The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DISEDIAAKAN OLEH : PN. HAZATULADAWIA BT HABU HASSAN
GURU BM
SKDHB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nizahoney5, 2020-12-13 00:00:37

8 Haiwan Yang Paling Besar

DISEDIAAKAN OLEH : PN. HAZATULADAWIA BT HABU HASSAN
GURU BM
SKDHB

Sumber Rujukan:

https://iluminasi.com/bm/8-haiwan-paling-besar-
di-dunia-mengikut-kategori.html

HAZA_ADAWIA

1.HAIWAN PALING BESAR DI DUNIA:
PAUS BIRU

Paus biru adalah mamalia laut. Dengan
panjang mencecah 180 tan metric, ia
merupakan haiwan paling besar yang
pernah wujud.

Lidah ikan paus ini seberat 2,700kg, iaitu
kira-kira saiz seekor gajah asia. Berat
jantungnya pula adalah 600kg yang
merupakan organ paling berat dalam
sistem badan mana-mana haiwan di dunia.

Ikan paus ini dikatakan hanya memakan
hidupan laut kecil seperti udang Krill.

2. HAIWAN DARAT PALING BESAR DI
DUNIA: GAJAH BELUKAR AFRIKA

Gajah belukar Afrika adalah haiwan
darat paling besar di dunia, dengan
panjang gajah jantan di antara 5 hingga
7.5 meter, berketinggian 3.3 meter di
bahagian bahu dan berat mencecah
5,900 kg.

Bagi gajah betina pula adalah lebih
kecil, panjang di antara 5.4 hingga 6.9
meter, berketinggian 2.7 meter dan
seberat 3000kg.

3. KARNIVORA PALING BESAR DI DUNIA:
GAJAH LAUT SELATAN.

Saiz gajah laut selatan berbeza di
antara jantina. Saiz jantan adalah 6 kali
lebih berat daripada saiz betina.

Saiz betina adalah di antara 400 hingga
900 kg dengan panjang mencecah 2.6
hingga 3.3 meter, manakala saiz jantan
pula di antara 2,200 hingga 4,000 kg
dan panjang mencecah 4.5 hingga 5.8
meter.

Gajah laut biasanya menyelam
berulang kali selama lebih daripada 20
minit untuk mencari mangsa sama ada
sotong atau ikan di kedalaman 400
hingga 1,000 meter.

4. reptilia PALING BESAR DI DUNIA:
buaya air masin

Berat bagi seekor air masin jantan
dewasa adalah 409 hingga 1,000 kg
dengan panjang di antara 4.1 hingga
5.5 meter.

Namun buaya matang boleh mencapai
panjang 5 meter dengan berat melebihi
1,000 kg. ia juga merupakan satu-
satunya buaya yang masih wujud yang
kerap mencapai panjang melebihi 4.8
meter.

5. amfibia PALING BESAR DI DUNIA:
Salamandar gergasi china

Salamandar gergasi ini mampu

mencapai panjang 180 cm.

Salamandar ini biasanya dijumpai di

sungai gunung berbatu dan tasik-tasik

di China.

Ia juga diklasifikasikan sebagai haiwan
terancam akibat kehilangan habitat,
pencemaran dan diburu oleh manusia
kerana dianggap sebagai makanan
istimewa dan digunakan dalam
perubatan tradisional China.

6. ARNAB PALING BESAR DI DUNIA:
ARNAB GERGASI FLEMISH.

Flemish Gergasi adalah arnab daripada
baka tua yang berasal dari rantau
Flemish di Belgium.

Spesis ini mula-mula dibiakkan seawal
abad ke 16 di sekitar Bandar Ghent.

Flemish Giant boleh mencecah berat
sehingga 12.7 kg dan bersaiz seperti
seekor anjing.

7. ULAR PALING BESAR DI DUNIA:
GREEN ANACONDA

Ahli keluarga reptilian gergasi ini
berasal dari sungai neotropikal. Saiz
maksimum yang pernah direkodkan
adalah seberat 250kg dengan panjang
7.5 meter.

Ulas spesis ini yang dijumpai di Asia
Tenggara adalah lebih panjang dan
ramping, dilaporkan mempunyai
panjang mencecah 9.7 meter.

8. artropod PALING BESAR DI DUNIA:
ketam labah-labah jepun

Ketam labah-labah Jepun adalah
sejenis spesis ketam laut yang tinggal
di perairan sekitar Jepun. Ia mempunyai
kaki paling panjang daripada mana-
mana haiwan arthropod yang lain.

Panjang kaki ketam ini boleh mencapai
3.8 meter dengan berat 19 kg. Dalam
habitan semulajadi, ketam Jepun ini
memakan kerang dan bangkai haiwan
serta mampu hidup sehingga 100
tahun.

1. Berapakah berat ketam labah-labah Jepun? ___________ kilogram.

2. Berapakah panjang salamander gergasi China? ____________ sentimeter.

3. Berapakah berat gajah laut selatan jantan? __________________ kilogram.

4. Berapakah berat ketam arnab gergasi Flemish? _______________ kilogram

5. Berapakah berat gajah belukar Afrika betina? ___________ kilogram

6. Berapakah berat paus biru? ___________ tan metric.

7. Berapakah berat green anaconda?._________________ kilogram.

8. Berapakah berat buaya air masin jantan? _______________ kilogram.

Disediakan oleh:
Puan Hazatuladawia bt Habu Hassan
Guru Bahasa Melayu
SK Datuk Haji Baginda Merlimau 77300 Melaka.
Sumber: https://iluminasi.com/bm/8-haiwan-paling-besar-di-dunia-mengikut-kategori.html


Click to View FlipBook Version