The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sytu22, 2021-04-13 00:31:59

MODUL TEKNIK ESEI 2020 (2)

MODUL TEKNIK ESEI 2020 (2)

1 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020

PENULISAN ESEI STPM

BAHAGIAN C (ESEI)
TULIS 2 KARANGAN = 50 MARKAH (25 MARKAH/ESEI)
Prapenulisan.

1. Memilih soalan/tajuk – penting – Masa 2 minit.
a. Baca setiap soalan dengan teliti
b. Pilih soalan yang sesuai dan mudah/senang
c. Dapat mengemukakan sekurang-kurangnya 5 isi
d. Esei yang pernah diajar/dibuat
e. Pemahaman, pengetahuan dan keupayaan pelajar untuk mengembangkan isi

2. Menganalisis soalan/Tajuk – 2 minit
a. Bentuk soalan – tertutup atau terbuka
b. Mengenalpasti isu/tema soalan
i. Apa isu/tema – konsep, istilah dan sebagainya seperti jenayah, vandelisme,
biodiversiti, aeroangkasa, dan sebagainya.
c. Mengenalpasti kata kunci soalan/ Fokus Soalan.
i. Skema/kombinasi Jawapan atau kehendak tugasan/soalan
1. Satu kata kunci
2. Dua kata kunci
ii. Bandingan ( 2 isu bandingan)

3. Skop isu – lokaliti tempatan (masyarakat/negara-P1/2 /antarabangsa -P3)
4. Merangka Isi karangan – 3 minit

a. Kepentingannya:
i. Mengelakkan kebuntuan/ keputusan idea semasa menulis
ii. Penyusunan isi mengikut keutamaan

iii. Mengelakkan pengulangan isi
iv. Dapat mencari contoh dengan segera supaya tidak terlupa
5. Penulisan lengkap – 30 minit
6. Semak bahasa dan struktur ayat – 3 minit

Masa penuh penulisan karangan = 40 minit

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

2 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020

MENGANALISIS SOALAN DAN MENGENAL PASTI
ARAHAN (KATA KUNCI) DAN ISU

KONSEP ASAS

1. Setiap karangan mesti mempunyai pendahuluan dan kesimpulan tetapi buat secara ringkas.
Pendahuluan dan kesimpulan karangan tidak menyumbangkan markah secara langsung, namun
demikian karangan yang tidak mempunyai pendahuluan atau kesimpulan markah impak akan
dipotong.

2. Karangan dibuat tidak melebihi 400 patah perkataan walaupun dalam arahan hanya dinyatakan 300
patah hingga 350 patah perkataan.

3. Karangan yang melebihi jumlah tersebut, bakinya tidak akan dinilai dan secara automatik karangan
tersebut tidak mempunyai kesimpulan. Akibatnya markah impak akan dipotong. Namun dibimbangi
karangan yang tidak dibaca tadi mempunyai idea dan hujahan yang lengkap dan keadaan ini akan
merugikan calon.

4. Setiap karangan perlu di jawab dalam tempoh 30 hingga 35 minit. Dan 5 minit lagi untuk
penyemakan.

5. Calon tidak dibenarkan mengulang idea dan huraian.

IDEA /ISI = 2 markah
HUJAHAN/ HURAIAN 1 = 1 markah

HUJAHAN/ HURAIAN 2 = 1 markah

Jumlah = 4 markah X 5 idea/perenggan = 20 markah
+ Impak (pendahuluan/kesimpulan/keseluruhan) = 1 markah

+ Bahasa = 4 markah
--------------------

25 markah

6. Karangan pengajian Am amat mementingkan maklumat bukannya bahasa. Walaupun bahasa calon
amat baik tetapi jika semua idea tidak relevan (TR), maka karangan tersebut dianggap menyeleweng.
Namun jika karangan mempunyai bahasa yang buruk tetapi masih boleh difahami, markah idea dan
hujahan , masih boleh diperoleh tetapi hanya markah bahasa sahaja yang rendah.

7. Idea minima ialah 5 idea dan maksima tidak ditentukan (walaubagaimanapun pelajar
disarankan tidak meulis lebih daripada 6 idea). Namun jika idea diberi melebihi 5 idea, maka idea
yang menyumbangkan markah hujahan terbaik akan dipilih.(tertakluk kepada perubahan dalam
soalan yang diberikan oleh MPM dari semasa ke semasa)

Pernyataan perlu dianalisis untuk mengenalpasti kehendak soalan:-

A) Isu - apakah isu yang diutarakan dalam soalan. kegagalan memahami isu soalan akan
menyebabkan karangan calon lari daripada tajuk soalan.

B) Fokus Soalan - merujuk kepada perkara yang ditanya dalam soalan sama ada satu fokus
atau dua fokus.

C) Skema - asas skema hanya ada 2 iaitu 5+0 dan 3A+2B@2A+3B. Skema 5+0 bermakna
hanya ada satu fokus soalan dan skema 3A+2B@2A+3B bermakna ada dua fokus soalan.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

3 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020

KAEDAH MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN KARANGAN

1 KARANGAN 1 ALIRAN

1.0 Karangan satu aliran terbuka (5 + 0) = soalan direct/gunakan idea yang besar.

Contoh soalan:

Golongan Orang Kurang Upaya sering dipinggirkan dalam pelbagai aspek (AYAT 1).
Huraikan faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan ini? (AYAT 2)

Analisa
Ayat pertama sebagai penyataan sementara ayat kedua ialah kehendak soalan.

Isu – Golongan Orang Kurang Upaya
Fokus Soalan (FS) – Faktor
Skema Jawapan : ( 5 idea faktor ( 5 + 0 )

Contoh idea : Sikap negatif Orang Kurang Upaya itu sendiri.
Sikap masyarakat yang tidak perihatin

1.1 Karangan 1 aliran tertutup (5 + 0)= gunakan idea yang kecil

Contoh soalan:

Sikap negatif Orang Kurang Upaya itu sendiri menjadi penentu mereka sering dipinggirkan
dalam pelbagai aspek. Ulaskan penyataan ini.

Analisa
Calon hendaklah memikirkan 5 sikap negatif Orang Kurang Upaya yang menyebabkan mereka
dipinggirkan.

Isu – Orang Kurang Upaya
Fokus Soalan (FS) – Sikap negatif OKU
Skema Jawapan: ( 5 idea sikap negatif OKU- (5 + 0)

Contoh idea : Sikap tidak yakin kepada diri sendiri, sikap malu, sikap
memencilkan diri, sikap merendah diri

1.2 Karangan satu aliran dengan 1 idea percuma (1+4)

Contoh soalan:

Sikap merendah diri golongan Orang Kurang Upaya (IDEA 1 DIBERI) menjadi faktor mereka
dipinggirkan, namun masih terdapat faktor-faktor (IDEA 2,3,4,5) yang lain. Bincangkan.

Analisa
Calon dikehendaki mengambil faktor yang diberi dalam soalan dan memikirkan 4 lagi faktor yang lain.

Isu – Orang Kurang Upaya
Fokus Soalan (FS) – Faktor-faktor OKU dipinggirkan
Skema Jawapan : ( 1 idea diberi + 4 idea lain ( 1 + 4)

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

4 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020

1.3 Karangan 1 aliran yang menggunakan pernyataan bukan hanya atau bukan sahaja
( 1 + 4)

Contoh soalan:
Karenah birokrasi institusi kewangan (idea 1) bukan sahaja/ bukan hanya menjadi faktor
peminjam menggunakan perkhidmatan along, namun terdapat faktor lain (idea 2,3,4,5) yang
menyebabkan wujudnya masalah tersebut.
Ulaskan penyataan ini.

Analisa
Calon dikehendaki mengambil idea dalam soalan dan memikirkan 4 idea lain.

Isu – Perkhidmatan Along
Fokus Soalan (FS) – Faktor pemijam menggunakan perkhidmatan Along
Skema Jawapan: ( 1 idea faktor telah diberi + 4 faktor lain( 1 + 4)

Contoh idea – Karenah birokrasi institusi kewangan (idea wajib tulis)
Mudah mendapat pinjaman/ prosedur yang mudah

1.4 Karangan 1 aliran yang menafikan idea pertama dengan perkataan bukan dan diikuti
arahan seterusnya (5+0)

Contoh soalan:

Promosi yang meluas bukan faktor pengguna menggunakan sesuatu perkhidmatan namun
terdapat faktor lain yang mewujudkan keadaan tersebut. Bincangkan

Analisa
Calon tidak boleh mengambil idea yang diberi dalam soalan kerana idea tersebut telah dinafikan. Oleh
itu, calon mesti memikirkan kelima-lima idea lain yang sesuai.

Isu – Penggunaan Perkhidmatan
Fokus Soalan (FS) – faktor penguna menggunakan sesuatu perkhdimatan.
Skema Jawapan : ( 5 idea faktor ( 5 + 0) – tapi idea yang diberi dalam soalan tidak boleh di
gunakan.

2.0 Karangan 2 aliran

2.1 Soalan 2 aliran yang mempunyai satu isu tetapi mempunyai dua kata kunci (3 + 2)

Contoh soalan:

Penggunaan teknologi pengklonan secara beretika akan membawa kebaikan, namun,
pengaplikasian secara tidak bermoral akan membawa bencana. Bincangkan

Analisa
Soalan ini mempunyai satu isu iaitu pengklonan tetapi terdapat dua kata kunci soalan iaitu kebaikan
dan keburukannya. Calon mesti memberi idea 3 + 2/ 2 + 3.

Isu – Teknologi Pengklonan
Fokus Soalan (FS) – Kebaikan + keburukannya (bawa bencana)
Skema Jawapan: 2 atau 3 idea kebaikan + 3 atau 2 idea keburukan ( 3+2 / 2 + 3)

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

5 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020

2.2 Soalan 2 aliran yang mempunyai dua isu tetapi mempunyai satu kata kunci ( 3 + 2)
Contoh soalan:
Penggunaan baja kimia dalam pertanian membawa kebaikan namun penggunaan baja asli juga
tidak dinafikan manafaatnya.
Analisa
Soalan ini mempunyai dua isu iaitu baja kimia dan baja asli tetapi mempunyai satu kata kunci iaitu
kebaikan. Oleh itu, calon mesti memberi 3 kebaikan baja kimia dan dua kebaikan baja asli.
Isu – Baja kimia dan baja asli dalam pertanian
Fokus Soalan (FS) – Kebaikan
Skema Jawapan : 3 atau 2 kebaikan baja kimia dan 2 atau 3 kebaikan baja asli ( 3 + 2/ 2 + 3)

3.0 Soalan perbandingan ( 5 + 0)

Contoh soalan :
Perkembangan Pertanian moden amat pantas namun pertanian tradisional masih menjadi
pilihan rakyat di luar bandar. Bincangkan perbezaan antara kedua-duanya.
Analisa
Calon perlu memikirkan elemen yang sama sebelum membuat perbezaan antara kedua-duanya.
Sebagai contoh elemen penggunaan alat dan perbezaannya ialah pertanian moden menggunakan alat
jentera tetapi pertanian tradisional menggunakan haiwan. Calon tidak perlu menulis persamaan
antara kedua-dua jenis pertanian ini.

4.0 Soalan rasional

Contoh soalan:
Pihak kerajaan telah melanjutkan usia persaraan kakitangan kerajaan menjadi 58 tahun.
Bincangkan rasional kerajaan bertindak demikian.
Analisa
Rasional dan matlamat amat berbeza dan bercanggahan antara satu sama lain. Matlamat berkisar
kepada kesan perkara tersebut dilaksanakan tetapi rasional berkisar kepada mengapa perkara
tersebut dilaksanakan.

Contoh idea:
Matlamat – dapat memberi peluang kepada kakitangan awam rendah menanggung kos
perbelanjaan keluarga yang masih besar.
Rasional – kerana ramai penjawat awam yang susah selepas bersara disebabkan masih
menanggung kos perbelanjaan keluarga.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

6 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020
LATIHAN 1 : MENGENALPASTI KEHENDAK SOALAN

Bil Esei Kehendak Soalan

1 S20- Penetapan gaji minimum dalam sesuatu bidang ISU:
pekerjaan perlu dilakukan untuk memastikan golongan
pekerja di negara ini memperoleh pendapatan yang FS:

berpadanan dengan pekerjaan yang mereka lakukan.
Bincangkan kebaikan pelaksanaan penetapan gaji
minimum tersebut. SKEMA:

2 S21- Warisan budaya yang dimiliki oleh sesebuah ISU:
masyarakat mempunyai kepentingan nya yang tersendiri.
Oleh itu, langkah-langkah bagi memastikan warisan FS:

budaya masyarakat tersebut terus wujud perlu diambil.

Bincangkan. SKEMA:

3 S22- Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai ISU:
jenis barangan kraftangan. Usaha perlu dijalankan untuk
menjadikan industri kraftangan ini sebagai satu industri FS:

berskala besar yang mampu memberikan sumbangan
kepada ekonomi negara. Bincangkan.
SKEMA:

4 S20- Selain daripada menguruskan pentadbiran Negara, ISU:

kerajaan juga mempunyai tanggungjawab yang lain. FS:
Bincangkan

SKEMA:

5 S21- Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk ISU:

memperkasa pertahanan Negara bagi memastikan FS:
kedaulatan Negara kita terpelihara, namun terdapat

pelbagai halangan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Ulaskan SKEMA:

6 S22- Laman web rangkaian sosial seperti Facebook, ISU:

Friendster, My Space dan Twitter telah menyerap dengan FS:
pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Namun begitu,
ada pihak yang mencadangkan laman web ini diharamkan

penggunaannya. Bincangkan SKEMA:

7 S20- Gejala rasuah telah menjadi “duri dalam daging” ISU:
sehingga mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat
dan negara. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil bagi FS:

mengawal gejala ini daripada berleluasa. Bincangkan.

SKEMA:

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

7 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020

8 S21- Selain dari aspek pemisahan fizikal, terdapat faktor- ISU:
faktor lain yang menghalang pengintegrasian dan
perpaduan kaum di negara ini. Ulaskan penyataan ini. FS:

SKEMA:

9 S22 - Penghijrahan modal insan Malaysia yang mempunyai ISU:
kemahiran dan pengetahuan tinggi (brain drain) ke negara
lain terus berlaku. Fenomena ini jika dibiarkan berterusan FS:

akan menjejaskan ekonomi negara. Bincangkan.

SKEMA:

10 S20- Kecemerlangan tadbir urus dalam perkhidmatan ISU:

awam menuntut ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti. FS:
Huraikan.

SKEMA:

11 S21- Kebelakangan ini, generasi muda yang merupakan ISU:

benteng pertahanan negara pada masa depan dikatakan FS:
kurang mempunyai semangat patriotik terhadap negara.

Usaha-usaha perlu dilakukan bagi menyuburkan semangat

patriotik dalam kalangan mereka. Ulaskan SKEMA:

12 S22- Teknologi Satelit membawa pelbagai manfaat kepada ISU:

Malaysia, namun kesan negatif di sebaliknya tidak boleh FS:
diketepikan. Bincangkan

SKEMA:

13 S20- Tadbir Urus baik memerlukan kecekapan pegawai ISU:
awam. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi
meningkatkan kualiti pegawai perkhidmatan awam. FS:

Huraikan.

SKEMA:

14 S21- Kebelakangan ini, segelintir golongan muda didapati ISU:
lebih mengutamakan budaya hedonisme (berseronok).
Langkah tertentu perlu dilakukan untuk memastikan FS:

golongan ini tidak melupakan budaya tempatan. Jelaskan.

SKEMA:

15 S22- Perpaduan kaum memainkan peranan yang penting ISU:

untuk menjamin keamanan negara. Lantaran itu, kerajaan FS:
hendaklah melaksanakan pelbagai langkah untuk

menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara
ini. Jelaskan.
SKEMA:

16 S20- Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah ISU:

berlaku. Oleh itu, langkah-langkah tertentu perlu dilakukan FS:
untuk mengawal gejala ini daripada terus berkembang.

Huraikan

SKEMA:

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

8 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020

17 S21-Terdapat pelbagai ancaman yang boleh mengugat ISU:
keselamatan dan kedaulatan Malaysia. Jelaskan.
FS:

SKEMA:

18 S22-Sistem persekolahan mampu memupuk perpaduan ISU:
kaum di negara ini. Namun demikian, peranan pelbagai
pihak lain tidak boleh diketepikan. Jelaskan. FS:

SKEMA:

19 S20- Karenah birokrasi dalam perkhidmatan awam boleh ISU:

menjejaskan imej perkhidmatan awam. Oleh itu, pelbagai FS:
langkah perlu diambil untuk menanganinya. Huraikan.

SKEMA:

20 S21- Malaysia sebuah negara yang aman dan damai, namun ISU:

tidak terlepas daripada menghadapi ancaman jenayah FS:
yang perlu diatasi segera. Huraikan.

SKEMA:

21 S22- Teknologi Hijau penting untuk diberi penekanan ISU:

dalam pembangunan negara dan pelbagai langkah FS:
dilaksanakan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara
yang mengamalkan teknologi tersebut. Huraikan.

SKEMA:

22 S20-Demonstrasi bukanlah satu-satunya cara untuk ISU:
menyuarakan ketidakpuasan dan pandangan rakyat
kepada pihak berkuasa. Huraikan. FS:

SKEMA:

23 S21- Perpaduan adalah penting untuk keharmonian dan ISU:
kestabilan negara. Pelbagai langkah telah dilaksanakan
untuk mengukuhkannya. Jelaskan. FS:

SKEMA:

24 S22- Teknologi digital yang berkembang pesat pada masa ISU:

ini memberikan kesan kepada sistem politik sesebuah FS:
negara. Jelaskan.

SKEMA:

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

9 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020
CONTOH PENANDA WACANA DALAM KARANGAN

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

10 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020

Menulis Perenggan
Pendahuluan

MENGEMBANGKAN IDEA PERENGGAN PENDAHULUAN:-

Latihan 1 – Perenggan Pendahuluan

Soalan:
Kedaulatan dan kemerdekaan negara bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Oleh itu, setiap
warganegara Malaysia hendaklah berusaha untuk mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan
tersebut. Huraikan.

 2 hingga 3 ayat
 Lebih kurang 30-35 patah perkataan

Ayat 1 : Penyataan Soalan Kedaulatan dan kemerdekaan negara perlulah dikekalkan oleh
(Ayat 1 dalam soalan) generasi akan datang.

Ayat 2- kata kunci Usaha memelihara kedaulatan dan kemerdekaan negara
(Nyatakan fokus soalan – kata merupakan tanggungjawab yang perlu dilakukan secara bersama oleh

kunci dalam ayat terakhir soalan) setiap warganegara Malaysia.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

11 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020

Perenggan Isi Karangan

NOTA:

1) Dalam karangan pengajian am, calon perlu memberikan 5 idea utama (5 markah) dan setiap idea
diiringi dengan 3 idea sampingan berbentuk huraian, huraian lanjutan, contoh atau ulasan atau
penegasan idea.

2) Idea utama perlu diasingkan kerana markah hanya diberikan jika idea utama betul. Idea utama yang
salah tidak akan diberikan markah huraian walaupun huraian betul. (idea utama wajib diletakkan
dalam ayat pertama dalam setiap perenggan)

3) Idea utama yang salah dianggap tidak relevan (TR) kerana tidak menjawab kehendak soalan.

4) Idea sampingan atau Huraian idea ini perlulah jelas dan tidak boleh dipertikaikan penyataannya.

5) Huraian yang tidak jelas (TJ) tidak diberikan markah huraian.

6) Perenggan isi karangan seelok-eloknya terdiri daripada beberapa ayat yang terdiri daripada:

Ayat 1- Idea utama APA Isi yang hendak diperkatakan.

Ayat 2-Huraian Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas.
Ditulis pada permulaan ayat (Ayat 1)

Huraian Ayat 1 – (Gunakan teknik 4W1H )–
Apa/Siapa/Bagaimana/Bila/Mengapa

 (MENGAPA- tentang isi)
 (BAGAIMANA – isi tersebut berlaku atau terjadi)
 (KENAPA – berkaitan keterangan isi selanjutnya )

Ayat 3-Huraian Huraian lanjutan/ kesan
Lanjutan SEBAB DAN AKIBAT- Jika Berlaku----Jika tidak…….Kesannya……

Ayat 4- Contoh Contoh/ fakta/bukti.

AYAT CONTOH- perlunya pelajar banyak membaca untuk mengaitkan isi
dengan contoh semasa (kematangan)

7) Terdiri daripada 3 hingga 4 ayat
8) Ayat-ayat yang digunakan dalam perenggan isi biarlah terdiri daripada ayat majmuk dan gunakan

penanda wacana di tempat yang sesuai.
9) Bilangan patah perkataan anggarannya 70 patah perkataan satu perenggan.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

12 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020

TEKNIK HURAIAN IDEA

HUJAHAN BERPAKSIKAN CONTOH

Contoh soalan:
Kepentingan Kajian dan Penyelidikan (R & D) dalam bidang pertanian.

Contoh idea: dapat menghasilkan peralatan moden

Ulasan
Idea peralatan moden berpaksikan contoh kerana terdapat banyak peralatan moden hasil kajian
dan penyelidikan. Oleh itu calon perlu mencari 3 contoh peralatan moden dan mengenal pasti
kesan penggunaan peralatan tersebut (menggunakan ayat majmuk)

Contoh hujahan

Penyelidikan dan Pembangunan (PdP) dalam bidang pertanian berupaya menghasilkan
pelbagai peralatan moden (IDEA). (CONTOH PERALATAN 1) Sebagai contoh, alatan moden
yang berorientasikan automasi yang mampu meningkatkan hasil pertanian (kesan
penggunaan) telah dicipta hasil daripada penyelidikan dan pembangunan . (CONTOH
PERALATAN 2) Selain itu, penyelidikan dan pembangunan juga dapat menghasilkan alatan
moden seperti peralatan berjentera. Penggunaan jentera akan mempercepatkan tugasan
(kesan penggunaan). (CONTOH PERALATAN 3) Malahan, kajian dan penyelidikan juga
menghasilkan alatan yang berorientasikan pelbagai guna yang dapat menjimatkan kos kerana
alat ini boleh membuat beberapa tugasan dalam satu-satu masa (kesan penggunaan).

Ayat 1 Idea Utama 2 markah
Ayat 2 Huraian Contoh + kesan (ayat majmuk) 2 markah
Ayat 3 Huraian Contoh + kesan (ayat majmuk)
Ayat 4 Huraian contoh + kesan (ayat majmuk)

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

13 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020

HUJAHAN BERPAKSIKAN PROSES

Contoh soalan :
Kepentingan sistem telekomunikasi.

Contoh idea : dapat merapatkan hubungan sesama manusia.

Ulasan
Idea merapatkan hubungan tidak mempunyai contoh secara langsung. Oleh itu idea ini
berpaksikan proses/huraian. Calon perlu memikirkan 3 proses berdasarkan idea.

Contoh hujahan

(IDEA) Sistem komunikasi berupaya merapatkan hubungan sesama manusia. (PROSES 1)
Seseorang yang berada berjauhan boleh menggunakan sistem komunikasi untuk bertanyakan
khabar. (PROSES 2) Hubungan komunikasi yang kerap akan menyebabkan mereka tidak
melupai antara satu sama lain malah sering mengigati walaupun jarang bersua muka.
(contoh) Sebagai contoh, hubungan antara ibu dan anak akan sentiasa erat walaupun mereka
berdua berada berjauhan antara satu sama lain.

Ayat 1 Idea Utama
Ayat 2 Huraian proses
Ayat 3 Huraian proses
Ayat 4 Huraian Contoh.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

14 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020

Latihan 1 – PERENGGAN ISI 1
Soalan: Kedaulatan dan kemerdekaan negara bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Oleh itu, setiap
warganegara Malaysia hendaklah berusaha untuk mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan tersebut.
Huraikan.

Ayat 1 : IDEA Antara usaha setiap warganegara Malaysia untuk mengekalkan
kedaulatan dan kemerdekaan negara adalah dengan menjadi
warganegara yang cinta akan negara.

Ayat 2- Huraian 1 Hal ini demikian kerana warganegara yang cinta akan negara

(Huraian Ayat 1) – akan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan
Apa/Siapa/Bagaimana/Bila/Mengapa maruah dan kemerdekaan negara.

Ayat 3- Huraian 2 Warganegara yang setia akan negara juga akan bersifat setia,
sayang dan cinta akan negara tanpa berbelah bahagi.
Ayat 4 – Huraian 3 /Bukti
(Beri contoh yang berkaitan isi) Misalnya, mentaati raja dan pemimpin serta tidak menghianati
negara.

Latihan 1 – PERENGGAN ISI 2
Soalan: Kedaulatan dan kemerdekaan negara bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Oleh itu,
setiap warganegara Malaysia hendaklah berusaha untuk mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan
tersebut. Huraikan

Ayat 1 : IDEA Di samping itu, usaha warganegara Malaysia yang seterusnya
adalah dengan memiliki jati diri yang teguh.

Ayat 2- Huraian 1 Hal ini disebabkan oleh ketahanan jati diri yang berteraskan
(Huraian Ayat 1) – kekuatan mental dan spiritual menjadi benteng paling berkesan

Apa/Siapa/Bagaimana/Bila/Mengapa dalam memelihara kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Ayat 3 – Huraian 3 /Bukti Sebagai contoh, jati diri yang teguh seperti memiliki ketinggian
(Beri contoh yang berkaitan isi) akhlak, moral dan sifat keperibadian yang unggul serta dapat
membezakan antara yang benar dengan yang palsu.

Ayat 4- Huraian 2 Warganegara tanpa jati diri yang kukuh, akan menjerumuskan
negara dan warganegara ke kancah kehancuran.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

15 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020

Latihan 1 – PERENGGAN ISI 3
Soalan: Kedaulatan dan kemerdekaan negara bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Oleh itu,
setiap warganegara Malaysia hendaklah berusaha untuk mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan
tersebut. Huraikan

Ayat 1 : IDEA Selain itu, usaha warganegara Malaysia yang seterusnya adalah
dengan mengutamakan perpaduan antara kaum.

Ayat 2- Huraian 1 Hal ini demikian kerana sikap bersatu padau antara kaum yang

(Huraian Ayat 1) – berbeza menjadi benteng utama untuk mengekalkan kedaulatan
Apa/Siapa/Bagaimana/Bila/Mengapa negara.

Ayat 3 – Huraian 3 /Bukti Contohnya, warganegara hendaklah sentiasa hormat-
(Beri contoh yang berkaitan isi) menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan,
bangsa atau agama. Tidak mengkritik atau mengutuk adat resam
dan kepercayaan kaum lain

Ayat 4- Huraian 2 Kesannya, dapat mewujudkan keharmonian dan semangat juang
untuk negara.

Latihan 1 – PERENGGAN ISI 4
Soalan: Kedaulatan dan kemerdekaan negara bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Oleh itu,
setiap warganegara Malaysia hendaklah berusaha untuk mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan
tersebut. Huraikan

Ayat 1 : IDEA Lain daripada itu, usaha warganegara Malaysia yang seterusnya
adalah dengan mematuhi undang-undang negara.

Ayat 2- Huraian 1 Hal ini demikian kerana ketidakpatuhan terhadap undang-
(Huraian Ayat 1) – undang negara boleh menyebabkan berlakunya huru-hara dalam

Apa/Siapa/Bagaimana/Bila/Mengapa negara dan memudahkan pihak luar menakluki negara kita.

Ayat 3 – Huraian 3 /Bukti Sebagai contoh, warganegara hendaklah sentiasa melakukan
(Beri contoh yang berkaitan isi) perbuatan dan tindakan menurut undang-undang dan peraturan
yang ditetapkan.

Ayat 4- Huraian 2 Juga tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
Perlembagaan Persekutuan.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

16 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020

Latihan 1 – PERENGGAN ISI 5
Soalan: Kedaulatan dan kemerdekaan negara bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Oleh itu,
setiap warganegara Malaysia hendaklah berusaha untuk mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan
tersebut. Huraikan

Ayat 1 : IDEA Akhir sekali, usaha warganegara Malaysia untuk mengekalkan
kedaulatan dan kemerdekaan negara adalah dengan
mengamalkan toleransi.

Ayat 2- Huraian 1 Hal ini disebabkan oleh pihak musuh akan sukar untuk

(Huraian Ayat 1) – menakluki negara.
Apa/Siapa/Bagaimana/Bila/Mengapa

Ayat 3 – Huraian 3 /Bukti Sebagai contoh, warganegara hendaklah sentiasa mengamalkan
(Beri contoh yang berkaitan isi) sikap tolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan
pertelingkahan dan perselisihan faham.

Ayat 4- Huraian 2 Hidup secara harmoni tanpa prasangka antara satu sama lain
dapat menjamin keamanan, kedaulatan dan kemerdekaan negara.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)

17 TEKNIK MENULIS ESEI STPM, semester 1, 2020

Perenggan
Penutup Karangan

NOTA:

1) Perenggan penutup karangan seelok-eloknya terdiri daripada beberapa ayat yang terdiri
daripada:

Ayat 1 Kesimpulan Isi 1 – Isi 5

Ayat 2 Cadangan berkaitan isu

Ayat 3 Harapan berkaitan isu/kesan jika
cadangan tidak dilaksanakan

2) Perenggan penutup haruslah dalam bentuk umum dan tidak lagi membicarakan isu secara terperinci
( tidak perlu beri contoh atau menyebut kembali isi karangan yang telah ditulis dalam perenggan
sebelumnya)

3) Setelah selesai semua langkah, salin karangan dengan cermat dan tuliskan jumlah perkataan dalam
karangan.

4) Semak sebarang kesalahan ejaan dan hantarkan jawapan anda.

TAHNIAH! Anda telah berjaya menulis sebuah karangan yang menepati ciri-ciri yang diperlukan...

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
(Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Syaibah dan al-Baihaqi)


Click to View FlipBook Version