The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nizahoney5, 2021-02-14 00:04:46

Kisah Para Nabi Siri 1

Kisah Para Nabi Siri 1

PUSTAKA ZAABA
SK DATUK HAJI BAGINDA

MERLIMAU MELAKA.

Nabi Adam A.S
Nabi Idris A.S
Nabi Nuh A.S

SILA CATATKAN DALAM IQ NILAM



[1/25] - Nabi Adam ‘Alaihissalam

1) Nabi Adam tidak dilahirkan sebagai bayi seperti orang lain tetapi telah
dibentuk dari tanah sebagai orang dewasa. Ketinggian nabi Adam ialah
sekitar 60 kaki.

2) Setelah bentuk Nabi Adam sempurna diciptakan, kemudian Allah
tiupkan ruh ke dalamnya. Nabi Adam kemudian diajak masuk ke dalam
Surga Adn, yang Allah janjikan sebagai tempat tinggalnya.

3) Adam atas kehendak Allah masuk ke dalam surga dan ia memberi
salam kepada penduduk surga dengan ucapan “Assalamu’alaikum“.
Kemudian penduduk surga menjawab dengan ucapan
“Wa’alaikumsalam“.

4) “Dan Allah SWT telah mengajarkan kepada Adam AS tentang semua
nama-nama benda. Kemudian Allah SWT menanyakan nama-nama itu
kepada Malaikat. Maka Allah SWT berfirman “Ceritakanlah kamu
semua (Malaikat) padaKu, nama-nama benda jika kalian termasuk
golongan yang benar” Malaikat menjawab, “ Maha Suci Engkau, tiada
ilmu untuk kami kecuali apa-apa yang telah Engkau ajarkan kepada
kami. Sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Mengetahui dan
Bijaksana.” (QS. Al-Baqarah : 31-31)

5) “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,
“Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat
kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.

6) Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah
meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kalian
kepadanya dengan bersujud.”

7) Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama, kecuali
iblis. Ia enggan ikut bersama-sama (malaikat) yang sujud itu.

8) Allah berfirman, “Hai iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud)
bersama-sama mereka yang sujud itu?”

9) Berkata iblis, “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang
Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari
lumpur hitam yang diberi bentuk.” (QS. Al-Hijr : 28-33)

10) Allah benar-benar murka kepada Iblis. Allah mengusir Iblis dari surga
dalam keadaan hina dan dina.
11) Sayangnya kemurkaan Allah ini tidak membuat iblis sedar dan
bertaubat. Iblis malah menyalahkan Nabi Adam atas nasib yang
menimpanya.
12 Iblis menjadi semakin dendam kepada Adam.

13) Allah berfirman dalam surat Al-Araf ayat 16 dan 17 yang artinya :
“Iblis menjawab: ‘Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya
benar-benar akan menghalangi-halangi mereka dari jalan Engkau yang
lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari
belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan
mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (QS. Al-Araf : 16-17)

14) Iblis kemudian bersumpah untuk menyesatkan seluruh keturunan Nabi
Adam. Iblis tidak akan tinggal diam membiarkan anak keturunan Adam
hidup dengan aman di dunia dan akhirat.

15) Demi membalaskan dendamnya Iblis memohon kepada Allah supaya
dia dan keturunannya iaitu golongan Syaitan, agar dipanjangkan umurnya
sampai hari kiamat.

16) Ketika Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, mereka terpisah jauh.
Masing-masinh mencari pasangan dan akhirnya bertemu di Jabal Rahmah
dan dari situ jugalah Jabal Rahmah digelar sebagai bukit kasih sayang atau
‘the mountain of acquaintance’ di dalam bahasa inggeris.

17) Adam dan Hawa tidak pernah kenal erti penipuan. Pertama kali mereka
ditipu oleh syaitan adalah ketika di syurga. Syaitan menghasut jika mereka
memakan buah dari pokok terlarang di syurga maka mereka akan berubah
menjadi malaikat. Oleh itu mereka pun percaya.

18) Kisah ini diceritakan oleh nabi Adam kepada anak-anaknya berulang
kali sebagai pengajaran bahawa syaitan itu jahat.

19) Adam dan Hawa hidup beribu tahun lamanya. Hawa mengandung lebih
dari 100 kali dan setiap kali mengandung akan lahirnya anak kembar lelaki
dan perempuan.

20) Anak-anak nabi Adam sahaja yang Allah benarkan untuk berkahwin
sesama adik beradik namun haram berkahwin dengan kembar sendiri.

21) Anak pertama nabi Adam, Qabil cemburu dengan adiknya Habil kerana
nabi Adam mahu mengahwinkan dia dengan kembarnya Qabil. Selepas
dihasut syaitan, Qabil membunuh adiknya Habil. Itulah pembunuhan dan
kematian pertama di dunia.

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.
https://pondokislami.com/kisah-nabi-adam-dan-siti-hawa-sejak-diciptakan-hingga-
turun-ke-bumi.html#more-1829

Inilah Jabal Rahmah



2/25] - Nabi Idris 'Alaihissalam

1) Nabi Idris seorang yang tinggi, rupawan dan mempunyai jambang.
Sifatnya sangat tenang, banyak berfikir dan bercakap apabila perlu sahaja.
Apabila bercakap, percakapannya sangat jelas dan juga selalu
merendahkan pandangannya.

2) Nabi Idris adalah manusia pertama yang menulis dengan alat tulis.
Sebelum nabi Idris, penulisan tidak pernah wujud.

3) Tugas nabi Idris bukanlah untuk menyebarkan agama atau menghentikan
syirik kerana pada masa itu manusia di bumi masih percaya kepada Allah.

4) Tugas nabi Idris adalah melawan ‘corruption’ atau kehancuran seperti
mencuri, zina, penindasan dan sebagainya yang makin berleluasa
terutamanya di kalangan keturunan Qabil.

5) Apabila nabi Idris melihat korupsi kehancuran akhlak semakin berleluasa
sehingga kaumnya sendiri sudah mula hancur, nabi Idris mengumpulkan
askar berkuda untuk berperang dengan golongan tersebut.

16. Sepanjang hidupnya, Nabi Idris as terkenal sangat takwa dan saleh. Hal
ini tentu saja membuat setan dan iblis menjadi iri hati.

17. Dikisahkan pada suatu hari Nabi Idris as sedang menjahit baju sambil
duduk, sekonyong-konyong tanpa jelas arah datangnya, muncul seorang
pemuda di depan pintu rumahnya dengan memegang telur di
genggaman tangannya.

18) Pemuda itu adalah Iblis yang sedang menyamar untuk menggoda Nabi
Idris a.s.

19) Pemuda itu pun berkata, “Ya Nabiyullah, sanggupkah Tuhanmu
memasukkan dunia ke dalam telur ini?

20) Nabi Idris as dengan kepandaiannya sekilas sudah dapat mengetahui
bahawa lelaki yang datang itu dan sedang berada di hadapannya adalah
iblis laknatullah yang sedang menyamar.

21) Nabi Idris as berkata, “Kemarilah, dekatlah denganku dan tanyalah
yang engkau ingin tanyakan.

22) ” Iblis menduga bahwa ia telah mampu menyamar dengan baik dan
menipu Nabi Idris a.s.

23) Kemudian iblis pun mendekati Nabi Idris a.s dengan perasan senang
kerana menyangka penyamarannya tidak diketahui oleh Nabi Idris a.s.

24) Iblis berkata,“Bisakah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur
ini?” tanya iblis.

25) Nabi Idris a.s pun menjawab dengan penuh keyakinan, “Jangankan
memasukkan dunia ke dalam telur sebesar ini, memasukkannya ke dalam
lubang jarumku ini pun Tuhanku berkuasa melakukannya”, jawab Nabi Idris
as.

26) Dengan secepat kilat Nabi Idris as langsung menusukkan jarumnya ke
mata iblis tersebut dan mengenai matanya.

27) Iblis pun seketika menjerit kesakitan dan sangat terkejut.

28) Tidak menyangka bahwa Nabi Idris a.s ternyata mengetahui
penyamaran dan tipu dayanya.

29)Mata iblispun menjadi buta dan seketika langsung lari tunggang
langgang hingga menghilang dari pandangan Nabi idris a.s.

30) Nabi Idris juga orang pertama di bumi yang melakukan peperangan
(yang bertujuan baik) dan baginda telah memenangi peperangan itu.

31) Allah mengurniakan kepada nabi Idris bahawa setiap kali seluruh umat
manusia melakukan kebaikan, baginda juga akan mendapat pahala.

32) Nabi Idris berkata kepada malaikat yang merupakan sahabat baiknya
(Dikatakan malaikat Jibril. Wallahua’alam) bahawa baginda ingin
mengumpul sebanyak mungkin pahala sebelum mati.

33) Oleh itu nabi Idris meminta malaikat tersebut untuk membawanya
bertemu dengan malaikat maut untuk berunding berkenaan tarikh matinya.

34) Malaikat tersebut pun membawa nabi Idris di belakang badannya dan
terbang ke syurga ke-4 untuk bertemu malaikat maut.

35) Setibanya di syurga ke-4 dan selepas malaikat tersebut memberitahu
malaikat maut apa tujuannya ke sana, malaikat maut pun bertanya, “Tapi
di manakah Idris?”, Malaikat tersebut menjawab “Ada di belakangku”.

36) Malaikat maut sangat terkejut dan kagum kerana telah mendapat
arahan untuk mencabut nyawa nabi Idris di syurga ke-4 dimana ianya
mustahil kerana nabi Idris hidup di bumi. Maka nabi Idris pun dicabut
nyawanya di syurga ke-4 seperti takdirnya.

37) Nabi Idris satu-satunya manusia yang mati di syurga. Begitulah mulianya
nabi Idris.

38) Beribu tahun selepas kewafatan nabi Idris barulah iblis berjaya
mencetuskan syirik yang pertama di kalangan manusia.

39) Selepas zaman nabi Idris, wujud 5 orang alim yang sentiasa mengajak
manusia kepada kebaikan. Nama mereka ada disebut di dalam al-Quran.
Syaitan memulakan kerjanya selepas kelima-lima orang alim tersebut
meninggal.

40) Syaitan menghasut manusia untuk memperingati 5 orang alim tadi
dengan membuat patung batu dan menamakan setiap patung itu dengan
nama orang alim tersebut. Setiap kali manusia melihat patung tersebut
mereka sangat gembira dan mengingati semula ajaran orang alim itu untuk
berbuat kebaikan.

41) Setelah berlalunya generasi tersebut, syaitan mula menghasut manusia
dengan menyatakan tujuan patung-patung itu diwujudkan.

42) Syaitan menyifatkan bahawa nenek moyang generasi terdahulu
menyembah patung-patung ini dan kebaikan mula datang.

43) Oleh itu generasi baharu perlu menyembah patung tersebut untuk
menjadi orang yang lebih baik.

44) Maka dari situ bermulalah perbuatan syirik di kalangan manusia.

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.
https://pondokislami.com/kisah-nabi-idris-as-mukjizat-nabi-
idris.html#Kisah_Nabi_Idris_as_Menikam_Mata_Iblis

Antara mukjizat Nabi Idris a.s ialah
1. Mampu menulis dan membaca
2. Mampu menunggang kuda.
3. Menguasai ilmu perbintangan.
4. Pandai membuat pakaian.
5. Memerangi orang yang ingkar kepada Allah



[3/25] - Nabi Nuh ‘Alaihissalam

1 ) Nabi Nuh hidup di zaman kaum yang sudah tidak lagi percaya kepada
Allah. Semua kaumnya syirik melainkan baginda seorang sahaja yang
percaya kepada Allah.

2) Nabi Nuh mengambil masa selama 950 tahun berdakwah semata-mata.
950 tahun! Bukan sekejap. Dan selama itu, hanya beberapa orang sahaja
yang kembali percaya kepada Allah dan mereka bukanlah orang yang
berkepentingan dalam masyarakat.

3) Pelbagai cara nabi Nuh berdakwah namun sesiapa yang mendengarnya
akan mencaci, menutup telinga, menghalau dan menuduh bahawa nabi Nuh
sesat.

4) Apabila nabi Nuh berdakwah kepada orang yang berpengaruh dalam
masyarakat, mereka seolah berkata, “Bagaimana kami mahu ikut kau kalau
pengikut-pengikut kau hanyalah orang biasa/bawahan? Kalau kau nak
kami ikut kau, kau buang dulu pengikut yang kau ada sekarang”. Mereka
bukan kejar kebenaran tapi kedudukan dalam masyarakat.

5 ) Nabi Nuh tidak akan meninggalkan pengikutnya kerana mereka juga
hamba Allah.

6) Allah berkata kepada nabi Nuh, sudah tidak akan ada lagi orang yang
akan percaya. Allah menyuruh baginda untuk berhenti berdakwah, setakat
itu sahaja pengikut nabi Nuh. Hidayah Allah sudah tertutup buat mereka
yang lain.

7) Allah perintahkan nabi Nuh untuk membina sebuah kapal besar di atas
gunung. Nabi Nuh membina kapal tersebut selama 100 tahun.

8 ) Orang ramai terus-terusan menghina nabi Nuh. Mereka memperlekeh
tindakan nabi Nuh dengan berkata, “Kau kata kau nabi, sekarang jadi
tukang kayu pula? Orang buat kapal tepi laut, kau buat atas gunung. Kau ni
dah gila ke?”

9) Selepas kapal itu telah siap, Allah memerintahkan nabi Nuh untuk
membawa pengikutnya dan semua spesis haiwan ke dalam kapal tersebut
secara berpasangan jantan dan betina. Bagaimana semua haiwan ini boleh
muat di dalam sebuah kapal? Kapal tersebut sebenarnya sangat besar,
ketinggiannya sahaja seakan tinggi bangunan pencakar langit yang ada
sekarang. Lebarnya tersangat besar dan disebabkan itu nabi Nuh
mengambil masa 100 tahun untuk membinanya.

Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air
yang tercurah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata

air maka bertemulah air-air itu untuk satu urusan yang sungguh
telah ditetapkan. Dan Kami angkut Nuh ke atas (bahtera) yang

terbuat dari papan dan paku.” (QS. Al-Qamar: 11-13)

10) Kemudian, dengan kuasa Allah air turun dari langit dan naik dari tanah
maka tenggelamlah segala-galanya di muka bumi. Yang terselamat hanyalah
mereka di dalam kapal nabi Nuh.

11 ) Nabi Nuh mempunyai 4 orang anak lelaki; Yam, Shem, Ham dan Japheth.
Yam tidak percaya kepada Allah. Dia enggan naik ke atas kapal dan
mengatakan dia boleh tunggu di atas gunung. Pada masa yang sama, Allah
terus memisahkan mereka dengan ombak air dan menenggelamkan Yam.

12 ) Nabi Nuh menunggu banjir reda selama 6 bulan. Setiap hari baginda
menghantar burung untuk memeriksa keadaan di luar kapal dan setiap kali
burung itu kembali, ia kembali tanpa membawa apa-apa. Suatu hari, burung
itu kembali dengan membawa sehelai daun iaitu petanda yang baik. Kali
kedua burung itu kembali, terdapat kesan tanah di kakinya, iaitu petanda
bahawa banjir telah tamat.

13 ) Sama seperti ketika mula-mula ia dibina, kapal nabi Nuh mendarat di
atas sebuah gunung.

14 ) Dengan kuasa Allah, semua pengikut nabi Nuh yang terselamat tidak
beranak-pinak/mandul. Hanya keluarga nabi Nuh sahaja yang dapat
melahirkan zuriat. Oleh sebab itu, nabi Nuh digelar “The Second Adam”
kerana semua keturunan manusia yang hidup sekarang berasal daripada
keturunan nabi Nuh.

15 ) Nabi Nuh hidup selama 350 tahun selepas banjir besar tersebut.

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.

Terima kasih kerana
membaca.

Jangan lupa untuk membuat catatan ke dalam
Iq Nilam.

Pastikan anda membuat sinopsis cerita untuk
meningkatkan pemahaman anda.

Membaca
Jambatan

Ilmu.

Puan Hazatuladawia Habu Hassan.
Guru Bahasa Melayu
SK Datuk Haji Baginda.

#PerintahKawalanPergerakan
#DudukdiRumah
#COVID-19


Click to View FlipBook Version