The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Komuniti Kg Baru Ajil, 2020-04-25 00:39:25

Perubahan Bentuk Tenaga

perubahan bentuk tenaga

Tajuk: Perubahan bentuk tenaga. Tahun 5

Standard Pembelajaran:

1. Menyatakan tenaga boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk lain
2. Menjelaskan melalui contoh perubahan bentuk tenaga

Nota pembelajaran:

1. Terdapat 9 bentuk tenaga.

• Tenaga Keupayaan
• Tenaga Haba
• Tenaga Bunyi
• Tenaga Kinetik
• Tenaga Elektrik
• Tenaga Suria
• Tenaga Cahaya
• Tenaga Nuklear
• Tenaga Kimia

2. Tenaga boleh diubah daripada satu bentuk kepada bentuk
yang lain. Contoh

Tenaga elektrik → tenaga Cahaya → Tenaga bunyi

Tenaga elektrik → tenaga kinetic→ tenaga bunyi

Tenaga elektrik → tenaga cahaya → tenaga haba

Tenaga Kimia → tenaga cahaya → tenaga haba

Berhemah Menggunakan Tenaga

1. Kita perlu berhemah menggunakan tenaga kerana kebanyakan
tenaga dihasilkan oleh sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui.

2. Kita perlu menggunakan tenaga secara bijaksana untuk:
1. Menjimatkan kos penjanaan tenaga elektrik.
2. Mengelakkan pembaziran sumber tenaga.
3. Mengurangkan pencemaran alam sekitar.

3. Langkah-Langkah menjimatkan tenaga:
1. Tutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
2. Gunakan peralatan yang kurang menggunakan tenaga.
3. Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.
4. Kitar semula bahan yang terbuang.

Latihan:

1. Apakah tenaga-tenaga yang terlibat apabila sebatang lilin dinyalakan?
A Tenaga kinetik, tenaga haba dan tenaga keupayaan
B Tenaga kimia, tenaga haba dan tenaga cahaya
C Tenaga keupayaan, tenaga cahaya dan tenaga kimia
D Tenaga kimia, tenaga kinetik dan tenaga cahaya

2. Tenaga apakah yang terlibat semasa dapur gas sedang digunakan?
A Tenaga kimia, tenaga haba, tenaga cahaya
B Tenaga elektrik, tenaga haba, tenaga bunyi
C Tenaga keupayaan, tenaga haba, tenaga bunyi
D Tenaga keupayaan, tenaga cahaya, tenaga haba

3. Maklumat berikut menunjukkan perubahan tenaga yang berlaku pada satu alat elektrik.

Tenaga elektrik ---> Tenaga cahaya + Tenaga bunyi

Alat yang manakah melibatkan perubahan tenaga seperti di atas?
A Seterika elektrik
B Televisyen
C Telefon
D Radio

4. Rajah 2 menunjukkan satu alat yang menggunakan sel kering untuk berfungsi.

Rajah 2
Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku.

A Tenaga kimia ---> Tenaga elektrik ---> Tenaga bunyi
B Tenaga kinetik ---> Tenaga elektrik
C Tenaga elektrik ---> Tenaga haba
D Tenaga haba ---> Tenaga bunyi

5. Rajah 3 menunjukkan sejenis alat elektrik.

Rajah 3
Namakan alat lain yang melibatkan perubahan tenaga seperti alat dalam Rajah 3.

A Televisyen
B Jam loceng
C Kipas
D Pembakar roti

6. Maklumat berikut menunjukkan perubahan tenaga yang berlaku pada sejenis alat elektrik.

Tenaga elektrik ---> Tenaga bunyi

Namakan alat elektrik yang menunjukkan perubahan tenaga seperti di atas.
P - Seterika
Q - Televisyen
R - Lampu picit
S - Megafon
A P dan Q
B P dan S
C Q dan S
D R dan S

7. Rajah 4 menunjukkan sejenis alat elektrik.

Rajah 4
Apakah perubahan tenaga yang berlaku pada alatan elektrik itu?

A Tenaga elektrik -----> tenaga haba
B Tenaga kimia -----> tenaga elektrik
C Tenaga elektrik -----> tenaga bunyi
D Tenaga elektrik -----> Tenaga kimia

8. Rajah 5 menunjukkan sejenis alat elektronik.

Rajah 5
Antara yang berikut, yang manakah mempunyai perubahan tenaga yang sama seperti alat
itu?

A Peti Sejuk
B Televisyen
C Kipas angin
D Radio

9. Rajah 8 menunjukkan sejenis alat elektrik.

Rajah 8
Antara yang berikut, yang manakah menghasilkan perubahan tenaga yang sama seperti alat
itu?

A Peti sejuk
B Televisyen
C Pembakar roti
D Pengisar elektrik

10. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan sebab kita perlu menggunakan tenaga
dengan bijak?

P - Menjimatkan kos
Q - Meningkatkan taraf hidup
R - Mengelakkan kemalangan
S - Mengurangkan pencemaran
A P dan Q
B P dan S
C Q dan R
D R dan S

11 Antara langkah-langkah berikut, yang manakah merupakan kaedah untuk menjimat
tenaga dalam kehidupan seharian?
A Bergerak menggunakan motosikal untuk menggantikan basikal
B Menggunakan penghawa dingin untuk menggantikan kipas
C Lebih kerap menggunakan pengangkutan awam
D Menggunakan lampu suluh untuk menggantikan pelita minyak

12. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan sebab manusia perlu menjimatkan
tenaga?

P - Menjimatkan kos
Q - Memastikan manusia kurang menggunakan kenderaan
R - Memastikan sumber tenaga masih ada untuk masa depan
S - Memastikan manusia dapat menggunakan lebih banyak tenaga
A P dan Q
B P dan R
C Q dan S
D R dan S


Click to View FlipBook Version