The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 795-19-maziatul, 2022-04-05 19:52:17

SENI BAHASA DAN SASTERA

KK DR ROS

PAKK1172

SENI BAHASA & SASTERA

NYANYIAN | LAKONAN | PUISI

NUR WARIDA
MAZIATUL AFWA
TENGKU NUR IDZNIE

SENI BAHASA

Perkataan “seni” dan “bahasa” turut dikaitkan dengan

perkataan “didik” dan “hibur”. Perkataan seni dikaitkan dengan

perkataan “didik” manakala perkataan “bahasa” mempunyai

perkaitan makna dengan perkataan “didik”. Murid dapat

menaakul isi pelajaran namun dalam masa yang sama, sesi

pembelajaran di jalankan dalam suasana menghiburkan dan

menyeronokkan.

Seni bahasa dapat membentuk kehidupan serta sifat-sifat peribadi
dalam diri kanak-kanak yang melibatkan perasaan, daya kreativiti,
persepsi, imaginasi dan estetika bagi pengembangan dan melahirkan

kanak-kanak yang cemerlang

ELEMEN

NYANYIAN

Nyanyian membawa maksud gubahan muzik yang dilagukan
dengan suara. Dalam nyanyian, guru perlu memahami unsur seni
dalam lagu supaya dapat mempraktikkannya ketika belajar.
Melalui nyanyian, guru akan memudahkan lagi proses
pembelajaran kerana melodi yang dialunkan akan membuatkan
kanak-kanak itu lebih mudah mengingati sesebuah perkataan
melalui bait bait lagu tersebut. Kanak-kanak akan lebih mudah
menyebut, memahami dan menghayati sesebuah perkara yang
ingin disampaikan apabila disertakan dengan muzik.

Contoh pembelajaran seni bahasa yang diajarkan menggunakan bahasa
berirama atau nyanyian. Dalam hal ini, pembelajaran aspek tatabahasa dapat
dilaksanakan dengan menggunakan konsep seni bahasa, iaitu menyanyikan lirik lagu
yang sesuai kepada kanak-kanak. Contoh lagu iaitu "Baju Saya Cantik"

Mari kita gembira
Baju bersih dan cantik
Semua segak bergaya
Menawan dan menarik
Sari doti ceongsam dan samfu
Sari doti ceongsam dan samfu
Kain lembut dan halus
Wangu jika dibasuh
Pakaian majlis rasmi
Semua orang memuji
Baju kurung melayu
Baju kurung melayu

Kosa kata yang terdiri daripada lebih dua

suku kata, seperti gembira, halus,cantik, basuh

dan wangi yang terdapat dalam lirik lagu

tersebut lebih mudah disebut dan difahami oleh

kanak-kanak apabila dipelajari secara

menyanyi dan bergembira.

Antara kelebihan nyanyian dalam pembelajaran ialah yang pertama sesi pembelajaran
akan menyeronokkan kerana terkandung unsur nyanyian dalam pembelajaran kanak-kanak. Di
samping itu juga, Ia akan dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan kanak-
kanak kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur seperti nyanyian ia
berkonsepkan santai dan berhibur. Setersunya, aktiviti seni bahasa ini amat berkait rapat
dengan kaedah didik hibur yang banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh
contohnya kanak-kanak dapat menyanyi sambil menari dengan bebas dan selamat. Akhir
sekali, menerusi aktiviti nyanyian ini, kanak-kanak boleh main peranan dengan menyertai aktiviti
tersebu tsambil berhibur. Paling penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping
penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan kanak-kanak terhadap pengajaran dan
pembelajaran.

ELEMEN

LAKONAN

Lakonan adalah aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan atau semua bentuk tingkah
laku manusia yang biasanya berlaku dan merangkumi segala kegiatan dalam kehidupan
manusia. Menurut Kamus Dewan (2000), lakonan adalah perihal memainkan sesuatu
drama,sandiwara dan sebagainya. Bagi membuat aktiviti lakonan ini, watak-watak tertentu
dipilih adalah bersifat fiksi dan dilakonkan di atas pentas atau layar filem untuk memberi
gambaran tentang keadaan sebenar atau menirucara, perbuatan dan segala bentuk kegiatan
yang terjadi dalam hidup masyarakat. Terdapat dua teknik lakonan yang boleh dilaksanakan
dalam bilik darjah iaitu teknik improvisasi dan teknik simulasi. Teknik improvisasi ialah lakonan
yang dilakukan secara spontan tanpa adanya skrip yang menceritakan tentang kejadian,
peristiwa atau sesuatu keadaan sebenar yang berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat
dan dialog atau idea akan tercetus dengan sendiri. Teknik improvisasi ini berperanan untuk
meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan melalui Teknik
improvisasi yang sesuai kepada kanak-kanak ialah improvisasi berdasarkan gambar dan
improvisasi berdasarkan bunyi.

Manakala bagi Teknik simulasi pula, Teknik ini terbahagi kepada dua iaitu Teknik main
peranan dan Teknik sosiodrama. Teknik main peranan ini adalah berdasarkan
sesuatu situasi atau masalah yang dilakonkan secara spontan tanpa bantuan skrip
lakonan. Seterusnya bagi Teknik sosiodrama pula, aktiviti ini dilakukan berdasarkan
sesuatu cerita yang memberi gambaran tentang situasi atau konflik tentang sesuatu
isu dengan menggunakan skrip yang telah disediakan. Aktiviti lakonan merupakan
strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar dan memberi lebih ruang kepada
pelajar untuk meneroka kemahiran bahasa. (Azani Ismailet. al, 2012) Hal ini demikian
bermaksud dengan melakukan aktiviti lakonan kepada kanak-kanak, mereka dapat
mengaplikasikan gaya, suara,intonasi dan sebutan dalam pertuturan dengan lebih
baik.

ELEMEN

PUISI

PUISI

Puisi adalah satu seni yang digambarkan dengan tulisan. Puisi ini terdiri daripada dua jenis
iaitu puisi moden dan tradisional. Kebiasaanya, puisi ini ditulis adalah untuk menunjukkan
perasaan penulis, kisah-kisah tauladan sejarah dan sebagainya. Puisi tradisional adalah
seperti pantun, syair, lagu kanak-kanak dan lagu rakyat. Manakala bagi puisi moden adalah
sajak.Kedua-dua puisi ini terikat dengan irama, rima serta penyusunan ayat atau bait. Puisi
tradisional adalah lebih menarik bagi kanak-kanak untuk meminati seni melayu. Contohnya
pantun, pantun boleh dijadikan sebagai satu pembelajaran secara didik hibur. Melalui pantun
kanak-kanak dapat menggunakan bahasa yang betul serta mengetahui cara menggunakan
intonasi yang betul . Oleh hal yang demikian kanak-kanak dapat menguasai tentang seni
bahasa yang terdapat dalam puisi tradisional melayu. Disamping itu, puisi juga tidak akan
lapuk serta akan digunakan dalam pembelajaran kanak-kanak pada masa akan datang.

CONTOH
PUISIApalah tanda batang putat,

Batang putat bersegi buahnya,

Apalah tanda orang beradat,

Oang beradat tinggi maruahnya.




Melalui pantun tersebut, ianya membawa maksud cara berbahasa seseorang itu adalah
cerminan diri sendiri. Seseorang yang bercakap secara sopan santun akan dianggap
sebagai berbudi bahasa. Disini kita dapat simpulkan dimana, kanak-kanak dapat
berseronok sambil mempelajari nilai murni yang terdapat dalam pantun. Oleh hal yang
demikian kanak-kanak dapat menguasai banyak kemahiran dan seni bahasa yang
terdapat dalam puisi tradisional melayu. Disamping itu, puisi juga tidak akan lapuk serta
akan digunakan dan dikekalkan dalam pembelajaran kanak-kanak pada masa akan
datang.

kesimpulan

Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa penerapan elemen-elemen nyanyian, lakonan
dan puisi bagi subjek seni bahasa dan sastera dalam Pendidikan awal kanak-kanak adalah
penting dan perlu dilaksanakan dalam bilik darjah kerana aktiviti-aktiviti yang berkait dengan
elemen tersebut akan dapat memberikan banyak kebaikan dan pendedahan kepada kanak-
kanak mengenai apa yang mereka belajar. Guru seharusnya mempersiapkan diri dengan
pelbagai kemahiran dan pengalaman supaya kanak-kanak dapat memahami dan
mengaplikasikan segala nilai-nilai murni yang mereka dapat daripada aktiviti tersebut dalam
kehidupan mereka. Pengalaman-pengalaman yang kanak-kenak perolehi daripada aktiviti
tersebut akan dapat membentuk dan mendorong kanak-kanak menjadi insan yang dapat
berfikir dengan lebih kreatif, kritis dan aktif dalam segala perkara pada masa hadapan kelak .

RUJUKAN

Azila . (2011, Julai 14) . Puisi Tradisional dan Moden 1 .
https://www.scribd.com/presentation/60015495/Puisi-Tradisional-Dan-Moden-1
Puisi Melayu Moden . (2019, Disember 05) . In Wikipedia .
https://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi_melayu_moden

Kartini, R. A., & Ali, A. H. (2021). Implikasi Elemen Sastera Melayu Terhadap
Perkembangan Kognitif Murid Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Di
Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 116-126.
Chicago

Zakaria, M. A., Ahmad, M. F., & Rahman, M. K. A. (2021). Pendidikan dan Seni Teater:
Penerokaan Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan (PPIK) Lakonan oleh Jurulatih Di
Sekolah Seni Malaysia. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 415-427.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version