The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norlinma, 2022-11-30 02:48:54

Buletin 2022 OGOS

Buletin 2022 OGOS

www.utm.my/studentaffairs/
Bil 8/2022, Edisi Ogos 2022

MAJLIS PENGHARGAAN ATLET USG 2022 HARGAI
SUMBANGAN STAF HEP

25 Ogos 2022 - Majlis Penghargaan Atlet UTM Staff Games 2022 telah diadakan di Dewan Sultan Iskandar pada jam 9.00 pagi bagi meraikan
peserta Jabatan TNC (HEP) dalam kejohanan University Staff Games yang telah berlangsung pada 19 Jun 2022 yang lalu. Jabatan TNC (HEP)
telah menghantar penyertaan kontinjen sebanyak 11 acara melibatkan seramai 11 orang pengurus pasukan dan 134 orang atlet dalam
kejohanan yang telah dipertandingkan.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (HEP), YBrs Prof Dr Shamsul bin Sahibuddin dengan diiringi oleh Ketua Pentadbiran Jabatan
TNC (HEP), Encik Arman bin Md Yasin. YBrs Prof menerusi ucapan beliau mengucapkan tahniah kepada para pemenang atas semangat
kegigihan dan kejayaan cemerlang yong diperoleh oleh peserta.

Acara turut diserikan dengan tayangan montaj berkenaan pencapaian para atlet yang telah menyumbang keringat sepanjang Kejohanan Sukan
Staf 2022 dan sesi penyampaian sijil penghargaan dan penyertaan oleh Pengarah Pusat Kecemerlangan Sukan, Tuan Haji Armadi bin Ahmad
kepada pengurus pasukan dan barisan atlet. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua atlet Kejohanan Sukan Staf 2022!

DEBAT PERPADUAN KEJOHANAN
KELUARGA SUKIPT 2022:
MALAYSIA BENTUK BOLA JARING UTM
PEMIKIRAN RAIH GANGSA
MAHASISWA DINAMIK
m/s 17
m/s 10-11

Dari Meja Ketua Editor SIDANG REDAKSI
BULETIN
Assalammualaikum dan Salam HEP Prihatin.
PENAUNG
Alhamdulillah, Buletin MyHEP terbitan Jabatan TNC (HEP) Edisi YBrs. Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin
Ogos 2022 telah berjaya diterbitkan. Edisi kali ini merakamkan
pelbagai coretan peristiwa-peristiwa utama dan menarik yang KETUA PENASIHAT
berlaku sekitar Jabatan TNC (HEP) sepanjang bulan Ogos 2022. En. Arman bin Md. Yasin

Antara paparan menarik dalam terbitan Buletin MyHEP pada kali TIMBALAN PENASIHAT
ini ialah pengiktirafan kepada atlet Jabatan TNC (HEP) dalam Pn. Norhafizah binti Mohd Hanapiah
Majlis Penghargaan Atlet USG 2022 bagi meraikan sumbangan
mereka dalam kejohanan berkenaan. KETUA EDITOR
En. Zaidi bin Haji Mohmod
Apa yang paling menarik dalam buletin kali ini adalah liputan
Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan PEMBANTU EDITOR
Negara 2022 peringkat akhir dianjurkan oleh Sekretariat Rukun Pn. Zuraidah binti Isa
Negara (SRN) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang
diadakan di Dewan Sultan Iskandar. REKA BENTUK / SUSUNAN
Pn. Norlin binti Mohamad A’danan
Wadah buletin kali ini juga turut merangkumkan berita-berita
semasa sepanjang bulan Ogos yang dilaksanakan oleh pelbagai JURU FOTOGRAFI
PTj dibawah Jabatan TNC (HEP). En. Mohamad Nur bin Idris

Banyak lagi sajian menarik yang telah disediakan untuk TERBITAN
santapan minda para pembaca, terutamanya kepada para Unit Multimedia dan Publisiti
pelajar dan staf UTM, pemegang taruh mahupun rakan-rakan Bahagian Pentadbiran (HEP)
sinergi Jabatan TNC (HEP) termasuklah Kementerian Pengajian Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
Tinggi Malaysia dalam Buletin MyHEP kali ini. UTM Johor Bahru

Selamat membaca dan semoga menambah wawasan
pengetahuan mengenai Jabatan TNC (HEP).

Salam HEP Prihatin
#HEPPrihatin

KETUA EDITOR Edisi Ogos 2022
Zaidi bin Haji Mohmod
© Hak Cipta Terpelihara.
MYHEP | 02
Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Timbalan
Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Teknologi
Malaysia.

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SEMARAK
SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN STAF

25 Ogos 2022 - Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-65 Malaysia, peringkat Jabatan TNC (HEP) telah diadakan di Dewan
Sultan Iskandar. Antara perkongsian utama program tersebut ialah Tazkirah Merdeka yang disampaikan oleh Dr Zulfikar bin Ahmad,
Pengarah Pusat Kaunseling UTM bertajuk Keluarga Malaysia. Dalam tazkirah beliau, turut diperjelaskan akronim KASIH yang
telahpun wujud dalam kalangan staf Jabatan TNC (HEP). Lima (5) elemen penting pada perkataan KASIH dihuraikan yang bermaksud
kasih-sayang, akhlak, sihat, ilmu dan harmoni. Ujarnya lagi, elemen ini sangat penting dalam membangkitkan potensi staf yang
melibatkan semua staf tanpa mengira gred jawatan.
Majlis diteruskan dengan penyampaian deklamasi sajak bertajuk Menyongsong Arus (Mengenang Bahaman dan Mat Kilau Kemala)
oleh Encik Rozaili bin Mhd Rashid.
Program dimeriahkan lagi dengan nyanyian dan dendangan lagu patriotisme berjudul Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang yang
dipimpin oleh Encik Khairil Zaidi bin Mohd Zaki. Staf Jabatan TNC (HEP) menyanyi dengan penuh semangat sambil mengibarkan
Jalur Gemilang. Majlis berakhir dengan sesi fotografi dan laungan merdeka oleh Timbalan Naib Canselor (HEP), YBrs Prof Dr
Shamsul bin Sahibuddin dan seluruh staf Jabatan TNC (HEP).

MYHEP | 03

RANGKUMAN INFO PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN TNC (HEP)

MYHEP | 04

RANGKUMAN INFO PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN TNC (HEP)

MYHEP | 05

MYHEP | 06

MYHEP | 07

Majlis Penghargaan Atlet UTM Staff Games 2022

25 Ogos 2022 | Dewan Sultan Iskandar

MYHEP | 08

SUMBANGAN MANFAAT KEMATIAN PELAJAR &
SKIM PERLINDUNGAN PELAJAR BANTU
RINGANKAN BEBAN WARIS

24 Ogos 2022 - Encik Khairil Zaidi bin Mohd Zaki, wakil dari Bahagian Kemudahan, Kebajikan & Tatatertib Pelajar, Jabatan Timbalan
Naib Canselor (HEP), sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan pemberian
sumbangan khairat kematian berjumlah RM500 kepada Encik Mohd Shahril bin Abd Rahman, bapa saudara pelajar, Allahyarham
Nurul Syahirah binti Salman, pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Gas) yang telah meninggal dunia pada 23 Ogos 2022 akibat
kemalangan jalan raya di Jalan Teras Jernang, Bangi, Selangor ketika pulang dari menjalani Latihan Industri.
Timbalan Naib Canselor (HEP), YBrs Prof Dr Shamsul bin Sahibuddin, turut berkesempatan menziarahi keluarga pelajar di kediaman
keluarga Allahyarham di Taman Sri Wangsa, Parit Besar, Batu Pahat, Johor pada 25 Ogos 2022.

3 Ogos 2022 - Encik Khairil Zaidi bin Mohd Zaki, wakil dari Bahagian Kemudahan, Kebajikan & Tatatertib Pelajar, Jabatan Timbalan
Naib Canselor (HEP), turut menyerahkan sumbangan khairat kematian berjumlah RM500 kepada Encik Wong Tai Seng, bapa
mendiang Rebecca Wong Yu Wen, pelajar Sarjana Muda Sains Biologi, Fakulti Sains yang meninggal dunia pada 3 Ogos 2022 akibat
jangkitan virus pada paru-paru di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Pihak Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP) juga membantu dalam pengurusan penghantaran pulang mendiang ke kampung
halamannya di Sibu, Sarawak dengan menggunakan perkhidmatan kargo pada 3 Ogos 2022. Mendiang telah selamat dikebumikan
pada 4 Ogos 2022.

MYHEP | 09

DEBAT PERPADUAN KELUARGA MALAYSIA BENTUK
PEMIKIRAN MAHASISWA DINAMIK

13 Ogos 2022 - Pertandingan Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2022 Pusingan Akhir yang
bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama telah dianjurkan oleh Sekretariat Rukun Negara (SRN) Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) di Dewan Sultan Iskandar, UTM dengan kerjasama antara Kementerian Perpaduan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).
Pertandingan debat yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah binti Mohamed
Sadique. Turut hadir sama pada majlis ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Dato’ Indera Norida binti Abdul Rahim,
Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, YBhg Dato’ Hajah Norison binti Ramli, Naib Canselor Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), YBhg Prof Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (HEP), UTM, YBrs Prof Dr Shamsul
bin Sahibuddin merangkap Pengerusi Majlis Debat Universiti (MADUM), Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), YBhg Datuk Abang
Sallehuddin bin Abg Shokeran dan Ketua Hakim Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2022, YBrs
Ts Dr Mohd Fahmy bin Abdullah.
Sebanyak 30 pasukan dari seluruh Institusi Pengajian Tinggi telah menyertai debat ini yang terdiri daripada 16 pasukan Universiti Awam
(UA), tiga (3) pasukan Universiti Swasta, tujuh (7) pasukan Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan empat (4) pasukan Politeknik yang telah
berentap di dalam Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2022 yang disiarkan secara langsung di
laman Facebook Kementerian Perpaduan Malaysia dan saluran You Tube Perpaduan Negara.
Pusingan saringan debat telah berlangsung secara dalam talian pada 6 dan 7 Ogos 2022 menerusi platform Facebook Live JPNIN.
Pusingan suku dan separuh akhir pula diadakan di Blok N24, UTM pada 12 Ogos 2022 secara fizikal.
Antara objektif pertandingan debat ini adalah untuk mengasah pemikiran mahasiswa secara holistik dari aspek pemahaman dan
penerimaan terhadap kepelbagaian agama, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia, membudayakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan melalui wahana perdebatan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi
(IPT) melalui pertukaran idea dalam perdebatan yang sihat.
Pertandingan debat ini menyaksikan pasukan dari Universiti Malaya dinobatkan sebagai juara Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala
Menteri Perpaduan Negara dengan membawa pulang wang tunai RM5,000, piala pusingan, trofi, sijil berserta Geran Aktiviti SRN
RM20,000. Naib Juara pula diungguli oleh pasukan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Pemenang membawa pulang wang tunai
RM3,000, trofi, sijil berserta Geran Aktiviti SRN RM10,000. Sementara itu, pasukan yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir ialah
pasukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institut Perguruan Guru Malaysia, Kampus Bahasa Antarabangsa membawa pulang wang
tunai RM3,000, trofi, sijil berserta Geran Aktiviti SRN RM5,000.
Pendebat terbaik akhir diungguli oleh saudara Muhamad Najwan bin Muhamad Mayan dari Universiti Malaya manakala pendebat terbaik
keseluruhan ialah saudari Norhanani binti Zulkepli dari IPG, Kampus Bahasa Antarabangsa. Masing-masing membawa pulang wang tunai
berjumlah RM1,000, trofi dan sijil. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang!

MYHEP | 10

MYHEP | 11

GOTONG-ROYONG MEMASANG JALUR GEMILANG
PUPUK SEMANGAT PATRIOTIK WARGA KDOJ

26 Ogos 2022 - Kolej Dato’ Onn Jaafar (KDOJ) telah menganjurkan Antara aktiviti yang dijalankan adalah memasang Jalur Gemilang
aktiviti bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di sekeliling blok, halaman kolej, pintu pagar hadapan
ke-65 yang melibatkan seramai 16 orang peserta terdiri daripada berhampiran pagar rumah Felo/ Pengetua dan Pejabat Kolej
Pengetua Kolej, Majlis Felo Kolej Kediaman dan Jawatankuasa Dato’ Onn Jaafar. Pelbagai bentuk dan saiz Jalur Gemilang
Mahasiswa (JKM) tepat jam 8.00 pagi. Program ini telah diketuai dipasang sebagai pencetus semangat dalam kalangan warga
oleh Pengetua kolej kediaman, Dr Mohd Amri bin Md Yunus. KDOJ dapat dianggap cintakan tanah air.

Objektif program ini adalah untuk menceriakan suasana dan Pendaftaran peserta telah dimulakan di Lobi Blok XC1 pada jam
persekitaran kolej kediaman agar lebih patriotik bagi menyambut 8.00 pagi. Sebelum memulakan program, taklimat pembahagian
Hari Kebangsaan di samping memupuk sikap bertanggungjawab tugas antara peserta telah diberikan oleh Pengarah Program,
terhadap kebersihan serta menggalakkan hubungan silaturahim Saudara Navintiran Rajan.
antara mereka yang terlibat.
Program tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Pemasangan Jalur Gemilang di sekitar pintu pagar KDOJ dan di sekitar lobi dan Blok XC1.

Seluruh Ahli Majlis Felo, kakitangan serta barisan JKM bergotong-royong memasang Jalur Gemilang di Pejabat KDOJ.
MYHEP | 12

KTF ANJUR TAKLIMAT KESELAMATAN PELAJAR SEMASA
CUTI SEMESTER

11 Ogos 2022 - Majlis Felo Kolej Tun Fatimah (KTF) dan Pejabat
Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) UTM telah
menganjurkan Taklimat Keselamatan Pelajar Semasa Cuti di Dewan Seri
Alam, Kolej Tun Fatimah. Program telah disertai oleh Felo KTF dan 35 orang
pelajar.
Objektif program adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran setiap
warga kolej berkaitan keselamatan pelajar di kolej kediaman sepanjang
tempoh cuti semester.
Menerusi perkongsian yang disampaikan oleh penceramah, Puan Suzila binti
Mat Yassin dari Bahagian Keselamatan UTM, peserta diterangkan mengenai
kepentingan dalam memastikan keselamatan diri dan barangan peribadi
harus diutamakan di samping mengikut peraturan tatatertib pelajar ketika
berada di kampus yang dikeluarkan oleh Universiti dari semasa ke semasa.
Program diakhiri dengan latihan pengungsian bangunan secara mengejut.
Peserta diberi penjelasan awal berkaitan tugas pasukan ERT (Emergency
Response Team) sebelum memulakan latihan. Peserta yang hadir telah
memberi kerjasama yang baik walaupun program secara mengejut dan tidak
dirancang dan berpeluang untuk mendengar taklimat secara khusus berkaitan
alat pemadam api dan cara penggunaan pemadam api yang betul.

MYHEP | 13

Semburan Racun Thermal di Kolej Kediaman, UTM
10 Ogos 2022

Karnival Hari STEM di Kota Tinggi sempena Minggu
Sains Negara Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Negeri
Johor pada 27-28 Ogos 2022

MYHEP | 14

TAMAN TERAPUTIK, PUSAT KAUNSELING KEMBALI
CERIA SELEPAS PROGRAM GOTONG-ROYONG

Taman Teraputik merupakan salah satu dari kemudahan yang menjadi kebanggaan Pusat Kaunseling UTM. Dilengkapi dengan dua (2)
unit gazebo, laluan refleksologi serta dihiasi dengan susunan bungaan indah menjadikan Taman Teraputik sebagai tarikan utama
pelanggan ke Pusat Kaunseling, UTM Johor Bahru.
Antara tarikan utama Taman Teraputik adalah kolam ikan bersaiz besar yang dihiasi dengan replika batuan dan pasu yang mengalirkan
air. Sejak dibuka untuk orang ramai, kolam tersebut hanya pernah menjalani proses pembersihan beberapa kali sahaja. Justeru, pada 1
hingga 2 Ogos 2022, Pusat Kaunseling mengadakan gotong-royong bersama staf bagi membersihkan kolam serta kawasan sekitar
Taman Teraputik.
Kerja-kerja pembersihan kolam Taman Teraputik dirasakan amat mencabar kerana melibatkan proses pengeringan air kolam serta
pemindahan ikan ke kolam berasingan. Namun, dengan semangat gotong-royong yang dilakukan bersama, kerja-kerja yang sukar
menjadi mudah. Kerja-kerja pembersihan Taman Teraputik ini dijangka akan dilakukan secara berkala bagi memastikan tahap
kebersihan dan keceriaannya sentiasa terjaga.

MYHEP | 15

LAWATAN PENANDA ARAS TAMBAHBAIK SISTEM
KEBOLEHPASARAN GRADUAN

10 Ogos 2022 - Pusat Kerjaya UTM (UTMCC) dalam usaha menghasilkan profiling kerjaya semua pelajar Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) bagi membantu mereka mencapai halatuju dalam kerjaya. Profiling ini juga dapat membantu pelajar mengenal pasti
potensi diri serta atribut yang perlu ditambahbaik oleh mereka sebelum menamatkan pengajian di UTM.
Justeru, UTMCC telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Pembangunan Karier, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
bagi mempelajari pembangunan dan kaedah pelaksanaan profiling kerjaya ke atas pelajar UKM. Lawatan ini melibatkan Pengarah
Pusat Kerjaya, Prof Madya Dr Che Rozid bin Mamat, pegawai dan semua staf sokongan.
UKM merupakan satu-satunya Universiti Awam yang telah mengaplikasikan profiling kerjaya dengan menghasilkan instrumen dan
sistem yang tersendiri. Lawatan ini telah disambut oleh Pengarah Pusat Karier UKM, Prof Madya Dr Salleh bin Amat, serta dua (2)
orang Timbalan Pengarah iaitu Prof Madya Dr Mohd Izwan bin Mahmud dan Prof Madya Dr Satirah binti Zainalabidin. Sesi lawatan
dan perbincangan telah berlangsung selama 3 jam bermula jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang.

MYHEP | 16

KEJOHANAN SUKIPT 2022: BOLA JARING UTM
RAIH GANGSA

Sukan bola jaring Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merekodkan satu lagi kejayaan apabila meraih gangsa di Kejohanan Sukan
Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 bertempat di UPSI. Kejohanan dwi tahunan ini dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
dengan kerjasama Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) pada 16 Ogos - 20 Ogos 2022.
Penyertaan sukan ini memberi peluang kepada atlet wanita UTM mewakili pasukan Universiti bagi bersaing serta menyumbang pingat
di kejohanan peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan peringkat terbuka serta mempersiapkan diri bagi kejohanan di peringkat
yang lebih tinggi.
Sukan bola jaring ini berlangsung selama lima (5) hari. Pusingan awal dijalankan secara liga serta kalah keluar bagi pusingan kedua,
suku akhir dan separuh akhir. Bagi empat pasukan terbaik, penentuan tempat ke-3 dan ke-4 boleh dipilih sebagai pemenang untuk
bertemu pada perlawanan akhir.
Seramai 12 orang atlet dan tiga (3) pegawai pasukan bagi pasukan bola jaring UTM menyertai kejohanan ini. Sebanyak 26 pasukan
yang disertai oleh 45 IPT, antaranya Universiti Awam, Universiti Swasta, Kolej Komuniti dan Politeknik Malaysia.

MYHEP | 17

Bil 8/2022, Edisi Ogos 2022

:

Helpdesk Jabatan TNC (HEP) Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
[email protected] - Pertanyaan Umum Aras 2&3, Bangunan Persatuan Pelajar (SUB)
[email protected] - Taskforce Pergerakan Pelajar
[email protected] - HEP UTM KL Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
81310, Johor Darul Takzim

https://www.utm.my/studentaffairs/

Talian HOTLINE Jabatan TNC (HEP) UTM Student Affairs
Kampus Johor Bahru
011-5559 9651

Kampus Kuala Lumpur
014-6806836

heputmjb

Terbitan:
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)


Click to View FlipBook Version