Channel PA 900 STPM @CNM
TOPIK DASAR KERAJAAN CONTOH SOALAN STRUKTUR
BIL Soalan dan Cadangan Jawapan
1 Senaraikan tiga objektif Dasar Perbandaran Negara
(i) Membangunkan bandar yang terancang, berkualiti, progresif dan mampan
(ii) Membangun dan memperkukuhkan ekonomi bandar yang berdaya saing
(iii) Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pembangunan
sosial
(iv) Membasmi kemiskinan bandar
(v) Memantapkan institusi pentadbiran dan pengurusan bandar
2 Nyatakan tiga objektif Dasar Sukan Negara.
1. Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan
yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat
2. Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi
keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.
3. Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan
kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang dalam kalangan orang awam
4. Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan
peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara
dapat dipertingkatkan
3 Huraikan dua bidang yang diberi tumpuan dalam Dasar Sukan Negara.
1. Sukan Massa (Sukan untuk semua)
– Pengekalan dan peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan anggota
masyarakat.
2. Sukan untuk Kecemerlangan
– Sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat
Persekutuan Sukan Antarabangsa untuk menjulang nama Malaysia.
4 Nyatakan empat manfaat pelaksanaan Dasar Sukan Negara terhadap masyarakat.
1.Membina masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal, mental dan spiritual
2.Memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat dalam kalangan rakyat pelbagai
3.kaum @ keturunan @ status sosial
4.Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti semangat berdikari dan
5.berdisiplin
6.Mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang yang berfaedah
7.Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui industri
8.sukan, rekreasi dan pelancongan
Channel PA 900 STPM @CNM
5 Dasar Pandang ke Timur bertujuan untuk meningkatkan prestasi pengurusan dan
pembangunan di Malaysia. Berikan empat perubahan struktur yang dilaksanakan.
1. Kad perakam waktu (Punch card)
2. Penggunaan tanda nama
3. Penubuhan Pasukan meningkat mutu kerja
4. Konsep Pejabat terbuka
5. Perkhidmatan kaunter/perkhidmatan pembayaran bil setempat
6. Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja
6 Berikan empat matlamat Dasar Penswastaan
I. Meringankan beban kewangan kerajaan
II. Meningkatkan kecekapan, daya dan mutu pengeluaran
III. Mengagihkan sumber ekonomi dengan cekap
IV. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
V. Mempercepatkan pencapaian objektif mewujudkan golongan usahawan dan
peniaga Bumiputera
7 Nyatakan tiga tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan.
1. Mengurangkan bebanan kewangan kerajaan
2. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja
3. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kekesanan negara
4. Mengagihkan sumber dan kecekapan/ pembahagian sumber serta kecekapan
5. Mempercepatkan pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru
8 Nyatakan tiga jenis Rancangan Pembangunan Negara yang dilaksanakan
di Malaysia.
1.Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) / Pelan Rangka Perspektif (OPP)
2.Perancangan Jangka Sederhana / Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)
3.Perancangan Jangka Pendek / Bajet Tahunan
9 Huraikan dua pendekatan yang digunakan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga
(DPN3).
1.Pendekatan Perhutani
– Memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber termasuk tanah,
buruh dan bahan mentah.
2. Pendekatan Berasaskan Produk
– Memberi penekanan kepada keperluan /kehendak / citarasa pengguna serta pasaran
khusus di seluruh dunia
Channel PA 900 STPM @CNM
10 Jelaskan dua tujuan pendekatan strategik Dasar Pertanian Negara Ketiga
1. Mengoptimumkan penggunaan sumber/memaksimumkan – memulihara dan
menggunakan sumber asli secara mampan
2. Membangunkan secara bersama kegiatan perhutanan dan pertanian @
membangunkan kegiatan perhutani – membolehkan pengeluaran hasil pertanian
dan perhutanan dari tanah yang sesuai
3. Membentuk asas pengeluaran yang lebih luas – dapat memajukan teknologi
dalam sektor pertanian dan sumber-sumber pertanian
4. Memenuhi keperluan/cita rasa pengguna – penghasilan produk yang bermutu
dan bernilai tinggi
5. Meluaskan pasaran pertanian ke seluruh dunia – meningkatkan promosi dan
menjalankan perdagangan dengan Negara lain
6. Menggubal strategi pengeluaran pertanian huluan – meningkatkan pengeluaran
dan keupayaan pemasaran hasil pertanian huluan
7. Melengkapkan industri berasaskan pertanian – meningkatkan industri hiliran
berpotensi menjadi tumpuan pasaran
11 Terangkan dua usaha untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya
menjadi sektor yang moden, dinamik, dan kompetitif
1. Membangunkan kegiatan pertanian dan perhutanan secara bersama
- Hasil pertanian dikomersialkan secara perladangan
- Herba ditanam secara komersial
2. Menghasilkan produk pertanian berasaskan keperluan
- Penanaman Tongkat Ali
- Hasil daripada susu kambing
3. Memajukan penyelidikan dan pembangunan dalam sektor pertanian
- Bioteknologi
4. Memberi nilai komersial kepada produk pertanian
- Pertanian sebagai satu perniagaan
12 Sogoshosha atau syarikat perdagangan am adalah satu konsep yang
diperkenalkan di negara Jepun. Senaraikan dua objektif Sogoshosha Malaysia.
1.Menggalakkan eksport tradisional ke pasaran bukan tradisional
-Mencari pasaran baru
- Eksport barangan ke negara baru.
2.Menggalakkan eksport bukan tradisional
-Eksport barangan yang baru
-Inovasi terhadap barangan lama
3. Mengembangkan peluang-peluang antarabangsa
- Menggalakkan pelaburan secara usahasama utk keperluan pasaran dlm & luar negara
4. Menggalakkan pemindahan teknologi moden
-Menggalakkan pemindahan pengetahuan dan teknologi moden / baru dari luar negara
5.Menggalakkan eksport tak ketara Malaysia di luar negeri
- Menggalakkan eksport perkhidmatan ke luar negara spt perbankan,insurans dan
perubatan.
Channel PA 900 STPM @CNM
13 Nyatakan empat anjakan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025).
1.Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti antarabangsa
2. Memastikan setiap murid menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
5. Memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran
6. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
7. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan
8. Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian Kementerian
Pendidikan
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung
14 Nyatakan empat strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMK10) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju.
1. Mentransformasikan sistem penyampaian awam
2. Mentransformasikan ekonomi negara
3. Mensejahterakan hidup
4. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia
5. Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
15 Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) telah menggariskan lapan Inisiatif
Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model
Baru Ekonomi (MBE). Huraikan dua daripada lapan inisiatif tersebut.
1. Menyuburkan kembali sektor swasta
- Untuk menerajui pertumbuhan ekonomi
2. Membangun tenaga kerja yang berkualiti
- Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing
3. Mewujudkan ekonomi domestic yang berdaya saing.
- Mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
4. Memperkukuhkan sektor awam
- Melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (PTK)
5. Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran
- Berdasarkan merit dan keperluan
6. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan.
- infostruktur
7. Meningkatkan sumber pertumbuhan
- meneroka bidang baharu ekonomi
Channel PA 900 STPM @CNM
16 Berikan empat langkah strategik mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya
saing berasaskan Model Ekonomi Baru
1. Menyuburkan sektor swasta/menggalak atau membangun sektor swasta
2. Membangun tenaga kerja berkualiti/tenaga mahir
3. Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing
4. Mewujudkan ekonomi domestic yang berdaya saing
5. Mengukuhkan sektor awam
6. Melaksanakan tindakan alternatif yang telus dan mesra pasaran
7. Membina infrastruktur berasaskan pengetahuan
8. Meningkatkan sumber pertumbuhan
9. Memastikan pertumbuhan berterusan/mapan
17 Dasar Jaminan Bekalan Makanan adalah untuk menangani kekurangan bekalan
makanan yang salah satunya disebabkan bencana alam. Nyatakan tiga strategi
untuk mencapai dasar ini.
1. mewujudkan stok penimbal beras
2. meningkatkan pengeluaran dan produktiviti tanaman dan ternakan
3. memberi insentif pengeluaran kepada pengusaha bahan-bahan asas pertanian
4. mengukuhkan pasaran dan pengagihan hasil pertanian
5. melaksanakan Program Bumi Hijau
6. membangunkan tanah dan kolam terbiar
18 Nyatakan empat daripada enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
1. Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan
2. Mengurangkan kadar jenayah
3. Memerangi rasuah
4. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
5. Menambah baik pengangkutan awam
6. Mempertingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
19 Nyatakan tiga kesan pelaksanaan Dasar Automatif Negara.
1. Peningkatan daya saing industri automatif negara
2. Kewujudan Malaysia sebagai ‘hab serantau’ bagi industri kereta
3. Peningkatan kualiti kereta nasional
4. Peningkatan kemahiran keusahawanan industri kereta
20 Terangkan dua faedah yang dinikmati oleh rakyat kesan daripada pelaksanaan
Dasar Persyarikatan Malaysia
1.menerima perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti
-amalan swasta diterapkan dalam sektor awam
2. mendapat faedah daripada tanggung jawab sosial korporat
-kemudahan pembiayaan dalam aktiviti sukan
-kedai buku menawarkan diskaun bagi pembelian buku
Channel PA 900 STPM @CNM
-sekolah pengamahan
-baucer tuisyen kepada pelajar
3. meningkatkan kualiti hidup rakyat
-membantu menyediakan prasarana-kemudahan -menyumbang kepada pembinaan dan
kemudahan sekolah
21 Terangkan dua sumbangan Dasar Wanita Negara dalam memajukan wanita di
negara ini.
1. Melibatkan wanita dalam semua aspek pembangunan negara
- Dari segi sumbangan dan faedah
2. Mengelakkan berlakunya diskriminasi dalam semua situasi
- Dari segi perjawatan, gender tidak diambil kira
3. Meningkatkan sumbangan wanita dalam membuat keputusan
- Penglibatan dalam jawatan-jawatan strategik
22 Namakan dua Rancangan Malaysia yang terdapat dalam tempoh pelaksanaan
Dasar Wawasan Negara (DWN).
1. Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005
2. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010
23 Berikan dua dimensi baru yang diperkenalkan dalam Dasar Wawasan Negara
(DWN).
1. Membangunkan masyarakat Malaysia berasaskan pengetahuan
2. Menjana pertumbuhan berdasarkan sumber dan kekuatan tempatan
3. Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik
4. Membasmi kemiskinan, dan meningkatkan kualiti hidup kelompok kecil miskin di
bandar dan pedalaman
5. Mencapai sasaran penyertaan Bumiputera dan pemilikan ekuiti
sekurang-kurangnya 30%
24 Jelaskan dua manfaat yang diperoleh oleh rakyat melalui pelaksanaan Dasar
Sosial Negara.
1. Mendapatkan keperluan asas
- Bekalan air, Elektrik, Rumah
2. Peluang untuk membangunkan potensi dan keperluan diri
- Peluang latihan
- pendidikan
3. Menikmati keperluan/khidmat keperluan sosial
- Rumah orang tua/anak yatim
- Pusat Pemulihan Penagih Dadah
25 Berikan empat cara Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat menyatupadukan
Channel PA 900 STPM @CNM
rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
1. Mengamalkan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
2. Saling menghormati kepelbagaian budaya
3. Sanggup menerima perbezaan pendapat/pandangan/buah fikiran
4. Berkongsi bersama satu gaya hidup/berkongsi satu gaya hidup
5. Mengamalkan nilai murni yang menjamin perpaduan
26 Jelaskan dua prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal – budaya penduduk asal rantau ini
dijadikan sebagai panduan dalam kebudayaan kebangsaan
2. Menerima unsur kebudayaan lain – penerimaan dan penyerapan budaya lain
yang sesuai dan tidak bercanggah dengan perlembagaan serta prinsip-prinsip
Rukun Negara.
3. Islam sebagai unsur penting – Islam menjadi asas dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan
27 Nyatakan tiga rasional peggubalan Dasar Pendidikan Negara.
1. Keperluan pembangunan Negara
2. Identiti kebangsaan
3. Perpaduan
28 Nyatakan tiga amalan Dasar Bersih, Cekap, dan Amanah dalam tugas harian
1. Menjaga kualiti kerja
2. sikap berkecuali
3. mempunyai nilai moral yang tinggi
4. tidak cemburu atau dengki
5. mengelakkan pembaziran
6. tidak pecah amanah
7. mengelak mengambil rasuah
8. telus
9. berintegriti
10. menepati masa
11. ikhlas
12. jujur