Aku masih ingat lagi, jiranku Mak cik
Mona seorang ibu tunggal yang
mempunyai seorang anak sahaja.
Kematian suaminya akibat penyakit
jantung menyebabkan dia kehilangan
tempat bergantung. Kehidupan mereka
yang kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang tidak menghalang Mak cik
Mona memberi pendidikan yang
sempurna kepada anaknya, Iqbal. Mak cik
Mona berharap agar suatu hari nanti
Iqbal akan dapat memenuhi impian arwah
ayahnya untuk menjejakkan kaki ke
menara gading.
Setiap pagi, Mak cik Mona
terpaksa bangun seawal jam empat pagi
untuk menyiapkan nasi lemak dan kuih-
muih. Semasa Iqbal pergi ke sekolah, dia
akan membawa kuih-muih dan nasi lemak
yang disiapkan oleh ibunya untuk
dihantar ke warung Pak Mail.
Sekembalinya dari sekolah, Iqbal akan
mengambil duit hasil jualannya tadi dan
membeli barang-barang keperluan yang
dipesan oleh ibunya. Walaupun
pendapatan mereka tidak seberapa,
namun wang tersebut mampu menyara
kehidupan mereka berdua.
Sejak dari kecil, Iqbal telah
dididik dengan ilmu agama.Setiap petang
dia belajar mengaji Al-Quran dengan
Haji Ibrahim di masjid. Haji Ibrahim
juga turut mengajar fardu ain kepada
anak-anak di kampung itu. Selepas itu,
Iqbal akan terus pulang ke rumah untuk
mengulang kaji pelajaran. Dia patuh akan
nasihat ibunya agar cepat pulang ke
rumah dan tidak bercampur dengan
budak-budak kacang hantu di
kampungnya.
Semakin meningkat remaja, Iqbal
menjadi seorang anak yang berbudi
pekerti luhur. Dia tidak pernah
mengabaikan pelajaran dan
tanggungjawab kepada ibunya. Dalam
setiap peperiksaan, dia telah
menunjukkan prestasi yang cemerlang.
Guru-guru selalu memuji dan menjadikan
dia sebagai contoh kepada pelajar-
pelajar lain di sekolahnya. Ibunya selalu
mengingatkan Iqbal supaya tidak lupa
diri. Tidak hairanlah Iqbal telah muncul
sebagai pelajar terbaik dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) yang lalu. Benarlah kata pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Kejayaan yang diperoleh telah
melayakkan Iqbal melanjutkan pelajaran
ke menara gading. Akhirnya, ketekunan
dan usaha gigih Iqbal membuahkan hasil.
Iqbal telah berjaya menjawat jawatan
penting di ibu kota. Iqbal bukan sahaja
berjaya dalam bidang kerjaya yang
diceburi tetapi dia juga menjadi seorang
yang baik sahsiahnya dan berpegang
teguh kepada agama. Dia bukanlah
individu yang diibaratkan seperti kacang
lupakan kulit. Kesungguhan dan
ketabahan Mak cik Mona membesarkan
anaknya telah terbalas. Mak cik Mona
bersyukur kepada Tuhan dan berasa
gembira kerana janji kepada suaminya
telah terlaksana
1. Rekodkan bacan kamu ke dalam fail Nilam
atau
Klik link tersebut untuk dicatat ke dalam IQNilam
http://iqnilam.moe.gov.my
Disediakn oleh,
PN. NORHANIZA BT AHMAD
GPM PUSTAAKA ZA”ABA
SK. DATUK HJ. BAGINDA