The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORAKMALSOLEHAH BINTI ABDULLAH, 2022-10-11 10:57:10

Prosa Melayu Tradisional

kumpulan 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

PENGANTAR
KESUSASTERAAN MELAYU

(BMMB 3093)

Kumpulan 3

MOHAMAD DANIEL BIN SHAM NORZIALI
NORHAYTI BINTI ZAKARIA
NORSHAHFIRA BINTI RAZAK
NORAKMALSOLEHAH BINTI ABDULLAH
NUR AUNI IRDINA BINTI ZAMRI
NUR AQILAH BINTI ZAMRI

NAMA PENSYARAH : DR. ARFAH BINTI AHAMAD

PROSA MELAYU TRADISIONAL

Cerita rakyat

- Cerita asal usul
- Cerita hantu
- Cerita binatang

---CCCeeerrritiitataalitjpeeulnaradlkaaanra

CREARKIYTAAT

PENGENALAN CERITA BINATANG

Cerita binatang ialah cerita-cerita yang
menggunakan watak binatang sebagai pelaku
dalam cerita.
Watak binatang ini pula boleh bertutur seperti
manusia biasa di samping boleh berfikir, hidup
bermasyarakat dan mempunyai peranan
tersendiri.
Sifat manusia digambarkan pada watak
binatang
Cerita binatang juga sering dikaitkan dengan
watak nabi seperti Nabi Sulaiman.
Antara binatang yang memainkan peranan
dalam cerita-cerita binatang ialah kancil,
pelanduk, buaya, harimau, arnab, anjing,
musang, tikus, gajah dan lain-lain.

CERITA FUNGSI CERITA BINATANG
BINATANG
Menjadi hiburan

Berfungsi sebagai medium penyampaian
pengajaran dan pendidikan

Fungsi kritikan jelas dilihat
dalam cerita-cerita binatang

CERITA
JENAKA

PENGENALAN CERITA JENAKA

Cerita yang mengandungi unsur-unsur humor atau lucu.
Cerita yang membawa kesan menggembirakan hati dan biasanya dibawa
melalui watak bodoh-pintar, bodoh-sial, dan pintar.
Cerita jenaka melambangkan watak yang wujud dalam masyarakat
Melayu tradisional seperti watak Pak Pandir, Pak Kaduk, Si Luncai, Pak
Belalang, dan Lebai Malang.
Dalam cerita, tidak ada asal usul watak, unsur pengembaraan, fantasi
dan seumpamanya.
Kesudahan cerita terdapat dalam pelbagai situasi 'happy ending' dan
'tragik ending'.

FUNGSI CERITA JENAKA

Hiburan
-> Sifat lucu yang dimiliki oleh watak.
-> Peristiwa lucu yang dialami oleh watak.

Pengajaran dan Pendidikan
-> Unsur nasihat yang berguna demi panduan hidup.
Misalnya, nasihat kepada pembaca supaya tidak mengamalkan sifat berjudi kerana hanya
menyebabkan kita menjadi papa kedana.

Mesej Kritikan Sosial
-> Dituju kepada golongan raja dan golongan lebai yng mempunyai kedudukan dan status
tinggi dalam masyarakat.
-> Misalnya, golongan raja yang menindas golongan rakyat jelata dan menggunakan
kekuasaan yang ada pada mereka.

CERITA
TELADAN

CERITA
TELADAN

PENGENALAN

Cerita teladan ialah cerita yang mempunyai unsur-
unsur didaktik, pendidikan moral, dan memberi
pengajaran atau teladan.

Pengajaran dan pendidikan biasanay tertumpu
kepada kanak-kanak dan kebanyakannya berupa
pendidikan moral sama ada berlandaskan peraturan
kehidupan sosial dan budaya atau ajaran agama.

FUNSI Saluran pendidikan moral
CERITA TELADAN ( budi pekerti , kasih sayang sesama manusia
dan binatang dan hubungan kekeluargaan)

Ajaran berkaitan agama Islam

Alat kritikan sosial

Hiburan

Pengajaran

Pendidikan

CERITA

HANTU

PENGENALAN

cerita hantu biasanya pendek dan ringkas, diceritakan oleh orang tua-tua

kepada anaknya bagi tujuan tertentu. Misalnya cerita tentang pokok besar

di hujung kampung, pokok itu dikatakan mempunyai penunggu dan orang


yang lalu lalang di situ akan terkena "teguran" jika berkelakuan tidak

sopan. Lazimnya cerita sebegini bertujuan untuk membentuk tingkah laku

kanak-kanak mahupun orang dewasa agar menghormati pokok tersebut


sebagai sesuatu yang keramat. Bentuk pokok yang besar sarat dengan

akar-akar kayu bergantungan, rendang dan redup serta berbeza


bentuknya dari pokok-pokok yang lain mampu membuatkan si pendengar

cerita tersebut percaya dengan kisah yang disampaikan. Bagi menambah


unsur seram dan menakutkan, penutur atau penyampai cerita akan

menkisahkan cerita kisah tentang kanak-kanak yang hilang ketika


bermain berdekatan pokok tersebut.

Cerita hantu mempunyai unsur marchen iaitu cerita pari yang mempunyai ciri

magis dan bersifat luar biasa yang berbeza dari mitos. Menurut Noriah Taslim


(2010), ciri ini lebih mengarah kepada penyihiran, pemanteraan yang

dihubungkan dengan makhluk halus yang mempunyai kuasa magis.Misalnya

cerita mengenai "orang bunian" yang mempunyai perkampungan sendiri di balik

sebuah pokok yang keramat. Pokok itu adalah pintu masuk ke sebuah kampung

bunian dan kebanyakan manusia yang lazimnya lelaki akan terpedaya atau


tersihir dengan kecantikan gadis bunian.



Cerita hantu lahir dalam masyarakat primitif yang berfikiran tertutup, bersifat

magis, tidak relektif dan tidak logik. Menurut Noriah Taslim (2010), dalam proses


penceritaan lisan dunia nyata dan dunia ghaib saling bergabung jalin dan

berinteraksi. Segala unsur binatang, dewa, pari-pari dan manusia biasa sama


penting dalam membentuk satu kosmos yang seimbang dan bermakna.

FUNGSI

Fungsi besar dalam kehidupan masyarakat terutama masyarakat yang

tinggal jauh dari bandar dan di kampung-kampung.



Untuk menghormati waktu-waktu tertentu dalam kehidupan manusia.



Untuk sengaja menimbulkan rasa seram dan takut di hati orang yang

mendengar cerita tersebut.



Mampu mendisiplinkan kanak-kanak khususnya mereka yang hiperaktif



Untuk menimbulkan rasa hormat terhadap alam ghaib yang juga

didiami oleh makhluk Allah selain manusia.



Untuk menimbulkan rasa hormat masyarakat terhadap seseorang atau

sesebuah kawasan.

ACSEARLITUASUL

PENGENALAN

Cerita asal usul ini meliputi kepercayaan kejadian alam, nama
tempat, tumbuh-tumbuhan seperti pokok-pokok jagung, keladi, dan

seterusnya asal usul binatang seperti mengapa ular sawa hilang
bisanya. Cerita-cerita asal usul ini menjadi kepercayaan; dan

kepercayaan ini berupa sesuatu yang harmonis dengan benda itu.
Menurut Annas Haji Ahmad (1977), kita sendiri tahu bahawa hidup
kita berkehendakkan sesuatu yang harmonis dan seimbang dengan

corak hidup kita sendiri. Cerita-cerita ini memberikan sesuatu
alasan yang dapat diterima mengenai wujudnya sesuatu benda.

Soal logik dan masuk akal tidaklah timbul dalam sesebuah
masyarakat yang tidak mempunyai batasan dalam
kepercayaannya.

FUNGSI

Cerita asal usul dapat dikenal pasti berfugsi untuk memenuhi
perasaan ingin tahu manusia-memberi penjelasan tentang hal-hal

di luar jangkauan akal dan ilmu pengetahuan mereka ketika itu.
Selain itu cerita asal usul juga menjadi sandaran kepada sistem
kepercayaan mereka terhadap sesuatu yang berkuasa di alam ini
iaitu sebelum mereka mengenal agama Hindu, Buddha dan Islam.
Selepas kedatangan agama-agama tersebut khususnya Islam,
cerita asal usul akhirnya menjadi cerita yang menerangkan asal

usul kejadian alam sahaja.

CerLitaarLaipur

PENGENALAN

Cerita Penglipur lara dikenali juga ''Penglipur'' - penghibur.
sebagai ‘folklore’. R.O Winstedt ''Lara" - duka atau kesedihan hati.
menamakan penglipur Lara sebagai Gabungan penglipur dan lara membawa
roman rakyat (flok ramances) maksud cerita yang menghiburkan
orang yang dalam kesedihan atau duka
Cerita Penglipur Lara ialah cerita- cita
cerita roman yang mengandungi
unsur “adventure”. Biasanya cerita Cerita Penglipur Lara terkenal di
berlegar di sekitar golongan istana kalangan masyarakat Melayu kerana
atau golongan putera-puteri, cerita cerita ini mempunyai keunikan dan
raja dengan segala gambaran keistimewaan yang tersendiri. Keunikan
keindahan, kemewahan, kesaktian itu jelas dilihat dari segi ceritanya,
serta kejadian-kejadian yang luar penutur atau tukang cerita dan cara
biasa (“supernatural”). persembahan cerita tersebut.

01 Sebagai alat hiburan bagi
masyarakat melayu

CerFiutangLsiipur 02 Sebagai alat pengajaran dan
Lara
pendidikan moral

03 Sebagai pengekalan norma dan

sistem etika masyarakat

04 Sebagai alat gambaran

masyarakat

SekiaKna, sTiherima


Click to View FlipBook Version