The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

3PS Pusat Latihan Pengurusan 1 Februari 2024 Final

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hannamaruku, 2024-04-15 23:06:17

3PS Pusat Latihan Pengurusan 1 Februari 2024 Final

3PS Pusat Latihan Pengurusan 1 Februari 2024 Final

PERKONGSIAN PENGALAMAN & PENGETAHUAN TIPS PENGURUSAN & KEPIMPINAN “LEADERS CREATE LEADERS.. ” 3P’S ISU 1 - TAHUN 2023/2024 Meneroka rahsia kejayaan pemimpin di LHDNM dalam meneraju organisasi ke puncak kemenangan Terdiri daripada Kumpulan Pengurusan yang bersara pada tahun 2023/2024 ROSZAMMAN MD NAWI POWERED BY featuring


K ANDUNGAN 2 The Management Guru Encik Roszamman Md Nawi 6 Segunung Bakti, Sejuta Memori Encik Md Kamal Johari 10 The Risk Intellect Dr. Marhaini Mahmood 16 The Iron Lady Puan Zubaidah Hamzah 21 Evolusi Kejayaan Bersama Petroleum Puan Roslina Ibrahim 24 Anak Kampung Encik Azmi Mohamed 30 From Passion To Success Dato‘ Abdul Khalid Yunos 36 Kelebihan Dalam Ketiadaan Encik Chakngari @Yusof bin Daud 3P’S CHRONICLE X PLP’s Note


PLP’ s Notes Puan Suzaina Sapian Program Perkongsian Pengalaman dan Pengetahuan (3P’s) ini pada asasnya adalah inisiatif untuk ‘recapture’ semula perkongsian pengetahuan dan pengalaman di kalangan Pengurusan yang mana ianya diterjemahkan sebagai satu rujukan/ panduan pada masa akan datang di platform kursus-kursus anjuran PLP. Perkongsian daripada pegawai adalah merangkumi 4 komponen utama iaitu latar belakang karier, kepimpinan, pengurusan organisasi dan tadbir urus. PLP dengan ini juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini. Dengan perkongsian ini, semoga ia dapat menjadi sumber inspirasi kepada Team Hasil dan menyuntik semangat ke arah kecemerlangan dan kemampanan organisasi pada masa hadapan. Pengarah Pusat Latihan Pengurusan POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | X


b e r s a r a p a d a 0 1 j a n u a r i 2 0 2 4 PENGARAH ENCIK ROSZAMMAN BIN MD NAWI AKADEMIPERCUKAIAN MALAYSIA LATAR BELAKANG DIRI Encik Roszamman bin Md Nawi, seorang Hasilian yang dinamik, disegani, diteladani dan mesra dengan setiap Team HASiL. Figura ini tidak asing lagi bagi setiap Hasilian. Beliau dilahirkan pada tanggal 1 Januari 1964 di Kampung Gombak, Kuang Selangor. Berasal dari keluarga yang susah, membina keazaman dan motivasi untuk mengubah kehidupan keluarganya. Memulakan alam persekolahan beliau di Sekolah Alam Shah, Petaling Jaya dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Menara gading di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau dan isteri mempunyai tiga (3) orang anak yang berjaya dalam pelbagai lapangan yang diceburi. Sentiasa memberi sokongan yang padu dalam apa jua bidang diceburi anak beliau. Minat anak–anak tidak disekat, digalakkan dan diberikan dorongan yang sewajarnya. Bagaimana pula pengalaman beliau dalam kerjaya di LHDNM? “THE MANAGEMENTGURU” Ikuti Kisah Inspirasi beliau >> POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 1


PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024 POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 2 Encik Roszamman Md Nawi THE MANAGEMENT GURU Beliau melaporkan diri di Jalan Duta, dan ketika itu beliau serta pegawai baru lain dikehendaki menjalani On Job Training (OJT) di Unit Mel. Setelah berkhidmat beberapa tahun, pada tahun 1993, beliau menerima cabaran dengan berkhidmat di Cawangan Melaka, di bahagian OG. Pada tahun 1994, beliau diberikan peluang keemasan memimpin pasukan SG sebagai Ketua Pasukan. Bakat dan kepimpinan beliau terserlah walaupun di usia muda. Beliau sebelum berkhidmat di LHDNM pernah memimpin Persatuan Pelajar di fakultinya. Seterusnya, beliau telah ditempatkan di pelbagai Cawangan Siasatan. Antaranya Cawangan Siasatan Melaka, Cawangan Siasatan Shah Alam dan juga Bahagian Siasatan Jenayah ringkasnya. Encik Roszamman Md Nawi telah mencurahkan bakti dan perkhidmatan kepada LHDNM selama 32 tahun dan akan bersara pada 1 Januari 2024. Selama tempoh perkhidmatannya, banyak pengalaman dan portfolio kerjaya yang pernah dipertanggungjawabkan. Setiap tugasan yang diberikan menjadi batu loncatan dan sumber pembelajaran buat beliau. Beliau tidak pernah goyah, putus asa mahupun hilang semangat. Perjalaan Karier - Bakat Kepimpinan Sejak Muda Peluang menjadi pemimpin diterima oleh beliau semasa beliau ditugaskan di Cawangan Melaka dan menjadi Ketua Pasukan SG. Pada usia yang sangat muda, pengalaman yang baharu dan azam berkobar – kobar tidak mematahkan kepercayaan dan keyakinan diri beliau dalam memacu dan memandu sebuah pasukan audit yang dianggotai oleh rata – rata pegawai yang lebih senior dan berpengalaman. Tugas dilaksanakan dengan penuh iltizam, kejayaan demi kejayaan dikecapi dalam tugasan yang dibuat. Beliau berkeyakinan bahawa setiap pegawai mempunyai nilai kecemerlangan yang tinggi dalam diri mereka. Kelebihan dan kecemerlangan mereka ini perlu digilap. Ibarat kaca, digilap pasti akan bersinar. Beliau berkongsi bahawa pasukan kerja yang dibentuk bersama di bawah kepimpinan beliau sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan, saling faham memahami dan berusaha mencapai KPI yang cemerlang. “Malu bertanya, sesat jalan”. Brave Leader : Bringing Courage Into Practice Tahun 1991 menjadi tahun yang cukup bermakna bagi Encik Roszamman apabila ditawarkan berkhidmat sebagai pegawai Hasil di Jabatan Hasil Dalam Negeri pada 29 Mei 1991. Mendapatkan restu dan keberkatan ibunya, beliau memulakan langkah pertama ke arah menempa kejayaan dalam hidupnya. En Roszamman semasa beliau di usia muda


Ianya terbukti semasa beliau mengetuai pasukan siasatan dalam membuat keputusan yang cukup genting. Keputusan tersebut merupakan keputusan yang sukar, namun kepentingan tugasan dan organisasi menjadi keutamaan. Keputusan yang dibuat berjaya menyelesaikan kes siasatan dengan lancar. Selepas itu, beliau banyak menimba pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang siasatan apabila ditempatkan di Cawangan Siasatan Melaka, Cawangan Siasatan Kuala Lumpur serta Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah. Pelbagai cerita suka dan duka dialami sebagai pegawai siasatan. Cabaran yang datang disahut dengan tangan terbuka, dilaksanakan dengan cemerlang selari dengan karisma diri beliau yang ingin menjadi seorang yang luar biasa. Matlamat dipasang untuk menjadi dan memberikan yang terbaik di bawah siasatan, melalui iltizam, daya juang dan kerajinan disulami dengan resilient yang teguh demi memastikan kecemerlangan organisasi tercinta. Daya juang yang tinggi, karisma kepimpinan yang dinamik serta aura personaliti yang dibawa menjadikan beliau seorang yang disegani. YBhg. Dato’ Khalid bersama pegawai dari LHDNM Putrajaya We Grow When We Face Challenges Hero Kami di Akademi Percukaian Malaysia Dalam mendepani cabaran setiap tugasan, beliau membawa bekalan pengetahuan, pengalaman dan keberanian yang tinggi. Beliau menegaskan bahawa seorang pemimpin yang proaktif perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi di samping didukung keberanian dalam membuat keputusan yang berkesan. Pada tahun 2021, sejarah tercipta apabila beliau dilantik menjadi Pengarah Akademi Percukaian Malaysia. Sepanjang tempoh perkhidmatan di APM, pelbagai kejayaan dikecapi, kecemerlangan dilakar dan memori dipahat. Antaranya, skills upgrade pensyarah – pensyarah APM, digitalisasi sistem pembelajaran latihan, kerjasama latihan dengan pelbagai agensi dalam dan luar negara serta pengiktirafan kebolehan dan skil pegawai di APM. Semua ini dilaksanakan dengan sokongan, panduan dan hala tuju dipacu oleh beliau. Aspirasi kepimpinan tertinggi organisasi dalam penyediaan dan kecemerlangan pengendalian latihan kepada setiap Hasilian dizahirkan dan direalisasikan dengan jayanya. APM teruskan kecemerlangan penyediaan latihan yang bermutu tinggi. Setiap pensyarah meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kecemerlangan akademik kendiri. Kecemerlangan latihan dan pendidikan yang diberikan akan menyediakan dan melahirkan pegawai yang kompeten. Berikan kemudahan yang terbaik kepada semua. APM menjadi pembekal latihan untuk setiap pegawai agar penghasilan pegawai cemerlang menjadi peneraju dan perintis kesinambungan perkhidmatan percukaian terulung negara POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 3 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Pengurusan Organisasi Moto perkhidmatan Encik Roszamman adalah jangan bertangguh. Beliau menerangkan bahawa sikap suka bertangguh bukan sahaja melewatkan sesuatu pekerjaan mahupun perkhidmatan diberikan dalam masa ditetapkan tetapi juga menyukarkan perjalanan kerja orang lain. Apabila kita sentiasa bertangguh, kepercayaan dan tanggapan orang terhadap kita akan merosot, sekaligus menjejaskan perkhidmatan dan reputasi organisasi. Apa juga yang dilaksanakan, laksanakan dengan ikhlas. Ikhlas dan timbangkan setiap situasi. Jangan sesekali buat keputusan dalam keadaan marah. Amalkan nilai ikhlas, ihsan dan adil. Jangan bertangguh dalam apa dilaksanakan. Jangan mudah rasa selesa dengan apa yang kita lakukan. Sentiasa cabar diri untuk melakukan sesuatu yang lebih dari kebiasaan. Menurut beliau, sikap selesa terutama dalam pekerjaan akan membunuh dan ia tidak akan membantu kita untuk terus maju kehadapan. Encik Roszamman bersama Team HASiL APM semasa Perhimpunan Bulanan Tahun 2023 Amalan Terbaik Kepimpinan Pengurusan organisasi yang dinamik di kala pengenalan FOBO di LHDNM memerlukan semangat berpasukan yang tinggi. Dalam memimpin organisasi, nilai kepimpinan dan toleransi perlu bergandingan bersama. Seorang pemimpin yang berkaliber berupaya memacu kecemerlangan dan kelestarian organisasi di samping mempunyai semangat toleransi yang memacu persekitaran kerja yang happy dan menyeluruh. LHDNM disokong mencari idea – idea baharu perkhidmatan percukaian dalam mendepani cabaran globalisasi, perkembangan global dan semasa. Inisiatif baharu LHDNM seperti e- invoicing dan FOBO berupaya meningkatkan kecekapan dan kelangsungan perkhidmatan organisasi. Pengenalan dan penerapan awareness, education dan services serta enforcement meningkatkan kepercayaan pemegang taruh dan pelanggan terhadap perkhidmtan percukaian diberikan. Sesi penyampaian cenderahati olehPuanSuzaina, PengarahPLPsemasa sesi perkongsian bersamaEncik Roszamman MdNawi POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 4 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Harapan Encik Roszamman Md Nawi sentiasa meletakkan LHDNM sebagai organisasi yang dekat di hati beliau; “Saya berharap agar LHDNM sentiasa kekal sebagai organisasi percukaian terunggul negara. Selain itu, pelbagai idea-idea baharu direka dan diaplikasikan dalam membudayakan inovasi dan kreativiti di kalangan Hasilian. Kelestarian arena percukaian negara dapat dimantapkan dan diteguhkan secara bersama. Setiap Hasilian juga dapat menerapkan nilai – nilai positif dalam menempa kejayaan dan kecemerlangan berterusan, selarikan bidang tugas dengan keyakinan memimpin, menjadi leader. Tingkatkan pengetahuan dan kemahiran dengan pembelajaran berterusan, jadi terbaik dari hari ke hari. Sentiasa berusaha melaksanakan tugas yang diberikan dan letakkan target apa yang ingin dikecapi. Kecemerlangan dipacu dan disokong dengan nilai integriti yang tinggi. Untuk organisasi, diharap perancangan dan asas kukuh yang telah dibentuk semasa saya meneraju APM diteruskan, ditambahbaik dan diperhebatkan lagi dengan idea- idea baharu sama ada dalam perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan APM, kursus – kursus yang berkualiti, penerokaan bidang – bidang latihan dan kemahiran yang baharu serta mempergiatkan pencarian kaedah – kaedah pembelajaran yang terkini serta menarik. Pendekatan digitalisasi yang dimulakan perlu dikekalkan dan dikembangkan kepada satu tahap yang lebih tinggi agar pelaksanaan latihan dan kemudahan perkhidmatan yang dibekalkan oleh APM diyakini, dikagumi dan dicontohi satu masa nanti bukan sahaja dalam malahan luar negara. “ Memegang tanggungjawab yang besar dalam memimpin dan memacu hala tuju APM, prinsip utama yang dipegang teguh sentiasa adalah amanah dan akauntabiliti. Encik Roszamman telah menanam azam yang kuat semasa beliau dilantik sebagai Pengarah Akademi Percukaian Malaysia. Beliau berazam memupuk, membudayakan dan memastikan kelestarian nilai integriti dan akauntabiliti dipupuk dan sentiasa diamalkan oleh Team Hasil APM. Integriti dan akauntabiliti dalam setiap tugasan, disiplin diri, keperibadian dan juga urusan -urusan yang lain dapat membentuk satu kredibiliti, kepercayaan dan keyakinan yang tinggi terhadap perkhidmatan yang diberikan. Integriti dan akauntabiliti diperkasa menerusi mesyuarat, perhimpunan dan pembudayaan berterusan Pelan AntiRasuah LHDNM (PeARL). Selain itu, mengupas mengenai nilai teras LHDNM yang keempat, beliau menasihatkan setiap Hasilian agar terus percaya dan mengamalkan nilai integriti dan akauntabiliti pada setiap masa. Tadbir urus Navinderpal Singh Gurdip Singh Disediakan Oleh Encik Roszamman bersama barisan kepimpinan APM POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 5 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


b e r s a r a p a d a 2 6 m a c 2 0 2 3 LATAR BELAKANG DIRI Encik Md Kamal lahir pada 26 Mac 1963. Dilahirkan di Batu Pahat Johor. Merupakan anak ketiga dari enam (6) adik beradik. Mempunyai lima (5) orang anak. PENGARAH NEGERI JOHOR ENCIK MD KAMAL BIN JOHAN SEGUNUNG BAKTI,SEJUTA MEMORI Ikuti Kisah Inspirasi beliau >> Hobi beliau bermain golf dan aktiviti perkemahan. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Kepujian (Sains Matematik) di Universiti Malaya. Pernah bertugas sebagai seorang guru sebelum berkhidmat di LHDNM. Harapan beliau, semoga perkongsian dan sesi ini akan dapat memberi nilai tambah dan panduan kepada bakal pemimpin muda di LHDNM untuk terus bersama-sama menaikan imej serta prestasi organisasi yang kita sayangi ini. POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 6


Encik Md Kamal Johan SEGUNUNG BAKTI, SEJUTA MEMORI PerjalananKarier di LHDNM Pertemuan Team PLP bersama En Md Kamal pada 21 Februari 2023 di Johor Beliau dilantik kali pertama ke JHDN pada 16 Disember 1991 dan ditempatkan di Cawangan Pungutan. Beliau mula berkhidmat di Negeri Johor pada tahun 1992 di Cawangan Kluang sehingga tahun 2005. Pada tahun 2005, beliau telah dinaikkan pangkat ke Gred 48 dan ditempatkan di Cawangan Johor Bharu. Mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang audit cukai, dan kemudian telah melebarkan lagi sayap beliau dalam bidang siasatan apabila ditempatkan selama 7 bulan bermula 1 Ogos 2011. Selepas itu beliau telah dinaikkan pangkat ke Gred 54 dan ditempatkan di Jabatan Pematuhan Cukai selama 2 tahun. Tidak lama selepas itu, beliau kembali ke Negeri Johor dengan dinaikkan pangkat ke Gred Jusa C sebagai Pengarah Negeri Johor dari tahun 2019 sehingga 2023. Kepentingan Kepimpinan Pemimpin LHDNM perlu jelas dan memahami apa itu Budaya Korporat LHDNM seperti Visi, Misi, Objektif, Slogan, Dasar Kualiti dan Moto Perkhidmatan. Pemimpin LHDNM mesti jelas dengan Rangka Kerja Tadbir Urus LHDNM yang terbahagi kepada 2 iaitu Percukaian dan Bukan Percukaian. Di bawah Percukaian, perkara yang perlu difahami adalah Piagam Pelanggan, IRBM Taxpayer Roadmap, Rangka Kerja Tadbir Urus Cukai Korporat, Siasatan dan Pungutan Cukai dan audit Dalam Pematuhan Cukai. Manakala di bawah Bukan Percukaian, perkara yang perlu difahami adalah dasar governans, integriti dan anti rasuah, dasar keselamatan dan pengurusan risiko audit dan kawalan dalaman. Apabila semua perkara ini difahami dengan jelas oleh seorang pemimpin LHDNM, maka pemimpin tersebut akan lebih jelas dalam memacu halatuju organisasi menjadi lebih cemerlang dan berprestasi tinggi. Sifat kepimpinan yang pastinya sudah sedia ada dalam diri seseorang yang telah berada pada peringkat pengurusan akan lebih teserlah kerana mereka telah memahami apa kehendak organisasi dan secara tidak langsung akan membuka minda mereka untuk membuat perancangan yang sesuai dan boleh dilaksanakan. POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 7 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 8 Amalan Terbaik Pemimpin - Leading With Humillity Pemimpin LHDNM yang ingin membawa perubahan yang berkesan kepada organisasi mesti mempunyai prinsip yang jelas, tegas dalam membuat keputusan dan boleh mendengar dan menerima pandangan yang munasabah dari pegawai di bawahnya. Pemimpin tersebut juga perlu memiliki team pengurusan yang boleh mendukung beliau dalam menguruskan seksyen atau bahagian masing-masing supaya berjalan dengan telus dan teratur. Sentiasa mengadakan pertemuan atau perbincangan dengan team pengurusan dengan mendengar masalah yang dihadapi dan memberikan pandangan dan solusi atas masalah tersebut. Perlu sekali sekala mengadakan sesi bersama dengan pegawai di peringkat operasi bagi mendengar keluhan atau pandangan dari mereka. Setiap persoalan yang dibangkitkan oleh pegawai bawahan ini perlu di jawab dengan rasional dan bertanggungjawab supaya konsep kepimpinan melalui tauladan akan dapat dirasai oleh setiap pegawai di bawah. Paling penting setiap perkara yang telah dipersetujui atau dijanjikan perlu disegerakan pelaksanaannya kerana kepercayaan dan keyakinan pekerja kepada pemimpin mereka akan lebih memberansangkan. Perancangan, Perekrutan dan Pemilihan Sumber Manusia Melakukan analisa pekerjaan bagi melakukan keperluan yang spesifik bagi tugas-tugas individu dalam LHDNM Meramal keperluan sumber manusia bagi mencapai objektif LHDNM Membangun dan melaksanakan rancangan bagi mencapai keperluan tersebut Merekrut dan mengambil sumber manusia bagi memenuhi tugas-tugas spesifik dalam LHDNM Pembangunan Sumber Manusia Orientasi dan melatih pegawai-pegawai baru di LHDNM Mengurus dan mengimplimentasi pengurusan dan program-program pembangunan organisasi. Membentuk kumpulan yang berkesan dalam struktur LHDNM. Mereka sistem bagi menilai prestasi setiap pekerja. Pengurusan Organisasi Pampasan dan Kemudahan Reka dan implimentasi sistem pampasan dan kemudahan untuk semua pekerja Memastikan pampasan dan kemudahan adalah adil dan konsisten. Keselamatan dan Kesihatan Reka dan implimentasi program yang memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin. Memberi bantuan kepada pekerja yang mempunyai masalah peribadi yang boleh mempengaruhi prestasi kerja mereka. Penyelidikan Sumber Manusia Mewujudkan asas maklumat sumber manusia Bentuk dan implimentasi sistem komunikasi pekerja PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Tadbir Urus yang baik adalah dimana kecekapan perancangan pengurusan membawa keberkesanan kepada keseluruhan organisasi dan memberi keyakinan kepada Kerajaan atas mandat yang telah diberikan kepada LHDNM sebagai Pentadbir Cukai Terunggul. Dari segi percukaian, Meningkatkan perkhidmatan front office iaitu di kaunter setempat, PKH, UTC dan di pejabat satelit Meningkatkan pematuhan sukarela di kalangan pembayar cukai Penguatkuasaan aktiviti audit dan siasatan Perangkaan kerja audit, siasatan, pungutan, undangundang, CKHT, stamping dan lain lain Dari segi bukan percukaian, Meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran dan kewangan Melantik AJK pengurusan risiko, keselamatan, kesihatan, ICT di setiap lokaliti Membuat audit dalam bagi memantau kerja setiap seksyen Menggalakan pegawai work from anywhere. Setiap lokaliti back office telah menyediakan ruang untuk SOFO Tadbir Urus Harapan Membina sesebuah Negara yang pemimpinnya berwibawa dan boleh menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya dalam memastikan ekonomi negara dan pentadbiran negara diurus sebaiknya. Pemimpin Negara perlu mentadbir urus kewangan dan Pengurusan Negara dengan telus dan amanah memandangkan punca utama pendapatan Negara adalah daripada cukai pendapatan. Sebagai salah seorang pemimpin LHDNM, harapan agar Negara ini akan lebih berdaya saing dan terus berkembang dari segi ekonomi yang disokong oleh peningkatan kutipan cukai yang memberangsangkan. Pembangunan struktur organisasi selari dengan persaingan ekonomi Negara perlu seiring dengan transformasi kepimpinan yang dinamik bagi menjadikan LHDNM sebagai Pemungut Cukai terunggul Negara. Harapan agar Pengurusan Atasan dapat menguasai tahap kompetensi kepimpinan yang tinggi dan berupaya mendepani cabaran pada masa akan datang. Kemajuan sesebuah organisasi tidak dapat dikecapi tanpa adanya pucuk kepimpinan yang berinteriti tinggi dalam mengadaptasikan perubahan norma baharu dan melakari agenda transfromasi negara. Melihat LHDNM sebagai sebuah organisasi yang dipandang tinggi oleh masyarakat yang melihat LHDNM ini sebagai badan yang bertanggungjawab dalam menyumbang kepada pembangunan Negara seterusnya memeningkatkan taraf ekonomi rakyat. Negara Organisasi Team HASiL Penerapan nilai kepimpinan dan prinsip berwawasan dalam diri setiap Hasilian. Pasukan pemimpin di kalangan Hasilian perlu dikukuhkan dalam memastikan Pengurusan LHDNM berdiri utuh dan dikenali sebagai pentadbir Cukai terunggul dan bukan sebagi “tax collector”. Elemen budaya kerja positif dan berkualiti perlu sentiasa diterapkan dalam diri Hasilian dan seterusnya membina imej LHDNM sebagai pemudahcara di dalam ekosistem percukaian Negara. Pastinya mahu melihat setiap Hasilian mempunyai daya saing yang tinggi dalam meningkatkan taraf hidup masing-masing. Persaingan yang sihat ini pastinya akan memberikan impak yang positif kepada Hasilian itu sendiri khususnya dan secara amnya kepada peningkatan kualiti perkhidmatan LHDNM itu sendiri. Sesi penyampaian cenderahati olehPuanSuzaina,PengarahPLP POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 9 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


DR. MARHAINI BINTI MAHMOOD b e r s a r a p a d a 2 1 m e i 2 0 2 3 PENGARAH JABATAN INTEGRITI & PENGURUSAN RISIKO Dilahirkan di Kedah, anak kedua daripada enam (6) adik beradik. Bapa beliau merupakan ahli bomba. Oleh kerana kerjaya bapa tersebut, semasa kecil beliau serta keluarga sering berpindah ke beberapa tempat seperti Jitra, Baling, Kangar dan Langkawi. Bertemu jodoh dengan suami semasa sama-sama belajar di Universiti dan dikurniakan empat (4) orang anak iaitu dua (2) orang lelaki dan dua (2) orang perempuan. Tiga (3) daripada empat (4) orang anak telah mempunyai kerjaya masing-masing dan seorang lagi sedang mengikuti jejak langkah beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana. LATAR BELAKANG DIRI “THE RISK INTELLECT” Ikuti Kisah Inspirasi beliau >> POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 1 0


Dr. Marhaini binti Mahmood THE RISK INTELLECT Berkhidmat di LHDNM selama 32 tahun 10 bulan, beliau dilantik ke JHDN pada 2 Januari 1991 sebagai Pegawai Penaksir dan ditempatkan di Cawangan Pungutan. Sepanjang kerjaya beliau di LHDNM, Dr Marhaini pernah bertugas di Jabatan Kewangan, Jabatan Operasi Cukai dan Pusat Pemprosesan Maklumat sebelum sepenuhnya menceburkan diri dalam bidang Pengurusan Risiko. Berbekalkan dengan perasaan kecintaan pada ilmu yang tinggi, beliau komited melanjutkan pelajaran dalam peringkat Sarjana di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan seterusnya ke peringkat PHD di bawah tajaan HASiL pada tahun 2008 dalam bidang Tax Compliance Risk Management Strategies. LatarBelakangPendidikan Dr. Marhaini merupakan graduan Diploma Sains Komputer di Institut Teknologi Mara dan kemudian menyambung Ijazah Sarjana Muda beliau dalam bidang yang sama di Michigan University, Amerika Syarikat. Sebelum berada di HASiL, beliau pernah bekerja sebagai Software Engineer dan Computer Programmer di syarikat dan agensi luar. Semasa melanjutkan pelajaran, beliau telah menerima biasiswa daripada Kerajaan Malaysia dan beliau sentiasa berhasrat untuk bekerja dan menyumbang kembali kepada Negara. Niat murni beliau dimakbulkan Allah S.W.T. Beliau kemudian ditawarkan bekerja di Pejabat Perdana Menteri dan seterusnya menjadi salah seorang Team HASiL yang berjaya dan dikagumi sehingga kini. Pertemuan Team PLP bersama Dr. Marhaini pada 16 Mei 2023 di Menara Hasil Cyberjaya PerjalananKarier di LHDNM “Everything will fall into place. You just have to be patient and trust the process. “ Bagaimana beliau bertukar dari bidang Teknologi Maklumat dan terjun ke bidang Pengurusan Risiko? POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 1 1 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Apabila berpeluang untuk belajar sehingga ke peringkat PHD, satu kemahiran yang beliau kuasai sehingga kini adalah cara untuk berfikir secara kritikal. Terbiasa melaksanakan kajian metodologi menjadikan beliau sangat peka dan berhati-hati apabila menilai sesuatu perkara, tidak kira semasa di pejabat atau pun di luar. Setiap perkara yang dibaca atau yang dimaklumkan kepada beliau akan diperhalusi dan akan membuat semakan silang mengenai kesahihan sesuatu perkara dan berusaha untuk membetulkan fakta yang tidak tepat. Dalam konteks pekerjaan, sesuatu tugasan perlu dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan. Setiap arahan yang diterima juga perlu dianalisa secara berstruktur terlebih dahulu dengan menggunakan teknik serta alat bersesuaian bagi memastikan output yang dihasilkan adalah tepat dan teratur. Dr Marhaini terdorong untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat tertinggi bermula semasa beliau masih menyandang jawatan Pegawai Penaksir (Gred 7). Semasa melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda, beliau terinspirasi dan kagum apabila melihat pensyarah yang memegang gelaran Doktor Falsafah (Dr.). Menurut beliau mereka adalah golongan ilmuwan dan intelektual bukan sahaja dari segi akademik malah sahsiah diri. Sejak itu beliau sentiasa berusaha untuk mencabar diri bagi mendalami ilmu sehingga ke peringkat tertinggi bagi mencapai hasrat untuk berbakti kepada masyarakat khususnya Team Hasil. GetInspiredToBe Inspired Majlis Penyampaian Anugerah Integriti bersama YBhg.Dato’ Wan Ramiza binti Wan Ghazali Sejurus selepas tamat pengajian PHD pada tahun 2012, beliau telah ditempatkan di Bahagian Pengurusan Risiko, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif. Bermula dari itu titik permulaan beliau menyumbang sepenuh tenaga dalam bidang Pengurusan Risiko iaitu selama 11 tahun. Apabila ditanya adakah beliau sememangnya meminati bidang Pengurusan Risiko, beliau memaklumkan pada awalnya beliau ingin fokus kepada bidang Pengurusan Perubahan memandangkan pada ketika itu telah bermula era peralihan dari manual kepada teknologi yang mana banyak proses kerja telah menggunakan sistem. Walau bagaimanapun, ketika beliau ingin melanjutkan pelajaran dalam PHD, penyelia beliau telah mencadangkan topik berkaitan Pengurusan Risiko. Pada ketika beliau mula meneroka ilmu Pengurusan Risiko, beliau mendapati Negara lain telah banyak menghasilkan kajiankajian berkaitan risiko dan beliau merupakan pemula awal (pioneer) dalam HASiL. Tidak lagi menoleh ke belakang, beliau terus berbakti kepada HASiL dan berjaya menyediakan Manual Pengurusan Risiko LHDNM serta rangka kerja (framework) berkaitan Pengurusan Risiko yang menyokong kelestarian HASiL terutama dalam memperkukuhkan pematuhan cukai. TakKenal MakaTak Cinta POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 1 2 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Dr Marhaini bersama pegawai Jabatan Integriti dan Pengurusan Risiko TIPS & TRICK CommonSense VSFrameworkDalam Risiko Menurut beliau, setiap kali apabila ingin ke sesuatu destinasi, beliau akan sentiasa membuat analisa awal terlebih dahulu mengenai risiko yang bakal beliau lalui dan akan memilih jalan yang paling kurang risiko yang mana kaedah ini disebut sebagai ‘calculated risk.’ Dalam konteks pekerjaan, kita juga perlu membuat semakan ke atas risiko yang berkaitan sebelum sebarang pembentangan dibuat dengan Ketua. Setiap Lokaliti dan Negeri juga perlu peka untuk sentiasa menyediakan dan mengemaskini profil risiko di penempatan masing-masing kerana kriteria ini yang akan disemak dahulu oleh auditor sekiranya terdapat pemeriksaan keselamatan pejabat. Bukan sahaja Pengurusan Pejabat, tetapi dalam memastikan proses audit di bawah pematuhan cukai dipatuhi, semakan terhadap profil risiko pembayar cukai juga dilaksanakan. Selain itu, proses mengenalpasti profil risiko kewangan pembayar cukai dapat memudahkan pembahagian tugasan mengikut seksyen sama ada perlu di uruskan oleh auditor biasa atau pegawai siasatan. Dr Marhaini berkongsi pada Team PLP bahawa Pengurusan Risiko ini secara umumnya hanya memerlukan common sense. Walau bagaimanapun, dalam konteks mengurus organisasi, ia dilengkapi dengan rangka kerja (framework) supaya tugas dapat dirancang dengan lebih teratur dan berstruktur. Tidak sekadar mengaplikasikan ilmu di tempat kerja, beliau juga sentiasa menggunakan ilmu risiko beliau dalam urusan peribadi dan keluarga. Sebati dengan konsep pengurusan risiko di mana sahaja beliau berada, tidak salah jika beliau diiktiraf dengan gelaran The Risk Intellect. POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 1 3 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Amalan Terbaik Kepimpinan Dr Marhaini memberi analogi. “seorang pemimpin ibarat nahkoda kapal.” Tiada nahkoda, kapal tiada arah untuk belayar, akan tenggelam dan anak kapal akan kelemasan. Pemimpin seharusnya menjadi seorang yang bijak dalam membuat keputusan, jelas tentang hala tuju, destinasi, arah untuk bergerak dan paling penting mengetahui risiko-risiko ada dihadapan semasa pelayaran seperti iceberg dan risiko angin yang kuat. Sebelum memulakan satu pelayaran, pemimpin perlu mengenalpasti risiko. Bersiap sedia dengan risiko dan merancang sebaiknya apakah kaedah yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan atau mengelakkan sebarang risiko yang akan terjadi. Mempunyai keupayaan pemikiran analitkal dalam membuat satu keputusan. Antara alat yang boleh digunakan adalah melalui kaedah 4T’s (Tolerate Risk, Terminate Risk, Transfer Risk dan Treat Risk) dan beliau turut memberikan contoh mudah dalam mengaplikasi konsep 4T’s ini apabila kita memiliki sebuah kereta yang seringkali rosak; HASiL MelakarTransformasiPengurusanRisikoUnggul Dr. Marhaini telah juga berkongsi dengan Team PLP mengenai Inland Revenue Board Malaysia (IBRM) Tax Compliance Risk Management (TCRM) Model yang telah dilancarkan pada tahun 2016. Model ini terhasil berdasarkan kajian-kajian berkaitan risiko yang telah diterbitkan dan disesuaikan dalam konteks HASiL. Beliau sangat bangga dengan pencapaian HASiL kerana berjaya mewujudkan segmen dan rangka kerja berkaitan risiko lain seperti corruption risk, occupational risk, corporate risk, strategic risk dan operation risk. “Transfer the risk, beri kereta kepada saudara mara untuk digunakan” “Tolerate the risk, bertahan sahaja menggunakan kereta yang sering rosak” “Terminate the risk, jual kereta tersebut” “Treat the risk, overhaul atau hantar ke bengkel untuk dibaiki” Contoh keputusan yang dibuat menggunakan kaedah 4T’s dalam konteks organisasi adalah : bil hospital yang melambung tinggi, kita boleh membuat keputusan untuk ‘transfer the risk’ dengan mencarum insurans kepada pegawai. Seorang pemimpin perlu menjadi role model. Menjadi role model adalah dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam organisasi. Sentiasa walk the talk, melaksanakan tugas yang telah dirancang dan penguasaan integriti yang tinggi dalam diri. Sentiasa terbuka untuk mempelajari ilmu baru dan jangan sombong. Sebagai seorang ketua, sentiasa merendah diri untuk belajar dengan pegawai bawahan. Tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri China, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Dalam Islam juga jelas menekankan untuk kita sentiasa mencari ilmu dan sebarkan ilmu bermanfaat kepada orang lain. Menjadi seorang ketua yang disenangi, mewujudkan suasana kerja harmoni dan sentiasa terbuka untuk berkomunikasi dengan orang lain. Dengan ini, kita akan lebih dihormati dan bukan ditakuti. Walau bagaimapun, adakala kita tidak perlu menjadi seorang ketua yang popular kerana ada keputusan yang perlu dibuat demi kepentingan organisasi walaupun tidak disukai oleh pegawai di bawah seliaan. POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 1 4 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Akhir kata daripada Dr Marhaini, “Harapan saya kepada negara, saya berharap agar negara kita akan sentiasa aman damai dan tiada persengketaan. Rakyat saling hormat menghormati walau berlainan kaum dan agama. Kerajaan dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kerana masih ramai lagi rakyat serta golongan yang susah dan berharap akan ada usaha-usaha yang akan membantu golongan sebegini.” Di peringkat HASiL, teruskan apa yang kita buat sekarang kerana kita sudah berada on the right path towards excellence. Dan kepada Team HASiL, hayati Nilai Teras dan jangan gunakan ia sebagai teori sahaja tetapi hayati sebaiknya serta amalkan. Be honest and happy with what you are doing.” Seorang pemimpin yang berkaliber bukan sahaja bijak mengurus pejabat, tetapi mempunyai human governance yang bagus. Salah satu ciri terbaik seharusnya mempunyai keupayaan memberi motivasi dan inspirasi kepada pegawai seliaan dalam mewujudkan happy workplace. Apabila pegawai gembira, mereka tidak akan merungut dan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran apabila melakukan tugasan yang diarahkan. Penekanan kepada kerja berkumpulan dalam mencapai matlamat yang sama dalam organisasi bagi meningkatkan produktiviti semasa bekerja. Pengurusan Organisasi Dr Marhaini menekankan bahawa Integriti dalam diri amat penting bagi mengelakkan berlakunya ketirisan hasil. Jika tidak jujur dan bersekongkol dengan pembayar cukai, ia akan mencerminkan imej yang tidak baik di mata orang luar sekaligus menjejaskan reputasi kita sebagai penjawat awam. Menanam jati diri sebagai friendly taxman. Apabila kita melayan pembayar cukai dengan baik, sekaligus akan meningkatkan kepercayaan serta pematuhan cukai. Kadar pematuhan cukai yang tinggi sememangnya membawa kepada kecemerlangan organisasi, seiring dengan salah satu Nilai Teras HASiL iaitu Excellence. Tadbir Urus Harapan Ucapan terima kasih kepada semua pihak, dari mula saya berkhidmat sehingga bersara. Semua pihak yang memberi bantuan dan nasihat. Saya tidak akan berjaya sampai ke tahap ini tanpa bantuan dari semua pihak. Alhamdulillah Allah beri saya kesihatan dan kekuatan sehingga saya dapat bersara pada kedudukan yang baik. Terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi. Saya tidak akan dapat melaksanakan tugas sebagai Pengarah JIPR dengan baik tanpa bantuan dan sokongan daripada pegawai-pegawai di JIPR. “ Norhanarosmida Mohamad Rosli Disediakan Oleh POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 1 5 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


b e r s a r a p a d a 2 8 m e i 2 0 2 3 Puan Zubaidah merupakan anak kelahiran Negeri Melaka, mempunyai lapan (8) orang anak, dua (2) orang meninggal ketika masih kecil dan sekarang bersama dengan enam (6) orang anak . Mempunyai anak yang ramai bukanlah satu alasan untuk tidak menjadi ibu yang hebat. Puan Zubaidah seorang yang cekap di rumah dan di pejabat, mampu membesarkan anak-anaknya sendiri tanpa pembantu rumah. Suami beliau merupakan seorang guru dan meninggal dunia kerana kanser buah pinggang pada 10 Januari 2022. “Kita akan mati dengan cara kehidupan kita..” Kematian yang dicemburui, beliau berkongsi mengenai detik-detik suami beliau meninggal di pangkuan ketika mereka sedang solat Jemaah bersama dan solat berjemaah merupakan aktiviti rutin yang dilakukan beliau bersama suami sejak mula berkahwin sehingga suami beliau menghembuskan nafas terakhir. PENGARAH NEGERI MELAKA PUAN ZUBAIDAH BINTI HAMZAH LATAR BELAKANG DIRI “THEIRON LADY” Ikuti Kisah Inspirasi beliau >> POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 1 6


Puan Zubaidah mendapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam. Tahun beliau mula bersekolah, merupakan tahun pertama Kerajaan memansuhkan sistem pembelajaran menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara. Minat beliau dalam akaun telah mendorong beliau untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perdagangan semasa di Sekolah Teknik Seremban sehingga beliau berjaya mendapat tawaran biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran di Kanada. Semasa mendapat tawaran tersebut, beliau hanya diberi masa 2 minggu untuk persediaan menguasai Bahasa Inggeri sebelum ke Kanada. Walau bagaiamanpun, berbekalkan semangat juang yang tinggi, beliau mencabar diri untuk ke luar negara dan tekad untuk belajar meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris beliau. Latar Belakang Pendidikan Puan Zubaidah binti Hamzah THE IRON LADY Semasa berada di Kanada, beliau mengambil inisiatif untuk meluangkan banyak masa bersama pelajar dari negara lain bagi mencabar diri beliau untuk berkomunikasi dan meningkatkan perhubungan rangkaian dalam Bahasa Inggeris. Berkat usaha Puan Zubaidah, beliau berjaya menghabiskan Sarjana Muda beliau dengan cemerlang dan mengikut masa yang telah ditetapkan. Terbukti apabila beliau sering mendapat keputusan deans list dan berjaya berada dalam kedudukan 100 ke atas dalam kalangan pelajar di Universiti ketika itu. Perjalanan Karier di LHDNM Pada tahun Jun 1986 ketika beliau pulang ke Malaysia, tiada pekerjaan pada waktu itu kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil. Pada bulan September 1986, beliau telah menyertai khidmat siswazah sambilan di Pejabat Ketua Menteri Melaka dan ditempatkan di Unit Kewangan Negeri. Pada tahun 1988, beliau telah memohon jawatan kosong di JHDN namun telah ditolak. Tidak berputus asa, beliau kembali memohon pada tahun 1991 dan telah diterima masuk ke JHDN pada 1 Januari 1991. Bercerita mengenai perjalanan karier beliau sepanjang berada di LHDNM, beliau pernah bertugas di Unit OG dan Unit Audit Syarikat semasa di Cawangan Melaka. Pada tahun 1999, beliau dipindahkan ke Pusat Penyiasatan dan Perisikan Melaka. Puan Zubaidah juga berkongsi, tugas siasatan adalah berlainan dari tugas teknikal lain. Pada awal beliau bertugas sebagai Pegawai Penyiasat, beliau tidak yakin yang beliau dapat melakukan tugas siasatan. Ia merupakan satu cabaran bagi beliau tambahan pula pada ketika itu, pegawai perempuan tidak ramai ditempatkan di Cawangan Siasatan. Meskipun begitu, beliau amat bertuah kerana mempunyai rakan sekerja yang sentiasa memberi kata-kata semangat serta sokongan antara satu sama lain dan salah seorang daripada mereka adalah Encik Roszamman Md Nawi. Sikap tidak mudah berputus asa dan daya juang yang tinggi, membolehkan beliau cepat mahir dalam tugas. Ini terbukti apabila beliau berjaya menyelesaikan kes siasatan bernilai RM300,000 untuk kali pertama selepas beberapa bulan bertugas sebagai Pegawai Penyiasat. POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 1 7 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Hardwork Beats Talent When Talents Doesn’t Work Hard Semakin lama, beliau mula merasa seronok bertugas di Cawangan Siasatan dan mendapati bahawa beliau dapat melaksanakan tugasan dengan sangat cemerlang. Mengimbau kembali suasana bekerja pada tahun 1999, pada ketika itu Cawangan hanya mempunyai satu (1) komputer yang perlu digunakan secara guna sama. Puan Zubaidah berkongsi, pengalaman beliau dalam bidang siasatan amat bagus. Di samping mengajar beliau kemahiran dari segi teknikal, pada masa yang sama meningkatkan kemahiran berfikir dan insaniah. Menjadi seorang Pegawai Penyiasat tidak boleh terlalu rigid namun pada masa yang sama, perlu mahir untuk melihat sesuatu kes dalam skop yang lebih kecil bagi memastikan satu kes boleh ditutup dengan jayanya. Ini berikutan, dalam kes-kes siasatan biasanya melibatkan kes tunggakan berbelas / berpuluh tahun. Pengalaman-pengalaman sebagai Pegawai Penyiasat ini merupakan salah satu batu loncatan untuk beliau menjadi semakin mahir dan cekap dalam tugasan teknikal. Pada tahun 2007 beliau telah dinaikkan pangkat ke Gred 48 selepas 17 tahun bertugas sebagai pegawai Gred 44 dan ditempatkan di Jabatan Cukai Korporat serta menguruskan Syarikat GLC pada ketika itu. Dengan ilmu dan kemahiran yang telah dipupuk dalam diri beliau sepanjang berada dalam Cawangan Siasatan, beliau telah berjaya menyelesaikan satu kes tunggakan dengan pembayar cukai berjumlah RM 143 juta. Berada di Jabatan Cukai Korporat merupakan pengalaman pertama Puan Zubaidah mempunyai pegawai di bawah seliaannya. Menurut beliau, bekerja dan perlu membuat pemantauan ke atas tugas pegawai seliaan adalah satu pengalaman baru yang menyeronokkan di mana beliau dapat bersama-sama membantu dan menasihatkan pegawai mengenai cara penyelesaian cukai taksiran yang betul. 9 bulan selepas itu, beliau dapat kembali ke Cawangan Melaka sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Siasatan iaitu pada tahun 2008. Pada tahun 2011, beliau dilantik sebagai Pengarah Bahagian Penyelarasan di bawah Pejabat Pengarah Negeri. Betapa cantik aturan Tuhan di mana ketika itu salah satu tugas beliau adalah untuk menyediakan dan menyemak fail siasatan bagi kelulusan Pengarah Negeri di mana ia merupakan salah satu bidang kepakaran beliau ketika itu. Tahun 2011, beliau telah dinaikkan pangkat ke Gred 54 dan diberi tanggungjawab untuk menerajui Cawangan Siasatan Putrjaya. CSI Putrajaya merupakan Cawangan Siasatan ke tiga terbesar dalam Lembah Klang selepas Kuala Lumpur dan Shah Alam. Setelah lama meninggalkan tugas siasatan, Puan Zubaidah ketika itu menyahut cabaran menjadi Pengarah yang mengetuai Cawangan buat julung kalinya selepas tempoh 27 tahun berkhidmat di LHDNM. Mengingati salah satu kenangan manis beliau, CSI Putrajaya pernah memenangi kategori taksiran dan kutipan tertinggi kategori CSI berskala besar dengan hadiah kemenangan sebanyak RM 40,000. Pada 1 Mei 2021, kemuncak kerjaya beliau di mana beliau sekali lagi dinaikkan pangkat dan berkhidmat sebagai Pengarah Negeri Melaka. Sesi penyampaian cenderahati olehPuanSuzaina,PengarahPLP semasa sesi perkongsian bersamaPuan Zubaidah pada 9 Mac 2023 POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 1 8 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Pengalaman sebagai Pegawai Penyiasat Berkongsi lagi mengenai pengalaman Puan Zubaidah sebagai Pegawai Penyiasat, beliau menekankan bahawa sebagai Pegawai Penyiasat, pegawai perlu mempunyai sifat empati yang tinggi. Setiap kes perlu diteliti dari segi fungsi dan norma sesuatu perniagaan itu berjalan. Meletakkan diri dalam kasut pembayar cukai dan cuba memahami ekosistem sesuatu perniagaan selain membuat perbandingan jenis perniagaan dengan syarikat lain adalah salah satu usaha yang sangat bagus. Bijak dalam membuat negosiasi dengan pembayar cukai dengan niat memberikan perkhidmatan terbaik namun perlu sentiasa berpegang dengan prinsip kita adalah pegawai LHDNM Beliau mengingatkan supaya kita sentiasa faham dengan tugas yang dilakukan, membuat sesuatu keputusan dengan fakta dan ilmu yang lengkap supaya sentiasa dihormati oleh pembayar cukai dan tax agent. Amalan Terbaik Kepimpinan Menjadi ketua perlulah menjadi ‘Ketua Padang.’ Jangan menjadi ketua yang hanya duduk dalam bilik sahaja. Puan Zubaidah ‘dibesarkan’ dalam dunia penyiasatan dan telah terbiasa dengan budaya kerja secara berkumpulan, sentiasa bergaul dengan semua pegawai tanpa mengira Gred. Tiada jurang antara pegawai dan mereka sering bekerjasama demi kepentingan organisasi dan tugas. Beliau menekankan juga sebagai seorang pemimpin, perlulah sering turun padang dan tidak meninggalkkan pegawai bawahan kita tanpa bimbingan. Semasa beliau menjadi Pengarah, beliau akan pastikan setiap kesalahan teknikal yang dilakukan pegawai akan diberi penjelasan, cadangan dan juga solusi bagaimana sesuatu tugas tersebut boleh ditambah baik. Ini sekaligus dapat membudayakan cara kerja yang sihat di antara ketua dan juga pegawai seliaan dalam mewujudkan keselamatan dari segi psikologikal. Mewujudkan budaya kerja yang gembira, looking forward to go the office everyday. Pembawakan diri yang ceria sekaligus dapat mempengaruhi pegawai lain di pejabat dan seterusnya membawa kepada satu budaya sihat dalam organisasi. Peka dan teliti apabila menyediakan laporan. Sentiasa catat dan perjelaskan mengapa satu-satu taksiran untuk diluluskan pelepasan supaya ia akan menjadi rujukan serta bukti sekiranya terdapat isu berbangkit di masa akan datang. Perkara ini penting dalam memastikan kita dapat mengekalkan integriti terutama sebagai Pengarah yang mengemudi Cawangan kerana kita perlu bertanggungjawab dalam setiap keputusan yang telah kita buat dan luluskan. POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 1 9 Team PLPketika bertemuPuan Zubaidah PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Pengurusan Organisasi Tadbir Urus Menjaga integriti dan amanah. Apabila kita melaksanakan tugas, terutama dalam suasana FOBO ini, kita tidak akan dilihat atau dinilai oleh sesiapa kecuali Tuhan. Namun begitu, setiap usaha kita akan tetap dapat ditunjukkan melalui produktiviti dan pencapaian KPI. Puan Zubaidah berkongsi lagi, kita perlu menanam semangat untuk bekerja dengan tekun dan ikhlas bagi mendapatkan gaji yang berkat. Sentiasa menilai prestasi kerja pegawai dengan adil. Memberi teguran dan peluang sewajarnya kepada pegawai bermasalah untuk berubah dan memberikan markah setimpal dengan apa yang telah pegawai laksanakan dalam tugasan. Sebagai ketua, kita perlu mempunyai empati dan pada masa yang sama kekal tegas dalam sesuatu keputusan yang diambil terutama dalam urusan tadbir urusan Cawangan / Negeri. Harapan Pengarah merupakan duta Pihak Pengurusan di peringkat Negeri. Justeru, setiap keputusan dan arahan baharu kepimpinan perlu lah disokong di peringkat Pengurusan Negeri. Dalam konteks struktur organisasi sekarang iaitu pelaksanaan FOBO, sebagai ketua kita hendaklah sentiasa menanam kepercayaan kepada pegawai, benarkan pegawai untuk Bekerja Dari Rumah dan berani mengambil tanggungjawab apabila perlu membuat auditan dan taksiran sendiri. Dengan cara ini, pegawai akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kompetensi dalam bidang teknikal dan juga insaniah. Harapan Puan Zubaidah; “Harapan untuk Team HASiL, kita perlu lengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan. Kerana dengan adanya ilmu, ia dapat meningkatkan kredibiliti dan kekuatan kita. DisediakanOleh Norhanarosmida Mohamad Rosli Kita tidak mahu pembayar cukai atau tax agent lebih pandai dari kita. Kita perlu sentiasa bijak dalam membuat justifikasi dan hujah bagi satu-satu perkara berkaitan cukai supaya pembayar cukai menghormati keputusan kita. Jangan abaikan kualiti kerja, dan sentiasa mengambil inisiatif untuk memperbaiki serta memperkasa kemahiran diri. FOBO merupakan satu perubahan yang membawa banyak kebaikan kepada kita. Apabila kita melaksanakan flat structure, setiap orang mempunyai tanggugjawab dan amanah untuk membuat taksiran. Dengan cara ini saya lihat ia membawa satu anjakan positif di mana setiap orang mempunyai KPI yang perlu dicapai. Selain itu, bagi memantapkan kemahiran pegawai, kursus untuk industri juga perlu diikuti dan dipergiatkan.” Puan Zubaidah bersamaTeam HASiLNegeri Melaka POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 2 0 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


b e r s a r a p a d a 0 2 J U N 2 0 2 3 Puan Roslina merupakan anak kelahiran Kepala Batas, Seberang Perai. Beliau mempunyai Diploma dan Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari Universiti Utara Malaysia. Beliau mempunyai dua (2) orang anak, seorang telah berkahwin dan mempunyai dua (2) orang cucu. Suami beliau berkhidmat di Universiti Putra Malaysia (UPM), pernah berada di UPM Bintulu dan kemudian bertugas di UPM Serdang. Sebelum menabur sepenuh bakti di LHDNM, beliau pernah bekerja di Jabatan Akauntan Negara. PENGARAH BAHAGIAN HULUAN PETROLEUM PUAN ROSLINA BINTI IBRAHIM LATAR BELAKANG DIRI CAWANGAN INDUSTRI KHUSUS “EVOLUSI KEJAYAAN BERSAMA PETROLEUM” Ikuti Kisah Inspirasi beliau >> POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 2 1


Beliau melapor diri sebagai salah seorang Team HASiL pada 1 Julai 1991 dan ditempatkan di Cawangan Pulau Pinang. Berbicara bagaimana bermulanya karier beliau sebagai pegawai HASiL, beliau memaklumkan pada tahun tersebut merupakan pengambilan lantikan baru secara besar-besaran yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pada 15 Februari 1992, beliau telah bertukar ke Cawangan Jalan Duta melaksanakan tugas audit cukai. Mengingat kembali bagaimana Kursus Induksi (dahulu dikenali sebagai Kursus Preliminary) dilaksanakan, ia berbeza dengan kaedah sekarang. Memandangkan dahulu Akademi Percukaian Malaysia belum diwujudkan, Kursus Preliminary diadakan mengikut zon dan Pensyarah akan mengajar berdasarkan zon yang telah ditetapkan. Pada tahun 1995, beliau kemudian telah diluluskan Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan belajar di United Kingdom dan apabila kembali, beliau telah berkhidmat di Pusat Bandar Damansara dalam unit Audit. PerjalananKarier di LHDNM EvolusiKejayaanBersamaPetroleum Puan Roslina berkongsi kepada Team PLP, beliau mula menceburkan diri dan bertugas di Bahagian Petroleum sejak tahun 2005. Berkhidmat selama 18 tahun khusus dalam bidang Petroleum menjadikan beliau salah seorang pakar dalam pengurusan cukai untuk Bahagian Petroleum. Bahagian ini telah melalui banyak perubahan struktur organisasi dan nonmenclature sehingga perkhidmatan beliau yang terkini, di mana Bahagian Petroleum diletakkan di bawah Cawangan Industri Khusus selain Insurans, Kewangan dan Audit Bank. Bagi Industri Petroleum, ia dibahagikan kepada dua (2) sektor iaitu sektor Huluan (bidang cari gali) dan Hiliran (bidang penapisan dan penjualan). Sepanjang karier beliau, banyak hubungan libat urus telah dijalankan bersama pembayar cukai industri seperti Petronas dan Shell. Menurut beliau berdasarkan pengalaman selama 18 tahun berurusan dengan pembayar cukai, pegawai LHDNM hendaklah sentiasa merendah diri. Dengan sikap mesra dan mudah didekati hubungan yang baik dengan pembayar cukai dapat diwujudkan. Impak daripada hubungan baik tersebut, dapat dilihat apabila pembayar cukai bersikap lebih terbuka dan lebih selesa untuk berbincang secara bersemuka dengan pihak HASiL sekiranya terdapat sebarang masalah atau isu. Beliau berkongsi pendekatan HASiL suatu masa dahulu dan sekarang adalah berbeza, dahulu pegawai perlu bersemuka dengan pembayar cukai kerana perhubungan melalui telefon juga agak sukar berbanding kini. Pada masa kini jaringan perhubungan lebih cepat dan LHDNM mengambil pendekatan lebih mesra dan pembayar cukai dianggap sebagai rakan strategik. Kini pembayar cukai percaya, cukai itu bukan lah sesuatu yang menakutkan. Hubungan yang baik sudah tentu dapat mencambah kepercayaan dalam diri mereka terhadap HASiL dan mudah untuk berterus terang apabila mereka mempunyai sebarang isu atau masalah berkaitan cukai. Puan Roslina Ibrahim EVOLUSI KEJAYAAN BERSAMA PETROLEUM Puan Roslina bersama pegawai seliaan Pertemuan Team PLP bersama Puan Roslina pada 25 Mei 2023 POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 2 2 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Cabaran MenujuKejayaan Puan Roslina turut berkongsi mengenai cabaran yang beliau lalui sepanjang berkhidmat dalam bidang petroleum dan diantaranya beliau pernah berhadapan dengan isu-isu yang melibatkan undang-undang dan memerlukan keputusan mahkamah dengan pembayar cukai. Selain itu, menguruskan cukai dalam industri yang besar memerlukan kefahaman dari segi teknikal dan prosedur kerja kerana ia penting dalam menentukan nilai bayaran cukai yang sepatutnya dibayar oleh pembayar cukai. Amalan Terbaik Kepimpinan Sentiasa terbuka untuk berbincang dengan pegawai. Seorang ketua juga perlu meletakkan kepercayaan kepada pegawai seliaan dalam melaksanakan tugas. Di samping membenarkan pegawai untuk Bekerja Dari Rumah, selaras dengan peraturan yang berkuatkuasa, beliau juga memaklumkan bahawa seorang pemimpin juga perlulah menggalas tanggungjawab dalam memantau tugas dan progres kerja pegawai agar sentiasa mencapai sasaran KPI yang telah ditetapkan. Pengurusan Organisasi Sentiasa melibatkan pegawai apabila melaksanakan sesuatu tugasan terutama pegawai-pegawai generasi baharu. Pegawai dalam kalangan generasi baharu dilihat mempunyai motivasi yang tinggi dan berkemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) Tadbir Urus Sentiasa bijak dalam menguruskan tugasan dan menghargai masa. Pengurusan matlamat dan masa dalam tugasan audit adalah sangat penting bagi memastikan tugasan dapat dilaksanakan dalam masa yang telah ditetapkan; Disiplin diri yang tinggi; Bijak dalam mengurus krisis. Harapan Puan Roslina; “Kerajaan dapat melihat juga industri lain yang boleh menyumbang kepada peningkatan hasil cukai negara. Saya juga amat mengagumi pendekatan yang telah dibuat oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dan berharap kita dapat sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan semua Team HASiL serta pembayar cukai. Akhir sekali, kepada Team HASiL, perlu sentiasa memperkemaskan diri untuk menghadapi pelbagai cabaran mendatang seperti FOBO dan e-invoicing. Semoga kita terus menjadi penyumbang utama kepada hasil negara.” Harapan Sesi penyampaian cenderahati oleh Puan Suzaina, Pengarah PLP semasa sesi perkongsian bersama Puan Roslina DisediakanOleh Norhanarosmida Mohamad Rosli POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 2 3 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


ENCIK AZMI BIN MOHAMED b e r s a r a p a d a 0 7 j u n 2 0 2 3 PENGURUSOPERASI NEGERI LHDNM SELANGOR En Azmi berasal dari Kelantan, dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana serba kekurangan dari keluarga yang susah. Beliau merupakan anak kampung pertama yang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Universiti. Beliau ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Ekonomi. Merupakan pelajar yang aktif dalam Persatuan dan pernah menjawat jawatan Pengerusi Persatuan Ekonomi dan Silat Seni Gayung. Bagi beliau, penglibatan diri dalam Persatuan juga amat penting dalam membentuk jati diri, sahsiah dan ketrampilan. Mempunyai lapan (8) orang adik beradik, isteri beliau merupakan seorang doktor dan mereka dikurniakan empat (4) orang anak. LATAR BELAKANG DIRI “ANAK KAMPUNG” Ikuti Kisah Inspirasi beliau >> Pesanan yang dititip oleh En Azmi; “Kita jangan lupa, selain usaha kita, doa dari ibu bapa juga penting. Satu perkara yang boleh mengubah kehidupan kita adalah melalui pelajaran.” POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 2 4


Encik Azmi bin Mohamed ANAK KAMPUNG Sebelum berkhidmat di LHDNM, beliau pernah menjadi Research Assistant di Kementerian Tenaga selama setahun. Beliau berkongsi, sejak kecil telah menanam impian untuk menjadi penjawat awam dan akhirnya dimakbulkan Tuhan apabila dilantik sebagai pegawai tetap di LHDNM pada 17 Jun 1991. Mengingat kembali ketika beliau masuk sebagai pegawai di LHDNM, ia bukan lah satu perjalanan yang mudah. Pada ketika itu, pegawai lantikan baharu akan ditempatkan bersama-sama dengan pegawai bawahan bagi mempelajari tugas-tugas ‘on the ground’ seperti pengurusan fail. Selepas itu, baru pegawai akan ditempatkan di unit-unit berkaitan. En Azmi telah ditempatkan di Unit Pengajian OG dan selepas itu melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di UKM pada tahun 1997. Selepas kembali bertugas, beliau ditempatkan di Cawangan Syarikat di Pusat Bandar Damansara. Perjalaan Karier di LHDNM Beliau maklumkan, pada satu ketika dahulu, peluang untuk kenaikan pangkat adalah sangat terhad. Di Cawangan beliau bertugas, terbahagi kepada 7 unit dan unit teratas adalah dalam kalangan pegawai senior. Apabila pegawai dapat bertukar ke kumpulan lebih atas, ia ibarat satu pengiktirafan dan menunjukkan progres positif terhadap peningkatkan kerjaya mereka. Pada tahun 2001, beliau telah ditempatkan di bawah penyeliaan YBhg. Dato’ Dr. Siti di mana beliau ditugaskan untuk melaksanakan satu kajian berkaitan pewujudan Gred 5 dan 6 di LHDNM. Bermula dari kajian tersebut, perjawatan bagi Gred 5 dan 6 telah diwujudkan dan kemudian dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Atasan. Pada tahun 2004, beliau telah dinaikkan pangkat ke Gred 6 di Cawangan Cheras kemudian ditukarkan ke Cawangan Kluang pada tahun 2008. Pada tahun 2011, beliau telah ditempatkan di Pusat Latihan Undang-Undang dan pernah ditugaskan sebagai penyelaras untuk Kursus Asas dan Lanjutan. Diikuti pada tahun 2016, beliau telah diberi tanggungjawab menggalas jawatan sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Shah Alam. Pertemuan Team PLP bersama Encik Azmi bin Mohamad pada 2 Jun 2023 POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 2 5 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Bermula dari situ, beliau dapat menggilap skil kepimpinan serta mengurus organisasi. Selain tugas memantau KPI, beliau juga perlu mengambil perhatian terhadap disiplin pegawai seliaan. Menurut beliau, sebagai Pengarah ia adalah perkara yang normal sekiranya ada pegawai yang tidak sukakan kita. Anggap ia sebagai ujian sebagai ketua selain ia dijadikan platform dalam meningkatkan kecekapan dari segi mengurus orang dan organisasi. Kemudian, beliau telah dipindahkan ke Cawangan Petaling Jaya pada tahun 2020 dan seterusnya dinaikkan pangkat ke Gred 54 di tempat yang sama sebagai Pengarah Cawangan. Encik Azmi turut menzahirkan rasa bangga apabila diberi kepercayaan Pengurusan untuk menggalas amanah mengemudi salah satu Cawangan terbesar di Malaysia di mana sumbangan kutipan cukai adalah lebih 45% dari keseluruhan kutipan di Negeri Selangor. Pada 1 Januari 2023, kemuncak kejayaan karier beliau apabila sekali lagi diberi kepercayaan Pengurusan untuk dinaikkan pangkat ke jawatan HGS L3, dan meneraju Seksyen Audit Cukai Syarikat dan Selain Syarikat dalam Negeri Selangor. Bahtera Kapal Yang Telah Disiapkan Encik Azmi telah berkongsi dan memberikan analogi bahawa generasi kini sangat beruntung kerana dapat melayari bahtera kapal dengan penuh selesa. Segala kemudahan dan kelengkapan dalam kapal telah pun disediakan oleh generasi terdahulu. Selagi ada bulan dan bintang, selagi itu bahtera LHDNM wujud dan akan belayar tanpa perlabuhan. Sepanjang perlabuhan tetap akan ada halangan dan rintangan yang perlu dilalui oleh kita. Sebagai Team HASiL, kita perlu sentiasa betulkan niat dalam berusaha untuk sama-sama memberi sumbangan tenaga serta fikiran untuk memajukan negara bagi memastikan rezeki yang kita peroleh diberkati oleh Tuhan. Setiap perbelanjaan Negara adalah datangnya dari hasil titik jerih kita dan apa yang telah kita sumbangkan akan disalurkan semula melalui pembangunan negara serta sumbangan secara one off kepada mereka yang memerlukan. POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 2 6 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Mengupas mengenai kepimpinan dan pembentukan atribut kepimpinan dalam kalangan pegawai HASiL, beliau memberi pandangan bahawa proses kenaikan pangkat hendaklah dilaksanakan secara terbuka dan telus. Pemilihan hendaklah dilaksanakan dengan lebih terancang dalam memastikan pegawai yang berpotensi dan layak tidak terlepas untuk dinaikkan pangkat. Satu indikator perlu dibangunkan bagi membuat penilaian secara adil kepada pegawai-pegawai. Pemilihan bukan hanya bersandarkan markah prestasi pegawai tetapi perlu juga dilihat dari segi kemahiran teknikal dan insaniah dalam diri pegawai. Dalam menilai dan membangunkan kompetensi pegawai, salah satu cara nya adalah dengan memberikan tanggungjawab dalam memegang jawatan untuk program tertentu di Cawangan seperti menjadi Penyelaras dan Ketua AJK untuk Sambutan Hari Raya Negeri. Dari situ kita dapat melihat bagaimana sesuatu tanggungjawab dapat digalas dan dilaksanakan dengan baik. Selain menggalas tugas hakiki, penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan Cawangan juga amat penting dalam mengasah kebolehan pegawai mengurus sebuah projek dan pasukan. Dari situ akan adanya learning curves, dan pembelajaran melalui pengalaman yang sudah tentu merupakan sesuatu yang amat berharga dalam perjalanan karier pegawai. "Rezeki datang dari pelbagai bentuk bukan sahaja dari segi kerjaya, tetapi dari segi keluarga, suami, isteri, anakanak, sahabat, ketua yang baik dan juga rezeki yang tidak disangka-sangka. " Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nulla feugiat augue felis, ac malesuada enim ornare quis. Vivamus semper nec velit ut pellentesque. Anak Kampung, Jaguh Sukan Sepanjang beliau berkhidmat di LHDNM, beliau telah dilantik sebanyak 3 kali sebagai Pengurus Sukan Olahraga Sukan Hasil Selangor. Selama pengalaman beliau dalam mengendalikan olahraga untuk Zon Tengah, 2 kali pasukan beliau telah menjadi Johan dan 1 kali sebagai naib juara. Ketika ditanya apakah sukan yang beliau minati, beliau pernah aktif dalam sukan hoki dan silat. Pernah berpengalaman menubuhkan pasukan taekwando dalam kalangan pegawai HASiL dan mengadakan persembahan semasa kedatangan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi serta perasmian pembukaan Cawangan Bukit Mertajam. Leadership and Succession Planning Encik Azmi juga mengingatkan untuk kita sering berpegang kepada konsep rezeki; Mengenalpasti Kekuatan Diri dan Risiko Dalam Pekerjaan Dalam menggilap kemahiran seseorang pegawai, SWOT Analisis perlu dilaksanakan. Perincian mengenai Strenghts, Weakness, Threats dan Opportunity perlu dikenalpasti supaya tindakan dan perancangan untuk pegawai dapat dilakukan secara lebih berstruktur demi kelestarian organisasi di masa akan datang. Setiap pegawai perlu dinilai kekuatan sebenar mereka dan letakkan mereka di tempat yang betul, sesuai dengan kebolehan yang ada. Ini bagi memastikan mereka dapat menunjukkan potensi sebenar dan dalam konteks organisasi, tugas pegawai lebih efisen dan pencapaian KPI dalam organisasi menjadi lebih efektif dan berkesan. POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 2 7 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Encik Azmi bersama Team Hasil Selangor Seorang pemimpin perlu amanah dan berintegriti dalam pekerjaan. Setiap keputusan yang dibuat bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk organisasi. Ingatlah, apa yang kita lakukan, jika kita terlepas balasan di dunia, kita akan dipertanggungjawabkan apabila di akhirat kelak. Semakin tinggi jawatan, semakin besar amanah yang harus dipikul. Pemimpin perlu faham mengenai aspirasi dan visi organisasi. Kefahaman ini sangat penting supaya perancangan strategi boleh dilaksanakan dengan lebih terancang dan teratur. Setiap keputusan yang dibuat perlulah tegas dan jelas. Dalam sebuah kapal yang belayar, pemimpin harus faham selok belok untuk pergi ke sesuatu destinasi. Pasti dengan destinasi yang ingin dituju dan tidak sewenang-wenangnya menukar arah destinasi. Jika tidak pasti dengan arah destinasi yang ingin dituju, sudah tentu kepercayaan terhadap ketua akan dipertikaikan. Hilang kepercayaan, akan hilang juga keyakinan terhadap ketua tersebut. Jangan salah gunakan tanggungjawab kita sebagai pemimpin. Perlu amanah, jujur dan berintegriti serta sentiasa berlaku adil dengan pegawai bawahan. Terima dengan baik setiap kelemahan ahli kumpulan, saling melengkapi antara satu sama lain. Jangan biarkan pegawai seliaan rasa tercicir dan sendirian. Kita perlu sentiasa jujur dan ikhlas untuk terus membina modal insan yang bijak, berktrampilan serta berjaya dalam organisasi. Amalan Terbaik Kepimpinan Tahu teknik memenangi hati, mendapatkan fast rapport dengan pembayar cukai dan pegawai seliaan. Pemimpin perlu tahu kaedah terbaik untuk meningkatkan perhubungan dengan orang, mengawal situasi dengan bijak apabila berhadapan dengan konflik serta masalah. Encik Azmi juga berkongsi pengalaman beliau semasa bertugas sebagai RA di bawah seliaan Datuk Dr. Anas, Ketua Pengarah Kementerian Tenaga pada ketika itu. Masih terngiang di telinga beliau, “saya mahu pegawai di bawah saya hormat dengan saya bukan kerana jawatan, tetapi menghormati saya kerana keperibadian saya.” Kata-kata tersebut dipegang dan dijadikan pedoman oleh beliau sehingga kini. Berani mengambil risiko dalam membuat sesuatu keputusan dan sedia untuk bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemungkinan. Sebarang keputusan yang diambil jika dibuat dengan telus untuk kepentingan organisasi, tidak perlu takut dibenci oleh orang lain. Kadang kala sesuatu keputusan perlu dibuat seperti contoh, mengambil tindakan terhadap seseorang demi menjaga kepentingan dan kebaikan 10 orang lain dalam organisasi. Sentiasa menjaga professionalism dan tidak bertindak sewenangnya mengikut emosi. Pengurusan Organisasi POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 2 8 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


“Harapan saya kepada Team HASiL, kita perlu bersyukur kerana kita berada dalam organsasi yang mantap dan bagus. Kita perlu bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan, jalankan amanah sebaik mungkin kerana organisasi ini merupakan tempat kita mencari rezeki menyara keluarga kita dan jangan dicalari nama baik organisasi. Kita perlu sentiasa seiring dengan situasi semasa. Perubahan perlu sentiasa dilakukan. Organisasi kita tidak boleh bertahan dengan bekerja cara lama dan bagi memastikan organisasi kita ini terus dipercayai oleh orang awam, kita perlulah mendekatkan pegawai HASiL dengan masyarakat. Jika dahulu, orang ramai menganggap kita adalah musuh, tetapi kini kita perlu menunjukkan imej mesra dan dan merupakan rakan kepada masyarakat. Apabila kepercayaan dalam masyarakat telah dibina, maka lebih mudah untuk pegawai kita melaksanakan tugas dan mencapai pelaporan pendapatan secara sukarela daripada masyarakat. Peranan LHDNM adalah sangat besar dalam pembangunan negara. Saya berharap negara dapat mengurus dana dengan cara yang baik supaya dapat menyumbang kepada rakyat dan menjadi negara yang dihormati serta dapat dibangunkan secara komprehensif dan kolektif. Kita sayang kepada negara kita. Dan saya juga berharap agar sikap menjaga amanah dan integriti ini bukan sahaja dalam kalangan pegawai LHDNM tetapi juga dalam kalangan pemimpin negara. “ Perlu bijak dalam merancang dan memilih pegawai berdasarkan kekuatan mereka untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Letakkan pegawai di tempat betul. Penerapan nilai dan ilmu-ilmu kerohanian. Kita sebagai orang Islam perlu berpegang teguh kepada agama bagi memandu kita menjadi insan yang baik. Konsep agama juga penting dalam organisasi, Islam bukan sahaja jalan agama tetapi ia merupakan way of life. Apabila kita berpegang teguh kepada konsep agama dan mempunyai hubungan yang baik dengan Tuhan, maka dalam keadaan tiada penyelia pun kita akan melaksanakan satu tugasan dengan berintegriti, jujur dan amanah kerana kita tahu Tuhan sedang memerhatikan serta menilai perbuatan kita. Tadbir Urus Harapan Norhanarosmida Mohamad Rosli Disediakan Oleh POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 2 9 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


DATO’ ABDUL KHALID BIN YUNOS b e r s a r a p a d a 0 1 o k t o b e r 2 0 2 3 LATAR BELAKANG DIRI “FROM PASSION TOSUCCESS” YBhg. Dato’ Abdul Khalid Yunos merupakan anak kelahiran Rembau, beliau dan isteri mempunyai lima (5) orang anak. Dari sudut kekeluargaan oleh kerana sifat semulajadi YBhg. Dato’ Khalid sentiasa amanah, bertangungjawab, mempunyai perancangan yang teliti dan sentiasa fikiran jauh maka tidak mustahil apabila kelima-lima anak telah dibentuk dan dididik dengan sangat cemerlang. Semua anak beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan turut berjaya dalam bidang-bidang lain terutamanya sukan golf. Anak-anak beliau turut didedahkan dalam bidang muzik seawal usia kanak-kanak. Sesungguhnya ilmu keibubapaan (parenting) yang ada pada beliau sangat memberi inspirasi. PENGARAH NEGERI WPPUTRAJAYA Ikuti Kisah Inspirasi beliau >> POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 3 0


Bermula dengan hobi dan minat beliau dalam sukan golf semasa bertugas di Cawangan Johor pada tahun 2006, beliau mula melatih secara sukarela pegawaipegawai LHDNM dari pelbagai bidang seperti Pemandu, Polis Bantuan, Pembantu hasil dan Eksekutif Hasil yang berminat dengan sukan tersebut. Kelas diadakan pada waktu malam iaitu selepas waktu bekerja yang kadangkala berlarutan hingga ke jam 2.00 pagi. Pegawai yang dilatih pada ketika itu telah mencapai sehingga 35 orang. Tanpa mengira penat dan lelah, YBhg. Dato’ Khalid begitu komited untuk berkongsi ilmu dan melatih pegawai yang berminat sehingga betul-betul mahir dalam sukan tersebut. Bermula dari aktiviti ini lah bakat kepimpinan beliau mula menyerlah dan dihidu oleh Pengurusan atasan LHDNM. Nama YBhg. Dato’ Abdul Khalid bin Yunos, mantan Pengarah Negeri LHDNM Putrajaya tidak asing lagi apabila dikaitkan dengan pengurusan bangunan dan tanah. Beliau telah dilantik sebagai Pegawai Penaksir di Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia pada 2 Janauari 1991 dan telah berkhidmat selama lebih kurang 32 tahun. Sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut, beliau telah diberi kepercayaan oleh pihak Pengurusan untuk mentadbir Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Fasiliti (BPPF) selama 7 tahun. Perjalaan Karier - Dari Hobi Kepada Peluang Pelantikan beliau sebagai Pengarah BPPF merupakan titik tolak bermulanya kerjaya beliau dalam bidang Pentadbiran dan membuka dimensi baharu dalam karier beliau. YBhg. Dato’ Khalid telah mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan Golf (Golf tournament) setiap tahun untuk meningkatkan lagi kemahiran dan menyuntik semangat pegawai-pegawai yang dilatih untuk lebih menyerlah dalam sukan tersebut. Saban tahun acara tersebut semakin mendapat sambutan sehinggalah beliau berupaya untuk menganjurkan tournament di peringkat yang lebih tinggi melibatkan Pihak Pengurusan LHDNM yang terdiri daripada Pengurusan Atasan, Pengarah Negeri dan Pengarah Cawangan. Tanpa disedari oleh beliau, potensi beliau telah mendapat perhatian pengurusan LHDNM ketika itu. Ini merupakan titik permulaan baharu dalam kerjaya beliau apabila terlibat dalam bidang pentadbiran. Bagaimana ia boleh berlaku dan apa perkaitannya dengan sukan golf yang telah diceburi beliau? Usaha Tidak Akan Mengkhianati Hasil POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 3 1 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024 Dato’ Abdul Khalid bin Yunos FROM PASSION TO SUCCESS


You Will Never Know Untill You Try! YBhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor Bin Hj. Mahfar, mantan Ketua Pegawai Eksekutif pada ketika itu telah melihat potensi yang ada dalam diri beliau melalui kejayaan beliau menghimpun begitu ramai pegawai dari segenap bidang dan gred untuk bersama-sama menjayakan tournament sukan golf hingga ke peringkat yang tinggi dalam organisasi. Menurut beliau kekuatan yang ada pada YBhg. Dato’ Khalid boleh diaplikasikan dalam konteks pengurusan organisasi di peringkat Pengurusan LHDNM. Oleh itu, YBhg. Dato’ Khalid telah dilantik sebagai Pengarah BPPF walaupun beliau menyedari bahawa bidang dan pengalaman YBhg, Dato Khalid adalah bidang penaksiran. Secara umumnya kita telah mengetahui bahawa BPPF merupakan antara bahagian yang memainkan peranan yang sangat besar dalam LHDNM. Oleh itu, tentu sahaja bahagian ini memerlukan seorang Ketua yang berkaliber seperti bijak dalam berkomunikasi, mempunyai jaringan perhubungan yang luas dan pada masa yang sama mempunyai cara pemikiran yang berstrategi. YBhg. Dato’ Khalid bersama pegawai dari LHDNM Putrajaya Kita Adalah Pelakon di Pentas Kehidupan Rentetan dari kejayaan tournament yang dianjurkan, ia telah membuka mata Pihak Pengurusan Atasan mengenai kekuatan dan karakter yang ada pada YBhg. Dato’ Khalid. Tawaran kenaikan pangkat sebagai Pengarah BPPF yang diberi oleh Pengurusan LHDNM pada ketika itu sedikit sebanyak menggoyah keyakinan YBhg. Dato’ Khalid dan pernah terlintas di fikiran, adakah beliau dapat menggalas tangungjawab sebagai Pengarah BPPF dengan baik. Setelah melaksanakan tugas-tugas Penaksiran selama 20 tahun sudah tentu menjadi sesuatu yang canggung bagi beliau dalam menggalas peranan baharu sebagai Pengarah yang melaksanakan fungsi-fungsi pentadbiran yang boleh diertikan sebagai masuk ‘padang’ berlainan. Bagaimana YBhg. Dato’ Khalid menghadapi keadaan itu? Rentetan itu, beliau berjumpa dengan YBhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. Mohd Shukor bagi mendapatkan nasihat dan panduan. Masih terngiang dalam fikiran beliau apabila nasihat ini diberi: Kita adalah pelakon dalam kehidupan kita. Apabila kita perlu menggalas satu tanggungjawab dalam organisasi, meskipun kita tidak pernah berada dalam situasi tersebut, kita perlu meletakkan diri kita sebagai pelakon yang melakonkan watak dengan sepenuh hati dan jiwa. POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 3 2 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Budaya Yang Sihat Dalam Pasukan Bermula Dari Ketua Dalam membina satu pasukan yang kuat, ia harus sentiasa bermula dengan ketua berkaliber yang bijak mencatur corak permainan dalam perlawanan. Kekuatan sebuah pasukan adalah hasil dari gabungan peranan kecil daripada setiap individu. Menurut YBhg. Dato’ Khalid, setiap individu mempunyai kelebihan yang tersendiri dan dari situ pentingnya peranan seorang ketua dalam mengurus pasukannya. Sifat terbuka seorang ketua akan memudahkan pengurusan ragam dan karakter pegawai. Sebelum budaya ini dapat diperluaskan dalam organisasi, ia perlu dimulakan dalam kalangan pasukan sendiri. Happy employees ensure happy customers. And happy customers ensure happy shareholders. Budaya yang diterapkan dalam pasukan membolehkan beliau menerajui satu pasukan yang kuat. Pasukan yang kuat akan memberi signifikasi kepada pembentukan Identiti yang disegani dan dihormati ramai. Bermula dengan nilai dalam pasukan yang kukuh dan penyesuaian diri akan menjadikan proses kerja menjadi lebih mudah. Kesan dari budaya dan sikap tegas yang diamalkan beliau telah berjaya memastikan garis panduan /peraturan berkaitan bangunan dan tanah dipatuhi oleh Negeri dan Cawangan di LHDNM. \Bangunan LHDNM Pulau Pinang yang telah siap Diberi peluang untuk berkhidmat di BPPF selama 7 tahun telah banyak membina dan mengasah kemahiran pengurusan serta kepimpinan beliau. Fungsi dan norma tugas yang memerlukan beliau berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat menjadikan beliau cekap dalam selok belok perundingan. Pengalaman dan kemahiran tersebut telah menjadi batu loncatan kepada beliau untuk naik ke tampuk kepimpinan lebih tinggi apabila beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Negeri LHDNM Pulau Pinang pada tahun 2020. Hikmah Dari Setiap Kejadian After the battle, comes the reward. Setiap aturan pasti yang terbaik buat hambaNya dan ini dapat dilihat dalam aturan kehidupan beliau terutama dari segi karier. Selain daripada dengan kredibiliti dan nilai kepimpinan yang tinggi yang dimiliki, pelantikan beliau sebagai Pengarah Negeri Pulau Pinang pada ketika itu, adalah paling tepat kerana bersesuaian dengan pengalaman beliau semasa di BPPF, yang mana proses pembinaan bangunan pejabat LHDNM Pulau Pinang sedang dilaksanakan pada ketika itu dan memerlukan pemantauan rapi dari segi timeline projek serta pelaksanaan. Justeru itu, Pihak Pengurusan melihat beliau merupakan calon yang paling sesuai untuk mengemudi Negeri Pulau Pinang pada ketika itu. Dengan kepakaran dan pengetahuan yang sedia ada, projek pembinaan pejabat yang berjalan semasa di Negeri Pulau Pinang pada ketika itu berjaya disiapkan 6 bulan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan. Kejayaan ini menjadi satu kepuasan dalam diri beliau kerana dapat menggunakan kemahiran dan pengalaman yang ada untuk kepentingan serta kejayaan organisasi. POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 3 3 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Pertemuan Team PLP bersama YBhg. Dato’ Khalid pada 11 September 2023 yang lalu di LHDNM Putrajaya Amalan Terbaik Kepimpinan Sentiasa rendah diri, bersedia dan terbuka untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja dalam organisasi. ‘Listen to understand, not to reply’ jadilah pendengar yang baik meskipun apa yang disampaikan oleh seseorang itu tidak sama dengan pendapat kita. Apabila seorang pemimpin mampu menjadi pendengar yang baik, pegawai seliaan akan rasa dihargai, dapat meningkatkan keyakinan diri termasuk dari segi kemahiran berkomunikasi dan pegawai menjadi lebih berani untuk menyatakan pendapat dalam konteks ke arah kebaikan organisasi. Jelas dengan hala tuju organisasi. Perlu ada strategi dan pendekatan bersesuaian untuk digunakan dalam menyampaikan aspirasi kepada pegawai seliaan. Feel Good Factor, bersesuaian dengan Nilai Teras LHDNM iaitu Happy (Sentiasa Ceria). Seorang ketua perlu menghayati sepenuhnya Nilai Teras LHDNM. Sumber motivasi dalaman ini perlu ada pada seorang ketua Feel Good Factor ini secara tidak langsung mewujudkan rasa empati, penerimaan dan kesyukuran. Tidak hairan lah jika YBhg. Dato’ Khalid sering diingati oleh pegawai beliau sebagai ketua yang peka dengan keadaan sekeliling dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pegawai. Pengurusan Organisasi Menurut Dato’ Khalid, pengurusan organisasi yang baik adalah apabila seorang pemimpin tahu bagaimana mengurus persepsi. Setiap orang dilahirkan dengan peta pemikiran yang berbeza, dan sebagai ketua perlu mempunyai kemahiran dalam menyampaikan sesuatu maklumat mengikut motivasi serta pemahaman seseorang. Seperti contoh, jika ada arahan atau maklumat yang perlu disampaikan berbentuk teguran, ia boleh dinyatakan dalam bentuk susunan ayat yang lebih santai tetapi tegas. Walaupun ia hanya sekadar satu ayat tetapi jika ia diutarakan dalam perspektif yang positif, pasti akan memberi kesan yang juga positif kepada pegawai. Kepentingan dalam memberi kepercayaan kepada pegawai terutama dalam suasana struktur kerja baharu, FOBO. Ini juga sekaligus menyokong aspirasi Pengurusan untuk mengutamakan work life balance di kalangan pegawai dan pada masa yang sama kepercayaan juga dapat meningkatkan motivasi pegawai untuk bekerja. POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 3 4 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


Harapan Di akhir sesi, YBhg. Dato’ Khalid telah berkongsi harapan beliau kepada organisasi untuk sentiasa mengekalkan kualiti dan standard sebagai organisasi berprestasi unggul. “ Saya merasa kagum dengan usaha yang dilakukan oleh pegawai LHDNM terutama apabila melibatkan pengurusan majlis luar yang melibatkan Agensi lain dan program-program besar LHDNM. Setiap persiapan yang dilakukan dan hasil yang dilihat sangat teliti dan terancang. Sehingga kita menjadi tanda aras kepada Agensi lain untuk turut menunjukkan komitmen yang sama. “ “ Saya juga berharap agar penerapan Nilai Teras Hasil sentiasa kekal dipasak dalam hati pegawai LHDNM tidak kira di mana kita berada dan apa pun perubahan yang berlaku dalam Organisasi yang dicintai ini.” Sesi penyampaian cenderahati oleh Puan Suzaina, Pengarah PLP semasa sesi perkongsian bersama YBhg. Dato’ Khalid Amanah dalam pekerjaan. Dato’ Khalid telah berkongsi bagaimana beliau memegang amanah sebagai pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan projek pembangunan bangunan di LHDNM. Sepanjang tempoh tersebut beliau telah mengambil tindakan berani dengan mencadangkan supaya LHDNM mengurus sendiri projek supaya bangunan dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan. Atas dasar rasa tanggungjawab dan amanah yang tinggi beliau merasakan kos-kos yang telah dikeluarkan organisasi perlu dibalas dengan memberikan hasil yang positif dan berbaloi kepada organisasi. Bermula dengan pengambilalihan projek pembangunan Bangunan Cawangan Teluk Intan, BPPF telah berjaya menyelesaikan kerja-kerja pembangunan selama 15 bulan selepas 3 tahun terbengkalai. Integriti tidak boleh dikompromi. Jika ia boleh diletakkan skala 0 hingga 10, ia adalah samaada skala 0 atau 10 dan ia tidak boleh di pertengahan. Bercerita pengalaman beliau semasa perlu mengurus bangunan dan berurusan dengan Kontraktor. Beliau juga sering ditawarkan wang ringgit dan hadiah daripada kontraktor apabila satu projek bangunan dah tidak pernah menerimanya. Sebagai seorang ketua, sudah tentu beliau perlu menunjukkan contoh yang baik dan bersikap tegas dalam perkara ini. Setiap pegawai di bawah seliaanya juga diberi amaran untuk tidak sesekali mengambil sebarang hadiah yang ditawarkan oleh kontraktor. Tadbir urus Norhanarosmida Mohamad Rosli Disediakan Oleh POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 3 5 PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024


ENCIK CHAKNGARI@YUSOF BIN DAUD POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 3 6 b e r s a r a p a d a 1 5 f e b r u a r i 2 0 2 4 LATAR BELAKANG DIRI Berakit - rakit ke hulu Berenang - renang ke tepian Bersusah -susah dahulu Bersenang - senang kemudian. Pantun yang kerap kita dengar ini maksudnya adalah segala kejayaan dan kecemerlangan datangnya menerusi usaha gigih, kepayahan dan pengorbanan yang tinggi. Pantun ini cukup signifikan dalam menggambarkan seorang Hasilian yang akan kita bicara dan kongsikan pengalaman, kejayaan dan aspirasi beliau, tidak lain tidak bukan YBrs. Encik Chakngari@ Yusof bin Daud, Pengarah Jabatan Integriti dan Pengurusan Risiko (JIPR). Seorang yang tegas, berprinsip tinggi namun mudah didekati, tidak lokek dengan senyuman dan sentiasa bersedia memberikan tunjuk ajar. KELEBIHAN DALAM KEKURANGAN PENGARAH JABATAN INTEGRITI DAN PENGURUSAN RISIKO Ikuti Kisah Inspirasi beliau >>


PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024 POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 3 7 Encik Chakngari @ Yusof bin Daud KELEBIHAN DALAM KEKURANGAN Kekurangan Yang Mematangkan Menyingkap sejarah kehidupan Encik Chakngari, beliau seperti juga kebanyakan keluarga pasca kemerdekaan yang hidup dalam serba kekurangan dan kemiskinan. Mempunyai 5 orang adik-beradik. Dilahirkan di Negeri Melaka, ayah dan ibu beliau menjalankan kerja - kerja kampung seperti membelah kayu getah dan menjual kuih bagi menyara kehidupan mereka. Beliau membesar dan bersekolah dalam suasana yang cukup getir dan susah. Beliau ke sekolah berbekalkan duit saku sebanyak RM 0.20 ataupun RM 0.40 yang diberikan oleh ayahnya. Sekiranya tiada duit saku yang mampu dibekalkan oleh ayah beliau, beliau dan adik - beradik lain tidak pernah meminta dan akan melangkah terus ke sekolah. Di sekolah, perut di alas dengan meminum air paip, cukup mengenyangkan bagi beliau. Apabila ditanya mengenai rasa malu ataupun diejek rakan sebaya, beliau secara berseloroh dan penuh emosi menyatakan bahawa perasaan malu tidak pernah sekelumit pun timbul dalam sanubarinya kerana niat dan nawaitu adalah mencari rezeki halal dan membantu mengubah nasib keluarga. Sejak di bangku sekolah lagi, Encik Chakngari beriltizam untuk mengubah nasib keluarga dan menggapai kejayaan dalam hidupnya. Beliau meneruskan pelajaran ke menara gading di Universiti Malaya, mengambil jurusan Ekonomi. Setelah tamat belajar, beliau tidak berjaya mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan jurusan dipelajari ketika itu kerana negara dilanda kemelesatan ekonomi. Beliau berazam pulang ke kampung, membantu keluarga menjalankan kerja - kerja seperti membelah kayu, menjual kuih, meniaga, memasak dan memasang kanopi perkahwinan. Beliau tidak segan melakukan semua pekerjaan itu kerana menurut beliau, setiap pekerjaan yang dilakukan itu telah memberikan ilmu yang sangat berguna buat dirinya. Beliau tidak pernah berputus asa dan sentiasa yakin akan rezeki Allah yang ada. Encik Chakngari bersama pegawai Jabatan Integriti dan Pengurusan Risiko Titik Bermulanya Sebuah Kejayaan Tanggal tahun 1 Januari 1991, bermula perjalanan karier beliau bergelar Hasilian dan ditempatkan di Cawangan Kluang. Sepanjang perkhidmatan, pelbagai portfolio tugas yang dipegang beliau. Antaranya adalah pegawai audit di Cawangan Kluang, Pengarah Cawangan Temerloh, Ipoh, Bukit Mertajam, Pengarah Bahagian Jabatan Pematuhan Cukai, Pengarah Negeri Pahang dan kini sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pengurusan Risiko. Perkhidmatan dan sumbangan lebih 33 tahun yang tidak ternilai dan tiada galang gantinya kepada organisasi tercinta. Setelah pulang dari sekolah, beliau akan bertukar pakaian, terus membantu ayahnya membelah kayu, membantu ibunya menjual kuih - muih dari kampung ke kampung.


PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024 POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 3 8 Kenangan Manis Apabila ditanya mengenai kenangan manis sepanjang perkhidmatan, Encik Chakngari berkongsi bahawa banyak kenangan manis dipahat semasa beliau berkhidmat sebagai Pengarah Cawangan dan salah satu kenangan yang paling tidak boleh dilupakan adalah semasa beliau menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Cawangan Temerloh. Amalan Terbaik Kepimpinan Seorang pemimpin perlu mempunyai visi dan matlamat yang jelas. Pemimpin perlu tahu dengan apa yang diingini dan dicapai. Sekiranya tidak jelas, ia ibarat kita mencari sesuatu yang tidak pasti dan sampai bila-bila kita tidak akan mempunyai tujuan dalam hidup Dalam konteks LHDNM, sebagai pemimpin kita perlu tahu mengapa LHDNM itu wujud, apakah peranan organisasi dan bagaimana kita dapat menyumbang ke arah menyokong fungsi organisasi kita. Seorang pemimpin perlulah Know The Way, Show The Way dan Go The Way. Pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dan ilmu yang tinggi. Ilmu ini akan memacu dan memandu pegawai dan Hasilian dalam melaksanakan tugas. Ianya sama seperti ibarat menyempurnakan solat harian. Setiap tugasan dilakukan mempunyai panduan,arahan, dan langkah yang perlu dituruti. Pengurusan Organisasi Dengan setiap lapisan pegawai, menerima idea yang diberikan, berfikir secara kritis dan membuat penilaian. Tangggungjawab memimpin ini merupakan amanah dan setiap pemimpin perlu cakna akan fungsi tugas mereka. Berani membuat keputusan. Sebagai pemimpin, apabila keputusan yang dibuat silap, kenalah akui kesilapan kita. Jangan kerana ingin menjaga pangkat dan status quo kita, kita tidak mengaku. Sentiasa terbuka menerima teguran dan pendapat daripada pegawai-pegawai seliaan. Pemimpin perlu mempunyai nilai kerjasama dan perpaduan yang utuh bersama pegawai-pegawai. Pemimpin perlu menerapkan work with me not for me. Dalam bekerja ini, kerjasama dan perpaduan di antara pegawai amat penting. Ibarat viper kereta. Walaupun ianya adalah sekadar viper, sekiranya ianya tidak berfungsi, ia tidak dapat digunakan semasa dalam hujan, dan kita tidak dapat memandu dengan baik. Walaupun viper, tetap mempunyai peranan dalam melengkapi fungsi sebuah kereta. Dalam konteks organisasi, setiap orang ada peranan masing-masing sama ada kecil atau besar dan ia perlu dimainkan demi menggerakkan visi dan matlamat organisasi.


PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN EDISI 2023/2024 POWERED BY 3 P ’ S C H R O N I C L E | 3 9 Tadbir urus Menjadi pemimpin perlu mempunyai prinsip berterus terang. Sebagai ketua, ianya amat penting bagi pegawai menyampaikan sesuatu prosedur, arahan, data mahupun maklumat yang ada dengan tepat dan telus. Hal ini kerana setiap maklumat, data dan info yang diberikan kepada Pengarah akan menjadi sumber dalam beliau membuat keputusan. Dalam tadbir urus, nilai amanah, integriti dan kompetensi adalah sangat penting. Tadbir urus yang berjaya juga adalah menerusi pembangunan mental dan rohani. Ianya perlu diselaraskan dengan nilai moral kita. Kemajuan fizikal sama ada bertahan ataupun tidak akan bergantung kepada kemajuan manusia itu sendiri, yakni moral, etika dan ketelusan dalam melaksanakan tugas. Harapan Di akhir sesi, Encik Chakngari telah berkongsi harapan beliau kepada Hasilian, Organisasi dan Negara : “Kepada Hasilian, jangan terlalu selesa dengan status quo kita pada hari ini. Teliti semula objektif, visi dan matlamat kewujudan LHDNM. Peringatan kepada generasi kini dan mendatang, fahami matlamat dan visi kita berkhidmat di LHDNM, sentiasa berusaha keras, jangan leka dan sentiasa melakar kecemerlangan. Dalam menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, setiap Hasilian perlu meningkatkan ilmu kerana Hasilian merupakan aset utama LHNDM. Tanpa Hasilian dan ilmu yang terkini, sasaran atau inspirasi LHDNM tidak akan tercapai.” “Kepada organisasi dan negara, semoga kita dapat sentiasa meningkatkan kutipan cukai agar pembangunan kelestarian negara mempunyai kesinambungan. LHDNM perlu berterusan menjadi penyumbang hasil terbesar kepada negara.” Navinderpal Singh Gurdip Singh Disediakan Oleh Sesi penyampaian cenderahati oleh Puan Suzaina, Pengarah PLP semasa sesi perkongsian bersama Encik Chakngari @ Yusof bin Daud Bersama Team PLP semasa sesi Perkongsian dan Pengalaman bersama Encik Chakngari pada 6 Disember 2023


PENGHARGAAN dan kepada semua Team PLP yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini. Semoga naskah ini dapat memberi manfaat dan seribu satu inspirasi kepada semua yang membaca di samping membina jati diri seiring dengan kecemerlangan organisasi kita sebagai Pentadbir Cukai Terunggul. Seksyen Latihan Pengurusan Dalam Perkhidmatan Pusat Latihan Pengurusan Akademi Percukaian Malaysia Encik Roszamman Md Nawi Pengarah Akademi Percukaian Malaysia Puan Suzaina Sapian Pengarah Pusat Latihan Pengurusan Puan Nazima Yaakob Ketua Seksyen Latihan Pengurusan Dalam Perkhidmatan Pusat Latihan Pengurusan


Click to View FlipBook Version