The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norlinma, 2023-01-05 02:17:53

Buletin 2022 OKTOBER

Buletin 2022 OKTOBER

www.utm.my/studentaffairs/

Bil 10/2022, Edisi Oktober 2022

3164 MAHASISWA BAHARU MENERIMA SUNTIKAN
INSPIRASI DARI TNCHEP, UTM

12 Oktober 2022 - “An Evening with UTM Deputy Vice-Chancellor (Student
Affairs)” berjaya memberi satu perspektif baharu kepada 3,164 pelajar. Sesi
pada pada malam ketiga Minggu Mesra Mahasiswa (3M) di Dewan Sultan
Iskandar yang diterajui oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof Dr
Shamsul bin Sahibuddin telah memberi penekanan mengenai pembangunan
pelajar secara holistik dan terancang. Sebaik sahaja mengucapkan tahniah
kepada semua mahasiswa atas kejayaan menyambung pengajian di UTM,
beliau turut memberi contoh-contoh alumni terbilang UTM. Beliau meminta
pelajar sentiasa kekal fokus dengan matlamat mereka menyambung pengajian
di UTM.

Menelusuri sejarah penubuhan UTM beliau menyatakan bahawa semua
mahasiswa baharu adalah sangat bertuah kerana kedudukan UTM yang
mempunyai bilangan mahasiswa tertinggi di Malaysia dan reputasi baik dan tersenarai dalam QS World University Rankings pada kedudukan
ke-38 di Asia. Ujarnya, pelajar perlu berbangga dengan pencapaian UTM dan menyeru mereka untuk mengekalkan kelayakan dan
pencapaian akademik yang sedia ada.

Berkaitan dengan perkembangan semasa negara beliau mengingatkan mengenai tanggungjawab pelajar untuk mengundi di Pilihan Raya
Umum ke-15 yang akan datang.

Program ini juga disiarkan secara langsung dari kampus UTM Johor Bahru untuk diikuti sama pelajar baharu di kampus UTM Kuala Lumpur.
Hadir sama dalam program ini adalah Pro Naib Canselor UTMKL, Pengarah UTM International, pegawai-pegawai kanan Jabatan TNC (HEP)
dan pengetua kolej kediaman serta staf Jabatan TNC (HEP).

MAJLIS KONTINJEN UTM
PENYERAHAN RAIH PINGAT
PERANTISISWA DALAM
KELUARGA KEJOHANAN
MALAYSIA BANTU OLAHRAGA IPT
RINGANKAN BEBAN 2022, SIRI 3 (ZON
PELAJAR BORNEO)
m/s 07 m/s 16

Dari Meja Ketua Editor SIDANG REDAKSI
BULETIN
Assalammualaikum dan Salam HEP Prihatin.
PENAUNG
Alhamdulillah, Buletin MyHEP terbitan Jabatan TNC (HEP) Edisi Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin
Oktober 2022 telah berjaya diterbitkan. Edisi kali ini
merakamkan pelbagai coretan peristiwa-peristiwa utama dan PENASIHAT
menarik yang berlaku sekitar Jabatan TNC (HEP) sepanjang En. Arman bin Md. Yasin
bulan Oktober 2022.
KETUA EDITOR
Paparan menarik dalam terbitan Buletin MyHEP pada kali ini En. Zaidi bin Haji Mohmod
antaranya ialah liputan Minggu Mesra Mahasiswa pelajar baharu
sesi 2022/2023 yang berlangsung dari 10 hingga 14 Oktober PEMBANTU EDITOR
2022. Pn. Zuraidah binti Isa

Apa yang paling menarik dalam buletin kali ini adalah program REKA BENTUK / SUSUNAN
SULUNG dan majlis penyerahan PerantiSiswa dengan Pn. Norlin binti Mohamad A’danan
penglibatan Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Sains
Teknologi dan Inovasi (MOSTI). JURU FOTOGRAFI
En. Mohamad Nur bin Idris
Wadah buletin kali ini juga turut merangkumkan berita-berita
semasa sepanjang bulan Oktober yang dilaksanakan oleh TERBITAN
pelbagai PTj Jabatan TNC (HEP). Unit Multimedia dan Publisiti
Bahagian Pentadbiran (HEP)
Banyak lagi sajian menarik yang telah disediakan untuk Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
santapan minda para pembaca, terutamanya kepada para UTM Johor Bahru
pelajar dan staf UTM, pemegang taruh mahupun rakan-rakan
sinergi Jabatan TNC (HEP) termasuklah Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia dalam Buletin MyHEP kali ini.

Selamat membaca dan semoga menambah wawasan
pengetahuan mengenai Jabatan TNC (HEP).

Salam HEP Prihatin
#HEPPrihatin

KETUA EDITOR Edisi Oktober 2022
Zaidi bin Haji Mohmod
© Hak Cipta Terpelihara.
MYHEP | 02
Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Timbalan
Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Teknologi
Malaysia.

PROGRAM SULUNG MEMBANGUNKAN POTENSI DAN
MEMBENTUK IDENTITI SISWA SULUNG

8 Oktober 2022 - Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) memfokuskan usaha membantu pelajar B40
menjadi individu pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading.
Program yang dipelopori oleh YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi itu dianggap sebagai unik kerana bukan
sahaja memberi laluan pelajar ke Universiti Awam (UA) tetapi turut ditawarkan biasiswa, elaun bulanan, asrama dan pementoran
sehingga mereka berjaya mendapat pekerjaan.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan antara lapan (8) Universiti Awam perintis program SULUNG yang terpilih. Seramai 10
orang pelajar yang mendapat tawaran UTM bagi sesi 2022/2023 terpilih sebagai Siswa SULUNG.
YB Menteri telah membuat lawatan ke rumah pelajar dan menyerahkan surat tawaran SULUNG kepada saudara Lee Woon Chong
dari Taman Berlian, Kluang yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke UTM dalam bidang Sarjana Muda Perakaunan.
Inisiatif program SULUNG ini adalah selaras dengan manifestasi dan komitmen kerajaan bagi terus memperkasa golongan yang
memerlukan khususnya golongan B40 untuk mendapatkan akses pendidikan tinggi.

MYHEP | 03

RANGKUMAN INFO PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN TNC (HEP)

MYHEP | 04

JTNCHEP SUMBANG RM11,000 MANFAAT KEMATIAN
PELAJAR BANTI RINGANKAN BEBAN WARIS

26 Oktober 2022 - Ketua Pentadbiran Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP), UTM Johor Bahru, Encik Arman bin Md
Yasin telah menyerahkan manfaat kematian di bawah Skim Perlindungan Pelajar berjumlah RM11,000 kepada Puan
Hamidah binti Mahmor, ibu Allahyarhamah Nurul Syahirah binti Salman, pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Gas)
yang meninggal dunia pada 23 Ogos 2022 akibat kemalangan jalan raya di Jalan Teras Jernang, Bangi, Selangor ketika
pulang dari menjalani Latihan Industri.
Seluruh keluarga Jabatan TNC (HEP) mendoakan semoga roh Allahyarham akan ditempatkan di kalangan mereka yang
beriman dan sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban waris dan tabah menghadapi siuasi ini.

MYHEP | 05

SEKITAR PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
10 OKTOBER 2022 | SEKITAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MYHEP | 06

MAJLIS PENYERAHAN PERANTISISWA KELUARGA
MALAYSIA BANTU RINGANKAN BEBAN PELAJAR

19 Oktober 2022 - Seramai 3,608 orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima PerantiSiswa yang berlangsung
pada 19 hingga 20 Oktober 2022 bagi penyerahan fasa pertama yang diadakan di Dewan Seri Perdana, Kolej Perdana, Universiti
Teknolog Malaysia, Johor Bahru.
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Dato' Sri Dr Adham Baba telah hadir ke Majlis Pengagihan PerantiSiswa Keluarga
Malaysia yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (HEP), YBrs Prof Dr Shamsul bin Sahibuddin, pegawai-pegawai kanan
Universiti serta penerima PerantiSiswa.
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di bawah belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Bantuan bersasar ini bertujuan untuk meringankan beban mahasiswa berkenaan untuk memperoleh akses digital dalam menjalani
pembelajaran supaya proses pengajian mereka berjalan lancar.
Selaku kementerian yang menerajui Sains, Teknologi dan Inovasi, MOSTI menyokong penuh Program PerantiSiswa ini yang
memperkasa penggunaan teknologi dalam pembelajaran.

MYHEP | 07

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN
DEDAH ILMU CEGAH KEBAKARAN
KEPADA PELAJAR BAHARU

12 Oktober 2022 - Sempena Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2022/2023, Jabatan TNC (HEP) dengan kerjasama Bahagian
Keselamatan, Pusat Kesihatan Universiti, Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) dan ERT (Pasukan
Tindakan Kecemasan), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan latihan pengungsian bangunan pada jam 2.30 petang.
Objektif latihan pengungsian bangunan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar baharu agar sentiasa bersedia terhadap
sebarang kemungkinan berlakunya kecemasan atau bencana di samping mengetahui akan tindakan segera yang perlu diambil
terutama laluan kecemasan yang perlu dilalui di kala berlaku sebarang kejadian kebakaran.
Pengarah Keselamatan, Encik Mohd Faizal bin Abd Latib telah memberikan penerangan berkaitan perjalanan latihan pengungsian
bangunan agar latihan dapat berjalan dengan lancar. Latihan dimulakan dengan bunyi letupan yang berpunca dari Aras 4, Unit
Kebudayaan, Dewan Sultan Iskandar disusuli dengan bunyi loceng penggera kebakaran tepat jam 3.00 petang. Semua pelajar, krew
dan staf terlibat bergegas keluar untuk mengosongkan Dewan Sultan Iskandar dalam masa 7 minit setelah mendapat arahan daripada
Insiden Komander dengan dibantu pasukan ERT, ketua aras dan sekuriti.
Terdapat tiga (3) laluan kecemasan untuk pelajar keluar dari dewan iaitu di perkarangan zon meletak kereta Fakulti Sains, di hadapan
Masjid Sultan Ismail dan Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim yang merupakan kawasan untuk berkumpul bagi sebarang kejadian
kecemasan.
Insiden Komander telah mengambil tindakan yang drastik memaklumkan kepada Bahagian Keselamatan dan Unit OSHE UTM.
Bahagian Keselamatan pula menghubungi pihak bomba dan PKU bagi melaporkan kejadian kebakaran. Ketua Operasi Krew MMM
dan Kolej menjalankan peranan masing-masing memastikan situasi yang sedang berlaku. Pada latihan ini, Insiden Komander telah
melaporkan mangsa seramai empat (4) orang iaitu, seorang melecur, seorang patah tangan dan dua (2) orang pengsan.
Selain itu, pegawai bomba turut berkongsi ilmu kepada pelajar tentang jenis-jenis pemadam api, cara memadam api dengan betul
serta kaedah untuk mencegah kebakaran.
Latihan pengungsian bangunan ini diakhiri dengan post-mortem Jawatankuasa ERT melalui tayangan video latihan pengungsian,
pemberian cenderahati kepada pihak bomba dan sesi bergambar beramai-ramai. Semoga dengan perkongsian ini pelajar dapat
pengetahuan yang sangat berguna sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan kebakaran di kampus atau luar kampus.

MYHEP | 08

PROGRAM MINGGU CINTA RASUL SUNTIK KECINTAAN
KEPADA RASULULLAH S.A.W

17 - 19 Oktober 2022 - Rakan Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia (RPI, UTM) telah
mengadakan program Minggu Cinta Rasul. Program ini berlangsung selama tiga hari yang
merupakan satu inisiatif daripada persatuan-persatuan Islam yang ada di UTM dalam
memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiul Awal, Tahun Gajah
atau sekitar 571 Masihi. Antara persatuan yang terlibat ialah Rakan Siswa Yadim (RSY
UTM), Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMI UTM) dan diketuai oleh Rakan Pusat Islam
(RPI UTM).

Program ini dimulakan dengan Forum Perdana yang bertajuk “Rasulullah SAW Idola
Agung”. Seterusnya, persembahan Qasidah dan Tausiyah pada hari kedua yang dipimpin
oleh kumpulan Firqah Al-Masarrah. Minggu Cinta Rasul ini ditutup dengan aktiviti Ceramah
Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Mahyudin bin Md Sarip selaku Pegawai Hal Ehwal
Islam, Pusat Islam UTM.

Ribuan tanda syukur dipanjatkan kepada Allah, kerana dengan izin-Nya, program ini mendapat sambutan yang hebat dengan
penyertaan melebihi 200 orang mahasiswa UTM. Walaupun program ini dilaksanakan pada minggu pertama kuliah, mahasiswa
menjadikan program ilmiah ini sebagai pengisian rohani sekali gus meningkatkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW.

Sekretariat Rakan Pusat Islam. Sesi pendaftaran program pada 17 Oktober 2022.

Antara pengisian program yang dijalankan sepanjang program berlangsung. MYHEP | 09

SEMARAKKAN KEMBALI KARNIVAL UNBOCS’22
SELEPAS ENDEMIK

20 Oktober 2022 - Uniform Body, Clubs and Societies 2022 Dr. Azlan menyeru kepada semua pelajar baharu agar mampu
(UNBOCS’22) Carnival telah berlangsung dengan jaya di Dewan untuk mengurus diri dan bersedia menerima dan menggalas
Sultan Iskandar (DSI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau turut menambah,
Johor Bahru dengan kehadiran lebih daripada 6,000 pengunjung “Melalui penglibatan dalam aktiviti berpersatuan ini, secara tidak
yang direkodkan. langsung dapat meningkatkan keyakinan diri, membangkitkan jati
diri dan juga sebagai kemahiran tambahan. Yang ‘tambahan’
Program ini merupakan sisipan program atau sub aktiviti yang inilah yang akan menjadi titik tolak siapa anda sebenarnya. Ini
diadakan bersempena dengan Minggu Mesra Mahasiswa (3M) termasuklah kemahiran fizikal atau amali atau dipanggil sebagai
yang telah berlangsung pada 10 – 14 Oktober yang bertujuan kemahiran kendiri.
untuk menggalakkan pelajar baharu untuk terus bergiat aktif
dalam aktiviti luar kuliah selain memberi komitmen dalam Karnival yang berlangsung selama tiga (3) hari dan beroperasi
pengajian akademik. dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang, menyaksikan pelbagai
acara seperti pameran daripada agensi kerajaan dan swasta.
Penganjuran Karnival UNBOCS’22 kali ini buat julung-julung Antaranya ialah sesi pengambilan ahli baharu, aktiviti
kalinya digerakkan oleh Jawatankuasa Pelaksana UNBOCS demonstrasi, flash mob, persembahan muzikal, bicara promosi
Carnival yg terdiri daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar dan ujian fizikal bagi kemasukan badan beruniform. Program
(MPP) dan juga beberapa pelajar lain yang turut bersama-sama dimeriahkan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah, aktiviti jualan
berkolaborasi dengan Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP) makanan oleh lori makanan bergerak, jualan perlatan komputer,
untuk menjayakan dan menggerakkan program karnival ini. kaunter kereta sewa dan aktiviti permainan Kembara Uni-Sihat
yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Karnival yang bertemakan “Unbox Your Potential” bertujuan
untuk merungkai potensi diri bagi menambah pengalaman Rentetan daripada musim Pilihan Raya Umum 15 (PRU-15) yang
baharu serta meningkatkan kemahiran insaniah pelajar. bakal menjelang tiba dan bagi menyambut baik saranan kerajaan
untuk menggalakkan pengundi berumur 18 tahun, Majlis
Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Pembangunan Aktiviti Perwakilan Pelajar (MPP) UTM juga turut membuka reruai UNDI-
Pejajar, Prof. Madya Dr. Azlan bin Abdul Latib. Turut hadir sama 18 bagi memberi kesedaran kepada pelajar khususnya berkaitan
ke majlis perasmian tersebut ialah Ketua KWSP Cawangan pentingnya peranan sebagai golongan beliau remaja untuk
Johor, Yang Mulia Tengku Ismariza Tuan Ismail dan pegawai- menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia agar keluar
pegawai kanan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal mengundi.
Pelajar).

MYHEP | 10

CAMP ISK: ITS START KICK!

SEKITAR CARNIVAL UNBOCS’22
20 OKTOBER 2022 | DEWAN SULTAN ISKANDAR

MYHEP | 11

PENGALAMAN PERKONGSIAN MENGUJAKAN ENCIK
MUHAMAD HAKIM

20 Oktober 2022 - Encik Muhamad Hakim bin Isa telah melapor diri sebagai Penolong
Pegawai Tadbir (Gred N29) dan ditempatkan di Unit Kebudayaan, Bahagian Aktiviti &
Pembangunan Pelajar (BAPP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru. Beliau
merupakan anak kelahiran Felda Bukit Waha, Kota Tinggi Johor telah berpeluang
melanjutkan pelajarannya dalam Diploma Muzik pengkhususan vokal klasikal di bawah
latihan pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Phang Kong Chien serta mempunyai
banyak pengalaman dalam bidang nyanyian. Beliau juga aktif dalam menyertai aktiviti kelab
muzik seperti kumpulan muzik Kuala Lumpur Sinfonia dan UiTM Chamber Choir.
Pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Muzik Komposisi itu telah menyertai dan memenangi
dua piala 'Grand Prix' (piala juara keseluruhan) dalam pertandingan koir antarabangsa,
menumpaskan berbelas negara lain di serata dunia seperti Sepanyol dan Itali. Ini
merupakan tahap pencapaian tertinggi sepanjang karier muziknya.
Anak jati Kota Tinggi itu juga terlibat dalam menjayakan pertandingan 'battle of the duo' pada Minggu Mesra Mahasiswa 2022 ya ng
lalu. Selaku jurulatih vokal, beliau melihat banyak bakat nyanyian pelajar UTM dari pelbagai kolej yang berpotensi untuk diketengahkan
dalam pertandingan atau persembahan seni nyanyian pada masa akan datang.
"Saya bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang untuk berkhidmat di Unit kebudayaan bagi membina pengalaman baharu dan
bermakna buat saya" katanya. "Harapan saya, saya berhasrat untuk berkongsi pengalaman dan menjadi tenaga pengajar dalam seni
nyanyian koir dan muzik Gamelan di bawah Unit Kebudayaan Universiti Teknologi Malaysia untuk meningkatkan dan mengharumkan
nama UTM dan Malaysia itu sendiri, Insya Allah" tambahnya lagi.

MYHEP | 12

MAJLIS PENGENALAN KELAB KOLEJ TUN DR. ISMAIL
2022 (MAPEK’22) DISAMBUT MERIAH

20 Oktober 2022 - Majlis Pengenalan Kelab Kolej Tun Dr. Ismail 2022 (MAPEK’22) telah
diadakan di Dewan Sri Resak dan disiarkan secara langsung melalui FB Live. Program
anjuran Jawatankuasa Kolej Kediaman (JKM), Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) yang bertujuan
untuk memperkenalkan kelab kepada mahasiswa baharu Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) sesi 2022/2023.
Objektif program ini adalah untuk menggalakkan pelajar menjadi lebih aktif dan berani
mempelajari perkara baharu. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membentuk pelajar
yang mahir dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi serta pada masa yang sama
mereka boleh membentuk sahsiah peribadi yang terpuji yang dapat memperlihatkan
kesopanan berbudi bahasa.
Program telah dirasmikan oleh Pengetua Kolej Tun Dr Ismail, Lt Kol Prof Madya Dr Mohd
Noor Azli bin Haji Ali Khan di Dewan Sri Resak. Presiden JKM sesi 2021/2022 turut dijemput
untuk memberikan perkongsian pengalaman menguruskan JKM Kolej Tun Dr. Ismail.
Sepanjang majlis tersebut terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan, antaranya ialah sesi
berkenalan dengan JKM sesi 2022/2023, majlis angkat sumpah anggota JKM sesi
2022/2023, persembahan tradisional oleh Kelab Gamelan, persembahan nyanyian oleh
penyanyi berbakat Kelab Aksara Resak dan banyak lagi aktiviti lain yang dijalankan oleh setiap wakil semasa acara ini berlangsung.
Program disambut dengan suasana yang meriah dan diakhiri dengan sesi jamuan makan. Menerusi program ini semua pelajar
berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum yang dapat membentuk kekuatan jati diri dan boleh melatih pelajar
menguruskan masa dengan berkesan.

MYHEP | 13

HARI TERBUKA PUSAT KAUNSELING SEDIA PROGRAM
ISTIMEWA

17 Oktober 2022 - Pusat Kaunseling, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
kali ini telah menempa sejarah apabila buat pertama kali menganjurkan
program hari terbuka kepada warga UTM. Hari Terbuka Pusat Kaunseling
telah menyediakan program yang istimewa, menggabungkan beberapa
program lain yang melibatkan selebriti televisyen dan media sosial.
Program yang berlangsung buat pertama kali disambut dengan begitu
meriah sekali dengan menyediakan empat (4) perkhidmatan iaitu sesi terapi
urutan lelaki dan wanita yang dikendalikan oleh pihak MyPapaCare dan
MamaCare, ujian tekanan dengan teknologi Biofeedback, Art Therapy dan
Psikodrama serta Terapi VR (Virtual Reality).
Pusat Kaunseling menerima kunjungan yang menggalakkan daripada
pelajar dan staf UTM. Pada kesempatan ini, mereka dapat mengenal pasti
lokasi serta melihat sendiri reka bentuk serta ruang dalaman yang baharu
Pusat Kaunseling.

MYHEP | 14

SEMINAR KEBOLEHPASARAN GRADUAN RANCANG
PELAN STRATEGIK

12 - 14 Oktober 2022 - Seminar Kebolehpasaran Graduan 2022 anjuran Pusat Kerjaya UTM (UTMCC) telah diadakan di Hotel Avillion,
Port Dickson dengan penglibatan staf Pusat KErjaya UTM (UTMCC), wakil fakulti dan UTM ILeague. Seminar ini merupakan salah satu
inisiatif intervensi kebolehpasaran yang dilaksanakan menerusi pelaksanaan program upskilling dan reskilling yang dapat membantu
meningkatkan kebolehpasaran graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Setiap Sekolah perlu membentangkan perincian perancangan program berkenaan dalam seminar ini bagi memperoleh input daripada
semua peserta yang terlibat. Selain itu, forum kebolehpasaran turut diadakan sebagai salah satu agenda seminar dengan penglibatan
seramai tiga (3) orang panel iaitu Prof Dr Shamsul bin Sahibuddin, Timbalan Naib Canselor HEP, Prof Dr Intan Zaurah binti Mat Darus
dan Prof Mohd Shafry bin Mohd Rahim.
Forum yang dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Che Rozid bin Mamat ini mengupas isu-isu dan strategi bagi mengekalkan pencapaian
kecemerlangan ‘graduate employability’ (GE) Universiti.

MYHEP | 15

KONTINJEN UTM RAIH PINGAT DALAM KEJOHANAN
OLAHRAGA IPT 2022, SIRI 3 (ZON BORNEO)

14 - 16 Oktober 2022 - Dalam Kejohanan Olahraga IPT 2022 di UNIMAS, kontinjen UTM telah berjaya mengungguli lima (5) pingat
emas, lima (5) pingat perak dan dua (2) pingat gangsa. Pingat tersebut disumbangkan melalui acara 800m (L), 1500m (L&W), 3000m
(W), 2000m berhalangan, lompat kijang, lompat jauh, 5000m (L) dan 10000m jalan kaki. Ini adalah pencapaian terbaik pasukan
olahraga UTM sepanjang tiga (3) siri pertandingan yang telah berlangsung dengan mempertaruhkan enam (6) orang atlet dalam
kejohanan kali ini.

Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlet dan memastikan UTM berada di dalam kedudukan tiga (3) terbaik bagi
keseluruhan siri yang membolehkan UTM menjadi salah satu pemenang keseluruhan kejohanan.

Seramai 250 atlet dan pegawai dari 16 IPT menyertai siri ketiga itu yang diadakan di Stadium UNIMAS di sini bagi bersaing dalam
lapan acara yang dipertandingkan.

 Lelaki 1500m - Muhamad Amirul Arif  Lelaki 800m - Muhamad Amirul Arif bin  Lelaki 5000m - Muhamad Amirul
bin Mohd Azri Mohd Azri Arif bin Mohd Azri

 Wanita 1500m - Puspa Letchumy a/p  Wanita 1500m - Lydia Chua Jing Wen  Lompat Jauh - Muhamad Aznur
Jaintheran  Wanita 800m - Lydia Chua Jing Wen bin Baharudin

 Wanita 3000m - Puspa Letchumy a/p  Wanita 3000m - Lydia Chua Jing Wen
Jaintheran  Lelaki 10000m Jalan Kaki - Muhammad

 Wanita 2000m Berhalangan - Puspa Nur Zahied bin Md. Hamidun
Letchumy a/p Jaintheran

 Lompat Kijang - Muhamad Aznur bin
Baharudin

MYHEP | 16

KARNIVAL SUKAN MINGGU MESRA MAHASISWA 2022
KEMBALI MEMERIAHKAN UTM, JOHOR BAHRU

14 Oktober 2022 - Karnival Sukan Minggu Mesra Mahasiswa 2022 kini kembali memeriahkan suasana kampus setelah dua tahun
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat pandemik Covid-19. Para pelajar berkumpul di Stadium Azman Hashim, UTM
Johor Bahru yang melibatkan penyertaan seramai 3,164 orang.
Program Minggu Mesra Mahasiswa bertujuan untuk menyokong ‘Sustainable Development Goal iaitu “Good Health and Wellbeing”
dalam usaha UTM untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan sejahtera melalui penganjuran program sukan kepada warga kampus.
Program dimulakan dengan sesi senamrobik pada jam 8.10 pagi yang diketuai oleh instruktur, Encik Muhamad Amirul Hanif bin Md
Tahir dari Pusat Kecemerlangan Sukan, Jabatan TNC (HEP). Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Pelancaran UTM Games 2022 oleh
Prof Madya Dr Azlan bin Abdul Latib, Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar.
Pada jam 8.30 pagi, pelepasan bagi acara larian mesra kampus sejauh 5 km dimulakan bagi peserta siswi diikuti peserta siswa dan
peserta Fun Run. Sebanyak dua acara sukan diadakan iaitu bola sepak 7 sebelah bagi kategori siswa dan frisbee bagi kategori siswi.
Pasukan adalah mengikut kolej-kolej kediaman dan keputusan pertandingan adalah menggunakan kaedah kalah keluar.
Pingat bagi acara larian dan tuala muka diberikan kepada 50 orang dan 150 orang peserta larian masing-masing yang terawal
menamatkan larian mengikut kategori. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah bagi acara larian siswa dan siswi, bola sepak 7
sebelah dan frisbee.

MYHEP | 17

Bil 10/2022, Edisi Oktober 2022

:

Helpdesk Jabatan TNC (HEP) Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
[email protected] - Pertanyaan Umum Aras 2&3, Bangunan Persatuan Pelajar (SUB)
[email protected] - Taskforce Pergerakan Pelajar
[email protected] - HEP UTM KL Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
81310, Johor Darul Takzim

https://www.utm.my/studentaffairs/

Talian HOTLINE Jabatan TNC (HEP) UTM Student Affairs
Kampus Johor Bahru
011-5559 9651

Kampus Kuala Lumpur
014-6806836

heputmjb

Terbitan:
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)


Click to View FlipBook Version