The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norlinma, 2022-11-30 01:28:57

Buletin 2021 NOV-DIS

Buletin 2021 NOV-DIS

www.utm.my/studentaffairs/
Bil 4/2021, Edisi November - Disember 2021

ANUGERAH BUDI KENCANA 2021 RAI KECEMERLANGAN
STAF JABATAN TNC (HEP)

9 Disember 2021 - Buat pertama kalinya setelah pendemik Covid-19 melanda Jabatan TNC (HEP) Berjaya melaksanakan Majlis
Anugerah Budi Kencana (ABK) 2021 yang diadakan secara dalam talian bagi meraikan bakat-bakat terbaik jabatan ini sepanjang
dua tahun penilaian 2019 dan 2020.

ABK 2021 yang bertemakan masquerade mask menawarkan sebanyak 16 anugerah iaitu antaranya Anugerah Sinar Permata,
Anugerah Sinar Mutiara dan sebagainya. Antara hadiah berprestij yang diberikan kepada penerima ialah Anugerah Keris Sakti
yang dimenangi oleh Puan Ili Ruwaida binti Md Yusof.

Program yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran HEP dan dimeriahkan oleh seramai 245 staf Jabatan TNC (HEP) UTM
Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur. Acara dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (HEP), YBrs. Prof. Dr. Shamsul bin
Sahibuddin.

Lihat Ms. 3

107 SUKARELAWAN PIDATO
PASCA BANJIR ANTARABANGSA
UTMJB BANTU BAHASA MELAYU
MANGSA BANJIR DI TARIK 78 PENYERTAAN
TAMAN SRI MUDA TEMPATAN DAN
ANTARABANGSA
m/s 08-09
m/s 11

Bil 4/2021, Edisi November - Disember 2021 SIDANG REDAKSI
BULETIN
Dari Meja Ketua Editor
PENAUNG
Assalammualaikum dan Salam HEP Prihatin. YBrs. Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin

Alhamdulillah, dipenghujung tahun 2021 Buletin MyHEP terbitan KETUA PENASIHAT
Jabatan TNC (HEP) edisi keempat telah berjaya diterbitkan. Edisi ini En. Arman bin Md. Yasin
menutup tirai bagi tahun 2021 yang merakamkan pelbagai coretan
peristiwa-peristiwa utama dan menarik yang berlaku sekitar Jabatan TIMBALAN PENASIHAT
TNC (HEP) sepanjang dua bulan terakhir tahun ini. Pn. Norhafizah binti Mohd Hanapiah

Buletin MyHEP pada kali ini sangat unik kerana rangkuman berita KETUA EDITOR
yang dipaparkan amat menarik antaranya penganjuran Pidato En. Zaidi bin Haji Mohmod
Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2021 yang telah berjaya
dijalankan di UTM dengan kerjasama erat seluruh staf Jabatan TNC PEMBANTU EDITOR
(HEP). Pn. Zuraidah binti Isa

Disamping itu, Anugerah Budi Kencana (ABK) 2021 Jabatan TNC REKA BENTUK / SUSUNAN
(HEP) turut dilaksanakan setelah hampir dua tahun berehat Pn. Norlin binti Mohamad A’danan
disebabkan pandemic Covid-19.
JURU FOTOGRAFI
Selain itu juga, Buletin MyHEP turut menghimpunkan beberapa En. Mohamad Nur bin Idris
berita-berita berkaitan sukarelawan banjir dengan penglibatan
seramai 21 orang staf Jabatan TNC (HEP) yang turut menyertai PENERBIT
program tersebut ketika berlakunya situasi banjir yang dianggap Unit Multimedia dan Publisiti
terburuk berlaku di negara kita baru-baru ini. Bahagian Pentadbiran (HEP)
Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
Wadah buletin kali ini juga turut merangkumkan berita-berita semasa UTM Johor Bahru
sepanjang bulan November dan Disember yang dilaksanakan oleh
pelbagai PTj dibawah Jabatan TNC (HEP).

Banyak lagi sajian menarik yang telah disediakan untuk santapan
minda para pembaca, terutamanya kepada para pelajar dan staf
UTM, pemegang taruh mahupun rakan-rakan sinergi Jabatan TNC
(HEP) termasuklah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam
Buletin MyHEP kali ini. Selamat membaca dan semoga menambah
wawasan pengetahuan mengenai Jabatan TNC (HEP).

Salam HEP Prihatin

#HEPPrihatin

KETUA EDITOR Edisi November - Disember 2021
Zaidi bin Haji Mohmod
MYHEP | 02 © Hak cipta terpelihara.

Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Timbalan
Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Teknologi
Malaysia.

Bil 3/2021, Edisi November - Disember 2021

ANUGERAH BUDI KENCANA 2021 RAI KECEMERLANGAN STAF
JABATAN TNC (HEP)

Dari Ms. 1
Sebanyak empat (4) anugerah tahun 2019 dipertandingkan iaitu Anugerah Bakti (Mantan) 2019, Anugerah Permata Cemerlang
2019, Anugerah Sinar Mutiara (Kehadiran 2019) dan Anugerah Seungkai Kasih 2019 manakala 17 anugerah tahun 2020
dipertandingkan iaitu Anugerah Berlian, Anugerah Bima Sakti, Anugerah Bintang Harapan, Anugerah Bintang Kejora, Anugerah
Bunga Tanjung, Anugerah Cenderawasih, Anugerah Garuda Emas, Anugerah Harimau Kumbang, Anugerah Kaizen, Anugerah
Kelisa Emas, Anugerah Keris Sakti, Anugerah Pelita Budi, Anugerah Pertiwi, Anugerah Seungkai Kasih 2020, Anugerah Bakti
(Mantan) 2020, Anugerah Permata Cemerlang 2020 dan Anugerah Sinar Mutiara (Kehadiran 2020).
Pada majlis ini juga, Jabatan TNC (HEP) telah mengadakan hadiah cabutan bertuah. Seramai 53 orang staf Jabatan TNC (HEP)
telah memperoleh hadiah cabutan bertuah berupa barangan elektrik, hamper makanan dan aksesori perhiasan rumah. Di akhir
majlis, juri jemputan telah mengumumkan pemenang berdasarkan masquerade mask yang unik. Pemenang tema king dan
queen masquerade mask tahun 2021 telah menjadi milik Encik Ahmad Najahalhayyi bin Zulkifli dari Bahagian Aktiviti dan
Pembangunan Pelajar dan Puan Khairun Nisha binti Haris dari Kolej 9 & 10.
Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada penerima-penerima anugerah ABK 2021 Jabatan TNC (HEP).

Ucapan aluan daripada Encik Arman bin Md Yasin selaku
Ketua Pentadbiran Jabatan TNC (HEP).

Ucapan oleh YBrs. Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin,
Timbalan Naib Canselor (HEP).

MYHEP | 03

Bil 4/2021, Edisi November - Disember 2021 Bahagian Pentadbiran HEP
Unit Pengurusan Sumber & Manusia

KELAB KASEH JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP) RAI
PERSARAAN PUAN ROSMIDAH

02 Disember 2021 - Pejabat Pentadbiran HEP melalui Kelab Kaseh
Jabatan TNC (HEP) telah mengadakan satu majlis perpisahan bertempat
di Cinta Terrace Restaurant, Pulai Spring Resort. Majlis dihadiri oleh
semua ahli Kelab Kaseh Jabatan TNC (HEP) seramai 59 orang terdiri
daripada staf Pentadbiran HEP, Bahagian Kemudahan, Kebajikan &
Tatatertib Pelajar dan Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar.

Majlis meraikan Puan Rosmidah binti Saringat yang menamatkan
perkhidmatan di Bahagian Kemudahan, Kebajikan & Tatatertib Pelajar
yang memilih bersara pilihan pada 5 Disember 2021.

Jabatan TNC (HEP) berharap program seperti ini dapat diadakan pada
setiap tahun. Semoga dengan adanya majlis penghargaan seperti ini dapat
merapatkan ukhwah di antara staf Jabatan TNC (HEP).

MYHEP | 04

Bil 3/2021, Edisi November - Disember 2021

MYHEP | 05

Bil 4/2021, Edisi November - Disember 2021 Bahagian Pentadbiran HEP
Unit Kualiti

PROGRAM SEHARI BERSAMA PELANGGAN SEMPENA HARI BERSAMA
PELANGGAN UTM

11 November 2021 - Pihak Universiti melalui UTMQRiM telah
menganjurkan Sambutan Hari Kualiti Sedunia dan Hari Bersama
Pelanggan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kali ke-2 bagi tahun
2021. Semua Pusat Tanggungjawab (PTj) dan fakulti telah terlibat bagi
menjayakan majlis yang diadakan tersebut.

Jabatan TNC (HEP) tidak ketinggalan untuk turut serta bagi
menjayakan Sesi Hari Bersama Pelanggan tersebut. Seramai 28 orang
petugas yang terdiri daripada pegawai dan staf daripada semua
bahagian/unit di jabatan ini telah bertugas sebagai Pegawai Khidmat
Pelanggan bagi memberikan perkhidmatan dan menjawab segala
pertanyaan yang diajukan oleh pelanggan yang berkunjung ke e-
kaunter yang dibuka secara dalam talian tersebut.

Pada sesi Hari Bersama Pelanggan kali ini, seramai 21 orang
pelanggan terdiri daripada 12 orang pelajar, 5 orang staf dan 4 orang
komuniti/alumni/industri telah mendapatkan perkhidmatan dan khidmat
nasihat daripada pegawai dan staf yang bertugas.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan staf Jabatan TNC (HEP) yang telah melaksanakan tugas
sepanjang tempoh Hari Bersama Pelanggan UTM kali ini yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

MYHEP | 06

Bil 3/2021, Edisi November - Disember 2021 Bahagian Pentadbiran HEP
Unit Pengurusan Sumber & Manusia

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JABATAN TNC (HEP)

Staf Pertukaran Luar HEP

No Pekerja Nama Jawatan Penempatan Lama Penempatan Baharu
Bahagian Pengurusan
8371 Juliah binti Suleiman Pembantu Tadbir (P/O) Kanan Bhg. Kemudahan, Akademik TNC (A&A)
@Seleman KUP (NA22) Kebajikan & Tatatertib (1.11.2021)
Pelajar
Catatan
Staf Berpindah ke HEP Bhg. Kemudahan, Kebajikan &
Tatatertib Pelajar (1.11.2021)
No Pekerja Nama Jawatan Unit/Bahagian
Catatan
6912 Afidatul Hanum binti Sofian Pembantu Tadbir (P/O) (N19) Bahagian Pengurusan Dipinjamkan ke Majlis Sukan
Suri Akademik TNC (A&A) Negara
(1.11.2021 - 31.10.2022)
Staf Dipinjamkan
Catatan
No Pekerja Nama Jawatan Unit/Bahagian
Pencen Pilihan (5.12.2021)
6520 Mohd Haniff bin Mohd Sarip Pembantu Tadbir (P/O) Kanan Kolej Tun Razak
(N22) Catatan
PHD (11.12.2021)
Staf Pencen PHD (11.12.2021)

No Pekerja Nama Jawatan Unit/Bahagian

15483 Rosmidah binti Hj Saringat Pembantu Tadbir (P/O) Kanan Bhg. Kemudahan,
KUP Kebajikan & Tatatertib
Pelajar

Staf Pendidikan Peningkatan Kerjaya

No Pekerja Nama Jawatan Unit/Bahagian

9618 Nik Rafidah binti Nik Yusoff Pegawai Psikologi (SA44D) Pusat Kerjaya UTM
10491 Pegawai Psikologi (SA44F) Pusat Kerjaya UTM
Norazwa binti Yeop
Kamarudin

MYHEP | 07

Bil 4/2021, Edisi November - Disember 2021 Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar

107 SUKARELAWAN PASCA BANJIR UTMJB BANTU MANGSA BANJIR DI
TAMAN SRI MUDA

24 Disember 2021 - Sukarelawan pasca banjir Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru dengan kekuatan krew seramai
107 orang telah terlibat dengan misi bantuan banjir ke Taman Sri Muda. Pasukan sukarelawan telah bersinergi dengan pasukan
dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Mereka telah berkumpul di Dataran Kolej Mawar UiTM Shah Alam pada jam 7.45 pagi dan dipecahkan kepada sembilan (9)
kumpulan yang terdiri daripada 10 orang anggota. Pasukan ini telah diberikan taklimat berkaitan lokasi pembersihan yang akan
dibersihkan. Pada jam 8.45 pagi, misi bantuan ini telah dilepaskan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Shah
Alam, Prof. Dr. Mohd Sazili bin Shahibi.
Kerja pembersihan telah bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Mereka turut membawa pelbagai peralatan
kelengkapan kebersihan untuk digunakan bagi membersih rumah mangsa banjir. Selain itu, bekalan air mineral, makanan dan
barangan keperluan asas yang lain juga disediakan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir. Pasukan ini telah menempuhi
pelbagai kesukaran untuk menuju masuk ke lokasi pembersihan yang ditetapkan kerana jalan yang sesak dengan timbunan
sampah dan kenderaan rosak di tepi jalan namun telah berjaya membersihkan 12 buah rumah orang awam di Taman Sri Muda.
Pasukan sukarelawan ini telah selamat pulang ke UTMJB pada 25 Disember 2021. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih buat mereka yang bertungkus lumus menghulurkan pertolongan.
Semoga pertolongan ini memberikan kegembiraan dan motivasi serta menguatkan lagi semangat dan ketabahan buat mangsa
yang terjejas akibat banjir.

Prof. Madya Dr. Azlan bin Abdul Latib memberi taklimat kepada sukarelawan yang terlibat sebelum bertolak ke Shah Alam,
Selangor.

MYHEP | 08

Bil 3/2021, Edisi November - Disember 2021 Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar

Pasukan sukeralawan berkumpul dan diberi taklimat di Dataran Kolej Mawar UiTM Shah Alam.

Sukarelawan membantu membersihkan rumah dan kawasan luar bagi meringankan beban yang dihadapi oleh tuan rumah.

Berehat bagi menambah tenaga sebelum meneruskan usaha pembersihan rumah yang terjejas.

Antara sumbangan yang dihulurkan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.
MYHEP | 09

Bil 4/2021, Edisi November - Disember 2021 Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar

150 PESERTA SERTAI CULTURE TALK: ISLAM ACROSS THE WORLD

27 November 2021 - Kelab Rakan Siswa Yadim Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan program Culture Talk:
Islam Across the World secara dalam talian menerusi aplikasi Facebook. Program ini merupakan antara program terbesar kerana
melibatkan kerjasama dengan Global Buddies UTM dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan seramai 150 orang
peserta.

Program ini bertujuan bagi menyediakan asas platform kepada pelajar UTM mempelajari lebih lanjut tentang budaya Islam di
beberapa negara serta berkongsi kepelbagaian dan keunikan budaya dan norma hidup demi mengeratkan lagi hubungan antara
umat Islam di seluruh dunia dan mewujudkan persekitaran yang lebih aman dan hormoni dalam kalangan umat Islam walaupun
berbeza bahasa dan budaya. Di samping itu, program ini juga menjadi wadah utama pelajar memahami dan mempelajari budaya
Islam di negara luar.

Program ini telah menampilkan tiga (3) orang panel kebangsaan dari Yaman, Nigeria dan Indonesia. Panel dari Yaman, Encik
Hashed Moqbel Abdullah Al-naeem, panel dari Nigeria, Ustaz Abdul Mumin Inda dan panel dari Indonesia, Cik Asa Ismia Bunga
Aisyahrani. Ketiga-tiga orang panel ini telah menerangkan mengenai sosial serta budaya Islam dan corak pendidikan di negara
masing-masing.

Semua panel bersemangat dalam membentangkan fakta dan penerangan melalui ‘slaid’ serta tayangan beberapa video yang
menarik. Selepas selesai sesi ucapan, sesi soal jawab telah dibuka dan telah mendapat sambutan daripada peserta kerana
banyak kemusykilan telah dijawab oleh setiap panel.

Selain itu, program ini telah menyediakan slot cabutan bertuah bagi memeriahkan suasana serta untuk mendapatkan lebih ramai
penyertaan pelajar. Program ini telah mendapat komen yang sangat positif daripada peserta dan diharapkan program ini dapat
diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan wadah keindahan budaya Islam di seluruh dunia.

MYHEP | 10

Bil 3/2021, Edisi November - Disember 2021 Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar

PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU TARIK 78 PENYERTAAN
TEMPATAN DAN ANTARABANGSA

Buat julung-julung kalinya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah
dipilih sebagai tuan rumah bagi Majlis Pidato Antarabangsa Bahasa
Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021 yang telah dianjurkan
bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM yang berlangsung pada 23 -
29 November 2021.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Malam Kemuncak PABM, 28
November 2021. Beliau dalam ucapannya berkata Malaysia mahu
mengulangi sejarah kegemilangan bahasa Melayu dengan menjadikan
bahasa itu sebagai bahasa pengungkap ilmu dan antarabangsa abad
ke-21. Turut hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Besar Johor, YB Datuk Haji Hasni
Mohammad dan Naib Canselor UTM, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail.

PABM 2021 mengumpulkan seramai 78 peserta dari 36 negara yang bertanding dalam tiga kategori iaitu pelajar antarabangsa,
alam melayu dan pelajar antarabangsa yang telah menetap di Malaysia. Seramai sembilan finalis berentap di malam kemuncak
dalam tiga kategori itu yang disiarkan secara langsung di TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Johan: Siti Nur Shafika binti Md Fakharuzi (Institut Pendidikan Guru Malaysia)
Kedua: Munirah binti Muhamad (Universiti Sains Islam Malaysia)
Ketiga: Muhammad Iqbaal Syakib bin Haji Suhib (Universiti Islam Sultan Sharif Ali)

Johan: Aminata Koutoub Sano (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Kedua: Salma Wael Marzouk Abouelsoud Hashem (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Ketiga: Rubiat Sadia Mim (Universiti Teknologi Malaysia)

Johan: Nargiza Ortikova Amirdin Qizi (Uzbekistan State University of World Language
Kedua: Hana Takahashi (Tokyo University of Foreign Studies)
Ketiga: Youssouf Haidara (Universiti Negeri Yogyakarta)

MYHEP | 11

Bil 4/2021, Edisi November - Disember 2021 Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH LANTIKAN ANGGOTA JAWATANKUASA
PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (JPMPP) SESI 2021/2022

8 Disember 2021 - Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail telah menyempurnakan
majlis penyampaian watikah lantikan kepada anggota Jawatankuasa
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) Sesi 2021/2022.

JPMPP diwakili oleh saudara Zuhayr Arif bin Zakaria (Pengerusi),
saudari Ain Zulaikha binti Mohd Zaki (Naib Pengerusi), saudara
Mohamad Aizuddin Hafizi bin Hisham (Timbalan Pengerusi -
Pengurusan), saudari Nur Fatin Fareeza binti Ismail (Setiausaha
Agung) dan saudari Nur Atiqah binti Morshidi (Bendahari Kehormat).

JPMPP yang sebelum ini dikenali sebagai Campus Election Committee
(CEC) merupakan sebuah badan yang berfungsi mirip Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) bakal mengendalikan pilihan raya kampus bagi

memilih barisan MPP UTM Sesi 2021/2022.

Seramai 45 orang pelajar telah dipilih menganggotai JPMPP melalui panel yang dipengerusikan oleh Pendaftar UTM, Encik Abdul
Razib bin Hj. Shahuddin. Mereka bakal mengendalikan perjalanan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Sesi 2021/2022.

Majlis yang bertempat di ruang VIP, Pejabat Naib Canselor itu turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Aktiviti dan Pembangunan
Pelajar. Prof. Madya Dr. Azlan bin Abdul Latib dan Ketua Pentadbiran HEP, Encik Arman bin Md Yasin.

MYHEP | 12

Bil 3/2021, Edisi November - Disember 2021 Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar

MALAM KEMUNCAK KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN (KPP) RAI
120 PEMIMPIN DALAM KALANGAN PELAJAR UTM

7 Disember 2021 - Malam Kemuncak Kursus Pengurusan Persatuan (KPP) yang
berlangsung di Hotel Le Grandeur, Senai tetap meriah walaupun dilaksanakan
melalui Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Majlis ini dianjurkan bagi
meraikan peserta KPP 2021/2022 yang dilaksanakan selama 2 hari bermula 6 hingga
7 Disember 2021 secara dalam talian.

Seramai 120 orang pemimpin Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM), persatuan,
kelab dan badan beruniform hadir. Majlis yang dirasmikan oleh YBrs. Prof. Ir. Dr.
Sharul Kamal bin Abdul Rahim, Pengetua Kolej Tuanku Canselor dan turut disajikan
dengan slot perkongsian khas oleh Tokoh Siswa Kebangsaan 2018, Encik Mohd

Syafik bin Rahmat.

Pengunjung dihiburkan dengan persembahan dari kugiran Unit Kebudayaan pimpinan Encik Muhammad Faiz bin Zainal yang
membawakan lagu-lagu hit masa kini. Pengarah Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar, Prof. Madya Dr. Azlan bin Abdul
Latib berjaya menggamatkan pentas dengan beberapa buah lagu ‘evergreen’ seperti Kenangan Lalu (Flybits) dan Derita Cinta
(Jamal Abdillah)

Malam Kemuncak KPP telah dapat memilih lima (5) pemimpin sebagai peserta terbaik yang dinilai melalui penglibatan aktif
sepanjang kursus berlangsung.

Lima (5) orang peserta terbaik Program KPP 2021 juga telah menerima hadiah masing-masing daripada pengerusi Majlis Pengetua
Kolej Tuanku Canselor (KTC), Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal Abdul Rahim.

Suasana Malam Kemuncak Kursus Pengurusan Persatuan (KPP).

MYHEP | 13

Bil 4/2021, Edisi November - Disember 2021 Galeri JTNCHEP

SEKITAR PIDATO ANTARABANGSA BAHASA
MELAYU PIALA PERDANA MENTERI 2021
23 - 29 DISEMBER 2021

MYHEP | 14

Bil 3/2021, Edisi November - Disember 2021 Galeri JTNCHEP

SEKITAR MAJLIS ANUGERAH BUDI KENCANA
JABATAN TNC (HEP) 2021

MYHEP | 15

Bil 4/2021, Edisi November - Disember 2021 Bahagian Kemudahan, Kebajikan & Tatatertib Pelajar

JABATAN TNC (HEP) BANTU YaPEIM BERI SUMBANGAN FOOD BANK 3.0

23 Disember 2021 - Satu majlis penyerahan secara rasmi sebagai
simbolik untuk tahun 2021 dari pihak YaPEIM iaitu Pengurus Negeri
Johor YaPEIM, YBrs. Encik Tajul Ariffin bin Harun kepada pelajar UTM
bertempat di Dewan Sri Alam, Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) Johor Bahru. Turut hadir Pengetua Kolej 9 & 10 iaitu
Prof. Madya Ts. Dr. Abdul Rahman bin Tamuri yang telah hadir
memberi ucapan mewakili pihak UTM dalam majlis tersebut. Pelajar
menerima wang tunai berjumlah RM32 seorang sebagai gantian
pemberian makan tengah hari.

Pihak YaPEIM sekali lagi bekerjasama dengan pihak HEP UTM Johor
Bahru untuk melaksanakan sumbangan Food Bank (Ready to Eat) 3.0 pada tahun 2021.

Program ini dijalankan sebanyak enam (6) sesi. Pada sesi satu (1) dan dua (2), bantuan berbentuk pemberian satu (1) pek
makan tengah hari kepada 300 pelajar dari kategori B40 yang menginap dalam kampus. Serahan bantuan kepada pelajar
dibuat dengan bantuan staf kolej di kolej yang terlibat.

Pengurus Negeri Johor YaPEIM, YBrs. Encik Tajul Ariffin bin Harun menyerahkan wang tunai kepada pelajar yang layak.

Antara pelajar yang layak menerima sumbangan Food Bank (Ready to Eat) 3.0 2021.

MYHEP | 16

Bil 3/2021, Edisi November - Disember 2021 Bahagian Kemudahan, Kebajikan & Tatatertib Pelajar

PROGRAM BANTUAN FOOD@CAMPUS BANTU 500 PELAJAR UTM DALAM
KALANGAN B40

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah meminta
pelaksanaan inisiatif Pemberian Baucar Makanan sebagai
salah satu senarai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pencapaian
100 Hari Anggota Jemaah Menteri yang dikenali sebagai
Program Food@Campus. Tujuan pemberian bantuan ini bagi
membantu pelajar yang memerlukan bantuan makanan.

Pelajar yang layak menerima bantuan ini adalah yang terpilih
daripada kategori B40. Seramai 500 pelajar dikenal pasti untuk
menerima bantuan wang tunai sebanyak RM200 seorang yang
dikreditkan terus ke akaun bank pelajar.

Sumber pembiayaan menggunakan Tabung Canselor Because
We Care dan peruntukan dari Zakat Pusat Islam, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Wakil pelajar menerima baucar bantuan bernilai RM200 sebagai simbolik pelancaran program Food@Campus di Jabatan TNC
(HEP).

MYHEP | 17

Bil 4/2021, Edisi November - Disember 2021 Unit Kebudayaan

KL WEEKEND BERI PENDEDAHAN KEPADA DUA PELAJAR UTM DALAM
PROGRAM APPRENTICESHIP MAKUM

Buat pertama kalinya Majlis Kebudayaan
Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM)
berkerjasama dengan Joe Sidek Production
(JSP) mengadakan sebuah program
Apprenticeship MAKUM. Peserta yang diwakili
pelajar-pelajar universiti dilatih untuk membuat
penyelidikan dan pembentangan selama 6
bulan untuk menganjurkan sebuah festival seni
dan kebudayaan negara.

Festival tersebut iaitu KL WEEKEND (KLWKND) ialah siri program hujung minggu untuk memartabatkan dan memperkenalkan
warisan seni, budaya dan sejarah di pusat bandar Kuala Lumpur yang menonjolkan Kuala Lumpur sebagai pusat kreativiti dan
budaya yang diadakan pada 25-28 November 2021.

Unit Kebudayaan UTM menghantar dua (2) orang wakil pelajar dari Persatuan Kesenian Citra Daksina (PETERANA) yang
berada di bawah kelolaan Encik Joe Sidek iaitu Nur Anisa Sk Abdul Jamal dan Jason Ng Yao Sheng untuk menyertai festival
tersebut. Setelah melalui sesi didikan di bawah seliaan Encik Sidek, semua peserta Apprenticeship MAKUM seramai 11 orang
diberi peluang dan dijemput untuk berada secara fizikal di Kuala Lumpur dari 22 - 29 November 2021 untuk bersama-sama
mengendalikan persediaan dan keberlangsungan program di sana.

Sebahagian daripada Program Art in the City CENDANA, KLWKND yang julung kali diadakan pada hujung minggu terakhir
November 2021, di lokasi Panggung Bandaraya (DISINI), GoDown KL (IN SITU), Central Market (SINILAH), RexKL (DISITU),
High Street Studio (Sini), Muzium Telekom (SITULAH), The Ruma Hotel & Residences (DISANA), GMBB Mall (SITU) telah
menganjurkan pelbagai fiesta yang berlangsung selama empat (4) hari iaitu tarian, muzik, opera, fesyen, seni bina, makanan
tempatan, seni visual, reka bentuk, produk kreatif, kraf tradisional, sastera, sejarah dan lain-lain lagi.

Program Apprenticeship MAKUM dan juga Festival KLWKND yang berlangsung banyak memberi manfaat kepada peserta
Apprenticeship yang terdiri daripada pelajar UTM dan juga Universiti Utara Malaysia (UUM), terutama dalam mengasah bakat
kepimpinan dan juga keusahawanan pelajar. Menurut Jason, bermula dari perancangan program ini dari peringkat
pembentangan idea kepada pembentukan program dan sehingga ke proses pelaksanaan, program ini bukan sahaja
memerlukan stamina individu untuk melakukan tugas, malah mencabar pemikiran kritikal peserta apabila menghadapi situasi
yang tidak dijangka. Program ini juga berjaya menyumbang bagi menyemarakkan semangat industri kesenian dan kebudayaan
kepada penduduk sekitar.

Suasana Pasar Seni@Sinilah yang dikendalikan oleh Nur Suasana GoDown KL@In Situ yang dikendalikan oleh Ja-
Anisa bersama staf Joe Sidek Production. son bersama staf Joe Sidek Production.

MYHEP | 18

Bil 3/2021, Edisi November - Disember 2021 Pusat Kaunseling

PUSAT KAUNSELING TERAPKAN NILAI ISES KEPADA STAF UTM PAGOH

16 Disember 2021 - Pusat Kaunseling UTM dengan kerjasama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
UTM Pagoh menganjurkan satu sesi pembangunan diri yang bertemakan nilai teras ISES: Bina Kekuatan dari Dalaman untuk
Luaran. Program yang berlangsung selama tujuh (7) jam itu telah dihadiri oleh 66 orang peserta terdiri daripada Bahagian
Pentadbiran, Pegawai Penyelidikan dan Pegawai Sokongan.

Program ini bertujuan untuk memberi dan menambah pemahaman peserta terhadap nilai-nilai ISES iaitu Integrity, Synergy,
Excellence dan Sustainability dengan menggunakan kaedah pengajaran secara teori dan simulasi. Program ini dimulakan
dengan sesi perkongsian oleh Dr. Zulfikar bin Ahmad, Pengarah Pusat Kaunseling, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan
bentuk penerangan secara langsung tentang apa itu ISES dan penerapan ISES di tempat kerja. Penerangan yang diberikan
merangkumi peranan keikhlasan semasa bekerja, kepentingan kerjasama dan perlunya konsistensi dalam tindakan.

Program diteruskan dengan sesi simulasi yang dikelolakan oleh Encik Nurul Aziz, Pegawai Psikologi, Pusat Kaunseling UTM.
Pada sesi ini, peserta diberikan beberapa bentuk aktiviti dan mereka perlu menerapkan nilai ISES semasa menyiapkan tugasan
yang diberikan. Aktiviti yang dijalankan menguji keutuhan dan kerjasama mereka dalam satu pasukan. Antara aktiviti yang telah
dijalankan adalah secret box, pass ball, dan spider web.

Program ini diakhiri dengan sesi refleksi oleh Dr. Zulfikar yang menerangkan dan berkongsi pemerhatian beliau tentang
kerjasama peserta sepanjang program, penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam kumpulan dan pentingnya nilai ISES yang
perlu diterapkan di tempat kerja.

Perkongsian dari Dr. Zulfikar mengenai nilai-nilai ISES. Gelagat peserta semasa sesi simulasi spider-web.

Gelagat peserta semasa sesi simulasi RM1.50.

MYHEP | 19

Bil 4/2021, Edisi November - Disember 2021 Pusat Kerjaya UTM

PUSAT KERJAYA UTM PIKUL TANGGUNGJAWAB PENYELARAS PROGRAM
DANA INTERVENSI KEBOLEHPASARAN PERINGKAT NASIONAL

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Kerjaya (UTMCC) telah dilantik oleh
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai penyelaras bagi pelaksanaan Program Dana
Intervensi Kebolehpasaran Peringkat Nasional: Huawei Big Data. Program ini diberi
peruntukan oleh KPT sebanyak RM375,000 bagi melatih 75 graduan dengan kemahiran
baharu dan diberi persijilan profesional yang diiktiraf oleh Huawei sebelum diberi
penempatan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan dan kemahiran mereka di
pelbagai industri.

Menerusi kerjasama dengan penyedia latihan, Luminous System Sdn. Bhd., program ini
telah dilaksanakan secara bersemuka di The Launchpad dan Universiti Sains dan
Kejuruteraan Komputer di Cyberjaya sebanyak tiga siri iaitu pada 12 hingga 16 April 2021,
19 hingga 23 April dan 28 November hingga 3 Disember 2021.

Peserta yang terlibat adalah graduan yang berstatus belum bekerja atau bekerja separuh
masa dari pelbagai Universiti awam. Justeru, pelaksanaan program ini adalah sebagai
salah satu strategi intervensi bersasar bagi membantu meningkatkan peratus
kebolehpasaran graduan secara keseluruhan.

• Graduan memperoleh kemahiran profesional Big Data yang
memberikan nilai tambah kepada kebolehpasaran mereka.

• Graduan memperoleh Sijil Profesional Big Data dari HUAWEI.

• Graduan memperoleh penempatan pekerjaan.

MYHEP | 20

Bil 3/2021, Edisi November - Disember 2021 Pusat Kerjaya UTM

PUSAT KERJAYA UTM PEROLEH GERAN RM10.6 JUTA MELALUI
PENJANA KPT-CAP

29 November 2021 - Pusat Kerjaya, Jabatan TNC (HEP) Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) telah mengadakan Majlis Perasmian Program PENJANA KPT-CAP bagi
meraikan ketua-ketua projek yang telah berjaya memperoleh geran PENJANA KPT-
CAP daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dirasmikan oleh YBrs.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), UTM.

Program PENJANA KPT-CAP telah dilancarkan pada 28 September 2020 oleh mantan
YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin adalah program yang bersifat
upskilling dan reskilling untuk memperkasa rakyat di bawah inisiatif Pelan Jana Semula
Ekonomi Negara (PENJANA) bagi mengatasi masalah kebolehpasaran graduan
universiti akibat pendemik Covid-19 yang melanda negara sejak Mac 2020. Kerajaan
telah memperuntukkan dana sebanyak RM100 juta bagi pelaksanaan Program Penjana
KPT-CAP yang mensasarkan objektif untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan,
mengurangkan pengangguran dalam kalangan graduan akibat pandemik Covid-19 dan untuk meningkatkan kemahiran graduan
supaya dapat memenuhi keperluan pekerjaan dalam tempoh pandemik Covid-19. KPT mensasarkan seramai 20,000 orang
graduan akan mendapat faedah daripada Program PENJANA KPT-CAP ini.

Universiti Teknologi Malaysia melalui Pusat Kerjaya UTM telah diluluskan oleh KPT untuk melaksanakan 15 program Penjana
KPT-CAP yang melibatkan geran sebanyak RM10.6 juta. Daripada 15 program Penjana KPT-CAP yang diluluskan kepada UTM,
14 program adalah di bawah Job Matching and Placement dan terdapat satu program keusahawanan iaitu program Professional
Certificate in Digital Business Development di bawah kendalian UTMSPACE. Jumlah peserta yang terlibat untuk semua program
tersebut adalah seramai 2,000 orang yang terbuka kepada graduan dari semua Universiti Awam di seluruh Malaysia.

Pusat Kerjaya UTM (UTMCC) & Jabatan Pendaftar telah menerima peruntukan di
bawah PENJANA KPT-CAP sebanyak RM52,800 bagi pelaksanaan Program Job
Creation@University.

Program ini melibatkan pelantikan graduan sebagai staf secara kontrak oleh Universiti
untuk memberi pengalaman bekerja sebagai nilai tambah kepada kebolehpasaran
mereka menerusi penawaran pekerjaan mengikut keperluan universiti.

Program ini akan melibatkan 10 orang graduan UTM yang masih belum bekerja dan
keutamaan diberi kepada graduan yang memperoleh CGPA di bawah 3.3. Semua
peserta akan diberi latihan pekerjaan selama satu (1) tahun dan diberi elaun
sebanyak RM1500 pada setiap bulan sepanjang latihan dijalankan.

MYHEP | 21

Bil 4/2021, Edisi November - Disember 2021 Pusat Kesihatan Universiti

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU) ANJUR FORUM DOS PENGGALAK
SERTA PERKONGSIAN PENGALAMAN BEKAS PESAKIT COVID-19

Bersempena dengan pelancaran dos
penggalak vaksin Covid-19 yang baharu
dilancarkan oleh pihak Kerajaan, Jabatan
Timbalan Naib Canselor (HEP) dengan
kerjasama Pusat Kesihatan Universiti
telah menganjurkan Forum Dos
Penggalak Covid-19 dan Sesi
Perkongsian Pengalaman Bekas Pesakit
Covid-19 pada 12 Disember 2021 secara
maya. Penceramah yang diundang
adalah Dr. Hana Hadzrami, Pakar Bius
yang kini bertugas di Hospital Sultanah
Aminah.

Dr. Hana telah menerangkan bahawa
situasi kes Covid-19 di Malaysia kini
bertambah baik kesan daripada perintah kawalan pergerakan dan pencapaian kelengkapan dua (2) dos vaksin Covid-19 dalam
kalangan rakyat Malaysia. Beliau juga menekankan kepentingan kepatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) iaitu pemakaian
pelitup muka dan penjarakan fizikal yang selamat sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain untuk mengurangkan
risiko jangkitan Covid-19.

Tujuan dos penggalak adalah untuk mengurangkan risiko breakthrough infection, di mana antibodi yang terhasil daripada dua
dos vaksin akan berkurangan. Golongan yang berpenyakit kronik seperti kencing manis, penyakit barah perlu mengambil dos
penggalak kerana keberkesanan dua dos vaksin lengkap adalah kurang berbanding dengan orang sihat.

Selain itu, Dr. Hana juga menyatakan bahawa kebarangkalian untuk mengalami kesan sampingan yang lebih berat mungkin ada,
terutama kepada individu yang mengambil vaksin Sinovac. Walau bagaimanapun beliau memberi keyakinan bahawa kesan
sampingan mungkin berlanjutan untuk seminggu sahaja.

Dos penggalak yang sedia ada di Malaysia adalah sama seperti dua dos yang pertama. Tujuan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) menyarankan campuran vaksin pFizer untuk golongan yang mengambil vaksin Sinovac adalah untuk melengkapkan dan
memberi jaminan imuniti yang lebih berkesan. Beliau juga tidak menafikan kemungkinan dos penggalak akan diberikan pada
setiap tahun memandangkan kewujudan varian Omicron kebelangkan ini.

Data berkenaan dengan varian Omicron, setakat ini, sedikit sahaja data yang diperoleh. Data yang diperoleh adalah kadar
merebak adalah lebih tinggi berbanding dengan varian Delta. Beliau menyeru kepada bekas pesakit Covid-19 supaya tidak
mengambil mudah dan menolak vaksin. Hal ini kerana, antibodi yang terhasil daripada dua vaksin lengkap hanya bertahan untuk
3 bulan sahaja. Tambahan pula, kebarangkalian untuk mendapat jangkitan semula adalah dua kali ganda berbanding dengan
individu yang bervaksin.

Dr. Hana turut meyakinkan staf bahawa dos penggalak vaksin influenza tahunan yang telahpun diamalkan oleh beliau dan di
negara barat adalah selamat dan menasihatkan kepada staf supaya tidak mengambil jamu ataupun ubat penahan sakit sebelum
mengambil vaksin kerana ianya akan mengurangkan keberkesanan vaksin secara mendadak.

MYHEP | 22

Bil 3/2021, Edisi November - Disember 2021 Pusat Kesihatan Universiti

Bekas pesakit Covid-19 menceritakan pengalamannya yang pernah mengalami jangkitan Covid-19 kategori 4. Kini dia masih
terjejas dengan gejala panjang sindrom Covid-19 iaitu lebih cepat sesak nafas ketika melakukan kerja berat.

Pengalaman ibu mengandung waktu mendapat jangkitan Covid-19 kategori 5. Dia telahpun ditidurkan dan dimasukkan tiub
pernafasan. Dia dan anaknya amat bertuah kerana berjaya mengharungi serangan Covid-19 dengan kesan sampingan hanya
pada ibu sahaja, iaitu hilang deria bau dan keguguran rambut.

Kesimpulan daripada forum ini, Dr. Hana dan Dr. Firdaus menyeru semua staf untuk mengambil vaksin dan dos penggalak dan
tidak melupakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Diantara pendapat dan pertanyaan
yang dicicipkan didalam bahagian
komen.

MYHEP | 23

Bil 4/2021, Edisi November - Disember 2021 Pejabat Kolej Kediaman

PROGRAM DERMA DARAH TARIK SERAMAI 150 PENYERTAAN

23 November 2021 - Buat kali pertama selepas pandemik Covid
-19 melanda, Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan Kempen Derma
Darah 2021 di Dewan Sri Alam, Kolej Tun Fatimah (KTF), UTM
dan telah bekerjasama dengan Jabatan Perubatan Transfusi
Hospital Sultanah Aminah, Kelab PROSIS UTM serta
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Tun Fatimah.

Program ini bertujuan mewujudkan kerjasama antara Pusat
Tanggungjawab (PTj) dan kelab pelajar bersama agensi luar
serta melatih ahli jawatankuasa program untuk merancang,
mengurus dan mengelolakan program pasca pandemik. Selain
itu, ianya dapat memupuk kesedaran kepentingan untuk
menderma darah dan memberi kemudahan kepada warga
universiti untuk menderma darah agar dapat membantu
masalah kekurangan bekalan darah di hospital-hospital sekitar Daerah Johor Bahru.

Seramai 150 orang yang telah mendaftar untuk kempen ini yang terdiri daripada 56 orang kakitangan UTM, 92 orang pelajar UTM
dan 2 orang awam. Namun, sebanyak 99 pek darah sahaja yang berjaya dikumpul kerana lebih kurang 20 orang yang telah
mendaftar terpaksa pulang kerana mempunyai urusan lain dan 20 orang terpaksa ditolak daripada menderma darah kerana
masalah tekanan darah rendah, tidak mencukupi (5) jam waktu tidur dan kurang berat badan.

MYHEP | 24

Bil 3/2021, Edisi November - Disember 2021 Pejabat Kolej Kediaman

WEBINAR FIRE DRILL BERI MANFAAT KEPADA WARGA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

26 November 2021 - Program Webinar Fire Drill Norma Baharu Webinar dimulakan dengan kata aluan daripada moderator
yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa majlis, saudari Hanisah Bustami dan diteruskan dengan
Kolej Rahman Putra (JKM KRP) bersama Bahagian pengisian daripada Encik Mohd Faizal selaku Pegawai
Keselamatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program Keselamatan Kanan tentang perkara yang perlu dilakukan
yang berlangsung selama 1 jam 45 minit ini telah disampaikan sewaktu kebakaran. Webinar diakhiri dengan sesi soal jawab
oleh Encik Mohd Faizal bin Abd Latib selaku panel jemputan. bersama Encik Mohd Faizal pada jam 11.45 malam.
Webinar ini diadakan secara dalam talian, berbeza dengan
tahun sebelumnya disebabkan oleh pandemik COVID-19 Menerusi program ini, para pelajar dapat memperolehi
yang melanda. maklumat-maklumat yang penting mengenai keselamatan
terutamanya di dalam kawasan UTM. Hal ini demikian, UTM
Webinar ini adalah terbuka kepada semua pelajar dan merupakan universiti yang besar dan luas. Maka, ianya amat
hebahan tentang program ini telah mendapat sambutan ramai penting bagi para pelajar khususnya kepada pelajar baharu
di mana seramai 151 peserta menyertai program tersebut. UTM sesi 2021/2022 untuk mengetahui pelan laluan
Webinar ini merupakan program berimpak tinggi di mana kecemasan yang sepatutnya digunakan sekiranya berlaku
objektifnya selaras dengan matlamat SDG ke-5 (Kesaksamaan kejadian kebakaran. Selain daripada itu, para pelajar juga
Jantina) dan ke-11 (Bandar dan Masyarakat Mampan). dapat mempraktikkan teknik serta langkah-langkah yang perlu
Matlamat program ini adalah bertujuan untuk memberi dilakukan ketika berlaku kebakaran di kediaman masing-
pendedahan asas kepada para peserta mengenai kaedah masing ataupun di bangunan kolej.
yang telah dianjurkan oleh pihak bomba dan keselamatan
ketika berlaku kebakaran dan sebagainya.

MYHEP | 25

Bil 4/2021, Edisi November - Disember 2021 Pusat Kecemerlangan Sukan

MASUM VIRTUAL CYCLING CHALLENGE 2021 BERI PENDEDAHAN
KEPADA ATLET UTM

Enam atlet lelaki dan satu atlet wanita dari Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) telah bersaing dalam MASUM
Virtual Cycling Challenge 2021 yang berlangsung pada 17
hingga 21 November 2021. Kejohanan edisi ini membawa
keunikan tersendiri kerana dijalankan secara maya
mengikut tempat masing-masing. Jarak terjauh yang
dikumpul sepanjang lima hari tersebut diumumkan sebagai
pemenang.

UTM berjaya mendapat tempat keempat kategori
Berpasukan Lelaki dengan jarak terkumpul sebanyak
2243.16km. Saudari Nur Syafika Natasha binti Kadir pula
berjaya mendapat tempat kesembilan kategori Individu

Wanita dengan catatan jarak 168.29km.

Atlet-atlet ini sedang dalam persediaan mewakili negeri Johor dalam SUKMA 2022 yang dijadualkan berlangsung di Kuala
Lumpur. Semoga berjaya!

MYHEP | 26

Bil 3/2021, Edisi November - Disember 2021 Pusat Kecemerlangan Sukan

PASUKAN UTM RAIH GANGSA DALAM MASUM VIRTUAL ARCHERY 2021

MASUM Virtual Archery 2021 ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) telah berlangsung pada 10 - 12
Disember 2021. Seramai enam (6) orang atlet memanah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil bahagian di
kejohanan ini yang dijalankan secara dalam talian di mana kesemua atlet perlu melengkapkan empat (4) set panahan (144
arrows) sepanjang tempoh tiga (3) hari tersebut mengikut format dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Pasukan Memanah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memenangi pingat gangsa bagi acara Compound Lelaki
Berpasukan.

BIL NAMA FAKULTI KATEGORI KEDUDUKAN KEDUDUKAN
SKE Compound (L) INDIVIDU BERPASUKAN
1 NIK AHMAD DANIEL MOHD KAMAROLZAMAN SP Compound (L) 4/26
SKE Compound (L) 18/26 Gangsa
2 CHE WAN AMIRUL FARHAN BIN CHE WAN FABU Compound (L) -
AZIZ 26/26
-
3 NIK MUHAMMAD AZZIM ADDIN BIN
JALALUDIN

4 AHMAD SHUIB BIN YAHYA

5 MOHAMAD FARHAN BIN MOHD TAP SP Recurve (L) 44/47 -
SKM Recurve (W) 11/32 -
6 TENGKU SITI BATRISYIA BT TENGKU JAMAL
ABDUL NASSIER

MYHEP | 27

Bil 4/2021, Edisi November - Disember 2021

Hubungi Kami
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)

Talian HOTLINE Jabatan TNC (HEP) Helpdesk Jabatan TNC (HEP)
Kampus Johor Bahru [email protected] - Pertanyaan Umum
011-186 87022 [email protected] - Taskforce Pergerakan Pelajar

Kampus Kuala Lumpur [email protected] - HEP UTM KL
017-242 4122/ 013-393 1117/ 014-6806836

UTM Student Affairs heputmjb

https://www.utm.my/studentaffairs/

Terbitan:
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)


Click to View FlipBook Version