The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by solekhatunhjhussein, 2021-06-12 02:36:58

latihan.t2.bab12(guru)

latihan.t2.bab12(guru)

T2/BAB 12/UNIT 12.1/SISTEM SURIA

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
 Membandingkan jarak planet dalam sistem suria daripada matahari dengan

menggunakan astronomical unit (a.u) dan tahun cahaya (ly)
 Membina jadual untuk membanding dan membezakan antara planet Sistem

Suria dengan Bumi
 Meneroka hubungan yang mungkin berdasarkan ciri planet dan memberi

penjelasan tentang hubungan tersebut termasuk anomali yang mungkin wujud.
 Menaakul dan menganalogikan situasi hipothetikal berkaitan dengan Sistem Suria.
 Menjustifikasi Bumi merupakan planet yang paling sesuai untuk kehidupan

berdasarkan data tentang Bumi.

Arahan: Nota rujuk buku teks ting.2.

Salin/Cetak dan jawab semua soalan di bawah .

1. Mengapakah A.U dan ly digunakan untuk menentukan jarak planet dari Matahari
dalam sistem suria?
A.U. dan ly digunakan kerana jarak planet dalam sistem suria terlalu jauh dan
mencapai sehingga jutaan kilometer. Oleh itu, unit relatif seperti A.U. dan ly
digunakan supaya angka kiraan jarak tidak terlalu besar dalam penentuan jarak
antara planet tersebut.
**pilihan jawapan: besar / jauh

2. Aktiviti 12.1: (rujuk buku teks m/s 253)
Formula:

Planet Jarak dari Matahari Jarak dari Jarak dari
Matahari (A.U)
Utarid (km) matahari (ly)
Zuhrah 5.79 x 107 0.39 6.09 x 10-6
Bumi 1.08 x 108 0.72 1.14 x 10-5
Marikh 1.50 x 108 1.0 1.58 x 10-5
Musytari 2.28 x 108 1.52 2.4 x 10-5
Zuhal 7.78 x 108 5.12 8.19 x 10-5
Uranus 1.43 x 109 9.5 1.51 x 10-4
Neptun 2.87 x 109 19.1 3.02 x 10-4
4.5 x 109 30 4.74 x 10-4

3. Lengkapkan jadual di bawah: (rujuk buku teks m/s 254,255)

Planet Ciri-ciri

Utarid  Paling dekat dengan Matahari

 Planet terkecil

 Permukaan berkawah seperti bulan

 Langit kelihatan gelap kerana ketiadaan atmosfera untuk menyerakkan

cahaya

Zuhrah  Dikenali sebagai planet rumah hijau – kandungan karbon dioksida tinggi

 Berputar pada arah bertentangan dengan planet lain.

 Suhu tertinggi

Bumi  Planet yang mempunyai hidupan

 Mempunyai lapisan atmosfera, air dan daratan

Marikh  Dikenali sebagai planet merah.

 Ada 2 bulan ; phobos dan demos

 Kawasan cerah (debu & pasir kemerahan), kawasan kutub (air beku &

karbon dioksida)

musytari  Planet terbesar

 Melindungi Bumi daripada objek besar kerana mampu

memesongkannya dengan daya graviti yang sangat kuat

Zuhal  Dikenali sebagai planet gergasi bergas

 Mempunyai sistem gelang / cecincin yang mengandungi ais, batu & debu

 Ada 62 bulan; Titan(bulan terbesar)

Uranus  Dikenali sebagai planet gergasi bergas

 Mempunyai sistem cecincin seperti Zuhal tetapi nipis & gelap

 Unik kerana paksi putarannya condong ke sisi, hampir selari dengan

orbit yang mengelilingi Matahari.

Neptun  Dikelaskan sebagai planet gergasi bergas

 Paling jauh dari Matahari.

 Mengambil masa hampir 165 tahun (waktu Bumi) untuk mengelilingi

Matahari.

4. Planet manakah yang paling dekat dengan Matahari? (rujuk buku teks m/s 253)
Utarid

5. Apakah hubungan antara suhu permukaan planet dengan jarak dari Matahari? (rujuk
buku teks m/s 258)
 Semakin jauh jarak antara planet dengan Matahari, semakin rendah suhu
permukaannya.

 Semakin dekat jarak planet dengan Matahari, semakin tinggi suhu
permukaannya.
**pilihan jawapan: jauh / dekat / tinggi / rendah

6. Berapakah tarikan graviti Bumi? (rujuk buku teks m/s 259)
9.8 ms-2

7. Apakah hubungan jarak planet dari Matahari dengan masa untuk memengelilingi
Matahari? (rujuk buku teks m/s 259)
 Semakin jauh sebuah planet dari Matahari, semakin banyak masa yang
diperlukan untuk mengelilingi Matahari dalam satu orbit.
 Planet paling laju = Utarid
 Planet paling perlahan = Neptun

8. (rujuk buku teks m/s 260)
 Semua planet berputar dari barat ke timur kecuali :
a) Zuhrah berputar dari timur ke barat.
b) Uranus berputar pada sisinya (atas ke bawah)

9. Apa akan berlaku sekiranya putaran Bumi berhenti berputar? Berputar secara
perlahan? (rujuk buku teks m/s 260)
 Waktu siang dan malam yang panjang di dua bahagian Bumi yang berbeza
 Pertambahan kawasan gurun pada bahagian Bumi yang menghadap Matahari
 Waktu berlaku pasang surut air berubah
 Suhu pada bahagian Bumi yang tidak disinari Mahatari akan menjadi sangat
dingin

10. Apakah satelit semula jadi bagi Bumi? (rujuk buku teks m/s 261)
Bulan.

11. Nyatakan ciri-ciri Bumi sebagai planet yang sesuai untuk hidupan: (rujuk buku teks
m/s 262)
 Mempunyai kandungan air yang banyak untuk keperluan hidupan
 Mempunyai kandungan oksigen yang tinggi untuk proses respirasi
 Mempunyai julat suhu yang sesuai, iaitu tidak terlalu panas / sejuk
 Mempunyai atmosfera yang menghalang sinar-sinar yang berbahaya sampai
ke Bumi
 Menerima cahaya Matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan
 Mempunyai tarikan graviti yang menarik objek di Bumi supaya tidak melayang
ke angkasa lepas

12. (rujuk buku teks m/s 263)
a) Apakah jejak ekologi?
Ukuran kemampuan air dan tanah menyediakan sumber yang diperlukan oleh
manusia (makanan, minuman, kediaman dan lain-lain) serta kemampuan Bumi
untuk menyerap semua bahan buangan manusia lalu menghasilkan semula
sumber sesudah mereka menggunakannya.

b) Nyatakan 6 ukuran nisbah jejak ekologi.
 Jejak karbon
 Kawasan binaan
 Hutan
 Kawasan pertanian
 Kawasan penternakan
 Kawasan perikanan

c) Apakah yang akan berlaku jika jejak ekologi melebihi kemampuan Bumi untuk
memperbaharui sumber?
Bumi akan kehabisan sumber

d) Apakah jejak ekologi setiap negara sama atau berbeza?
Berbeza


Click to View FlipBook Version