The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HANGAT-HANGAT TAHI AYAM
SUMBER : PN. NORHANIZA BT AHMAD
GPM SKDH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nizahoney5, 2021-06-11 09:37:51

HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

HANGAT-HANGAT TAHI AYAM
SUMBER : PN. NORHANIZA BT AHMAD
GPM SKDH

Kehadiran Adam disambut
baik dan mesra oleh rakan-rakan
kelas baharunya. Dia merupakan
pelajar baru yang baru sahaja
berpindah sekolah kerana mengikut
ibu bapanya yang bertukar tempat
kerja. Sikap baik budi pekerti dan
bersopan santun telah ditonjolkan
oleh Adam agar tidak dipandang
serong dan enteng oleh rakan-
rakan baharunya.

Ternyata, Adam diterima
dan disenangi oleh teman-
temannya. Sejak hari pertama
persekolahan lagi, rakan-rakan
sudah berdamping dengannya
menyebabkan Adam langsung tidak
berasa kekok dan janggal dengan
situasi di sekolah barunya itu.

Dia dihormati oleh rakan-rakannya
disebabkan oleh sikap rajin dan disiplin
yang ada pada diri Adam. Dia juga
bercita-cita untuk menjadi seorang
doktor pakar yang berjaya.

Sokongan moral telah diberikan
oleh rakan dan gurunya apabila impian
besarnya itu diketahui ramai. Malah, dia
antara salah seorang pelajar yang aktif
dan sentiasa bertanyakan soalan jika
ada yang tidak difahaminya. Namun,
sikap baik yang ditonjolkannya tidak
berkekalan.

Setelah dia berkawan dengan
pelajar bermasalah, dia sudah mula
berkelakuan liar dan tidak baik.
Pelajarannya sudah mula diabaikan dan
tidak diendahkan sedangkan suatu
ketika dahulu dia begitu fokus dan
bersungguh-sungguh di dalam kelas. Dia
sudah tidak lagi dihormati malah

menerima cemuhan daripada teman-
teman kerana hanya berpura-pura
selama ini. Segala pandangan terhadap
dirinya tidak dihiraukan oleh Adam
kerana dia sudah memiliki rakan-rakan
karib yang sebenarnya banyak
merosakkan akhlak dirinya.

Sungguhpun begitu, teguran
supaya dia berubah telah diberikan
oleh guru-guru yang prihatin akan
dirinya. Apabila sahaja dia ditegur, dia
pasti akan insaf dan akan teresak-esak
menangis dan bertekad untuk
membuang segala perangai buruknya.
Namun, azam dan tekadnya itu hanya
bersifat seketika sahaja. Dua atau
tiga minggu kemudian selepas ditegur,
perbuatannya yang lama akan diulangi
kembali.

Mujurlah, guru-guru yang mengajarnya
tidak pernah kenal erti jemu atau
bosan dalam terus mendidik dan
menegur kelakuan Adam supaya
berubah. Pantauan sikap Adam
sentiasa dilakukan oleh guru kelasnya
agar Adam tidak terlibat dalam kancah
dan gejala sosial.

Sikap kepala angin Adam ini
sangat membingungkan rakan-rakan
sekelasnya yang rata-rata sangat risau
akan kelakuan Adam. Sikap Adam
cepat berubah angin kerana sekejap
Adam akan menjadi pelajar yang rajin
dan adakala dia akan menjadi pelajar
yang bermasalah. Dia hanya mempunyai
semangat pada mulanya, tetapi akan
berubah menjadi dingin jika dia sudah
jemu berusaha. Nasihat yang diberikan
sekadar mencurahkan air ke daun

keladi kerana segala pesanan dan kata
guru-gurunya hanya diabaikannya.
Saban hari perangai dan kelakuan
Adam semakin menjadi, malah dia
sudah berani untuk ponteng sekolah
dengan pelbagai alasan yang tidak
masuk akal. Ramai rakan
seperjuangannya tertanya-tanya akan
ke mana hilangnya semangat rajin dan
kental yang ditonjolkan oleh Adam
sebelum ini?

Musim peperiksaan sudah makin
hampir. Adam pula masih alpa dengan
dunia laghanya yang akan
menyebabkan masanya terbuang
begitu sahaja padahal dia bakal
menduduki peperiksaan akhir. Dengan
perasaan angkuhnya, pelajarannya
telah diabaikan kerana dia yakin dia
boleh menjawab soalan peperiksaan

tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Sebagai natijahnya, keputusan akhir
yang diterima sangat tidak
memuaskan.

Ibu bapanya yang mula
menyedari akan hal ini mula menegur
Adam supaya berubah demi masa
depan kelak yang cerah. Dia telah
diturunkan ke kelas bawah dan
bersama-sama dengan pelajar yang
lemah di dalam akademik. Malunya
tidak kepalang kerana dijadikan bahan
tawa teman-temannya di sekolah yang
dahulunya mengaku sahabat.
Keinsafan dan perasaan menyesal mula
timbul dalam hati Adam. Sikap dan
kelakuan buruknya ini harus dikikis
dan dibuang jauh untuk berjaya.
Memang sahlah kata pepatah,
“hangat-hangat tahi ayam”, ditujukan

kepada dirinya . Semangat yang ada
pada dirinya hanya ketika permulaan
waktu, tetapi akhirnya mengalah, Untk
masa hadapan yang gemilang,
kesedarannya untuk betul-betul
berubah bukan sahaja pada jangka
masa pendek, tetapi untuk juga untuk
jangka masa panjang perlu difikirkan
agar dia tidak terus hanyut buat
selama-lamanya.

1. Rekodkan bacan kamu ke dalam fail Nilam

atau
Klik link tersebut untuk dicatat ke dalam IQNilam

http://iqnilam.moe.gov.my
Disediakn oleh,
PN. NORHANIZA BT AHMAD
GPM PUSTAAKA ZA”ABA
SK. DATUK HJ. BAGINDA


Click to View FlipBook Version