The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lianaaqilah00, 2021-09-09 07:32:33

BUKU LOG PENGAKAP

BUKU LOG PENGAKAP
MPU3062

Keywords: Pengakap,Buku Log,MPU3062

47

48

49

IKHTIAR HIDUP
50

51

52

53

MALAM KEBUDAYAAN & PERMAINAN PENGAKAP
APAKAH DIA “MALAM PENGAKAP‟ atau “MALAM KEBUDAYAAN PENGAKAP‟??

Malam Pengakap adalah nama bagi satu temasya yang dipersembahkan oleh kumpulan pengakap
untuk bersukaria sebagai menghilangkan kebosanan dan melupakan segala kerja yang telah dibuat
semasa berkhemah dll. Malam Pengakap mungkin ada perhubungan dengan seni budaya
Pengakap atau Kebudayaan Pengakap itu sendiri, sebagaimana yang dialami. Aturcara yang
dipersembahkan dalam Malam Pengakap itu adalah datangnya dari pengakap itu sendiri seperti
seni tari, seni lakon, nyanyian dll. Semua itu bercorakkan seni budaya pengakap. Untuk perhatian
bahawa setiap persembahan yang dibuat oleh pengakap tidaklah seperti persembahan yang
diadakan di atas pentas. Persembahan Malam Pengakap itu hanyalah apa yang terdaya oleh setiap
kumpulan pengakap itu sendiri

CAMPFIRE

Untuk makluman, Malam Pengakap berbeza sedikit corak dan aturcaranya dalam temasya
“Campfire‟.

a. “Campfire‟ menggunakan unggun api (iaitu unggun api yang dikelilingi oleh pengakap-
pengakap yang mengambil bahagian)

b. Malam Pengakap tidak menggunakan unggun api hanya menggunakan obor yang
dinyalakan di sekeliling kawasan Malam Pengakap

c. “Campfire‟ (Unggun Api) biasanya digunakan dalam temasya perkhemahan di hutan, di tepi
pantai dan sebagainya. Faedahnya untuk menerangi suasana perkhemahan dan
menjauhkan nyamuk serta binatang buas. Persembahannya mungkin ada persamaan
dengan Malam Pengakap.

PERSEMBAHAN MALAM PENGAKAP ATAU MALAM KEBUDAYAAN PENGAKAP

a. Mempunyai susunan aturcara

b. Mengadakan latihan dan menguji bakat

c. Seni tari, seni lakon dan menyanyi dikaitkan dalam kebudayaan

d. Penapisan (pilihan) untuk aturcara persembahan

Diingatkan bahawa disiplin diutamakan dalam temasya Malam Pengakap.

54

TUJUAN MENGADAKAN MALAM PENGAKAP
a. Untuk menghilangkan rasa bosan dan melupakan segala kerja di siang hari dalam
perkhemahan
b. Melatih diri berdisiplin, terutama mematuhi arahan dan perintah ketua-ketua dengan taat
setia
c. Mencungkil bakat seseorang pengakap
d. Melatih bekerjasama dan tolong menolong
e. Menghormati orang lain (baik pada kawan atau orang tua)
f. Melatih supaya menjauhi perasaan malu dan percaya pada diri sendiri
g. Malam Pengakap bukan untuk bermegah-megah, hanya untuk diri sendiri
h. Yang penting ialah mematuhi undang-undang pengakap dalam semua perkara

MENGAPA DIADAKAN MALAM PENGAKAP??
1-Sudah menjadi satu tradisi kegiatan dalam kumpulan pengakap :-

a. Menyambut sesuatu temasya yang ada hubungan dengan pengakap
b. Meraikan tetamu atau pelawat dalam satu perjumpaan pengakap
c. Jenis Malam Pengakap diadakan :-

i. Malam Pengakap (Malam Kebudayaan Pengakap)
Kumpulan
ii. Malam Pengakap Daerah
iii. Malam Pengakap Gabungan
iv. Malam Pengakap Negeri
v. Malam Pengakap di Jambori Pengakap
2-Memberi galakan secara langsung atau tidak langsung kepada Pengakap Kanak-kanak supaya
menyertai Malam Pengakap
Sebagai menggalak pengakap kanak-kanak. Ada baiknya mereka dibawa bersama menyertai
Malam Pengakap supaya mereka lebih awal mendapat latihan dan galakan sebagaimana abang-

55

abang mereka. Ini adalah kerana mereka juga akan menjadi dewasa. Diingatkan bahawa malam
pengakap tidaklah diutamakan kepada pengakap kanak-kanak secara langsung atau tidak
langsung. Tetapi ianya diadakan secara sederhana sahaja supaya mereka dapat mencontohi apa
yang abang-abang mereka buat dalam malam pengakap.

3-Perasaan ingin bersuka ria/gembira

Setiap AKELA (Pemimpin Pengakap Kanak-kanak) seharusnya mengambil perhatian terhadap
perasaan dan jiwa kanak-kanak. Ini adalah kerana mereka mempunyai perasaan semulajadi ingin
merasa gembira dan bersukaria dan ingin tahu sesuatu, maka berikanlah mereka suatu hiburan
tersendiri iaitu “Malam Pengakap Kanak-kanak”

MALAM PENGAKAP KANAK-KANAK

Kalau kumpulan pengakap ada Malam Pengakap, maka kumpulan pengakap kanak-kanak juga
boleh mengadakan satu temasya seumpama itu.

Semasa malam pengakap kanak-kanak, AKELA (pemimpin) mestilah berusaha dan
bertanggungjawab serta bijak untuk mengubah suai acara supaya seimbang dengan jiwa dan
peringkat umur serta kebolehan kanak-kanak.

PERBEZAAN PERSEMBAHAN

1 Acara nyanyian

Nyanyian bagi pengakap kanak-kanak haruslah bercorak kanak-kanak. Ianya senang, mudah
dinyanyikan dengan gembira serta bersemangat/perasaan.

2 Senitari

Tarian juga disesuaikan dengan cara yang mudah serta bercorak kanak-kanak.

3 Seni lakon

Cara berlakon juga diambil perhatian, supaya kanak-kanak itu benar-benar dapat melakonkan
dengan gaya semulajadi bagi kanak-kanak itu sendiri. Dalam tiga perkara tersebut, hendaklah
dilatih dengan sebaik-baiknya oleh pemimpin yang mengendalikan acara tersebut.

PERSEDIAAN UNTUK MALAM PENGAKAP KANAK-KANAK

Sebelum mengadakan sesuatu persembahan maka pemimpin (AKELA) yang bertanggungjawab
terlebih dahulu mengadakan mesyuarat bagi menyediakan beberapa perkara seperti berikut :-

a. Menentukan tempat mengadakan Malam Pengakap Kanak-kanak.

56

b. Membuat aturcara (Program) dan Juruacara sekali.
c. Membuat jemputan kepada kumpulan-kumpulan pengakap yang berdekatan.
d. Menentukan seorang yang dianggap berpengaruh di kawasan itu untuk merasmikan
Malam Pengakap Kanak-kanak.
e. Menjemput dua atau tiga orang kenamaan dan ibu bapa kanak-kanak,pesuruhjaya-
pesuruhjaya pengakap, pemimpin dll.
f. Menyediakan jawatankuasa persiapan, kerusi, obor, minuman dll :-

i. jamuan ringan untuk VIP
ii. jamuan untuk pengakap dll
Sebelum Malam Pengakap Kanak-kanak dimulakan, pastikan :-
a. Semua peserta yang mengambil bahagian bersedia di tempat masing-masing, senyap,
berdisiplin dan mendengar arahan ketua
b Tuan rumah hendaklah menyediakan tempat duduk para jemputan VIP
c. Memberi penghormatan kepada ketua pengakap atau wakilnya, wakil rakyat, Menteri /
Wakil Menteri apabila datang
d. Memberi tahu kepada orang yang merasmikan masa untuk dia menyampaikan ucapan
dan perasmian
e. Apabila ucapan perasmian telah selesai :-
i. memberi tepukan yang gemuruh
ii. diikuti dengan nyanyian pembukaan Malam Pengakap Kanak-kanak
iii. memulakan acara seberapa segera yang boleh
f. Tiap-tiap kumpulan diminta mengadakan YELL kepada kumpulan yang memberi
persembahan
g. Masa persembahan tidak lebih daripada 5 hingga 6 minit sahaja, kecuali lakonan dan
terian iaitu selama 7 minit
h. Tarian hendaklah sopan. Buatlah tarian yang baik dipandang orang

57

i. Alat penerang biasanya menggunakan unggun api. Ianya boleh digantikan dengan obor
yang diperbuat dari bambu yang dipacak ke tanah di sekeliling kawasan persembahan.
Boleh juga menggunakan lampu (letrik). Adalah diingatkan bahawa unggun api boleh
merosakkan kawasan. Oleh itu, ianya sesuai di kawasan pantai atau hutan.

Faedah unggun api :-

i. manjauhkan nyamuk dan agas

ii. memanaskan badan semasa sejuk

iii. menjauhkan binatang buas

iv. boleh dijadikan tempat memasak air atau memanggang ikan, roti dll

j. Pakaian seragam pengakap harus dipakai sebelum mengadakan sesuatu persembahan
dll

k. Jamuan ringan untuk VIP dan para jemputan hendaklah disediakan lebih awal.

l. Jaga kebersihan kawasan

m. Ketua-ketua kumpulan pengakap hendaklah bekerjasama menjaga dan mengemas
alat-alat yang telah digunakan dan juga memulangkan kerusi atau bangku yang telah
dipakai.

BAGAIMANA UNTUK MENYEDIAKAN KAWASAN MALAM PENGAKAP

a. Cari satu kawasan yang luas dan lapang, dan jauh dari tempat-tempat larangan seperti
balai polis, hospital, bomba dan tempat ibadat

b. Boleh juga meminjam Dewan Masyarakat dan Balairaya, tetapi hendaklah menjaga
keselamatan dan kebersihan

ATURCARA MALAM PENGAKAP KANAK-KANAK

a. Mesyuarat harus diadakan di antara kumpulan pengakap yang turut serta dalam
persembahan

b. Menyusun acara

c. Mengadakan penapisan awal sebelum dipersembahkan. Pilih seorang pengerusi khas
untuk menjaga persembahan tersebut

d. Semua persembahan harus dapat didengar dan dilihat oleh penonton

e. Masa persembahan hanya 2 jam sahaja

f. Adakan muzik sendiri dari kanak-kanak itu sendiri, kalau ada.

58

59

JALAN LASAK & PANDU ARAH
PENGENALAN

1. RASIONAL

PERSIAPAN AWAL

60

PERALATAN
PERALATAN PESERTA

61

PROSEDUR PENGENDALIAN AKTIVITI (SOP)
62

KOMPAS
63

64

GAMBAR CONTOH
65

KHIDMAT SUKARELAWAN
TUJUAN

Tujuan Umum
1. Kerja-kerja amal dan sukarelawan kepada masyarakat atau komuniti
2. Memupuk semangat gotong royong dan budaya kesukarelawan di kalangan beliau dan
generasi baru.
3. Menjalinkan hubungan dua hala yang baik dan mesra dengan pemimpin dan masyarakat
setempat
4. Merealisasikan tanggungjawab sosial syarikat-syarikat korporat yang terlibat kepada
masyarakat
Aktiviti sukarela yang dijalankan adalah seperti mengkaji keadaan di lokasi tema tersebut,
mengenal pasti masalah yang ada, memberi cadangan, membuat kerja penambahbaikan,
pembersihan, penceriaan, pengindahan dan lain-lain.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah;
1. Kejiranan
Perkhidmatan sukarela dilaksanakan untuk keluarga baru atau penduduk di kawasan perumahan,
kampung, kampung baru, lading, rumah panjang, rumah pangsa, rumah orang asli, FELDA dan
lain-lain.
2. Perkhidmatan sosial
Sumbangan kerja sukarela meliputi aspek kesihatan, pendidikan, kebajikan, perumahan dan
sebagainya dalam organisasi, institute, pertubuhan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan.
3. Alam sekitar
Membantu memelihara alam sekitar termasuklah hutan, sungai, kawasan pertanian, penternakan,
perindustrian, pantai dan sebagainya.

66

4. Kemudahan awam
Kerja sukarela dilakukan ke atas kemudahan awam yang disediakan seperti taman rekreasi,
pasar, stesen bas, keretapi, perpustakaan, lif, taman permainan, tandas awam, pondok telefon,
dewan orang ramai dan lain-lain.
5. Penempatan di agensi kerajaan
Mendedahkan tentang peranan agensi kerajaan untuk pembangunan negara dan peluang bagi
pelatih memberikan perkhidmatan sukarela bagi menjayakan misi agensi-agensi tersebut.

Dalam bidang pendidikan dan di Institut Pendidikan Guru
Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan.

▪ Menjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam
▪ Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah

Program khidmat Komuniti atau Khidmat Masyarakat bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
guru pelatih tentang ilmu kemasyarakatan di luar ruang lingkup Institut masing-masing. Program ini
merupakan sebahagian daripada keperluan kursus yang wajib diikuti oleh setiap pelajar.
Dalam sukatan pelajaran bagi GERKO unit beruniform semester 4, kesemua guru pelatih pada
semester ini wajib untuk menjalankan program khidmat komuniti bagi syarat wajib lulus. Ia bermula
dengan memberi cadangan, perancangan tarikh dan tempat, menghalusi serta membentangkan
cadangan program di hadapan pensyarah. Program ini merupakan satu platform kepada guru
pelatih untuk mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan jaringan interaksi sesama sendiri,
antara guru pelatih dan pensyarah, jabatan dan institusi serta dengan masyarakat luar selari
dengan kepentingan menguasai soft skills di kalangan guru pelatih.

Tujuan Pelaksanaan Khidmat Komuniti:
1. Mendedahkan peserta kepada amalan/protokol sebelum, semasa dan selepas program
dilaksanakan
2. Memupuk semangat sukarela di kalangan guru pelatih

67

3. Mewujudkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu sesuai dengan objektif umum
kursus.
4. Mengenal budaya dan cara hidup masyarakat terutamanya masyarakat yang tinggal di
pedalaman
5. Menyediakan forum perkongsian maklumat dan amalan terbaik dalam pengurusan pentadbiran
pendidikan.
6. Membincangkan cabaran dan peranan pemimpin dalam pembangunan modal insan di era
globalisasi
7. Merumuskan amalan terbaik dan mengemukakan strategi memperkasakan pembangunan
sistem pendidikan negara.
8. Memperkembangkan lagi pengalaman dan berkongsi idea baru
9. Perihatin terhadap insan lain yang kurang bernasib baik.

68

SIMPULAN & IKATAN
Ikatan dan simpulan dapat dibahagikan kepada beberapa penggunaannya seperti:
1.Mendaki
2.Kehidupan seharian
3.Memancing
4.Seni
5.Pengakap
6.Mencari dan Menyelamat
7.Bidang Perkapalan dan sebagainya.

simpulan

SIMPULAN BUKU SILA
Untuk sambung dua utas tali yang sama besar. Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut.
Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan,
mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.

TINDIH KASIH
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut.Ia juga digunakan untuk kerja-kerja
menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.
Sebenarnya,terdapat pelbagai jenis tindih kasih yang terdapat dalam silibus ikatan 7 simpulan tali,
tetapi adalah di antaranya yang paling asas, dan biasa dipelajari.

69

SIMPULAN BUNGA KETI
Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya.Digunakan
untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag break.

SIMPULAN PENGAIL
Untuk sambung dua utas tali yang halus, licin, dan sama besar seperti tali pancing.Ia digunakan
oleh nelayan untuk mengikat tali pukat dan jala.

SIMPULAN MANUK
Digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.Ia berfungsi sebagai permulaan
dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang
nombor lapan. Simpulan ini juga digunakan untuk membuat gajet(permulaan bagi pelbagai).

70

LILIT BALAK
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya mudah
ditarik. Permulaan kepada ikatan serong (lilit balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk
membuat gajet selain simpul manuk)

SIMPULAN ANGKA NOMBOR LAPAN
Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8 ini juga
merupakan salah satu daripada stopper knots.

SIMPULAN RAMA-RAMA
Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling aman, kuat, dan mudah terikat. Simpul
ini mudah terikat di tebgah sebuah tali apabila anda tidak memiliki tambatan akhir.Jika ikatkan
simpulan rama-rama ini di hujung tali, ikatkan sebuah stopper knot bebas. (contohnya simpulan
angka no.8) ke hujung tali untuk keamanan

71

SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara
begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal

SIMPUL ABAH-ABAH
Untuk membuat tanjul ditengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada dangan tujuan
untuk menarik sesuatu barang

SIMPUL KERUSI
Fungsinya adalah untuk menurunkan orang dari bangunan yang tinggi atau juram dengan
memasukkan tanjul yang kecil keliling dada dan tanjul yang besar keliling kaki atau pelipatan lutut.

72

SIMPULAN PENCURI
Digunakan untuk aktiviti mendaki@ turun bukit.

SIMPUL PULIH
Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan tali pada
bahagian yang reput,hendak putus atau rosak.

ikatan

IKATAN SERAYA
Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gajet,menara, tiang,
bendera dan lain-lain. Langkah pertama dimulakan dengan simpul manuk (cuba lihat gambar no.1).
kemudian lilit dengan kemas dan ketat ,akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk juga.

73

IKATAN SERONG/SILANG
untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang.

IKATAN SILANG GUNTING
Untuk menguatkan batang kayu yang lemah dan untuk menyambung dua batang kayu/buluh
untuk membuat kaki yang bersilang.

SILANG TUNGKU
Ikatan ini adalah digunakan untuk membuat jambatan,menara,gajet,dan menyambung kayu
dengan mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar.

74

ASAS KAWAD KAKI
75

76

77

78

79

80

81

82

83

ASAS PERTOLONGAN CEMAS
84

85

86

87

88

89

90

91

92

93

94

95

96


Click to View FlipBook Version