The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-82121534, 2023-09-03 23:58:00

ROKET AIR

ROKET AIR

FIZIK TINGKATAN 4 DISEDIAKAN OLEH : PN HASMALIZA BINTI ABDUL MALEK KETUA PANITIA FIZIK PROJECT BASED LEARNING (PBL) ROKET AIR SMK MUNSHI ABDULLAH MELAKA


Matapelajaran Fizik Tajuk Projek Roket Air Sasaran Tingkatan 4 Ringkasan Projek Roket Air adalah sebuah roket yang dibina dengan menggunakan media air sebagai pendorong agar roket tersebut dapat bergerak. Jadi Roket ini tidak menggunakan bahan bakar untuk bergerak atau meluncur. Roket air adalah sejenis contoh roket yang menggunakan air sebagai tenaga penggeraknya. Botol berisi air bertekanan tinggi yang berfungsi sebagai mesin roket biasanya diperbuat daripada botol plastik bekas minuman.Air dipaksa keluar oleh gas yang bertekanan, biasanya menggunakan tekanan udara untuk melancarkan roket ini ke udara. Bahanbahan pembuatannya juga lebih banyak kepada penggunaan bahan terbuang dan mudah diperolehi. Secara amnya, prinsip dasar roket meru pakan pendedahan dan implementasi dari perubahan momentum serta hukum Newton III. t


Bidang Pembelajaran 2.5 Momentum 2.5.1 Menerangkan momentum, p sebagai hasil darab jisim, m dan halaju, v. p = mv 2.5.2 Mengaplikasi Prinsip Keabadian Momentum dalam pelanggaran dan letupan. 2.7 Impuls dan Daya Impuls 2.7.1 Berkomunikasi untuk menerangkan impuls dan daya impuls 2.7.2 Menyelesaikan masalah melibatkan impuls dan daya impuls. 2.4 Inersia 2.4.2 Mengeksperimen untuk mengenal pasti hubungan antara inersiadan jisim. Tajuk Merentas Tema 1.3 Keseimbangan Daya 1.3.1 Menerangkan maksud daya yang berada dalam keseimbangan. 2.6 Prinsip Bernoulli 2.6.1 Memerihalkan kesan halaju bendalir kepada tekanan. 2.6.2 Menerangkan bahawa daya angkat terhasil akibat perbezaan tekanan disebabkan oleh halaju bendalir yang berbeza. 2.6.3 Berkomunikasi tentang aplikasi prinsip Bernoulli dalam kehidupan. Tempoh Pelaksanaan 3 minggu Projek yang boleh dihasilkan Murid perlu menghasilkan projek berikut: ⚫ Roket air lengkap dengan payung terjun ⚫ Video proses penghasilan projek


SOALAN KURIKULUM Soalan Asas Bagaimana sebuah roket air berfungsi? Soalan Kandungan 1. Kenapa roket ini perlu menggunakan air? 2. Bagaimana roket ini boleh terbang? 3. Apakah isipadu air yang terbaik untuk roket ini terbang dan kenapa? 4. Kenapa roket air yang penuh dengan air gagal untuk terbang? 5. Adakah jisim roket mempengaruhi jarak/ketinggian sasaran roket? 6. Adakah bentuk roket mempengaruhi jarak sasaran roket? 7. Adakah luas payung terjun mempengaruhi masa jatuhan roket? Impak Projek 1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan produk berinovasi. 2. Membuka peluang serta menanam budaya berfikiran kreatif. 3. Dapat meningkatkan penguasaan konsep murid terhadap tajuk yang dipelajari. 4. Dapat mengaitkan kandungan pelajaran dengan kehidupan sebenar murid dan persekitaran. 5. Dapat meningkatkan penguasaan konsep murid terhadap tajuk momentum, daya impuls, inersia, keseimbangan daya dan Prinsip Bernoulli.


JADUAL PELAKSANAAN Minggu 1 Mengumpul maklumat tentang momentum, tekanan dan inersia melalui pembacaan, merujuk pelbagai sumber seperti internet, buku rujukan dan majalah. Minggu 2 1. Melakar rajah berlabel model untuk menerangkan fungsi bahan/radas. 2. Mengumpul bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membina roket air. 3. Membina roket air yang boleh dilancarkan menggunakan pelancar dengan baik. Minggu 3 1. Menilai kendiri model yang dihasilkan berpandukan rubrik. 2. Menyediakan video pendek/slide powerpoint proses penghasilan produk dengan merujuk rubrik yang disediakan.


TUGASAN MURID Penyataan Masalah Anda adalah seorang peserta dalam suatu pertandingan roket air. Terangkan bagaimana anda merekabentuk sebuah roket air daripada sebuah botol air.Berikan cadangan bagaimana pembuatan roket air supaya boleh terbang tinggi dan berada lama di udara. Arahan Dengan menggunakan pengetahuan Fizik tentang momentum, reka roket anda dengan menggunakan bahan-bahan harian yang boleh didapati di sekitar rumah anda. 1. Melakukan sesi perbincangan dalam kumpulan dan pembahagian tugasan. 2. Mengumpul maklumat melalui pembacaan, merujuk pelbagai sumber. 3. Melakar rajah berlabel model untuk menerangkan fungsi bahan/radas. 4. Bina roket air serta payung terjun yang boleh berfungsi dan digunakan bersama pelancar roket.5. Sediakan video pendek proses penghasilan produk Tempoh 3 minggu


RUBRIK PEMARKAHAN Bil Perkara Memuaskan(Markah 1) Baik(Markah 2) Cemerlang(Markah 3) Markah 1 Kerjasama dalam kumpulan Pelajar tidak menunjukkan semangat bekerjasama dalam kumpulan.Hanya beberapa orang sahaja yang menghasilkan tugasan atau wujud rungutan daripada ahli tentang komitmen rakan lain dalam kumpulan.Mereka perlu diingatkan selalu tentang tugasan. Semua pelajar memberikan komitmen yang baik dan melaksanakan tugasan untuk bahagian masingmasing. Walaubagaimanapun, mereka perlu diingatkan untuk menyiapkan tugasan. Semua pelajar memberikan komitmen yang baik dan sumbangan sama rata dalam penghasilan projek tanpa perlu diingatkan.Mereka menunjukkan semangat bekerja dalam kumpulan yang tinggi. 1 2 3 2 Lakaran rajah Pelajar tidak menyiapkan lakaran rajah model roket air kumpulan mereka. Pelajar menyiapkan lakaran rajah model roket air yang berlabel tetapi tidak lengkap. Pelajar menyiapkan lakaran rajah model roket air yang berlabel yang lengkap dan mudah difahami. 1 2 3 3 Isi kandungan bahan Tahap pengetahuan tentang isi kandungan bahan tidak dipamerkan. Terdapat maklumat yang kurang tepat/tidak tepat. Tahap pengetahuan tentang isi kandungan bahan berjaya dipamerkan secara sederhana.Kebanyakan maklumat adalah tepat. Tahap pengetahuan tentang isi kandungan bahan berjaya dipamerkan dengan jelas.Kebanyakan maklumat adalah jelas dan tepat. 1 2 3 4 Organisasi video Video yang dihasilkan tidak mempunyai tema, kurang idea serta susunan maklumat dari awal hingga akhir tidak tersusun.Wujud elemen yang tidak bersesuaian dengan isi kandungan bahan video. Video yang dihasilkan mempunyai tema serta idea asas. Walaubagaimanapun wujud elemen yang kurang bersesuaian dengan isi kandungan bahan video. Video yang dihasilkan mempunyai tema serta idea asas yang jelas. Maklumat disampaikan mengikut turutan logik yang sesuai serta penggunaan elemen yang membantu melengkapkan isi kandungan bahan video. 1 2 3 5 Produk Produk yang dihasilkan menepati syarat tetapi tidak dapat berfungsi. Produk yang dihasilkan menepati syarat dapat berfungsi. Produk yang dihasilkan menepati syarat dan dapat berfungsi dengan baik. 1 2 3 Hasil keseluruhan projek 1 2 3 Jumlah markah


PELANCARAN ROKET AIR


HASIL KERJA MURID


HASIL KERJA MURID


Kasih Terima


Click to View FlipBook Version