik yang genting sebegini
tetapi aku tetap berusaha untuk mendapatkan nombor telefon ketua kampung. Panggilanku berjaya
disambungkan akhirnya. Aku menjadi gagap pada ketika itu. Namun, aku masih berupaya untuk
menceritakan kejadian itu kepada ketua kampung dengan serba ringkas.

Setelah itu, aku bergegas ke tingkap semula untuk mengintai pergerakan lembaga tersebut.
Mukanya tidak kelihatan kerana ditutup dengan sehelai kain. Aku hanya mampu berdoa sambil menunggu
ketua kampung dan penduduk kampung yang lain datang.

Tidak lama kemudian, kelihatan cahaya lampu suluh disuluh ke arah rumah aku. Rupa-rupanya,
ketua kampung yang membawa beberapa orang penduduk kampung telah sampai ke rumah aku. Mereka
segera mengepung kawasan hadapan rumahku. Ketua kampung bersama beberapa orang penduduk
kampung memberikan amaran kepada lembaga tersebut untuk menyerah diri. Lembaga yang menyorok
itu tidak dapat melepaskan diri.

Akhirnya, lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-rupanya dia ialah seorang pekerja asing yang
tidak mempunyai dokumen perjalanan. Dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Aku
berterima kasih kepada ketua kampung yang sudi memberikan bantuan.

Soalan 5

Hari sudah jauh malam. Adik-adik aku sudah tidur, namun ibu bapa aku belum juga pulang. Aku menjadi
bimbang dan risau. Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu. Malam semakin sejuk, hendak lelapkan mata,
aku tidak rasa mengantuk. Aku ingin bangun dari tempat tidurku, namun pelbagai andaian bermain di
kepalaku. Aku berasa tidak sedap hati.

Bunyi itu semakin jelas. Setahuku, jiranku telahpun pulang ke kampungnya. Dari manakah
datangnya bunyi itu? Aku memberanikan diri untuk mengintai dari celah pintu. Aku dapat melihat dengan
jelas kelibat dua orang pencuri sedang mundar-mandir di dapur. Aku segera menutup lampu kalau-kalau
pergerakkanku diperhatikan.

Kedua-dua mereka nampak mencurigakan. Mereka berjalan terbongkok-bongkok. Mereka
membawa beberapa peralatan rumah ke sudut halaman.

Menyedari kejadian itu, aku segera menelefon polis. Tidak lama kemudian, pihak polis pun
tiba. Kedua-dua pencuri itu telah ditangkap. Kedua-duanya ialah kumpulan pencuri yang dikehendaki
polis.

Aku juga terdengar bunyi deruan enjin kereta ayah. Rupa-rupanya ibu dan ayahku telahpun
pulang. Aku amat gembira dan berasa lega. Ibu dan ayah tercengang melihat polis di sekeliling kawasan
rumah. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.

Ibu dan ayahku tersenyum mendengar cerita itu. Tiba-tiba, ibu datang memelukku. Ibu dan
ayah bangga denganku. Aku akan mengingati peristiwa itu sebagai kenangan manis buatku.

Soalan 6

Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba aku terlihat seorang kanak-
kanak terjatuh daripada buaian. Kanak-kanak tersebut tersembam di atas tanah.

Aku dan rakan-rakanku bergegas menghampiri kanak-kanak tersebut. Beberapa orang rakan
kanak-kanak tersebut kelihatan ketakutan dan ada yang menangis. Lebih-lebih lagi apabila mendengar
rakannya yang terjatuh itu meraung kesakitan. Kulihat lutut dan siku kanak-kanak itu berdarah.

Aku menyuruh Amar segera mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Aku dan Faizal pula
mengangkat kanak-kanak itu ke tempat yang redup di bawah pokok tidak jauh dari situ. Ketika aku
mengangkatnya, kanak-kanak itu meraung kesakitan. Aku pasti tangan kanak-kanak itu terseliuh atau
mungkin patah.

Sementara menunggu ibu bapa kanak-kanak itu sampai, aku menyuruh Ahmad menahan kereta di
jalan besar yang tidak jauh dari situ. Dengan pengalaman dan pengetahuan sebagai ahli persatuan bulan
sabit merah di sekolah, aku segera membuat anduh daripada bajuku untuk mengampu tangannya yang
cedera.

Sejurus kemudian, ibu kanak-kanak itu sampai. Dia terkejut melihat anaknya yang cedera itu. Aku
terus menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku. Ibu kanak-kanak itu kelihatan cemas kerana
anaknya tidak sedarkan diri.

Ahmad dan seorang pemuda muncul dan bersedia untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital.
Ibu kanak-kanak itu tanpa berlengah-lengah terus mengangkat anaknya ke dalam kereta pemuda tersebut.
Aku mengingatkan rakan-kanak-kanak yang malang itu, supaya berhati-hati ketika bermain.

Soalan 7

Tulis sebuah karangan yang bermula dengan petikan berikut:

Ayah dan ibu tiada di rumah. Saya ke dapur untuk minum air. Tiba-tiba hidung saya terbau sesuatu.
Tanpa berlengah saya……

Mulakan karangan kamu dengan “Tanpa berlengah saya……”

Tanpa berlengah saya mencari punca datangnya bau tersebut. Bau itu seperti ada sesuatu yang dimasak
dalam tempoh yang lama. Saya segera ke dapur untuk mengelakkan tragedi buruk daripada berlaku.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati cerek untuk menjerang air sudah terbakar. Saya perlu
bertindak cepat sebelum cerek yang terbakar tidak merebak ke seluruh dapur. Otak saya berputar ligat dan
jantung pula berdegup kencang.

Saya segera menunduk, mematikan gas dan mencabut wayar yang menyambung gas tersebut.
Kemudian saya keluar rumah mencari pasir tetapi tiada. Baldi di tepi tangga saya capai dan isi dengan air.

Pengetahuan sains saya perlu gunakan dalam saat yang genting seperti ini. Saya masukkan serbuk
sabun ke dalam baldi yang hampir dipenuhi air. Kemudian, saya menyiram cerek tersebut.

Syukur saya kepada Tuhan kerana cerek yang terbakar dapat dipadamkan. Tekak yang mulanya
dahaga kini sudah kenyang. Ketika itu saya terdengar ayah dan ibu meluru masuk.

“Tidak tahu siapa yang menjerang air tadi, sehingga lupa untuk tutup. Nasib baik dapat dipadamkan,”
jelas saya seperti bertih digoreng sebelum ayah dan ibu bertanya. Mereka menarik nafas lega kerana
tiada perkara buruk yang berlaku.

CONTOH KARANGAN UCAPAN

Ucapan Perpisahan Guru

SOALAN : Guru anda akan melanjutkan pelajaran ke sebuah pusat pengajian tinggi.Anda sebagai
ketua kelas diminta menyampaikan ucapan dalam suatu majlis perpisahan untuknya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Yang Diraikan Cikgu
Lokman,para penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap pada hari ini.

Hadirin sekalian,
Sebagaimana yang kita maklum, majlis ini diadakan khusus untuk Cikgu Lokman. Tidak lama

lagi beliau akan meninggalkan kita untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Putra Malaysia. Saya
mewakili murid-murid kelas ini ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Lokman.

Kami berasa amat sedih atas pemergian beliau.Beliau telah mengajar di sekolah ini selama
sepuluh tahun.Banyak jasa dan sumbangan yang beliau berikan sepanjang mengajar di sini.

Cikgu Lokman merupakan guru yang tegas. Beliau amat mengambil berat akan murid-muridnya.
Selama beliau mengajar di sekolah ini, beliau banyak membantu murid-murid. Terima kasih kami
ucapkan atas jasa-jasa beliau.

Kami berharap agar Cikgu Lokman tidak akan melupakan kami setelah melanjutkan
pelajarannya.Kami berjanji akan sentiasa mengingati nasihat dan tunjuk ajar yang telah cikgu berikan
kepada kami.

Akhir sekali, saya bagi pihak murid-murid kelas ini ingin mengucapkan ‘Selamat Berpisah’.
Maafkan segala salah dan silap kami selama ini. Semoga Cikgu Lokman beroleh kejayaan. Kejayaan
Cikgu Lokman akan menjadi pendorong kepada kami.

Sekian, terima kasih.

Ucapan sempena Hari Guru

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan
rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada
semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang

amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah
kita menghargai jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,
Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai

kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang
hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.

Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala
nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.

Rakan sekalian,
Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka

sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik
yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk
menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak
pernah jemu mendidik kami dengan sabar .

Sekian , terima kasih.

Ucapan Majlis Perpisahan Tahun Enam

SOALAN : Anda selaku ketua darjah diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan
untuk murid-murid Tahun Enam.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru serta rakan-
rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana memberi peluang kepada saya
untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.

Hadirin sekalian,
Sudah hampir 6 tahun kami berada di sekolah ini. Jika menghitung hari persekolahan, bermakna

tinggal 6 hari lagi kami menjadi warga sekolah ini. Justeru, kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal
kepada guru-guru dan adik-adik yang dikasihi walaupun kami masih terlalu sayang untuk meninggalkan
sekolah ini.

Kami amat menghargai akan jasa guru-guru di sekolah ini yang mendidik kami dengan penuh
dedikasi, sabar, dan penuh kasih sayang. Dengan didikan dan bimbingan gurulah kami telah tahu
membaca, menulis, dan megira. Kami akan sentiasa mengingati pesanan guru-guru yang ingin melihat
kami menjadi insan yang berakhlak dan berguna kepada masyarakat dan negara.

Hadirin sekalian,
Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami membalasnya. Hanya doa untuk kesejahteraan

sahaja yang mampu kami lakukan sebagai membalas segala jasa guru-guru itu. Kami berjanji akan terus
belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah
nanti.

Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan
sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-guru curahkan kepada kami. Kami
berasa sangat sedih kerana terpaksa meniggalkan sekolah ini. Jasa dan bakti guru-guru akan kami kenang
sehingga akhir hayat kami.

Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada saya;

Ramai orang menanam padi,

Padi ditanam hingga ke seberang,

Banyak budi perkara budi,

Budimu guru dikenang orang.

Sekian, terima kasih.

Ucapan meraikan kejayaan

SOALAN :Satu majlis jamuan telah diadakan kerana meraikan kejayaan pasukan bola baling
sekolah anda. Selaku ketua pasukan, anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.

Yang mulia Tuan Pengurusi Majlis, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya
ucapkan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan
dalam majlis ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Saya selaku ketua pasukan bola baling sekolah, ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada
guru-guru dan rakan-rakan yang telah mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan pasukan bola baling
yang telah menjadi johan peringkat daerah.

Sebenarnya, kejayaan yang dinikmati pasukan bola baling sekolah kita adalah hasil usaha
gigih jurulatih yang tidak asing lagi iaitu Cikgu Amir. Marilah kita memberikan satu tepukan yang
gemuruh kepada beliau.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,
Saya mewakili rakan-rakan sangat berbangga atas sokongan dan dorongan daripada semua

pihak di sekolah ini. Semoga kejayaan yang telah dicapai ini akan menguatkan azam kami untuk
mencapai kejayaan yang lebih gemilang di peringkat negeri nanti.

Kepada rakan-rakan, saya selaku ketua pasukan mengambil kesempatan ini mengucapkan
syabas dan tahniah. Tanpa kerjasama dan semangat juang yang kental, pastinya kejayaan sukar untuk
dimiliki.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya bagi pihak rakan-rakan ingin

merakamkan jutaan terima kasih. Terimalah serangkap pantun daripada saya;

Pergi ke hutan mencari berangan,

Berangan ditanam di dalam taman,

Yakin boleh dijadikan pegangan;

Kejayaan pasti dalam genggaman,

Sekian, terima kasih.

Ucapan Ketua Pengawas

SOALAN: Kamu baru sahaja dilantik sebagai ketua pengawas. Dalam majlis pelantikan pengawas,
kamu telah diminta menyampikan ucapan. Sediakan teks ucapan itu selengkapnya.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, guru-guru, dan rakan
seperjuangan. Hari ini ialah pelantikan pengawas. Oleh itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada para
pengawas yang dipilih oleh pihak sekolah.

Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati,
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada

saya untuk menyampaikan ucapan.Saya amat terharu dengan pelantikan sebagai ketua pengawas sekolah.
Saya akan memikul tenggungjawab ini mulai hari ini.

Sebagai ketua pengawas, saya akan menjalankan tugas dengan sebaik-baik mungkin. Setiap
arahan pihak sekolah dan guru disiplin tidak akan saya pandang ringan. Hal ini penting demi
meningkatkan tahap disiplin sekolah.

Oleh hal yang demikian, saya memohon kerjasama daripada semua pihak dalam menjadikan
sekolah kita lebih selamat dan ceria. Setiap pelajar diminta melaporkan masalah disiplin pelajar kepada
pengawas. Hal ini penting agar pelaksanaan denda dapat dijalankan oleh pihak pentadbiran dengan tujuan
untuk memberi pengajaran dan pendidikan.

Sebagai ketua pengawas dan pengawas yang baru dilantik, saya dan rakan-rakan pengawas
masih belajar. Saya berharap pihak sekolah akan menegur kami jika melakukan kesalahan. Dengan ini,
saya akan mengambil iktibar daripadanya untuk memperkasakan lembaga pengawas sekolah.

Hadirin yang saya hormati,
Saya berharap sekolah kita akan terus mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Dengan mendisiplinkan diri, kita dapat berjaya dalam setiap bidang yang diceburi. Saya ingin
menyampaikan sebuah pantun sebagai penghias bicara hari ini.

Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan;

Kami pengawas baru belajar,

Kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version