BUKU LOG PENGAKAP KANAK-KANAK NAMA NURUL SYAMMIMIE BINTI PERI KUMPULAN KLM10 SEKAWAN KUNING IPG IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA PENSYARAH DR.MOHAMMAD BIN SEMAN
Nama: Nurul Syammimie Binti Peri No. Kad Pengenalan: 031022-13-0968 Angka Giliran: 2021212350196 Tarikh Lahir: 22 Oktober 2003 Status: Siswa Pendidik (Pelajar) Sekawan Kuning
BAHAGIAN I : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. Bolehwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan tersebut. Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada beberapa pasukan.
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan Persekutuan PengakapMalaysia (PPM). Terdapat beberapa jenis borang: Borang PPM8 (Pendaftaran Kumpulan) Borang PPM1A (Pendaftaran Anggota) Borang PPM1B (Borang Kawalan) Borang PPM9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM.
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN CONTOH-CONTOH BORANG
Kumpulan/ Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendafataran: Kumpulan : RM30.00 (setahun) Ahli Pengakap : RM5.00 (setahun) Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM10.00 (setahun) Kumpulan / anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/ perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya.- gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan PengakapMalaysia (Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa pengajuriaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran. PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN Y U R A N
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN K A D K E A H L I A N Ahli Biasa Pemimpin
STRUKTUR UNIT
KETUA PENGAKAP NEGARA/YANG DIPERTUA STRUKTUR ORGANISASI NAIB YANG DIPERTUA KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP MALAYSIA TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (ANTARABANGSA) TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (LATIHAN) KETUA SETIAUSAHA KERJA SETIAUSAHA KERJA LATIHAN BENDAHARI PESURUHJAYAPESURUHJAYA IBU PEJABAT PENGAKAP KHAS PENGAKAP KANAKKANAK PENGAKAP MUDA PENGAKAP REMAJA PENGAKAP KELANA PENGAKAP UDARA UNIT ANTARABANGSA UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIT PROGRAM UNIT PERHUBUNGAN AWAM UNIT KESELAMATAN PENOLONG-PENOLONG KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA PROGRAM PEMBANGUNAN KEPENGAKAPAN HAL EHWAL WANITA KESIHATAN DAN BENCANA ALAM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN TUGAS-TUGAS KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN
PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI STRUKTUR ORGANISASI PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JK PASUKAN LATIHAN NEGERI PERINGKAT NEGERI JK PROGRAM NEGERI PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH JK PASUKAN LATIHAN DAERAH JK PROGRAM DAERAH PEMIMPIN-PEMIMPIN UNIT UNIT-UNIT PKK UNIT-UNIT PM UNIT-UNIT PR UNIT-UNIT PK
PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT DAERAH MAJLIS PENGAKAP DAERAH PASUKAN LATIHAN DAERAH PENOLONG PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI SETIAUSAHA KEHORMAT BENDAHARI KEHORMAT AHLI JAWATANKUASA: 1. BERUNIFORM TIDAK BERUNIFORM 2. PEMERIKSA KIRA-KIRA SUMBER DEWASA & LATIHAN PROGRAM PENTADBIRAN & TEKNOLOGI MAKLUMAT PERHUBUNGAN KEROHANIAN BIRO WANITA TUGAS-TUGAS KHAS 1. Pengakap Kelana 2. Pengakap Remaja 3. Pengakap Muda 4. Pengakap Kanak-Kanak PENASIHAT (Pesuruhjaya Pengakap Daerah) PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI AHLI-AHLI 1. Ahli Rasmi (Semua Penolong Pesuruhjaya Daerah) 2. Ahli Dilantik
KUASA PENGANJUR (Guru Besar) STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH PEMIMPIN UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK PEMIMPIN UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK PENOLONG PEMIMPIN UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK AHLI PENGAKAP KANAK-KANAK MAJLIS PENGAKAP KUMPULAN PENGERUSI (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM) SETIAUSAHA (PEMIMPIN UNIT) BENDAHARI AHLI JAWATANKUASA
PENGURUSAN BUKU LOG/ FOLIO/LAPORAN AKTIVITI
Tiada had piawai m/s Berkulit tebal Sebaiknya 200-300 helaian CIRI-CIRI BUKU LOG B U K U L O G Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’.
UNIT PENGAKAP KANAKKANAK UNIT PENGAKAP MUDA Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku Lencana Keris Gangsa Lencana Keris Perak Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap KanakKanak Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian Lencana Usaha Lencana Maju Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda Buku Log Pengembaraan UNIT PENGAKAP REMAJA UNIT PENGAKAP KELANA Lencana Ekspedisi Lencana Jayadiri Lencana Kegiatan Lencana Kemahiran Lencana Perkhidmatan Ujian Sikap Catatan Peribadi + Lencana + Vigil + Pertabalan Lencana-lencana Kemajuan (1-5 buku) Projek Program @ Aktiviti Khas PENGURUSAN BUKU LOG/ FOLIO/LAPORAN AKTIVITI - PEMBAHAGIAN BUKU LOG -
Seorang pemimpin perlu menghadirkan diri pada semua perjumpaan, latihan dan kegiatan kumpulan. 1. Memberi panduan dan nasihat kepada Ketua Majlis Patrol supaya menyediakan rancangan- rancangan latihan dan kegiatan- kegiatan yag lengkap untuk tahunan, bulanan dan mingguan. 2. Menyampaikan maklumat dan perkembangan semasa mengenai kegiatan Persekutuan Pengakap Tempatan atau Negeri kepada Majlis Ketua Patrol. 3. Memberi latiha dan pelajaran berpengakap kepada ketua- ketua patrol dan seterusnya kepada pengakap semua. 4. Menasihati Majlis Ketua Patrol supaya mengadakan kerja luar, misalnya gotong- royong, perkhemahan, perkelahan, lawatan dan sebagainya. 5. Membahagi - bahagi tugas di antara pemimpin dan penolong pemimpin dalam kumpulannya. 6. 7.Memasti dan menjalankan rancangan- rancangan dengan sempurna dan licin. Melaporkan semua aktiviti dan gerak kerja kumpulan kepada Persekutuan Pengakap Tempatan dan Negeri. 8. Mendapatkan bantuan, pertolongan dan kerjasama daripada Majlis Jawatankuasa Kumpulan terutama apabila memerlukan kewangan dan peralatan. 9. Mengawasi dan menjaga semua peralatan kumpulan supaya sempurna walaupun tugas ini dibantu oleh QM Peralatan Kumpulan. 10. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI 11. Memasti dan megekalkan semua penolong pemimpin dalam kumpulan menurut dasar pertubuhan peraturan dan undang- undang pengakap. 12. Pemimpin kumpulan hendaklah menyediakan beberapa buah buku catatan seperti berikut : Buku pendaftaran ahli dan butir- butir ahli seperti rekod diri pengakap. Rekod kedatangan ahli dan pemimpin pada semua kegiatan sama ada perkhemahan, perkelahan, lawatan, latihan dan sebagainya. Buku stok peralatan kumpulan. Buku perlatan kumpulan (untuk catatan QM peralatan). Buku ini dicatatkan butir mengenai peminjaman barang- barang kumpulan. Di dalamnya perlu dicatatkan tarikh, barang dipinjam tandatangan peminjam, bilangan, tarikh dihantar, tandatangan dan catatan. Buku kegiatan kumpulan. Ketua patrol bertugas hendaklah mengisi dalam buku laporan kegiatan kumpulan ini. Butir- butir yang perlu adalah seperti nama pemimpin yang hadir, masa bermula dan berakhir, tarikh, tempat dan kegiatan- kegiatan. Buku rancangan yang dijalankan bagi mingguan, bulanan dan seterusnya tahunan. Buku kewangan kumpulan (wang masuk dan wang keluar). Buku minit mesyuarat Majlis Ketua Patrol. Album kumpulan dan patrol.
PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI
PAKAIAN SERAGAM AHLI
BAHAGIAN II : SEJARAH, PERLEMBAGAAN, STRUKTUR DAN ORGANISASI
SEJARAH
Robert Stephenson Smith Baden Powell (22 Februari 1857 - 8 Januari 1941) Pengasas & Bapa Pergerakan Pengakap Dunia Robert Stephenson Smith Baden Powell (22 Februari 1857 - 8 Januari 1941) Pengasas & Bapa Pergerakan Pengakap Dunia Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah dilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budakbudak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negaranegara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengaka. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84. SEJARAH PENGAKAP DUNIA Pulau Brownsea, England
Negeri Tarikh Pulau Pinang 1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang 1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin 1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R Cheeseman Kuala Lumpur dan Selangor 1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw Pahang 1912, Ditubuhkan olehMr G.M. Laidlawsehingga beliau meninggal. 1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet Sabah 1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan Sarawak 1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura di mana pengasasnya adalah Frank Cooper Sands, seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang (1908) dan Selangor (1909) tetapi gagal. Bermula di sini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat di mana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia di mana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia. KRONOLOGI PENUBUHAN PASUKAN PENGAKAP DI SETIAP NEGERI
Negeri Tarikh Kedah 1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P SWalker dan CWBloomfield di Kolej Sultan Abdul Hamid Perak 1926, oleh L RWheeler di KolejMelayu Kuala Kangsar Melaka 1926, dibawa oleh R Brunstone Negeri Sembilan 1926, juga oleh R. Brunstone Terengganu 1927, ditubuhkan oleh A J Gracle Kelantan 1927, ditubuhkan oleh YMTengku Ahmad Panglima Raja diMaktab Sultan Ismail Johor 1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kiniMaktab Sultan Abu Bakar) Perlis 1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA KRONOLOGI PENUBUHAN PASUKAN PENGAKAP DI SETIAP NEGERI
SEJARAH PENGAKAP IPG Pergerakan Pengakap di Maktab-Maktab Perguruan bermula dengan aktif di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim, Perak pada tahun 1953 dan diabadikan dengan Taman Astokona sebagai tempat latihan atau aktiviti guru pelatih yang menyertai Pengakap. Taman Astakona Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
PERLEMBAGAAN
TUJUAN PENUBUHAN Tujuan penubuhan Pengakap adalah untuk memperkasakan dan memperkembangkan remaja melalui program-program pembangunan diri yang bertumpu kepada nilai-nilai kepatuhan, kemandirian, kepimpinan, dan keperibadian yang berdaya saing, serta mendorong kesedaran dan tanggungjawab sosial dalam masyarakat. Melalui aktiviti-aktiviti seperti perkhemahan, latihan kepimpinan, dan projek sosial, pengakap bertujuan membentuk individu yang bertanggungjawab, beretika, dan mempunyai keupayaan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.
PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN Pembentukan karakter Kepimpinan berdasarkan teladan Pembangunan melalui aktiviti luar Pembelajaran melalui pengalaman Kesetiaan kepada tanggungjawab Perkhidmatan kepada masyarakat
PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya Saya berjanji dan bersetia Yang saya Dengan seberapa daya upaya saya, Akan taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut Undang-Undang Pengakap.
UNDANG-UNDANG PENGAKAP Dipercayai Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintah Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan, Suci Perbuatan.
Matlamat Mendorong perkembangan sikap yang cemerlang dalam mencapai tahap fizikal yang maksimum, berintelek dan menanam semangat berusaha sebagai seorang individu yang dapat memberi sumbangan yang positif terhadap masyarakat, negara dan antarabangsa. Objektif 2.1 Taat kepada tuhan dan agama yang dianuti. 2.2 Taat dan setia kepada negara 2.3 Mempunyai perasaan persaudaraan. 2.4 Berkhidmat kepada masyarakat. Keahlian 3.1 Dibuka kepada semua murid Tahun 3 hingga 6 di sekolah. 3.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. 3.3 Setiap ahli dikehendaki membayar yuran keahlian sebanyak RM10.00. Guru Sebagai Pemimpin 4.1 Pemimpin Pengakap adalah terdiri daripada guru sekolah ini. 4.2 Pemimpin mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. 4.3 Pemimpin berhak memilih ahli pengakap untuk mewakili sekolah mengikuti acara yang dipertandingkan di peringkat jabatan atau kementerian. Ahli Jawatankuasa 5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung. 5.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK. 5.3 Pemilihan AJK secara undian. 5.4 AJK kecil boleh dilantik oleh Pemimpin tanpa mengadakan mesyuarat. 5.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan kepada guru penasihat. 5.6 AJK persatuan terdiri : Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan AJK. 5.7 Pemimpin boleh menambahkan bilangan Ajk jika perlu. 5.8 AJK bertugas membantu Pemimpin melaksanakan aktiviti yang dirancang. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
Derma 6.1 Sumber utama kewangan pengakap adalah melalui derma yang ditetapkan. 6.2 Pengakap juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti. 6.3 Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut. 6.4 Sebarang derma yang dikutip hendaklah mendapat kelulusan dari Guru Besar Sekolah. Kehadiran/Penyertaan 7.1 Ahli pengakap dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh pengakap sepanjang tahun. 7.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian pengakap. 7.3 Kehadiran ahli pengakap adalah satu dari markah wajib PAJSK. Aktiviti 8.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa. 8.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli. 8.3 Perkhemahan Pengakap peringkat sekolah wajib diadakan setiap tahun. Peraturan-peraturan 9.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. 9.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. 9.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. 9.4 Ahli-ahli yang mematuhi peraturan adalah merupakan pengakap sejati. Tindakan Disiplin 10.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan pengakap kanakkanak dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. 10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: 10.2.1 Amaran lisan. 10.2.2 Amaran bertulis. 10.2.3 Gantung keahlian. 10.2.4 Pecat keahlian. 10.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian. 10.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat unit pakaian seragam, persatuan/kelab dan kelab sukan/permainan secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
Pindaan Perlembagaan 11.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. 11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, pemimpin-pemimpin atau pentadbir sekolah secara bertulis. 11.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. 11.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh guru besar. Hal-hal Lain 12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. 12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat. 12.3 Ahli-ahli pengakap adalah ahli yang berdaftar dengan Pertubuhan Pengakap Kebangsaan. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
LAMBANG DAN COGAN KATA
LAMBANG PENGAKAP
C O G A N K A T A Pengakap Kanak-Kanak “Buat Habis Baik” Pengakap Muda “Selalu Sedia” Pengakap Remaja “Pandang Luas” Pengakap Kelana Berkhidmat
BENDERA DAN LAGU PERTUBUHAN
BENDERA PENGAKAP BENDERA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA “Once a Scout, Always a Scout”
Kami PengakapMalaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwitercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita PengakapMalaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, PengakapMalaysia LAGUPENGAKAP
STRUKTUR DAN ORGANISASI
KEBANGSAAN KETUA PENGAKAP NEGARA Major Jeneral Professor Dato’ Dr. Hj Mohd Zin bin Bidin KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA Tuan Haji Nasaruddin bin Haji Samsuddin TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA Ts. Mohd Hilmi bin Abu Bakar PENOLONG KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA Mohd Zairi bin Zaharin PESURUHJAYA PROGRAM NEGARA Mej. (AW) Haji Mohd Khir bin Muda
NEGERI PRESIDEN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN Dr. Zaliha binti Mustafa KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI PESURUHJAYA PENTADBIRAN NEGERI PESURUHJAYA LATIHAN NEGERI PESURUHJAYA PROGRAM NEGERI SETIAUSAHA PENTADBIRAN NEGERI SETIAUSAHA PROGRAM NEGERI
DAERAH
KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI Kapten M. Asrar bin Sidon IPG Kampus Tun Hussein Onn TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI YM. Tuan Rosdan bin Tuan Muda IPG Kampus Pendidikan Darulaman SETIAUSAHA KEHORMAT Tn. Hj. Othman bin Che Man IPG Kampus Tuanku Bainun IPGM PENAUNG UTAMA YB Puan Fadhlina binti Sidek Menteri Pendidikan Malaysia PENAUNG YBrs. Tuan Haji Azman bin Haji Adnan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia YANG DIPERTUA YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia PENGERUSI Dr Haji Mohamad Isa bin Azis Timbalan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia TIMBALAN PENGERUSI Dr. Shamsul bin Saniron Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Insaniah, PHEP, IPGM, KPM PEN. SETIAUSAHA KEHORMAT I Pn. Suliana binti Wan Chik IPG Kampus Ipoh PEN. SETIAUSAHA KEHORMAT II Dr. Normila binti Mohd Bohari IPG Kampus Temenggong Ibrahim BENDAHARI KEHORMAT En. Khairuddin bin Saidin IPG Kampus Tuanku Bainun
PENAUNG Datin Dr. Hajah Bushro Binti Ali Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa PENOLONG PENAUNG Dr. Hajah Sabariah Binti Morad Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa KETUA PESURUHJAYA DAERAH KLM 10 Dr. Mohammad Bin Seman Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Bahasa Antarabangsa KLM10 IPGMKBA AhliMajlis Tertinggi Pengerusi Muhammad Syahmie bin Sunin Naib Pengerusi Muhammad Adibhakimi bin Mohd Khairie Setiausaha Shanon anak Polly Penolong Setiausaha Pavitra a/p Moorthy Bendahari Arjun a/l Subramaniam Penolong Bendahari Chuah Helen Pek A Pek B Pek C Sekawan Pirus Sekawan Perang Sekawan Ungu Sekawan Biru SekawanMerah Sekawan Hijau Sekawan Kuning Sekawan Coklat SekawanOren
KLM10 IPGMKBA
KLM10 IPGMKBA
KLM10 IPGMKBA