Channel PA 900 STPM @CNM
TOPIK RUKUN NEGARA : CONTOH SOALAN STRUKTUR
bil Soalan dan Cadangan Jawapan
1 Jelaskan CABARAN bagi merealisasikan Prinsip Rukun Negara
i) Memastikan keharmonian negara berkekalan. Rakyat yang tidak mematuhi prinsip RN
dianggap tidak menghormati rakyat Malaysia yang lain.
ii) Memastikan perpaduan negara terus utuh. Rakyat yang tidak menjaga sensitiviti
orang lain boleh mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat lain.
iii) Memastikan kontrak sosial terus dipatuhi. Rakyat tidak perlu mempersoalkan kontrak
sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin setiap kaum.
iv) Mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Rakyat
mudah terpengaruh kepada ajaran sesat, liberalisasi yang melampau dan ekstrimis
negara.
v) Mendaulatkan institusi raja-raja. Rakyat yang mematuhi prinsip RN akan
mempertahankan institusi kesultanan dan beraja.
vi) Melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Rakyat yang mematuhi prinsip
RN akan mewujudkan rasa saling menghormati dan memahami.
vi) Mempertahankan kemuliaan/kesucian perlembagaan. Rakyat yang mematuhi prinsip
RN akan menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran perlembagaan.
2 Berikan tiga hasrat negara yang ingin dicapai melalui Rukun Negara.
- Mencipta satu masyarakat yang adil agar kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama-sama secara adil
- Memelihara cara hidup demokratik
- Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat
- Membentuk satu sikap yang liberala terhadap kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak
-Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi
moden
3 Berikan tiga alasan amalan prinsip Rukun Negara yang pertama dalam mencegah
berleluasanya masalah sosial dalam Negara.
1.Menjadi benteng penghalang daripada melakukan perkara buruk @ dapat
membezakan perkara baik dan buruk.
2.Mewujudkan rasa bersyukur dengan situasi yang dihadapi
3.Mewujudkan kebergantungan kepada Tuhan ketika berdepan situasi genting
4,Mewujudkan rasa hormat kepada orang lain @ menyayangi orang lain
6.Menyatukan masyarakat dalam mengamalkan nilai yang baik
Channel PA 900 STPM @CNM
4 Jelaskan dua cara bagaimana anda dapat memanifestasikan prinsip kedua Rukun
Negara, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara dalam kehidupan anda.
A) Mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi
-melalui sukan
-melalui pekerjaan
-melalui penglibatan dalam ekonomi
B) Mengelakkan penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan imej negara
-khabar angin/memburukkan negara
C) Menghormati institusi raja-raja
-raja berperlembagaan, symbol perpaduan
D) Menghormati lambing-lambang negara
-bendera
-jata negara
-lagu kebangsaan
5 Nyatakan tiga alasan rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan
undang-undang.
A. Mengawal ketenteraman atau keamanan masyarakat
B. Mengelakkan berlakunya diskriminasi kaum,gender atau kedudukan (status social)
C. Menjamin institusi kehakiman yang bebas atau berwibawa
D. Mengelakkan sesuatu keputusan dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan
6 Huraikan dua objektif penggubalan Rukun Negara.
1. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan anggota masyarakat
- Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bagsa dan
negara tanpa mengira keturunan dan kepercayaan
2. Memelihara satu cara hidup demokratik
- Perlembagaan negara menjamin kebebasan asasi dan hak-hak ini tidak boleh
disalahgunakan untuk mencetus isu perkauman dan memusnahkan demokrasi.
3. Mencipta satu masyarakat yang adil
- Semua rakyat mempunyai hak memiliki kekayaan secara adil dan saksama
4. Menjamin cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan setiap kaum
- Setiap kaum bebas mengamalkan agam, adat resam dan kebudayaan masing-masing
5. Membina sebuah masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi
moden
- Rakyat yang bergerak maju seiring dengan kemajuan sains dan teknologi menjadikan
Malaysia sebuah negara maju.
Channel PA 900 STPM @CNM
7 Nyatakan dua kepentingan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang terkandung
dalam Rukun Negara.
1. Menjadi asas personaliti dan tingkah laku yang mulia/berhemah
2. Membentuk warganegara yang bersopan-santun dan bertatasusila
3. Menjadi panduan supaya perilaku anggota masyarakat sentiasa terpelihara
4. Menjamin perhubungan yang harmoni dalam masyarakat yang berbilang kaum
8 Kemukakan dua prinsip Rukun Negara dan jelaskan bagaimana rakyat Malaysia
dapat merealisasikan prinsip tersebut.
1. Kepercayaan kepada Tuhan
- Rakyat Malaysia akan berpegang teguh kepada kepercayaan masing-masing.
2. Kesetiaan kepada raja dan negara
- Rakyat Malaysia akan sentiasa setia dan perlu mentaati Yang di-Pertuan Agong dan
pemimpin negara.
3. Keluhuran perlembagaan
- Rakyat Malaysia akan sentiasa menghormati perlembagaan persekutuan yang menjadi
sumber perundangan tertinggi dan rujukan penting semua pihak di Malaysia.
4. Kedaulatan undang-undang
- rakyat Malaysia akan mematuhi undang- undang agar keselamatan mereka lebih
Terjamin.
5. Kesopanan dan kesusilaan
- rakyat Malaysia akan mengamalkan nilai- nilai murni dalam perhubungan antara satu
sama lain.
9 Prinsip keempat Rukun Negara : Kedaulatan Undang-undang
Huraikan dua kesan kepada negara jika prinsip di atas tidak diamalkan.
1. Kedaulatan negara tergugat
- Orang luar mudah menceroboh masuk tanpa kawalan
2. Ekonomi negara terjejas
- Penyeludupan barang dan penipuan perdagangan berleluasa
3. Keselamatan rakyat terancam
- Jenayah berlaku secara berleluasa menyebabkan rakyat berasa tidak selamat
4. Imej negara tercemar
- Nama baik negara tercemar kerana pemimpin dan rakyat tidak mematuhi
undang-undang negara
5. Keamanan negara terancam
- Berlaku tunjuk perasaan, rusuhan dan perhimpunan haram
Channel PA 900 STPM @CNM
10 Nyatakan tiga kesan sekiranya rakyat Malaysia berpegang teguh kepada agama
dan kepercayaan masing-masing.
1. Wujudnya perpaduan
2. Masalah sosial berkurang
3. Jenayah berkurang
4. Ekonomi akan berkembang
5. Wujudnya masyarakat bermoral/beretika
6. Wujudnya negara yang aman/harmoni
7. Jati diri/ keperibadian meningkat
11 Berdasarkan Rukun Negara, nyatakan empat cita-cita Malaysia.
1. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya/rakyat
2. Memelihara satu cara hidup demokratik
3. Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama-sama
4. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan pelbagai corak
5. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden
12 Berikan empat objektif Rukun Negara
1. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan anggota masyarakat
2. Memelihara satu cara hidup demokratik
3. Mencipta sebuah masyarakat yang adil
4. Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang
pelbagai corak
5. Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi
moden
13 Huraikan dua kesan penghayatan Rukun Negara dan rakyat Malaysia
1. Mengeratkan perpaduan : memahami dan menghormati antara kaum di Malaysia
2. Mengekalkan cara hidup demokratik: dapat hidup dengan aman dan memilih
pemimpin yang disukai/mengekalkan kestabilan politik
3. Mewujudkan masyarakat yang adil: adil dalam melaksanakan apa jua tugasan
4. Mengekalkan tradisi budaya: bertolak ansur terhadap tradisi dan budaya kaum-kaum
lain
5. Menghormati undang-undang: undang-undang negara dipatuhi
6. Mengamalkan ajaran agama atau nilai murni
Channel PA 900 STPM @CNM
14 Nyatakan empat keadaan yang memperlihatkan warganegara Malaysia mematuhi
prinsip keluhuran Perlembagaan
1. Mempertahankan perlembagaan negara/persekutuan/Malaysia
2. Menjadikan perlembagaan sumber rujukan
3. Tidak mempersoalkan peruntukan Perlembagaan Malaysia/Persekutuan
4. Menghormati hak/keistimewaan setiap warganegara Malaysia
5. Menjaga nama baik negara/menjaga imej negara
6. Mematuhi undang-undang negara
7. Menghormati/mematuhi peruntukan perlembagaan Malaysia/Persekutuan
15 Terangkan dua kepentingan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dalam
Rukun Negara.
1. Taat kepada raja
- memupuk perasaan setia dan kasih sayang kepada raja
2. Semangat nasionalisme
- kepentingan negara diutamakan berbanding kepentingan individu/kelompok
3. Semangat patriotisme
- sanggup berkorban untuk negara
- tidak bertindak mengkhianati negara
4. Semangat kekitaan dan kepunyaan
- berbangga dengan negara dan sanggup berusaha untuk memajukan negara
5. Semangat cintakan institusi Diraja
- keluarga Diraja atau kerabat Diraja menyantuni rakyat jelata
- rakyat menyayangi institusi Diraja
6. Mengukuhkan perpaduan rakyat
- rakyat berbilang kaum dapat bersatu padu
- Raja yang berdaulat sebagai simbol perpaduan
16 Nyatakan tiga matlamat yang negara ingin dicapai melalui Rukun Negara.
I. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat .
II. Memelihara satu cara hidup demokratik
III. Mencipta satu masyarakat yang adil
IV. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan kaum lain
V. Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi
moden
17 Rukun Negara merupakan salah satu dasar sosial yang dibentuk oleh Majlis
Perundingan Negara setelah berlakunya rusuhan kaum pada tahun 1969.
Terangkan dua kesan pembentukan Rukun Negara.
a) Dapat mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan kaum - masyarakat Msia yg
berbilang kaum akan bersatu padu bagi memajukan negara
b) Dapat memelihara amalan demokrasi - perlembagaan negara menjamin bahawa
pentadbiran negara dilaksanakan secara demokrasi iaitu melalui pilihanraya setiap 5
thn sekali
c) Dapat melahirkan sebuah masyarakat yg adil - setiap kaum dilayan sama dlm
Channel PA 900 STPM @CNM
pelbagai bidang dan tiada kaum yg terpinggir dlm arus kemajuan negara
d) Dapat menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yg pelbagai - setiap
kaum bebas mengamalkan budaya dan kepercayaan yg berbeza
e) Dapat membina masyarakat yang progresif yg akan menggunakan S&T serta
mengamalkan nilai-nilai kerohanian
18 Huraikan dua kepentingan Rukun Negara sebagai doktrin menyejahterakan rakyat.
a. Melahirkan masyarakat yang bersatu padu – membentuk negara bangsa
b. Membentuk masyarakat yang proaktif – penghayatan prinsip kepercayaan
kepada Tuhan membina peribadi/insan yang berpandangan jauh dan mendahului
zaman.
c. Membentuk masyarakat yang liberal – penghayatan prinsip kesopanan dan
kesusilaan
d. Membentuk masyarakat yang adil – berlandaskan Perlembagaan dan undang-
undang yang berkuatkuasa
19 Huraikan dua cara yang perlu dilakukan ke arah memupuk kesedaran untuk
menghayati pinsip Rukun Negara.
1. Melalui kempen Rukun Negara
Untuk menanamkan dan menghayati prinsip Rukun Negara dalam diri individu.
Contoh, kempen “Bersama Menghayati Rukun Negara”
2. Melalui pendidikan
Di sekolah dan pusat pengajian tinggi.
Contoh, Penerapan prinsip Rukun Negara melalui mata pelajaran Sivik dan
Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral.
3. Melalui media massa
Media elektronik dan media cetak menyiarkan iklan, artikel atau program yang
memberi kesedaran kepada penonton dan pembaca tentang kepentingan
menghayati prinsip Rukun Negara.
4. Melalui peranan ibu bapa
Ibu bapa bertanggung jawab mendidik dan memastikan anak-anak memahami
dan mematuhi prinsip Rukun Negara sejak kecil hinggalah dewasa
20 Nyatakan tiga cara bagaimana kita boleh menghayati prinsip Rukun Negara?
i. Mematuhi undang-undang negara(elak perlakuan jenayah…)
ii. Menghormati institusi perundangan dan kehakiman negara
iii. Memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam melaksanakan
undang-undang negara
iv. Mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi
v. Menghormati lambang-lambang negara
vi. Mengenang jasa pejuang / tokoh-tokoh negara
vii. Mengelakkan penyebaran maklumat yang menjejaskan imej negara
Channel PA 900 STPM @CNM
21 Jelaskan kesan penghayatan Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan terhadap
masyarakat di negara ini.
1. Melahirkan masyarakat yang saling menghormati walaupun berbeza agama
2. Mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai agama
3. Memupuk nilai kejujuran dan amanah dalam diri masyarakat
4. Membentuk masyarakat yang mempunyai jati diri yang menolak ajaran agama yang
songsang / sesat
22 Nyatakan 4 usaha untuk meningkatkan penghayatan pelajar terhadap Rukun
Negara.
• Melafazkan / membaca prinsip-prinsip Rukun Negara ketika perhimpunan
mingguan sekolah
• Memaparkan / menunjukkan prinsip-prinsip Rukun Negara melalui lukisan mural
pada dinding blok bangunan sekolah
• Mendidik / mengajar pelajar tentang Rukun Negara melalui subjek Sejarah,
Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan / menerapkan /
mengintegrasikan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam sistem pendidikan negara atau
menerusi subjek-subjek tertentu
• Menubuhkan / mengasaskan Kelab Rukun Negara di sekolah
• Menganjurkan / mengadakan pertandingan poster / sajak / penulisan esei
tentang penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara
• Mencetak prinsip-prinsip Rukun Negara dalam buku rampaian / buku latihan /
buku teks
Mengadakan / menganjurkan kempen kesedaran dan penghayatan Rukun Negara di
sekolah
23