Bulan Bahasa 2024
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa bertambah penting bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tetapi juga memainkan peranan yang penting dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, sekolah berperanan sebagai wadah dalam melahirkan generasi masa depan negara yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan dan memantapkan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berdasarkan kesedaran ini, Bidang Bahasa SMK Tun Syed Zahiruddin akan menganjurkan program Bulan Bahasa Tahun 2024. Program ini melibatkan dua panitia, iaitu Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris dan Pusat Sumber. Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bahasa akan dijalankan agar memberikan manfaat kepada semua warga sekolah.
-
Follow
-
1
-
Embed
-
Share
-
Upload