PUSTAKA ZAABA
SK DATUK HAJI BAGINDA
MERLIMAU MELAKA.
Nabi Ibrahim A.S
SILA CATATKAN DALAM IQ NILAM
[6/25] - Nabi Ibrahim ‘Alaihissala
1) Nabi Ibrahim berasal dari Babylon yang kini dikenali sebagai Iraq.
2) Bapa nabi Ibrahim seorang pembuat patung berhala. Dia cuba melatih
nabi Ibrahim untuk mengambil alih perniagaan penjualan patung berhala
sejak kecil. Namun nabi Ibrahim merupakan seorang kanak-kanak pintar.
Sejak umur 7 tahun, baginda sudah mula menyoal pelbagai soalan
mengenai tuhan. Dia melihat bapanya mengukir patung berhala kemudian
melihat orang beli dan menyembah patung tersebut. Baginda menyoal
bapanya, mengapa orang menyembah patung buatan tangan bapanya itu?
Bapanya cuma menjawab, jangan persoalkan tradisi nenek moyang kita.
3) Suatu hari bapa nabi Ibrahim menyuruh baginda membawa beberapa
patung berhala untuk dijual kepada orang ramai. Dalam perjalan tersebut,
baginda melalui sebuah sungai. Nabi Ibrahim telah mencampakkan
patung tersebut ke dalam sungai dan berkata, “Berenanglah! Kalau kau
dewa yang hebat, selamatkan diri dan berenang!” Namun patung-patung
tersebut terus tenggelam ke dasar sungai.
4) Sehari dalam setahun, kaum nabi Ibrahim akan menyambut sebuah
perayaan di mana mereka akan berkumpul di tengah kota untuk menyembah
berhala. Sedang orang ramai sibuk berpesta, nabi Ibrahim telah
menghancurkan patung-patung berhala di tempat penyembahan dengan
kapak. Baginda meninggalkan satu patung yang paling besar kemudian
diletakkan kapak tadi pada tangan patung tersebut.
5) Apabila orang ramai sedar dengan apa yang terjadi, ramai yang
menganggap bahawa nabi Ibrahim yang melakukannya kerana baginda
terkenal dengan pertanyaan mengenai dewa-dewa mereka. Bahkan Allah
kurniakan kepada nabi Ibrahim kehebatan berdebat oleh itu baginda terkenal
dengan perdebatan mengenai agama. Orang-orang musyrik bersemuka
dengan baginda untuk menyoal siasat adakah benar baginda yang
melakukannya.
6) Nabi Ibrahim menjawab, “Mengapa tanya aku? Tanya si besar itu kerana
kapak ada pada tangannya, semestinya dia yang menghancurkan kawan-
kawannya yang lain.” Mereka memjawab semula, “Kau ni bodoh ke? Itu kan
patung, tidak mungkin ia boleh bercakap atau bergerak!” Nabi Ibrahim
berkata, “Sekarang aku atau kau yang bodoh? Kau tahu patung itu tidak
boleh bergerak, bercakap, makan atau minum, tidak boleh lindungi diri
sendiri apabila ada yang cuba menghancurkannya, jadi mengapa kau sembah
dia?”
7) Dalam hati mereka terdetik ada benarnya juga apa yang diperkatakan.
Namun disebabkan ego untuk mempertahankan tradisi nenek moyang,
mereka bersetuju untuk bunuh nabi Ibrahim.
8) Mereka menyalakan unggun api yang sangat besar dan panas untuk
membakar nabi Ibrahim. Mereka mengikat nabi Ibrahim pada pucuk pokok
untuk dihumban masuk ke dalam api. Dahsyat bukan? Kemudian Jibril
datang kepada nabi Ibrahim untuk menghulurkan bantuan. Nabi Ibrahim
berserah kepada Allah dengan berkata, tiada siapa boleh memberi
pertolongan kecuali Allah. Kemudian Allah perintahkan api tadi untuk
menjadi sejuk dan nyaman untuk nabi Ibrahim. Rujuk Al Quran (21:69).
9 ) Nabi Ibrahim berjalan keluar daripada api tadi tanpa terbakar sedikit
pun, yang terbakar cumalah tali yang mengikat badannya tadi. Semua
orang terkejut dan terpaku, takut untuk melakukan apa-apa pada nabi
Ibrahim dan dari situ bermulalah ramai di antara mereka yang menjadi
pengikut baginda. Orang pertama yang menjadi pengikutnya ialah nabi
Luth, anak saudara baginda yang masih kecil lagi ketika itu.
10) Raja Namrud, seorang raja dari negeri lain telah mendengar tentang nabi
Ibrahim dan menghantar askarnya untuk membawa nabi Ibrahim datang
menghadap. Raja Namrud adalah seorang raja yang kejam yang mengaku
dirinya tuhan. Dia berdebat dengan nabi Ibrahim. “Kau kata tuhan boleh
menyebabkan hidup dan mati, aku pun boleh buat.” Dia panggil 2 orang
banduan yang telah dijatuhkan hukuman mati. Dia bebaskan seorang dan
seorang lagi dibunuh. “Nah! Aku dah menyebabkan hidup dan mati. Akulah
tuhan!”
11) Nabi Ibrahim menjawab, “Tuhanku membuat matahari terbit dari timur
dan tenggelam di barat. Kalau kau boleh terbitkan matahari dari barat aku
akan menyembahmu.” Raja Namrud berasa egonya tercalar. Jika nabi
Ibrahim adalah orang biasa, sudah lama baginda dibunuh. Oleh kerana
semua orang tahu baginda tidak boleh dibahayakan, bakar sahaja tidak mati,
jadi Raja Namrud agak takut dengan baginda dan telah menghalau baginda
keluar dari negara itu.
12) Nabi Luth, nabi Ibrahim dan isteri baginda Siti Sarah berhijrah ke As-
Sham. Dalam perjalanan ke sana, mereka melalui sebuah tempat bernama
Harran. Di sini orangnya memyembah bintang.
13) Nabi Ibrahim berpura-pura menyembah bintang dan apabila terbitnya
matahari, bintang pun hilang. Nabi Ibrahim berpura-pura marah dengan
berkata, “Tuhan mana boleh sekejap ada sekejap hilang!”. Kemudian
baginda berpura-pura menyembah bulan dan selepas itu matahari pula.
Sama sahaja, semua akan hilang apabila siang bertukar malam dan
malam bertukar siang. Nabi Ibrahim berdakwah, sembahlah tuhan yang
mencipta sekalian alam, yang mencipta siang dan malam, yang kekal
abadi.
14) Mereka teruskan perjalanan ke negeri Sham. Sesampainya di Sham,
Siti Sarah ditangkap oleh pengintip raja Sham untuk dijadikan gundik. Raja
tersebut tidak boleh melihat perempuan cantik, pasti ditangkapnya dan
dijadikan gundik istana. Siti Sarah merupakan perempuan tercantik yang
pernah raja jumpa maka dia sangat teruja. Siti Sarah berdoa kepada Allah
untuk perlindungan. Apabila raja tersebut meilhat Siti Sarah bersedih, dia
turut bersedih. Oleh itu dia melepaskan Siti Sarah dan menghadiahkan
seorang hamba perempuan bernama Siti Hajar.
15) Nabi Ibrahim dan Siti Sarah tinggal di Kota Sham bertahun lamanya
sehingga tua. Perniagaan mereka semakin maju dan mereka hidup senang.
16) Nabi Ibrahim dan Siti Sarah hidup bahagia, mereka mempunyai
segalanya namun baginda masih belum mempunyai zuriat. Siti Sarah
adalah seorang wanita yang tidak dapat melahirkan anak dan pada ketika
itu Siti Sarah sudah tua. Nabi Ibrahim juga sudah berusia 85 tahun. Namun
kerana kasihnya Siti Sarah pada suaminya, Siti Sarah menghadiahkan
hambanya bernama Siti Hajar kepada nabi Ibrahim dan mengizinkan
mereka berkahwin. Tidak lama kemudian, dengan izin Allah, Siti Hajar
mengandung.
17) Hari yang ditunggu telah pun tiba dan Siti Hajar melahirkan anak lelaki
yang bernama Ismail. Nabi Ibrahim sangat teruja dengan kelahiran anaknya.
18) Mimpi pertama: Allah perintahkan nabi Ibrahim untuk membawa Siti
Hajar dan anak yang baru lahir tadi ke sebuah tanah tandus di As-Sham,
tinggalkan mereka di situ dan terus pulang kepada Siti Sarah, isteri
pertamanya. Oleh kerana ini perintah Allah, nabi Ibrahim terus
melakukannya tanpa mengeluh atau banyak tanya. Ini ujian Allah kepada
nabi Ibrahim. Baginda sanggup melakukannya atas dasar perintah Allah.
19) Siti Hajar dan nabi Ismail ditinggalkan di tengah padang pasir yang
tidak diketahui tempatnya. Apabila makanan telah habis, susu badannya
kering. Nabi Ismail mula menangis dan Siti Hajar merasakan dia perlu
lakukan sesuatu. Siti Hajar berlari-lari anak ke atas sebuah bukit bernama
Safa untuk melihat dari atas jika ada orang yang lalu supaya dia dapat
meminta bantuan. Kemudian berlari-lari anak ke sebuah lagi bukit
bernama Marwa dan meninjau dari atas bukit itu pula. Diulang alik
beberapa kali dari dua bukit tersebut. Tiba-tiba Siti Hajar terdengar satu
bunyi daripada bawah. Siti Hajar berlari turun dari bukit ke arah anaknya.
Bunyi tersebut adalah bunyi air yang sedang memancut keluar daripada
tanah. Allah telah menurunkan bantuan kepada mereka.
20) Siti Hajar mengambil sedikit tanah basah dan bentukkan ia menjadi
sebuah mangkuk kemudian ditadah air menggunakan mangkuk tersebut.
Apabila sudah penuh, dia menyebut “Zam! Zam! Zam! Zam!” yg
bermaksud, “Berhenti! Berhenti! Berhenti! Berhenti!” kerana air itu tidak
berhenti memancut. Itulah air zam zam yang sehingga sekarang pun tidak
berhenti keluar daripada tanah. Daripada air itu maka dapatlah Siti Hajar
minum dan menghasilkan susu untuk nabi Ismail.
21) Di padang pasir, kebiasaannya pengembara nomad akan mencari burung
kerana di mana ada burung di situ ada air. Orang Jurhum merupakan sebuah
kaum yang sedang mengembara di situ dan daripada jauh mereka ternampak
sekumpulan burung yang berterbangan di atas air zam zam tadi. Apabila
mereka semakin mendekati, mereka ternampak ada seorang wanita dan
seorang bayi. Mereka pun bertanya kepada Siti Hajar, “Bolehkah kami
menetap di sini? Kerana di sini ada air, sebuah keajaiban di tengah padang
tandus!” Siti Hajar melihat mereka ini sepertinya orang yang baik, maka
diizinkan mereka menetap di situ dan minum dari air zam zam, dengan syarat
perigi air zam zam menjadi hak dia dan anaknya. Maka bermulalah
penempatan manusia di kawasan itu yang sekarang dikenali sebagai Mekah.
Kaum Jurhum sangat sayang kepada nabi Ismail. Mereka membelanya
dengan baik, mengajarnya bahasa Arab dan membesarkannya sebagai orang
yang beriman.
22) Nabi Ibrahim selalu datang untuk melihat anaknya nabi Ismail. Nabi
Ismail telah membesar dengan sempurna, sangat beriman kepada Allah dan
nabi Ibrahim sangat sayang pada anaknya.
23 ) Mimpi kedua: Nabi Ibrahim berkata kepada nabi Ismail, “Aku telah
mendapat mimpi. Allah telah memerintahku untuk menyembelihmu.” Tanpa
berfikir panjang nabi Ismail terus berkata, “Ayah mesti lakukan. Ini perintah
Allah.” Begitulah taatnya nabi Ismail kepada Allah. Lalu mereka menuju ke
sebuah tempat yang tidak berapa jauh dari situ. Nabi Ismail yakin Allah tidak
akan menyakitinya. Semasa dalam perjalanan, iblis muncul untuk
menimbulkan ragu-ragu didalam hati nabi Ibrahim. Iblis berkata, “Betul ke
kau nak bunuh anak kau ni?” Nabi Ibrahim campakkan batu ke arah Iblis itu.
Iblis pergi kepada Ismail pula dan cuba menghasut, “Kau sanggup mati
dibunuh bapa sendiri?” Ismail campakkan batu ke arah Iblis. Iblis pergi ke
arah kedua-duanya dan cuba menghasut buat kali ketiga untuk menghentikan
mereka daripada melaksanakan perintah Allah. Nabi Ibrahim dan nabi Ismail
campakkan batu ke arah Iblis itu lagi. Inilah asal usul Jamratul Ula, Wusta &
Aqabah dimana jemaah haji melontar batu.
24) Sampai di tempat yang dituju, nabi Ismail sedia berbaring untuk
disembelih. Sebelum itu, baginda berpesan kepada bapanya, “Tunggu
dahulu, terbalikkan aku supaya apabila mukaku menghadap ke tanah ayah
tidak dapat melihat wajahku dan tajamkanlah pisau itu supaya ayah boleh
melakukannya dengan cepat.” Nabi Ismail tidak mahu ayahnya melihat
mukanya kerana bimbang timbul rasa simpati dan ragu untuk menjalankan
perintah Allah.
25) Apabila disembelihnya nabi Ismail, pisaunya tidak terbenam. Dicuba
dan cuba lagi. Rupanya setiap kali nabi Ibrahim cuba menyembelih, bilah
pisau yang tajam itu terbalik ke atas. Bahkan pisau juga berpaling untuk
melakukan sesuatu jika tidak diizinkan Allah. Kemudian Allah
menggantikan tempat nabi Ismail dengan seekor kambing. Ini ujian Allah
yang seterusnya keada nabi Ibrahim.
26) Mimpi ketiga: Allah perintahkan nabi Ibrahim dan Ismail utk membina
Kaabah. Nabi Ibrahim dan Ismail mengumpulkan batu-batu dan mula
membina sebuah bangunan berbentuk kotak. Nabi Ibrahim berdiri di atas
sebuah batu dan nabi Ismail menghulurkan batu bata kepada bapanya.
27) Untuk batu yang terakhir, nabi Ibrahim meminta nabi Ismail untuk
mencari batu paling paling cantik bagi melengkapi Kaabah namun tidak
dijumpai batu yang sesuai. Tiba-tiba nabi Ibrahim datang kepada anaknya
sambil membawa sebuah batu yang sangat cantik dan suci. Nabi Ibrahim
berkata batu itu Allah telah turunkan kepadanya dari Jannah. Itulah batu
Hajar Al-Aswad.
28) Setelah lengkapnya Kaabah, batu yang berada di bawah tapak kaki
nabi Ibrahim menjadi lembut seketika menyebabkan tertinggalnya kesan
tapak kaki nabi Ibrahim. Artifak batu tersebut adalah sebagai peringatan
kepada manusia tentang peristiwa bersejarah ini. Rujuk Al Quran (2:12).
29) Kemudian Allah perintahkan nabi Ibrahim untuk melaungkan panggilan
kepada seluruh umat manusia untuk datang menunaikan ibadah haji. Nabi
Ibrahim lihat sekeliling, tidak ada orang. Disitu merupakan kawasan padang
pasir. Siapa yang akan mendengar panggilannya? Nabi Ibrahim berkata
kepada Allah, “Ya Allah suara ku tidak sampai.” Allah menyuruh nabi Ibrahim
laksanakan sahaja perintah tersebut dan selebihnya berserah kepada Allah.
Maka nabi Ibrahim pun melaungkan, “Wahai manusia! Sesungguhnya Allah
telah memerintahkan kalian semua untuk melaksanakan haji ke baitullah ini,
supaya kalian mendapat pahala ke syurga dan menyelamatkan kalian
daripada seksa neraka”. Sehingga sekarang, tidak henti-henti manusia dari
seluruh pelusuk dunia datang ke Mekah untuk mengerjakan haji.
30) Setelah beberapa ujian dan perintah Allah ke atas nabi Ibrahim,
datangnya khabar gembira. Pada usia nabi Ibrahim 120 tahun dan isterinya
Siti Sarah 90-an, tiga malaikat bertemu dengan nabi Ibrahim membawa
berita gembira bahawa Siti Sarah mengandung anak lelaki iaitu nabi Ishak.
Siti Sarah terkejut kerana mereka sudah sangat tua dan Siti Sarah seorang
wanita yang tidak boleh melahirkan anak.
31) Berita gembira bersambung lagi, bukan itu sahaja, mereka akan hidup
dalam masa yang cukup lama untuk melihat anak kepada nabi Ishak iaitu
Yaakub. Allah menceritakan didalam Al Quran, nabi Ibrahim melahirkan
keturunan para nabi iaitu Ishak, Yaakub, Ayub, Yusuf, Musa, Harun, Zakaria,
Yahya, Isa, Ilyas, Ismail, Ilyasa, Yunus dan Luth. Nabi Muhammad juga
daripada keturunan ini. Allah janjikan dua perkara yg akan kekal dalam
keluarga nabi Ibrahim iaitu kenabian dan wahyu Allah.
32) Nabi Ibrahim disanjung sebagai nabi oleh pelbagai agama - Islam,
Kristian, Yahudi. Semua menghormati ajaran nabi Ibrahim dan namanya
disebut dalam semua kitab. Nabi Ibrahim mempunyai darjah kebesaran yang
paling besar di kalangan nabi-nabi, selepas kewafatan nabi Muhammad.
Impaknya wujud sehingga sekarang.
Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.
Terima kasih kerana
membaca.
Jangan lupa untuk membuat catatan ke dalam
Iq Nilam.
Pastikan anda membuat sinopsis cerita untuk
meningkatkan pemahaman anda.
Membaca
Jambatan
Ilmu.
Puan Hazatuladawia Habu Hassan.
Guru Bahasa Melayu
SK Datuk Haji Baginda.
#PerintahKawalanPergerakan
#DudukdiRumah
#COVID-19