The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

P3. Bab 2 PENGENALAN PENILAIAN BERASASKAN HASIL (OBA)_29.4.22

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sallehstudio, 2022-05-09 03:24:26

P3. Bab 2 PENGENALAN PENILAIAN BERASASKAN HASIL (OBA)_29.4.22

P3. Bab 2 PENGENALAN PENILAIAN BERASASKAN HASIL (OBA)_29.4.22

Penilaian pelatih merupakan komponen penting sebagai jaminan kualiti dalam
mengukur pencapaian hasil pembelajaran dan merupakan asas penganugerahan
kelayakan bagi satu-satu program. Kaedah penilaian pelatih yang jelas, konsisten dan
berkesan dipercayai mampu memperlihatkan pencapaian hasil pembelajaran yang
dihasratkan.

Penilaian Berasaskan Hasil (OBA) adalah ukuran prestasi empirikal dan berteraskan
pencapaian pelatih yang berdasarkan hasil pembelajaran. Ia melibatkan pendekatan
penilaian yang sistematik untuk mengetahui sejauh mana pelatih mencapai Hasil
Pembelajaran Kursus (CLO) dan Hasil Pembelajaran Program (PLO) yang diharapkan
dengan menilai pencapaian Hasil Pembelajaran (LO) mereka secara holistik.

OBA berteraskan kepada penilaian rujukan kriteria (criterion referenced)
merupakan kriteria yang akan dinilai. Penilaian ini berbeza dengan penilaian
rujukan norma (norm reference). Dalam penilaian ini, pencapaian pelatih
dibandingkan antara satu sama lain.

2.1.2
OBA melibatkan pemilihan tugas atau instrumen seperti berikut:
i. Kaedah penilaian hendaklah dibina sejajar dengan pencapaian LO.
ii. Kaedah penilaian perlu menyokong kemajuan pembelajaran pelatih
(penilaian formatif atau berterusan) dan mengesahkan pencapaian LO
mereka di akhir proses pembelajaran (penilaian sumatif).

9

Hasil daripada proses mengukur dan memberikan nilai angka kepada
atribut atau ciri dan juga kepada pencapaian hasil pembelajaran. Ia juga
merujuk kepada instrumen yang digunakan untuk mengukur.

Kaedah pengumpulan data langsung dan tidak langsung serta bukti
pembelajaran pelatih yang dijalankan secara sistematik, berterusan dan
berulang dengan menggunakan sumber yang pelbagai dan berbeza.

Proses membuat pertimbangan dan keputusan mengenai prestasi pelatih
dan prestasi program. Ianya bersandarkan kepada standard tanda aras
yang dinyatakan oleh kriteria prestasi dan sasaran prestasi bagi sesuatu
hasil pembelajaran berdasarkan bukti yang telah diperolehi daripada
proses pentaksiran.

Penilaian adalah satu proses mencari bukti bahawa pelatih yang berjaya menamatkan
sesuatu kursus/ program dan telah mencapai tahap prestasi atau kecekapan yang telah
ditetapkan dalam LO.

i. Menggalakkan pembelajaran.
ii. Mengukur prestasi dan penggredan pelatih.
iii. Menentukan kesediaan pelatih untuk meneruskan pembelajaran pada

tahap seterusnya.
iv. Memberi maklum balas kepada pelatih tentang tahap pencapaian dan

mengenalpasti ketidakfahaman serta masalah pembelajaran.
v. Memberi maklum balas kepada tenaga akademik untuk mengenalpasti

teknik pengajaran yang tidak berkesan.

10

i. Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) memperincikan hasil pembelajaran yang
diharapkan bagi memastikan keboleh fungsian graduan.

ii. PLO, CLO dan LO dalam setiap program dibangunkan berdasarkan
taksonomi pembelajaran iaitu domain kognitif, psikomotor dan afektif.

i. Penilaian dalam sesuatu program perlu sejajar dengan LO bagi mengukur
pencapaian tahap prestasi dan kecekapan yang ditetapkan dalam LO
berkaitan.

ii. Menilai hasil pencapaian melibatkan penentuan kriteria dan standard prestasi
bagi setiap hasil atau atribut yang dinyatakan dalam setiap LO. (Rujuk Aliran
Pelan Penilaian Rajah 2.1).

Tetapkan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit.

Reka bentuk tugas penilaian berdasarkan hasil pembelajaran.

Bina kriteria penilaian spesifik yang sejajar dengan hasil pembelajaran
bagi sesuatu tugas.

Bangunkan standard pencapaian bagi setiap satu kriteria. Standard
pencapaian yang paling ideal adalah dalam bentuk rubrik penilaian.

Bina standard pencapaian keseluruhan untuk
menentukan gred bagi tugasan penilaian

11

i. Istilah penjajaran konstruktif (Biggs, 1999) menyatakan bahawa kurikulum
direka bentuk supaya aktiviti pembelajaran dan tugas penilaian adalah
sejajar dengan LO yang diharapkan bagi kursus.

ii. Penjajaran dikaitkan dengan persekitaran pembelajaran bagi memaksimumkan
pembelajaran dengan cara melibatkan semua pelatih supaya mereka
mengaktifkan perlakuan yang dinyatakan dalam hasil pembelajaran sama
dengan pentaksiran (Rujuk Penjajaran Konstruktif Rajah 2.2).

i. Prosedur penilaian yang berasaskan hasil memerlukan anjakan berdasarkan
kepada penilaian yang berbentuk kualitatif dan holistik. Dalam penggredan
berasaskan hasil dan pembelajaran pelatih, ia perlu ditunjukkan menerusi
prestasi pencapaian LO. Tugas penilaian merangkumi perkara seperti berikut:
a. Memberi peluang kepada pelatih untuk memperlihatkan pencapaian LO dan
tahap prestasi bagi LO tersebut.
b. Menyediakan bukti bagi membuat pertimbangan mengenai tahap prestasi
pelatih bagi LO dan seterusnya pemberian gred akhir.
c. Disesuaikan dengan LO yang perlu dinilai.
d. Tugas penilaian yang berbeza untuk menilai LO yang berbeza.

12

ii. Dalam membuat keputusan mengenai gred kursus, pemeriksa hendaklah
terlebih dahulu menentukan sama ada untuk memberi gred berdasarkan
pencapaian LO atau tugasan penilaian dan seterusnya merumus pencapaian
LO.

iii. Penentuan pembangunan kriteria penggredan perlulah berasaskan ciri-ciri
berikut:
a. Konsisten
Kriteria generik dan petunjuk prestasi generik bagi standard pencapaian
adalah konsisten dan diselaraskan bagi semua institusi.
b. Tepat
Kebolehpercayaan dan kesahan dalam menentukan gred menggambarkan
pencapaian sebenar pelatih bagi LO yang ditetapkan.
c. Bermakna
Gred perlu menggambarkan maklumat yang berguna kepada pelatih dan
mereka yang berkepentingan.
d. Menyokong Pembelajaran
Gred harus memotivasikan pelatih untuk memperbaiki prestasi mereka.

13

Perancangan tugasan bagi penilaian sesuatu kursus mesti mengambil
kira tahap dan nilai kredit kursus tersebut. Bilangan dan tahap
kesukaran tugasan yang diberikan harus setimpal dengan beban kredit
kursus.
Jangkaan masa yang diperlukan untuk melengkapkan sesuatu tugas
penilaian perlu berdasarkan Garis Panduan Amalan Baik (Good Practice
Guidelines); Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum yang dihasilkan
oleh MQA untuk menentukan masa pembelajaran pelatih (SLT).

a. Tugasan penilaian perlu memberi peluang kepada pelatih untuk
mempamerkan pengetahuan, bakat, kecekapan dan kemahiran.

b. Berdasarkan LO, setiap tugasan perlu dirancang untuk menentukan
pencapaian hasil.

c. ILKKM perlu mengambil kira komponen atribut yang dinilai, hasil yang
diukur, tugas penilaian dan cadangan instrumen penggredan seperti
dalam Rajah 2.3.

14

Jadual 2.1 merujuk kepada cadangan bagi tugas dan instrumen penggredan yang
boleh digunakan untuk mengukur pelbagai atribut.

a. Pemberatan bagi tugas penilaian mesti berpadanan dengan LO kursus,
aktiviti pembelajaran dan kepentingan isi kandungan kepada pencapaian LO
kursus.

b. Tugasan penilaian terdiri daripada penilaian berterusan yang dinilai dan tidak
dinilai serta peperiksaan akhir.

c. Pemberatan mestilah mematuhi pemberatan penilaian bagi kursus seperti
yang diluluskan oleh Lembaga Pendidikan KKM atau Jawatankuasa Program
Pra Perkhidmatan dan Lanjutan, BPL, KKM.

a. Liputan penilaian perlu menjelaskan sejauh mana CLO dicapai. Berdasarkan
program, setiap sesi topik (LO) dipetakan kepada CLO untuk memastikan
bahawa setiap LO menyumbang kepada pencapaian satu atau lebih daripada
CLO (Jadual 2.2).

b. Sekiranya LO berbeza daripada hasil penilaian disebabkan kekangan tertentu,
maka penilaian hanya boleh meliputi sampel kandungan yang diajar. ILKKM
harus memastikan bahawa kandungan yang dinilai mewakili kandungan kursus
tersebut.

Jadual 2.2: Pemetaan Course Learning Outcome (CLO) kepada Learning Outcome (LO)

Course Learning Learning Outcome (LO)
Outcome (CLO)

15

a. Kriteria penilaian ditakrifkan sebagai standard khusus yang digunakan untuk
mengukur prestasi pelatih. Markah yang diberikan untuk pencapaian setiap
kriteria perlu diperjelaskan melalui pelbagai bentuk rubrik.

b. Kriteria penilaian perlu dibina untuk menilai tugas penilaian. Pelatih perlulah
dimaklumkan secara bertulis berserta dengan tugasan.

c. Kriteria penilaian membimbing staf akademik dalam menilai tugasan secara
objektif dan membantu pelatih untuk mencapai jangkaan tugas penilaian.

i. Penilaian Formatif atau berterusan
a. Pentaksiran formatif atau berterusan ialah bentuk pentaksira berkepentingan
rendah yang dilaksanakan sewaktu pembelajaran sedang berlangsung dan
menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran.
b. Pentaksiran formatif atau berterusan berupaya memberi makluman kepada
pelatih dan staf akademik mengenai pemahaman dan prestasi pelatih
di samping memastikan hasil pembelajaran yang dihasratkan dapat dicapai
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
c. Penilaian formatif atau berterusan tidak menyumbang kepada penggredan.

Matlamat pentaksiran peperiksaan sumatif berkepentingan tinggi adalah untuk
mengukur kualiti prestasi, tahap pencapaian dan tahap kecekapan pelatih bagi
setiap hasil pembelajaran setelah tamat sesuatu unit pengajaran atau tamatnya
kursus/ modul/ program.
Kualiti prestasi hasil pembelajaran ini diperolehi melalui perbandingannya
dengan tanda aras standard bagi setiap hasil pembelajaran tersebut.
Bertujuan untuk membuat keputusan atau pertimbangan mengenai pemberian
gred.
ILKKM menggunakan penilaian berterusan (wajaran 40%) dan Penilaian
Akhir Semester (wajaran 60%) bagi pertimbangan pemberian gred.

16

2.3.3 Jenis Penilaian

Pelbagai kaedah penilaian perlu diguna pakai dalam mengukur pencapaian LO,
yang merangkumi pelbagai atribut yang hendak diukur. Pemilihan tugas penilaian
dibuat berdasarkan amalan sedia ada dalam disiplin masing-masing dan mengikut
pengalaman seseorang. Pemilihan instrumen mesti ditentukan berdasarkan kriteria
penilaian, dari segi kualiti dan kebolehan yang diinginkan daripada pelatih seperti
yang dinyatakan secara jelas di dalam penyataan LO.

Piramid Penilaian Miller menyediakan rangka kerja untuk menilai kecekapan klinikal
dan dapat memadankan hasil pembelajaran (kecekapan klinikal) dengan jangkaan
apa yang dapat dilakukan oleh pelatih di pelbagai peringkat (Rajah 2.3).

i. Penilaian Kerja Kursus
Pengukuran kerja kursus boleh dilakukan melalui kaedah pembentangan, kertas kerja,
kritikan, ulasan, projek, kajian kes, portfolio, simulasi, pembangunan produk, capstone
project, jurnal reflektif, pameran, persembahan, kerja klinikal, poster, debat, laporan
makmal, manual dan esei.

ii. Peperiksaan dan Ujian

Peperiksaan dan ujian mencerminkan pencapaian kumulatif LO dan
bertujuan meningkatkan kebolehan pelatih dalam menyuarakan, memberi
hujah, menganalisis, memberi justifikasi, menyampaikan idea dan menilai
secara kritis. Beberapa kaedah ujian yang boleh diadaptasi dalam penilaian
adalah ujian bertulis, ujian lisan dan ujian praktikal.

a. Soalan Objektif (Aneka Pilihan)
Digunakan untuk mengukur ilmu berbentuk fakta. Soalan objektif boleh
mengukur pemikiran aras tinggi, ia tidak menggalakkan beberapa kebolehan
lain yang boleh dirungkai dalam soalan subjektif.

b. Soalan Subjektif
Digunakan untuk mengukur pengetahuan dan kefahaman berbentuk
konseptual.

c. Penilaian kendiri
Cara yang penting untuk menggalakkan pelatih menilai dan membuat refleksi
tentang pembelajaran mereka sendiri.

d. Penilaian rakan sebaya
Menentukan pencapaian kemahiran seperti kepimpinan, kerja berpasukan
dan komunikasi.

17

iii. Penilaian Berasaskan Tempat Kerja (Field Work)
Untuk memastikan pencapaian PLO dan CLO bagi mempersiapkan pelatih di
tempat kerja. Latihan di tempat kerja membolehkan pelatih melibatkan diri
dalam persekitaran kerja yang sebenar, sekaligus untuk membolehkan
mereka menghubungkaitkan teori dengan amalan di tempat kerja.

Berikut adalah penilaian yang terlibat di tempat kerja:
a. Penilaian Kompetensi Klinikal/ Amali (Competency Assessment)
b. Penilaian Prestasi (Supervisor appraisal)
c. Long Case/ Short Case Assessment
d. Objective Structured Clinical Examination (OSCE)
e. Objective Structured Practical Examination (OSPE)
f. Mini Clinical Evaluation Exercise (CEX)
g. Reflective Journal/ Portfolio
h. Direct Observation of Procedural Skills (DOPS)

2.3.4 Amalan Terbaik Penilaian
Berikut adalah sumber untuk menentukan amalan terbaik penilaian dan yang terkini.
a. Laporan penilai luar program pengajian
b. Laporan/ analisis pencapaian LO
c. Jawatankuasa penyelarasan di peringkat jabatan/ ILKKM
d. Maklum balas pelatih
e. Maklum balas majikan
f. Maklum balas staf akademik

2.3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan adalah dua prinsip penting penilaian, selain
daripada fleksibiliti dan keadilan. Untuk memastikan supaya penilaian boleh
memberikan bukti yang mencukupi mengenai kompetensi pelatih, maka ia
mestilah sah dan boleh dipercayai.

i. Kesahan Penilaian
a. Kesahan merujuk kepada keupayaan penilaian untuk mengukur apa yang
sepatutnya diukur. Terdapat tiga (3) jenis kesahan iaitu konstruk, kandungan
dan kriteria di mana kesahan kandungan yang paling penting untuk dipastikan
dalam membangunkan tugas penilaian khususnya bagi peperiksaan dan ujian.

18

b. Kesahan kandungan adalah berdasarkan sejauh mana pengukuran
mencerminkan domain kandungan khusus yang ingin dicapai
(Carmines & Zeller, 1991), sepadan dengan hasil pembelajaran (rele-
vance) dan menunjukkan sejauh mana item ujian yang dipilih meliputi
keseluruhan isi kandungan.

c. Faktor utama yang menentukan kesahan dalam penilaian adalah
seperti berikut.

• Kaedah penilaian dan instrumen penilaian mesti sesuai dengan tahap
hasil pembelajaran yang ingin dicapai.

• Penilaian yang diberikan sepanjang semester perlu dibuat dalam
pelbagai bentuk (seperti ujian, kerja kursus, pembentangan) untuk
menilai domain pembelajaran yang berbeza-beza dan CLO yang
ditentukan bagi kursus. Lebih daripada satu tugasan dan sumber
bukti diperlukan sebagai asas untuk mengadili kompetensi pelatih.

• Liputan ujian hendaklah berpadanan dengan penekanan dalam hasil
pembelajaran.

• Kaedah penilaian dan instrumen penilaian perlu disahkan oleh orang
lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang dinilai

ii. Kebolehpercayaan penilaian.

a. Kebolehpercayaan merujuk kepada darjah ketekalan dan ketepatan
hasil penilaian. Ia mencerminkan sejauh mana penilaian akan
memberikan hasil yang sama bagi calon yang mempunyai kecekapan
yang sama pada masa yang berlainan atau tempat yang berbeza,
tanpa mengambil kira penilai yang menjalankan penilaian.

b. Beberapa pendekatan boleh digunakan untuk meningkatkan
kebolehpercayaan dalam penilaian, antaranya adalah seperti berikut.

• Menyediakan arahan yang jelas dalam ujian tentang cara untuk
menjawab.

• Menyediakan garis panduan khusus bagi tugasan atau projek
mengenai keperluan dan jangkaan, termasuk maklumat tentang
bagaimana untuk menentukan ketulenannya.

• Menyediakan skema pemarkahan / rubrik sebagai panduan untuk
memastikan keseragaman semasa menanda.

• Memastikan pengagihan markah yang saksama bagi setiap soalan
/ tugasan.

• Menyediakan panduan yang jelas untuk memerhati dan merekod
bukti.

• Memastikan persekitaran yang kondusif dan pentadbiran yang adil
untuk ujian.

• Dalam kes melibatkan lebih dari seorang pemeriksa, lakukan
moderasi dalam pemeriksaan skrip jawapan. Moderator yang
dilantik perlu menentukan kesesuaian standard dan pemarkahan.

• Membangunkan ujian yang mempunyai tempoh masa yang
bersesuaian.

19

2.4 SISTEM KREDIT

2.4.1 Takrifan Kredit

Akta MQA 2007 mentakrifkan kredit sebagai ukuran representative yang
menunjukkan beban akademik. Kredit juga adalah ukuran kuantitatif yang
melambangkan volum pembelajaran atau beban akademik untuk mencapai hasil
pembelajaran. Ini merupakan ukuran jumlah beban akademik atau jumlah
pembelajaran pelatih yang perlu untuk mencapai hasil pembelajaran yang
ditetapkan (Undang-Undang Malaysia Akta 679, Akta Agensi Kelayakan
`Malaysia 2007).

2.4.2 Beban Akademik

i. Merupakan ukuran kuantitatif bagi semua aktiviti pembelajaran yang dipekan
untuk mencapai satu (1) set hasil pembelajaran. Aktiviti ini termasuk kuliah,
tutorial, seminar, praktikal, pembelajaran kendiri, pencarian maklumat, kajian,
kerja lapangan serta persediaan peperiksaan dan menduduki peperiksaan.

ii. Jumlah masa dalam seminggu untuk aktiviti pembelajaran dan pengajaran
adalah antara 40 jam hingga 55 jam. Walau bagaimanapun, masa purata iaitu
48 jam seminggu digunakan bagi tujuan penjadualan jadual waktu.

2.4.3 Nilai Kredit Notional

Nilai Kredit Notional ialah 1 kredit bersamaan dengan 40 jam Pembelajaran
Notional (NLHs). Ini mengambil kira sistem semester dan jam pembelajaran
yang merangkumi aktiviti pembelajaran bersemuka, pembelajaran berpandu,
pembelajaran kendiri atau bebas dan tidak bersemuka serta persediaan
peperiksaan.

2.4.4 Kredit Bergraduat Minima

Jadual 2.3 : Kredit Bergraduat Minimum

Tahap MQF Kredit Bergraduat Penganugerahan
Minimum

5 40 Diploma Lanjutan

- 20 Sijil Pos Basik

4 90 Diploma

3 60 Sijil

20

2.4.5 Jam Pembelajaran Pelatih (SLT) dan Pengiraan Kredit

Jam Pembelajaran Pelatih (SLT) menentukan bilangan kredit yang
diperuntukkan untuk setiap semester di mana SLT mengandungi
i. pembelajaran bersemuka, tidak bersemuka, ulangkaji dan peperiksaan.

ii. Pengiraan untuk 2 semester panjang adalah seperti di Jadual 2.4:

Jadual 2.4 : Jam Pembelajaran Pelatih (SLT) dan Pengiraan Kredit

No. Perkara Julat

1. SLT yang dicadangkan seminggu 40 - 48 jam

2. Jumlah SLT yang dicadangkan setiap semester 840 - 1008 jam
(Tempoh pengajian: 21 minggu)

3. Kredit dalam tempoh satu semester yang 21 - 25 kredit
dicadangkan.

Jumlah SLT di bahagikan dengan 40 NLT

2.4.6 Jam Pembelajaran Pelatih (SLT)

Penetapan jam pembelajaran kendiri (ILT) mengikut syarahan/ klinikal
peperiksaan adalah seperti di Jadual 2.5.

Jadual 2.5 : Keperluan Jam Pembelajaran Kendiri (ILT)

Komponen Syarahan/ Klinikal/ Jam Pembelajaran
Peperiksaan Kendiri (ILT)

Syarahan 1 jam 1 - 2 jam
1 - 2 jam
Tutorial 1 jam 1 - 2 jam

Amali 1 jam 1 jam
3 - 4 jam
Klinikal 7 jam 10 - 12 jam
10 - 20 jam
Pembentangan 1 jam

Kerja Kursus/ Tugasan 2000 perkataan

Peperiksaan Bertulis 3 jam

Nota :
Kursus Teori : 40 NLHs = 1 Kredit
Kursus Klinikal : 40 - 80 NLHs = 1 Kredit

21

2.4.7 Tempoh PpeennggaajijaianndapneJmubmellaahjaKrarnedibt lended dan conventional akademik
Tempoh

mengikut tahap MQF adalah seperti di Jadual 2.6.

Jadual 2.6: Tempoh Pengajian Akademik Mengikut Tahap MQF
Pembelajaran Blended dan
Tahap MQF Akademik Conventional (Julat)

5 Diploma Lanjutan 1 - 2 tahun

- Pos Basik 6 - 12 bulan

4 Diploma 3 - 4 tahun

3 Sijil 2 - 3 tahun

2.5 SISTEM PENGGREDAN

Sistem penggredan peperiksaan dalam setiap semester mengambil kira markah
Peperiksaan Pertengahan Semester (sistem conventional - 30%/ penilaian berterusan
OBE - 40%) dan Peperiksaan Akhir Semester (conventional - 70%/ OBE - 60%) untuk
dijadikan jumlah 100% bagi menentukan gred dan nilai gred.

Pengiraan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
adalah berasaskan pemarkahan bagi semua kod kursus yang ditetapkan dalam kurikulum
disiplin berkaitan.

Bagi kod kursus tanpa nilai gred, penilaian adalah berdasarkan kepada kerja kursus yang
tidak diberi nilai gred. Keputusan hanya dicatat sebagai LULUS atau GAGAL. Ini tertakluk
kepada keperluan kurikulum berkaitan.

2.5.1 Gred dan Nilai Gred
Gred dan nilai gred bagi setiap kod kursus adalah seperti di Jadual 2.7

Jadual 2.7 : Penetapan Gred dan Nilai Gred

Julat Markah Gred Nilai Gred Taraf/Status
Didaktik/ Theori
≥ 80 A
75-79 4.00
70-74 A- Cemerlang
65-69 B+
60-64 B 3.67
55-59 B-
50-54 C+ 3.33
45-49 C
40-44 C- 3.00 Kepujian
35-39 D+
<35 D 2.67
E
2.33
Lulus

2.00

1.67

1.33 Gagal
1.00

0.00

22

2.5.2 Kelulusan Tahap Pencapaian Kompetensi
Bagi penetapan kelulusan kompetensi di bidang klinikal, rujuk kepada kurikulum
program berkaitan.

2.5.3 Purata NilaGred Semester (PNGS)

PNGS = Jumlah Nilai Gred (Nilai Gred x Kredit)
Jumlah Kredit

Contoh: Tahun 1 Semester I

Kod Kursus Gred Nilai Gred Kredit Nilai Gred x
Kredit

AAAA 2012 A 4.00 2 8.00

AABB 2023 A- 3.67 3 11.01

AACC 2034 B+ 3.33 4 13.32

9 32.33

PNGS Tahun 1 Semester I 32.33 ÷ 9 = 3.59

PNGk Tahun 1 Semester I 3.59

2.5.4 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)

PNGK = Jumlah Nilai Gred Kumulatif (Nilai Gred x Kredit)
Jumlah Kredit Kumulatif

Contoh: Tahun 1 Semester II

Kod Kursus Gred Nilai Gred Kredit Nilai Gred x
Kredit

AADD 2042 B 3.00 2 6.00

AAEE 2053 B- 2.67 3 8.01

AAFF 2064 C+ 2.33 4 9.32

9 23.33

PNGS Tahun 1 Semester II 23.33 ÷ 9 = 2.59

23

Pengiraan PNGK Kredit NGS
SEMESTER
9 32.33
Tahun 1 Semester I 9 23.33
Tahun 1 Semester II 18 55.66
55.66 ÷ 18 = 3.09
NGK Tahun 1 Semester II ( NGS T1SI +
NGS T1SII÷ Jumlah kredit) 3.09
PNGK Tahun 1 Semester II

2.6 PROGRAM DAN KURSUS
2.6.1 Program yang menggunakan Sistem Kredit
i. Program Pra Perkhidmatan di peringkat Sijil dan Diploma
ii. Program Lanjutan di peringkat Sijil dan Diploma Lanjutan
iii. Program PSL daripada Sijil kepada Diploma

2.6.2 Struktur Program
i. Program Sijil dan Diploma (Pra Perkhidmatan)

24

ii. Program Lanjutan (Pengkhususan dan Diploma Lanjutan)

Bil. Minggu Jumlah Minggu Aktiviti
1
1 Orientasi/ Pembangunan Pelatih
2 - 10
11 9 Didaktik/ Klinikal/ Amali

12 - 21 1 Cuti Pertengahan Semester
22 - 23
24 - 25 10 Didaktik/ Klinikal/ Amali
2 Projek/ study week
26
Jumlah 2 Peperiksaan Akhir Semester

1 Cuti Akhir Semester

26

iii. Program Diploma (Naik Taraf PSL)

Bil. Minggu Jumlah Minggu Aktiviti
1
1 Orientasi/ Pembangunan Pelatih
2 - 10
11 9 Didaktik/ Klinikal/ Amali

12 - 21 1 Cuti Pertengahan Semester
22 - 23
24 - 25 10 Didaktik/ Klinikal/ Amali

26 2 Seminar/ Ulangkaji
Jumlah
2 Peperiksaan Akhir Semester

1 Cuti Akhir Semester

26

25

2.6.3 Pengkelasan Kursus
Kursus yang ditawarkan di ILKKM diklasifikasi kepada empat (4) kategori
berikut:
i. Kursus Wajib
ii. Kursus Generik
iii. Kursus Profesional
iv. Kursus Elektif

2.6.4 Kod Program

Contoh : ADNC 420/001
i. Abjad dalam kod program memberikan maklumat tentang bidang

program.

a. Dua abjad yang pertama memberi maklumat tentang tahap program.
• CT (Certificate)
• DP (Diploma)
• PB (Post Basic)
• AD (Advanced Diploma)

b. Dua abjad terakhir memberi maklumat tentang nama program.
• NC (Neuroscience Care)
• NS (Nursing)

26

ii. Angka dalam kod program memberi maklumat tentang nombor siri senarai
program dan nombor siri dokumen kawalan.
a. Tiga angka pertama memberikan maklumat tentang nombor bersiri
dalam senarai program yang ditawarkan oleh Bahagian Pengurusan
Latihan.
• 101 - 199 Program Sijil (Pra Perkhidmatan)
• 201 – 299 Program Diploma (Pra Perkhidmatan)
• 301 – 399 Program Sijil Pos Basik
• 401 – 499 Program Diploma Lanjutan

b. Tiga angka terakhir memberi maklumat tentang nombor salinan
terkawal di BPL dan ILKKM.

2.6.5 Kod Kursus
Kod Kursus mengandungi 8 aksara di mana 4 aksara ialah abjad dan 4 aksara
terakhir adalah angka.
Contoh : NCCP 4012
i. Abjad dalam kod kursus memberikan maklumat tentang bidang kursus.
a. Dua abjad yang pertama memberi maklumat mengenai nama program
dan dua abjad yang akhir memberi maklumat nama kursus.
• NCCP – Neuroscience Care / Clinical Practice

b. Bagi kod kursus Generik dan Wajib adalah dua abjad pertama adalah
seperti berikut.
• CC – Compulsory Course
• GC – Generic Course

27

ii. Angka dalam kod kursus memberi maklumat tentang tahap program,
nombor siri senarai kursus dan jumlah kredit.

a. Angka yang pertama memberi maklumat tentang tahap program.
• 1 – Program Sijil
• 2 – Program Diploma
• 3 – Program Sijil Pos Basik
• 4 – Program Diploma Lanjutan

b. Dua angka di tengah memberi maklumat tentang nombor siri kursus
yang ditawarkan dalam program berkenaan.

c. Angka terakhir memberi maklumat tentang jumlah kredit bagi kursus
berkenaan.

Penerangan Kod Kursus.
Contoh: NCCP 4012

Program : Neuroscience Care (NC)
Kursus : Clinical Practice (CP)
Angka 4 : Program Diploma Lanjutan
Angka 01 : No Siri Kursus
Angka 2 : Jumlah Kredit

28


Click to View FlipBook Version