The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kisah Para Nabi Siri 2
Sumber : Pn. Hazatul Adawia bt Habu Hassan
Guru BM SKDHB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nizahoney5, 2021-02-14 00:28:24

Kisah Para Nabi Siri 2

Kisah Para Nabi Siri 2
Sumber : Pn. Hazatul Adawia bt Habu Hassan
Guru BM SKDHB

PUSTAKA ZAABA
SK DATUK HAJI BAGINDA

MERLIMAU MELAKA.

Nabi Hud A.S
Nabi Saleh A.S

SILA CATATKAN DALAM IQ NILAM



[4/25] - Nabi Hud ‘Alaihissalam

1) Nabi Hud datang daripada kaum Ad, sebuah kaum yang tinggal di
tempat bernama Ad yang suatu ketika dahulu terletak di antara Oman
dan Yemen. Kini tempat dan seluruh kaum Ad tersebut telah pun tiada.

2) Kaum Ad badannya bersaiz sangat besar dan sangat tinggi bagaikan
gergasi. Mereka mempunyai segala jenis kekuatan; kekuatan fizikal,
kekayaan yang melampau, kuasa politik, peradaban yang paling maju,
kebijaksanaan dan banyak lagi.

3) Mereka juga boleh hidup beribu tahun lamanya dan setiap daripada
mereka dapat melahirkan ratusan anak. Mereka terkenal dengan rumah-
rumah yang terlampau besar. Kayanya mereka ini sehingga mampu bina
istana mewah di atas gunung-gunung hanya untuk bermegah-megahan
bukan untuk dijadikan tempat tinggal.
Dikatakan sehingga kiamat pun tidak
akan ada istana sehebat istana yang
dibina kaum Ad. Selain itu, kuatnya
mereka sehingga mampu mencabut
pokok dengan menggunakan tangan
sahaja.

4) Allah sebut di dalam al-Quran, kaum Ad merupakan kumpulan manusia
yang paling hebat pernah dicipta; tiada manusia yang pernah dicipta
seperti kaum Ad sebelumnya.

5) Namun kaum Ad merupakan kaum pertama yang memperkenalkan
penyembahan tuhan selain daripada Allah selepas zaman nabi Nuh.
Mereka menyembah berhala.

6) Allah menghantar seorang nabi di kalangan mereka iaitu nabi Hud yang
tidak putus-putus berdakwah kepada mereka untuk bertaqwa kepada
Allah. Seperti kaum nabi Nuh, mereka menghina, mencaci dan
memperlekehkan nabi Hud. Nabi Hud berdakwah lagi, “Ingatlah bahawa
kamu adalah keturunan Nuh yg terselamat dari malapetaka, bertaqwalah
kepada Allah!” Mereka lemparkan pelbagai tuduhan kepada nabi Hud.
Mereka mengatakan baginda seorang yang gila, dirasuk hantu, penipu dan
sebagainya.

7) Kaum Ad mencabar nabi Hud, “Di mana tanda-tanda tuhanmu?
Tunjuklah! Kau kata tuhanmu akan menghukum kami, tunjukkanlah! Tiada
siapa boleh menghukum kami kerana kami terlalu kuat.” Kaum Ad sangat
bongkak. Kemudian mereka bertanya lagi, “Siapa yang lebih kuat daripada
kami?”. Mereka lupa bahawa Allah jauh lebih kuat daripada mereka.

8 ) Nabi Hud mengangkat sumpah bahawa baginda tidak terlibat dengan
kejahilan kaum Ad dan baginda percaya kepada Allah. Kemudian nabi Hud
mencabar mereka pula, “Lawanlah aku! Kalau kau betul-betul kuat,
lawanlah aku! Sesungguhnya aku berserah kepada Penciptaku.” Selepas
mendengar cabaran nabi Hud itu, mereka tidak berbuat apa-apa seakan
tergaman. Terdetik dalam hati mereka sekelumit rasa takut dan percaya.

9) Nabi Hud berdoa kepada Allah untuk tunjukkan kebenaran. Maka Allah
turunkan musim kering di negeri Ad selama 3 tahun. Kaum Ad mula
meminta-minta dari ‘tuhan’ mereka untuk menurunkan hujan.

10 ) Nabi Hud berdakwah lagi. Nabi Hud berpesan sekiranya mereka
mahukan hujan, mereka perlu beristighfar dan bertaubat. Maha Pencipta
akan mengurniakan hujan yang indah dan lebih banyak kekuatan kepada
mereka. Namun kaum Ad tetap berdegil.

11) Kemudian datanglah langit hitam di atas mereka. Mereka sangat
gembira kerana beranggapan langit tersebut sarat dengan air hujan.
Namun yang turun adalah angin taufan yang tersangat kuat, sejuk dan
bising, selama 7 malam 8 hari. Angin tersebut telah memusnahkan seluruh
Ad dengan amat dahsyat. Hancurnya mereka dek angin taufan itu sehingga
tiada sedikit pun yang tinggal. Begitulah kepupusan kaum Ad.

12) Sebelum bencana datang, Nabi Hud AS berangkat menuju tempat lain
bersama dengan orang-orang yang beriman, dan ditempat yang baru
tersebut, mereka beribadah kepada Allah SWT.

13) Nabi Hud AS selanjutnya menetap di Yaman, sampai wafat di daerah
Syib sekitar 80 km dari sana. Beliau wafat dalam usia 472 tahun, dan
hingga saat ini kuburan beliau masih sering dikunjungi dan diziarahi oleh
kaum muslimin dari seluruh dunia.

12) Pengajaran yang boleh didapati adalah sebelum Allah menghukum
seseorang atau suatu kaum, Dia kurniaka pelbagai nikmat - harta,
perempuan, kuasa, zuriat, kecantikan dan banyak lagi. Apabila kita leka
dengan keseronokan nikmat dunia, Allah berkuasa untuk mengambil
semuanya semula. Ingatlah segalanya adalah milik Allah dan kita
seharusnya sentiasa bersyukur dengan nikmar yang diberikan.

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.



[5/25] - Nabi Saleh ‘Alaihissalam

1) Nabi Saleh berasal daripada Kaum Thamud yang hidup di Al-Hijr, Jordan.
Gambar-gambar istana yang diukir daripada gunung batu yang suatu ketika
dahulu pernah didiami kaum Thamud boleh dilihat melalui carian Google
dengan kata kunci “Petra Jordan”.

2) Di dalam Al-Quran (15:82), surah Al-Hijr ayat 82, Allah menyebut tentang
kaum Thamud, “Dan mereka memahat rumah-rumah dari gunung-gunung
batu (yang didiami) dengan aman.” Hingga sekarang, gunung-gunung ini
dengan ukirannya sekali masih kekal di atas bumi Jordan. Peninggalan ini
adalah sebagai peringatan daripada Allah kepada kita semua tentang apa
yang telah berlaku kepada kaum yang telah mengakibatkan kemurkaan Allah.

3) Kaum Thamud mempunyai kehebatan teknologi yang lebih maju daripada
kaum Ad. Lihat sahaja kemampuan mereka mengukir gunung batu dan
menjadikan gunung sebagai rumah. Mereka juga mempunyai kekuatan fizikal,
saiz badan yang besar dan kekayaan seperti kaum Ad.

4) Nabi Saleh yang juga daripada kalangan kaum Thamud datang daripada
sebuah keluarga yg kaya-raya dan dihormati oleh masyarakat Thamud.
Mereka telah mempersiapkan nabi Saleh untuk menjadi pemimpin mereka.



5) Setelah apa yang berlaku ke atas kaum Ad, syaitan sekali lagi
memanipulasi hati manusia dan berjaya menyesatkan kaum Thamud. Kaum
Thamud bukan sahaja menyembah berhala, mereka juga menyembah
manusia di kalangan mereka sendiri. Siapa paling kaya atau berkuasa
disembah sebagai dewa.

6) Allah telah memilih Nabi Saleh sebagai nabi dan baginda pun mula
berdakwah mengajak kaumnya supaya bertaqwa kepada Allah. Kaum Thamud
terkejut dan berkata, “Kami telah berharap kepadamu untuk menjadi
pemimpin kami dan kini kamu meminta kami berpaling dari ajaran nenek
moyang kami?” Mereka mula menghina dan mencaci Nabi Saleh. Apabila
nabi Saleh mula mempunyai pengikut, mereka menuduh nabi Saleh adalah
ahli sihir.

7) Nabi Saleh mengajak kaum Thamud bertaubat jika tidak, mereka akan
mendapat malapetaka seperti kaum Ad. Kaum Thamud berkata, “Malapetaka
apakah yang kau katakan? Rumah kami gunung batu! Jika adanya angin
taufan, rumah kami tidak akan terbang! Jika hujan ribut, rumah kami boleh
melindungi! Jika berlakunua gempa bumi, rumah kami takkan runtuh!” Begitu
bongkak mereka terhadal Nabi Saleh.

8 ) Kaum Thamud mencabar nabi Saleh untuk membuktikan kebenaran.

9) Mereka menyuruh nabi Saleh mengeluarkan seekor unta betina daripada
sebuah batu besar. Bukan itu sahaja, unta itu mestilah bunting 10 bulan,
berbulu lebat warna merah, boleh minum semua air di lembah, boleh
menghasilkan susu untuk seluruh kota dan pelbagai lagi. Mereka menyebut
perkara-perkara yang mustahil kerana mereka tidak mengambil serius,
hanya sekadar melawak.

10) Nabi Saleh berkata, “Jika aku bawakan unta ini kalian akan percaya
kepada tuhanku?” Mereka menjawab, “Ya.”

11) Tiba hari yang dijanjikan, seluruh kaum Thamud berkumpul di hadapan
batu besar tadi. Nabi Saleh berdoa kepada Allah untuk turunkan petunjuk
kemudian batu itu pun terbelah dua maka keluarlah seekor unta betina
yang sangat besar berwarna merah dan sedang bunting.

12) Kaum Thamud terus terbahagi kepada 2 kumpulan. Sebahagian
mengaku percaya kepada Allah dan sebahagian lagi menuduh nabi Saleh
menggunakan ilmu sihir.

13) Nabi Saleh berkata kepada mereka, “Unta ini akan hidup di
kalanganmu dan jangan kamu bunuh unta ini.” Jika dibunuh, Allah akan
menghukum kaum Thamud.

14) Semakin hari semakin ramai yang menjadi pengikut nabi Saleh
setelah melihat unta tersebut. Apabila unta itu melahirkan anaknya,
orang yang beriman semakin beriman dan orang yang musyrik semakin
membenci.

15) Suatu hari, golongan yang tidak percaya kepada nabi Saleh telah
membunuh unta besar tersebut beserta anaknya. Mereka mencabar lagi,
“Mana hukuman tuhanmu? Tunjukkan!”Allah berkata kepada nabi Saleh,
masa mereka akan tiba dalam 3 hari. Ketika itu, Allah sangat murka.

16) Hari pertama, muka kaum Thamud bertukar kuning. Hari kedua, muka
mereka bertukar merah. Hari ketiga, muka mereka menjadi hitam. Ketika itu
mereka semua menangis dan menjerit kerana mereka tahu sesuatu yang
buruk akan berlaku.

17) Kemudian Allah datangkan gelombang bunyi yang teramat kuat. Dengan
serta merta mereka semua mati. Inilah kaum seterusnya yang Allah pupuskan
daripada muka bumi.

18) Nabi Saleh berpindah ke Palestin di Kota Ramla dan tinggal di situ
sehingga hari kewafatannya.

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.

Terima kasih kerana
membaca.

Jangan lupa untuk membuat catatan ke dalam
Iq Nilam.

Pastikan anda membuat sinopsis cerita untuk
meningkatkan pemahaman anda.

Membaca
Jambatan

Ilmu.

Puan Hazatuladawia Habu Hassan.
Guru Bahasa Melayu
SK Datuk Haji Baginda.

#PerintahKawalanPergerakan
#DudukdiRumah
#COVID-19


Click to View FlipBook Version