The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norlinma, 2022-11-30 01:26:13

Buletin 2022 SEPTEMBER

Buletin 2022 SEPTEMBER

www.utm.my/studentaffairs/
Bil 9/2022, Edisi September 2022

KAYUHAN SANTAI HARI MALAYSIA CETUS SEMANGAT
CINTAKAN TANAH AIR DAN MENYOKONG KAMPUS
LESTARI UTM

14 September 2022 - Program Kayuhan Santai bersempena sambutan Hari Malaysia telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai
40 staf Jabatan TNC (HEP). Program yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran HEP dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah
Pusat Kecemerlangan Sukan, Tuan Haji Armadi bin Ahmad. Menurut ucapan beliau adalah dinasihatkan untuk menunggang basikal dengan
selamat serta mengikut peraturan keselamatan jalan raya sepanjang program berlangsung.

Program kayuhan ini dianjurkan untuk menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air bagi mencapai matlamat kelestarian, (Sustainable
Development Goal) SDG 3 (Good Health & Well Being), SDG (4 Gender Quality), SDG 13 (Climate Action) dan SDG 15 (Use on Land).

Peserta telah menonjolkan semangat patriotisme dengan memakai pakaian bertemakan Jalur Gemilang. Program kayuhan sejauh 4 km yang
bermula jam 8.30 pagi dari Dataran Agora berakhir jam 9.30 pagi.

MABMA 2022 IKTIRAF STAF JTNCHEP
STAF KOLEJ CEMERLANG DALAM
KEDIAMAN DAN KEJOHANAN SUKAN
PEMIMPIN PELAJAR STAF ANTARA
UNIVERSITI UNIVERSITI MALAYSIA
m/s 9 (SUKUM) 2022
m/s 15

Dari Meja Ketua Editor SIDANG REDAKSI
BULETIN
Assalammualaikum dan Salam HEP Prihatin.
PENAUNG
Alhamdulillah, Buletin MyHEP terbitan Jabatan TNC (HEP) Edisi YBrs. Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin
September 2022 telah berjaya diterbitkan. Edisi kali ini
merakamkan pelbagai coretan peristiwa-peristiwa utama dan KETUA PENASIHAT
menarik yang berlaku sekitar Jabatan TNC (HEP) sepanjang En. Arman bin Md. Yasin
bulan September 2022.
TIMBALAN PENASIHAT
Paparan menarik dalam terbitan Buletin MyHEP pada kali ini Pn. Norhafizah binti Mohd Hanapiah
antaranya ialah program kayuhan santai sempena Hari Malaysia
yang melibatkan seramai 40 staf di bawah Jabatan TNC (HEP). KETUA EDITOR
Program kayuhan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi En. Zaidi bin Haji Mohmod
semangat cintakan tanah air dan menyokong kempen Kampus
Lestari UTM. PEMBANTU EDITOR
Pn. Zuraidah binti Isa
Apa yang paling menarik dalam buletin kali ini adalah liputan
Majlis Anugerah Bakat MAPUM 2022 yang diadakan di Universiti REKA BENTUK / SUSUNAN
Malaysia Terengganu (UMT) pada 14 September 2022. Pn. Norlin binti Mohamad A’danan

Wadah buletin kali ini juga turut merangkumkan berita-berita JURU FOTOGRAFI
semasa sepanjang bulan September yang dilaksanakan oleh En. Mohamad Nur bin Idris
pelbagai PTj Jabatan TNC (HEP).
TERBITAN
Banyak lagi sajian menarik yang telah disediakan untuk Unit Multimedia dan Publisiti
santapan minda para pembaca, terutamanya kepada para Bahagian Pentadbiran HEP
pelajar dan staf UTM, pemegang taruh mahupun rakan-rakan Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
sinergi Jabatan TNC (HEP) termasuklah Kementerian Pengajian UTM Johor Bahru
Tinggi Malaysia dalam Buletin MyHEP kali ini.

Selamat membaca dan semoga menambah wawasan
pengetahuan mengenai Jabatan TNC (HEP).

Salam HEP Prihatin
#HEPPrihatin

KETUA EDITOR Edisi September 2022
Zaidi bin Haji Mohmod
© Hak Cipta Terpelihara.
MYHEP | 02
Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Timbalan
Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Teknologi
Malaysia.

BENGKEL PELAPORAN BUKU KELESTARIAN, JABATAN
TNC (HEP) HASILKAN PENULISAN AKTIVITI SDG
BERIMPAK TINGGI

20 September 2022 - Jabatan TNC (HEP) telah mengadakan Bengkel
Pelaporan Buku Kelestarian bertempat di Bilik Jamuan, Dewan Sultan
Iskandar (DSI) yang dihadiri oleh setiap wakil daripada bahagian /pusat /kolej
di bawah Jabatan TNC (HEP). Bengkel bertujuan untuk menghasilkan Buku
Pelaporan Kelestarian, merangkumi inisiatif Pejabat Pelestarian Kampus bagi
menyediakan penulisan aktiviti Sustainable Development Goals (SDG) bagi
Jabatan TNC (HEP) bersama dengan Jabatan lain Universiti Teknologi
Malaysia (UTM).
Taklimat bengkel telah diberikan oleh Urus setia, Puan Zuraidah binti Isa
disusuli oleh kata aluan dan penerangan ringkas daripada Timbalan
Pendaftar, Jabatan TNC (HEP), Puan Norhafizah binti Mohd Hanapiah
berkaitan pembahagian bab dalam menghasilkan laporan Buku Kelestarian.
Wakil-wakil PTJ dan peserta bengkel turut membentangkan laporan
kelestarian yang berimpak tinggi. Tepat jam 1.00 tengah hari semua peserta
berjaya menyelesaikan pembentangan laporan kelestarian. Ucapan penutup
bengkel disampaikan oleh Penolong Pendaftar Kanan, Encik Zaidi bin Haji
Mohmod. Bengkel berakhir pada jam 5.00 petang.

MYHEP | 03

RANGKUMAN INFO PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN TNC (HEP)

MYHEP | 04

RANGKUMAN INFO PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN TNC (HEP)

MYHEP | 05

MAJLIS PERASMIAN SEMARAK PATRIOTIK IPT 2022
15 SEPTEMBER 2022 | FOYER BANGUNAN CANSELERI SULTAN IBRAHIM

KAYUHAN SANTAI HARI MALAYSIA
14 SEPTEMBER 2022 | BANGUNAN CANSELERI SULTAN IBRAHIM & LINGKARAN ILMU UTM

MYHEP | 06

MAJLIS PENYAMPAIAN RINGKAS KENAIKAN PANGKAT
SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN,
JABATAN TNC (HEP)

19 September 2022 - Majlis Penyampaian Ringkas Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK 1) Bagi
Tahun 2022 Staf Jabatan TNC HEP telah diadakan di Bilik Mesyuarat Baiduri, Pejabat Bahagian Pentadbiran HEP pada jam 11.30
pagi.

Majlis diadakan bertujuan meraikan 9 staf Jabatan TNC (HEP) yang disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar),
YBrs Prof Dr Shamsul bin Sahibuddin, Ketua Pentadbiran HEP, Encik Arman bin Md Yasin, Timbalan Pendaftar, Puan Norhafizah binti
Mohd Hanapiah dan Penolong Pendaftar Kanan (Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia), Encik Zaidi bin Hj Mohmod.

Jabatan TNC (HEP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima dan berharap staf dapat terus cemerlang dalam
menjalankan tugas.

Senarai Staf Terlibat:

• Encik Johari bin Abdul Aziz dari Pusat Kecemerlangan Sukan • Puan Dona binti Misdi dari Pusat Kesihatan Universiti
• Puan Salwati binti Ishak dari Pusat Kecemerlangan Sukan • Puan Masliszah binti Aris dari Pusat Kaunseling
• Puan Habibah binti Gono dari Pusat Kecemerlangan Sukan • Puan Habibah binti Amat Tairi dari Bahagian Pentadbiran HEP
• Puan Jamilah binti Othman dari Pusat Kerjaya UTM • Puan Siti Rahayu binti Osman dari Bahagian Pentadbiran HEP
• Puan Marfina binti Abdul Mustafa dari Pusat Kerjaya UTM

Perjumpaan staf yang terlibat bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan TNC (HEP).

YBhg Prof Dr Shamsul bin Sahibuddin menyampaikan surat lantikan kepada staf yang hadir.

MYHEP | 07

JTNCHEP SUMBANG RM500 MANFAAT KEMATIAN
BANTU RINGANKAN BEBAN WARIS

12 September 2022 - Encik Ghazali bin Shafie wakil dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Timbalan Naib Canselor
(HEP), UTM Kuala Lumpur telah menyerahkan sumbangan khairat kematian berjumlah RM500 kepada Encik Noor
Azhar bin Mohd Noor, bapa pelajar, Allahyarham Muhammad Mustaqim bin Noor Azhar, pelajar Sarjana Muda Sains
(Fizik), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang meninggal dunia akibat kemalangan pada 9 September 2022 di Km
67.4, Jalan Karak-Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Seluruh keluarga Jabatan TNC (HEP) mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang
beriman dan sedikit sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban waris dan tabah menghadapi
situasi ini.

MYHEP | 08

MABMA 2022 IKTIRAF STAF KOLEJ KEDIAMAN DAN
PEMIMPIN PELAJAR UNIVERSITI

14 September 2022 - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) buat julung-julung kalinya menganjurkan Majlis Anugerah Bakat MAPUM
(MABMA) 2022 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kepada staf kolej kediaman dan seluruh warga kerja di bawah Majlis
Perumahan Universiti Awam Malaysia (MAPUM). Sebanyak 18 anugerah dipertandingkan dan hadiah disampaikan oleh Ketua
Setiausaha KPT, YBhg Datuk Seri Abdul Razak Jaafar.
UTM juga turut menggunguli dengan berjaya merangkul lima (5) anugerah.

• Anugerah Inovasi Cemerlang (Kategori Perak) - Dr. Amirjan Nawabjan (Felo Kolej Tuanku Canselor)
• Anugerah Kelestarian Kolej Kediaman (Kategori Perak) - Dr. Norhidayah binti Md Yunus (Felo Kolej Rahman Putra)
• Anugerah Pemimpin Pelajar Program Kebudayaan Terbaik (Kategori Perak) - Saudara Rakesh a/l Kannapathy

(JKM Kolej Tun Dr. Ismail)

• Anugerah Pemimpin Pelajar Program Sukan Terbaik (Kategori Gangsa) - Saudara Muhammad FaizulKamal bin Norrifin

(JKM Kolej Tuanku Canselor)

• Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman (Kategori Gangsa) - Saudari Suria Ashikin binti Zaidi (JKM Kolej Tun Dr. Ismail)
• Anugerah Staf Kolej Kediaman Cemerlang (ke-4) - Puan Norzielawaty binti Zainal Abidin (Staf Kolej Rahman Putra)
• Anugerah Pengetua Cemerlang (ke-5) - Prof. Madya Dr. Norahim bin Ibrahim (Pengetua Kolej Tun Hussein Onn)

Segenap keluarga Jabatan TNC (HEP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan cemerlang yang diperoleh. Syabas.

MYHEP | 09

PKU ANJUR KURSUS PENDIDIKAN PERUBATAN
BERTERUSAN BAGI MENANGANI KES-KES PSIKIATRI

26 September 2022 - Bersempena sambutan Hari Kesihatan Mental Menerusi kursus tersebut, staf PKU telah didedahkan dengan
Sedunia pada 10 Oktober 2022, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) kes-kes psikiatri umum dalam kalangan masyarakat. Kajian
dengan kerjasama Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan, tersebut dalam kalangan rakyat Malaysia pada 2017, satu dari
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Hospital Permai telah empat orang rakyat Malaysia cenderung ataupun didapati
mengadakan Kursus Pendidikan Perubatan Berterusan yang mempunyai penyakit mental yang merangkumi kemurungan,
bertemakan Kesihatan Mental dan pengendalian kes pesakit mental kegelisahan, schizophrenia dan bipolar.
bertempat di Bilik Mesyuarat PKU.
Sesi bimbingan kepada barisan staf paramedik dan doktor
Fasilitator kursus Dr Khairul Syamir merupakan Doktor Perubatan perubatan turut diadakan bagi membantu simulasi keadaan
dari Hospital Permai yang sangat berpengalaman dalam merawat sebenar kesiapsediaan penyakit tersebut. PKU berharap agar
pesakit mental. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk staf daripada kursus ini dapat memberikan rawatan kepada
membangunkan dan mengukuhkan ilmu dari segi pengendalian kes- warga UTM yang kurang sihat dari segi kesihatan mental
kes psikiatri dalam kalangan pelajar dan staf. dengan lebih mantap.

MYHEP | 10

BENGKEL ASTROPEST: PEMBANGUNAN MODUL
PEMBELAJARAN ASTRONOMI PRASEKOLAH

9 - 11 September 2022 - Pembelajaran sains dan teknologi kini tidak hanya dipelajari oleh pelajar di peringkat Sekolah Rendah atau
Menengah sahaja. Ini kerana, usaha bagi memperkenalkan ilmu sains dan teknologi seawal pembelajaran di peringkat prasekolah kini
semakin rancak dihebahkan oleh pihak Kerajaan. Di samping itu, bengkel ini akan dapat memupuk minat kanak-kanak di dalam bidang
sains dan teknologi di peringkat awal usia seiring dengan subjek-subjek pembelajaran yang lainnya seperti ilmu bahasa dan
penomboran dan dikatakan akan mampu menjadikan mereka lebih mencintai alam sekitar.
Bengkel ASTROPEST diketuai oleh Dr Othman bin Zainon. Antara pentingnya bengkel ini ialah pembangunan modul astronomi yang
melibatkan beberapa pensyarah dari Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSH) bagi
membantu pemerkasaan modul dan turut dianggotai oleh Pusat Kaunseling UTM, Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) serta Planetarium Negara.
Bengkel pembangunan modul ASTROPEST ini diadakan selama tiga (3) hari bertempat di Hotel Bayview, Melaka. Beberapa siri
bengkel bersama guru-guru prasekolah turut diadakan bagi menguji modul yang telah dibangunkan. Diharapkan semoga projek ini
berjalan dengan lancar dan Pusat Kaunseling UTM dapat membantu menjayakan projek ini demi ilmu, bangsa dan negara.

MYHEP | 11

MAJLIS APRESIASI TEAM RACE GE UTMKL

13 September 2022 - Pusat Kerjaya (UTMCC) telah mengadakan Majlis Apresiasi Team RACE GE Universiti Teknologi Malaysia
(UTM), Kuala Lumpur bertempat di Restoran The Pickers Lounge, Cyberjaya. Majlis ini diadakan bagi meraikan sumbangan semua ahli
RACE GE UTM Kuala Lumpur dalam mencapai peratus kebolehpasaran graduan yang cemerlang pada tahun 2021.
Menerusi majlis ini juga, turut disampaikan laporan pencapaian kebolehpasaran graduan terdahulu bagi melaksanakan strategi baharu
pelaksanaan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) 2022. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs Prof Dr Shamsul bin
Sahibuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).

MYHEP | 12

SENAMROBIK PERDANA BERSAMA NAIB CANSELOR &
PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN UTM KE SUKUM

15 September 2022 - Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS), Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP) telah menganjurkan Senamrobik
Perdana Bersama Naib Canselor dan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UTM Ke Kejohanan SUKUM 2022 di Stadium Azman
Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru dengan kehadiran staf seramai 315 orang staf dari 20 Jabatan di UTM.
Program dimulakan dengan acara senamrobik perdana seawal jam 7.30 pagi diikuti dengan penyerahan sumbangan berupa wang
saguhati dan cenderamata kepada atlet sukan dan diteruskan dengan majlis penyerahan bendera kepada semua pengurus pasukan
UTM.
Turut memeriahkan lagi program ini dengan kehadiran istimewa YBhg Prof Datuk Ir Ts Dr Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor,
Universiti Teknologi Malaysia dan diiringi oleh Ketua Pentadbiran (HEP), Encik Arman bin Md Yasin.

MYHEP | 13

PERSIDANGAN KE - 8 MALAYSIAN JOURNAL OF
MOVEMENT HEALTH AND EXERCISE (MOHE)

27 - 29 September 2022 - Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi
dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Persidangan Ke-8 Malaysian Journal of Movement Health
and Exercise (MoHe) 2022 yang berlangsung selama tiga (3) hari bertempat di Holiday Inn, Melaka.
Tujuan utama persidangan ini dianjurkan adalah untuk mengetengahkan hasil dapatan kajian baharu dari penyelidik-penyelidik dari
pelbagai Universiti di Malaysia. Hasil ini kemudiannya dikongsikan bersama kepada organisasi dan institusi sebagai salah satu cara
untuk memajukan sukan tanah air.
Turut hadir dalam persidangan ini adalah Prof Dr J Hans de Ridder dari Afrika Selatan, Prof Karim Chamari dari Qatar dan Dr Saied
Jalal Aboodarda dari Kanada. Individu-individu tersebut merupakan orang yang amat disegani terutamanya dalam kalangan
penyelidik sukan. Program tamat pada jam 1.00 tengah hari.

MYHEP | 14

STAF JTNCHEP CEMERLANG DALAM
KEJOHANAN SUKAN STAF ANTARA
UNIVERSITI MALAYSIA (SUKUM) 2022

17 - 24 September 2022 - Sebanyak 136 pingat emas, 136 pingat perak dan 196 pingat gangsa disediakan sepanjang kejohanan
SUKUM ini berlangsung. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menduduki tempat ke-8 dengan merangkul 23 pungutan
pingat keseluruhan.
Staf Jabatan TNC (HEP) yang turut menyumbang pingat dalam SUKUM 2022 antaranya adalah dalam sukan Bola Sepak, Catur , Golf
dan acara Balapan.
Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) kali ke-44 telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR)
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato' Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian dengan gimik perasmian pencahayaan dan tayangan
montaj video perasmian SUKUM 2022.
Kejohanan SUKUM kali ini melibatkan penyertaan 21 kontinjen dari Universiti Awam (UA) dan KPT dengan menyaksikan hampir 4,000
orang atlet dan pengurus pasukan serta petugas yang terlibat.
Terdapat dua (2) acara sukan yang baharu diperkenalkan dalam SUKUM turut dipertandingkan iaitu footgolf dan berbasikal bukit
(MTB). Selain itu, sebanyak 18 jenis sukan yang dipertandingkan iaitu road bike (RB), bola jaring, badminton, bola tampar, petanque,
bola sepak senior, bola sepak veteran, tenpin boling, hoki lelaki, catur, futsal, ping pong, sepak takraw, olahraga, golf, dart dan
memanah.

MYHEP | 15

Bil 9/2022, Edisi September 2022

:

Helpdesk Jabatan TNC (HEP) Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
[email protected] - Pertanyaan Umum Aras 2&3, Bangunan Persatuan Pelajar (SUB)
[email protected] - Taskforce Pergerakan Pelajar
[email protected] - HEP UTM KL Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
81310, Johor Darul Takzim

https://www.utm.my/studentaffairs/

Talian HOTLINE Jabatan TNC (HEP) UTM Student Affairs
Kampus Johor Bahru
011-5559 9651

Kampus Kuala Lumpur
014-6806836

heputmjb

Terbitan:
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)


Click to View FlipBook Version