2023 BULETIN PUTRA JUARA MEI - JULAI 2023
Hari Penepatan Target SPM 2023 Hari Penepatan Spm 2023 telah diadakan pada 19 mei 2023 bertempat di dewan putra gemilang , SMK Bandar Seri Putra anjuran unit kurikulum SMK Bandar Seri Puta
PROGRAM TAHSIN SOLAT tarikh; 19mei2023 hari; jumaat tempat; dewan putra gemilang Program ini bertujuan memperbaiki kesedaran dan tanggungjawab terhadap kewajipan seseorang muslim dalam menunaikan ibadah solat. Disamping itu, dapat meningkatkan cara pembacaan dan pergerakkan dalam solat. Selain itu, dapat membina peserta bersahsian unggul dan mempunyai akhlak terbaik. SASARAN: MURID ISLAM TINGKATAN 1 TOPAZ, ZIRKON DAN ZAMRUD
Pada hari di mana Majlis pengumuman keputusan SPM & Penyerahan slip SPM 2022, terdapat juga pameran kerjaya daripada pendaftaran agensi-agensi luar untuk memberikan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang akan menamatkan alam persekolahan dan mula menceburi alam pekerjaan. Pendedahan yang penting ini dapat membantu mereka dalam merancang dan bersedia dengan baik untuk memasuki fasa kehidupan yang lebih mencabar. Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2022 & Penyerahan Slip SPM 2022 Tarikh : 8 Jun 2023 Tempat : Dewan Putra Gemilang
MESYUARAT MESYUARAT AGUNG PIBG SMKBSP 2023/24 KALI KE 13 TARIKH : 11 JUN 2023 HARI : SABTU MASA : 9.00 PG -12.00 TGH TEMPAT : DEWAN PUTRA GEMILANG Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan salah satu daripada program yang dijalankan di bawah Sarana Ibu Bapa. Program ini dijalankan secara rutin iaitu pada setiap tahun. Sarana ini khas untuk ibu bapa bagi membolehkan ibu bapa berkongsi pendapat dan penglibatan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran anakanak. AGUNG PIBG
PROGRAM WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN EKSEKUTIF MURID TAHUN 2023/2024 TARIKH : 16 JUN 2023 HARI : JUMAAT MASA : 7.30 PAGI - 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN PUTRA GEMILANG Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada peranan dan tugas badan kepimpinan sekolah serta membina keyakinan dan jati diri murid sebagai seorang pemimpin di sekolah. Malahan, ia dapat memberi kesedaran kepada pemimpin murid akan tugas dan tanggungjawab yang perlu digalas dan memberi maklumat kepada warga sekolah tentang pemimpin sekolah yang telah dilantik.
TARIKH: 19/6/2023 (ISNIN) MASA: 11:00 PAGI - 1:00 PETANG TEMPAT: SMK BANDAR SERI PUTRA PROGRAM RAPTAI SEKOLAH: PENYERTAAN GAMBAR BAGI MINUM AIR KOSONG SERENTAK TERAMAI DI MALAYSIA. PERCUBAAN TUNTUK THE MALAYSIAN BOOK OF RECORDS Aktiviti minum air kosong secara serentak teramai di Malaysia ini merupakan simbolik sokongan kakitangan kesihatan, pendidikan dan murid terhadap inisiatif tersebut. KPM telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha serta inisiatif dalam membudayakan pengambilan air kosong bagi menangani penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan di sekolah khususnya kepada murid dan warga KPM. KPM dengan kerjasama KKM dan UNICEF juga telah melancarkan inisiatif tersebut secara kolaboratif dan serentak di seluruh Malaysia pada 4 Julai 2023 (Selasa) dengan penglibatan lebih 4 juta orang murid.
Majlis Perhimpunan Kokurikulum Bil.3/2023 TARIKH: 21/06/2023 (RABU) MASA : 7.30-8.05 PAGI TEMPAT: DEWAN PUTRA GEMILANG, SMKBSP
K E M B E S T A R I S O L A T P P K I K E M B E S T A R I S O L A T P P K I TARIKH: 22 JUN 2023 HARI: KHAMIS MASA: 7.30-12.30 TEMPAT: SURAU SMKBSP Program Kem Bestari Solat PPKI ialah satu pentaksiran alternatif sekolah menegah (PASM). PASM ini mempunyai 50 EBAI. Salah satunya program Kem Bestari Solat ini ialah EBAI ke-17. Dengan program ini dapat mentaksir murid dalam solat seterusnya memantapkan solat murid-murid PPKI.
TARIKH: 23/6/2023 (JUMAAT) MASA: 7.30 PG -12.00 TGH SASARAN : SEMUA TINGKATAN Pada hari Jumaat, sekolah telah mengadakan larian Putra Juara. Pelajar yang terlibat daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Dalam acara tersebut, Rumah Ungu merangkul tempat pertama diikuti oleh Rumah Hijau, Rumah Kuning, Rumah Biru dan Rumah Merah. Tahniah kepada semua pemenangpemenang larian Putra Juara. LARIAN PUTRA JUARA
TARIKH: 26 JUN 2023 HARI: ISNIN MASA: 8.00 PG - 5.00 PTG SASARAN: AJK TERTINGGI UNIT UNIFORM, KELAB & PERSATUAN, SUKAN & PERMAINAN TEMPAT: DEWAN PUTRA GEMILANG KursusKepimpinanKokorikulumpadatahun2023ini melibatkansemuaahlijawatankuasatertinggibagi setiapunit. Melaluikursusinidiharapkanbakatmurid dalamkepimpinanakandicungkildandididikuntuk menjauhipemimpinyang berkaliberpadamasa hadapan. KURSUS KEPIMPINAN US KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2023 URIKULUM 2023
Majlis meraikan murid cemerlang spm 2022 TARIKH: 3 JULAI 2023 HARI: ISNIN MASA: 9.00AM TEMPAT: BILIK MESYUARAT SMKBSP
Kelas pacu juara SPM 2023 Tarikh: 3 Julai 2023 Masa: 8.00 malam - 10.00 malam Sasaran: Semua murid tingkatan 5 Lokasi: SMK Bandar Seri Putra
Pemindahan anak pokok kubis ini sebagai sumber ilmu yang dapat diceburi MBPK yang memerlukan bahan pembelajaran yang realiti. Selain itu, memantapkan kemahiran asas tanaman MBPK supaya berupaya dan berminat dalam pekerjaan di bidang pertanian. Ia juga sebagai tapak penanaman yang dapat memberi latihan dan pendedahan asas menjalankan aktiviti pertanian dengan lebih terperinci. PEMINDAHAN ANAK POKOK KUBIS Tarikh : 4/7/2023 Hari : Jumaat Tempat : Kebun
KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSDHL Tempat: Ampang Superbowl, Bangi Gateway Tarikh: 4 Julai 2023 3 orang murid akan mewakili Boling Tenpin MSSS pada 10 - 13 Julai 2023 Kejohanan Boling Tenpin MSSDHL diadakan di Ampang Superbowl, Bangi Gateway. Kejohanan ini melibatkan sekolah-sekolah di Daerah Hulu Langat. Dalam Kejohanan Boling Tenpin ini, SMK Bandar Seri Putra telah mendapat tempat Naib Johan L15, Naib Johan P15, tempat ke-3 L15 dan tempat ke-5 L18. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang Kejohanan Boling Tenpin MSSDHL. P e n c a p a i a n : N a i b J o h a n L 1 5 N a i b J o h a n P 1 5 K e - 3 L 1 5 K e - 5 L 1 8
Pelancaran bulan akademik diadakan bagi mendedahkan pelajar-pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Selain itu, meningkatkan prestasi murid-murid dalam bidang akademik dan mencungkil bakat murid-murid. Bukan itu sahaja, majlis ini diadakan bagi mencetuskan dan meningkatkan minat murid-murid dalam mata pelajaran sains & matematik, bahasa serta mata pelajaran kemanusiaan Tarikh: 7 Julai 2023 Hari: Jumaat Tempat: Dewan Putra Gemilang Majlis Pelancaran Bulan Akademik 2023
A Program ku genggam ‘A’ ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar tingkatan 5 memahami lebih mendalam teknik menjawab mata pelajaran Sejarah. Dengan pendedahan yang diberi ini diharapkan pelajar-pelajar dapat menjawab dengan lebih baik dan seterusnya diharapkan ramai pelajar mendapat ‘A’ dalam SPM 2023. PROGRAM KU GENGGAM 2023 (SIRI 1)
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU (PdP Berkesan) Program peningkatan guru telah berjaya dilaksanakan di Auditorium DR. Zainuddin Jaafar Universiti Islam Selangor (UIS). Program ini dibuat bagi menambahkan pengetahuan guru-guru agar dapat meningkatkan keberkesanan dalam PdP di dalam kelas. Antara program pada hari itu ialah Bengkel penerapan pengajaran abad ke-21, Taklimat SKPMG: Standard 4 dan Taklimat JUArA+. Tarikh: 08 Julai 2023 Hari: Sabtu Masa: 8.00 pg-1.00 ptg