4.3.2 Mengubah suai cerita
dengan bahasa yang indah
dan santun secara secara
berpandu dan
mempersembahkannya
secara kreatif
Pendahuluan :
Pada suatu pagi, Rizal menggaru-garu
badannya. Ibunya menegur perbuatan Rizal
itu. Dia memberitahu bahawa badannya
sangat gatal. Setelah mandi , Rizal masih
terasa gatal dan tidak selesa.
Sang Pijat – dari semak – lapar – rumah
tersebut Pada malam itu, Sang
Pijat telah keluar dari dalam
semak untuk mencari makanan .
Dia terlalu lapar kerana sudah
beberapa hari dia tidak makan.
Tiba-tiba………
“ Di sana ada sebuah rumah.
Tentu ada makanan untuk aku,”
ujar Sang Pijat. Sang Pijat yang
lapar itu pun terus menuju ke
rumah tersebut.
Sang Pijat – melihat Rizal – gembira – ibarat
bulan jatuh ke tanah – menghisap darah
Sang Pijat terlihat
Rizal sedang berbaring di
atas tilamnya lalu dia pun
menghampiri Rizal. Alangkah
gembiranya Sang Pijat
kerana dapat menghilangkan
kelaparan yang ditanggung
sejak beberapa hari yang lalu.
Bak kata-kata pepatah
seperti bulan jatuh ke riba.
Sang Pijat – melihat Rizal – gembira – ibarat
bulan jatuh ke tanah – menghisap darah
" Wah, seronoknya aku rasa .
Dapatlah aku makan dengan
puas pada hari ini, " ujar Sang
pijat dengan gembira. Sang
pijat menghisap darah Rizal
sepuas-puasnya. Itulah
sebabnya Rizal tergaru-garu
gatal kerana dia telah digigit
oleh Sang Pijat.
Sang Pijat – mudah membiak –anaknya semakin
ramai. Pada keesokan paginya,
setelah bangun daripada
tidur, Rizal masih menggaru-
garu badannya. Kali ini
badannya kelihatan merah-
merah. Lantas, Rizal pun
memberitahu ibunya.
Di atas tilam Rizal pula
kelihatan seperti banyak
binatang kecil dan halus.
".
Sang Pijat – mudah membiak –anaknya semakin
ramai. " Hahahaha, semakin
banyak anak-anakku
sekarang. Selesa sungguh
rumah baruku ini ," ujar Sang
Pijat sambil ketawa. Sang
Pijat terus menjelajah
seluruh tilam Rizal terutama
di bahagian celah-celah tilam.
Tuan rumah – sedar -menyembur racun serangga
- mati
Apabila melihat keadaan
badan Rizal yang merah-merah,
ibu Rizal , Puan Aina segera
menuju ke dalam bilik Rizal.
Alangkah terkejutnya Puan Aina
apabila mendapati tilam Rizal
dipenuhi dengan pijat.
Tuan rumah – sedar -menyembur racun serangga
- mati
Dia sedar kegatalan yang
dialami oleh Rizal adalah
disebabkan oleh Sang Pijat itu.
Puan Aina pun terus mencapai
racun serangga yang terdapat
di atas meja tulis
Rizal lalu menyembur racun
serangga itu ke seluruh
kawasan tilam.
Tuan rumah – sedar -menyembur racun serangga
- mati
" Ayuh , lari semua anak-anakku.
Rizal telah menyembur tilamnya
dengan racun serangga.
Matilah kita. lari semua
selamatkan diri," kata Sang
Pijat lalu lari tertempiaran .
" Aduh, ibu, aku tidak oleh
bernafas lagi. Cecair ini terlalu
kuat baunya dan panas," ujar
anak Sang Pijat.
Penutup:
Akhirnya , semua pijat tersebut mati
kerana tidak dapat bernafas. Rizal dibawa ke
klinik oleh ibunya untuk mendapatkan rawatan.
Doktor telah menasihati Rizal supaya menukar
cadarnya sekurang-kurangnya seminggu sekali dan
elakkan makan di atas tilam kerana ini
akan menarik minat serangga seperti pijat.