The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ETIKA DAN PERADABAN (PERPADUAN DI MALAYSIA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yanie zulkifli, 2023-04-18 01:08:51

ETIKA DAN PERADABAN (PERPADUAN DI MALAYSIA)

ETIKA DAN PERADABAN (PERPADUAN DI MALAYSIA)

ETIKA DAN PERADABAN MPU21032 (PERPADUAN DI MALAYSIA) NAMA NO.MATRIK TENGKU ALI ADHA BIN TENGKU FAIZ 02DAD20F2036 MOHD SHAHRUL EIZLAN BIN NORSAZALI 02DAD20F2022 MUHAMMAD NIZAM BIN MAIDIN 02DAD20F2018 MUHAMMAD SYARAFUDDIN BIN KHIRZARUDDIN 02DAD20F2032


BINCANGKAN PERPADUAN DI MALAYSIA Menyatukan institusi pendidikan dari peringkat rendah Menyambut hari perayaan bersama-sama melalui rumah terbuka Memperkasa aktiviti sukan dan rekreasi dalam komuniti Mempergiat aktiviti sukarelawan dan kebajikan Menerbitkan drama atau filem yang mempunyai elemen perpaduan kaum dengan lebih banyak Membendung diskriminasi antara kaum dalam peluang pendidikan, pekerjaan dan ekonomi.


Menyatukan institusi pendidikan dari peringkat rendah Salah satu usaha yang pasti membuahkan perpaduan antara kaum di Malaysia adalah dengan menyatukan institusi pendidikan dari peringkat rendah. Umum mengetahui kita mempunyai sekolah vernakular yang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT). Pembahagian ini bukan sahaja mejejaskan perpaduan antara kanak-kanak malah mewujudkan jurang pendidikan antara mereka kerana pelaksanaan kurikulum yang tidak sama. Oleh itu, kita hendaklah mewujudkan satu jenis sahaja sekolah kebangsaan yang menghimpun kanak-kanak dan remaja tanpa mengira latar belakang mereka dan memberikan pendidikan yang terbaik. Secara langsung dan tidak langsung, mereka akan berinteraksi dan bergaul sesama mereka dan melahirkan kesefahaman serta kekitaan dalam menghadapi persekolahan. Tegasnya, dengan menyatukan institusi pendidikan di bawah satu sistem sahaja semangat perpaduan antara kaum dapat dilahirkan persis kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Menyambut hari perayaan bersama-sama melalui rumah terbuka Usaha lain yang dapat direncana untuk memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia adalah dengan menyambut hari perayaan bersama-sama. Konsep ini sebenarnya telahpun diperkenalkan iaitu penganjuran rumah terbuka. Negara kita merupakan antara masyarakat yang banyak meraikan perayaan sepanjang tahun daripada Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Deepavali, Wesak, Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan Hari Natal. Dengan pengajuran rumah terbuka, bangsa lain yang tidak mengetahui budaya dan tradisi kaum yang menyambut perayaan tersebut boleh memepelajari dan menikmati hidangan yang lazimnya dihidangkan. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Pada masa yang sama, aktiviti kunjung mengunjung semasa hari perayaan dapat mengeratkan hubungan antara jiran tetangga dan komuniti. Jelasnya, penganjuran rumah terbuka dapat memupuk perpaduan antara kaum menerusi perayaan yang disambut.


Memperkasa aktiviti sukan dan rekreasi dalam komuniti Dari kaca mata yang lain, perpaduan antara kaum boleh dipupuk dengan memperkasa aktiviti sukan dan rekreasi dalam komuniti. Selain manfaat kesihatan, aktiviti sukan dan rekreasi juga mampu melahirkan sifat bekerjasama dan toleransi antara satu sama lain. Nilai ini penting bagi kita untuk saling memahami budaya dan adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum dan bangsa di Malaysia. Aktiviti sukan dan rekreasi sangat mudah untuk disertai dan boleh dilakukan pada setiap hari tanpa mengira waktu dan lapisan umur masyarakat. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan persekutuan hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam menyediakan dan menyelenggara infrastruktur rekreasi dan sukan untuk masyarakat umum. Intihannya, dengan menyertai aktiviti sukan dan rekreasi, masyarakat bukan sahaja dapat bersatu padu malah menjadi lebih sihat dan cergas. Mempergiat aktiviti sukarelawan dan kebajikan Seiring dengan itu, mempergiat aktiviti sukarelawan dan kebajikan dalam komuniti juga dapat melahirkan perpaduan antara kaum. Usaha ini telapun dipraktikikan oleh masyarakat kita dari zaman dahulu iaitu dengan mengadakan gotong-royong. Dalam mendepani situasi ekonomi yang tidak menentu pada hari ini, kita tidak boleh sahaja mengharapkan bantuan atau insentif daripada kerajaan. Tetapi masyarakat yang mempunyai rezeki berlebihan seharusnya turut sama membantu melakukan aktiviti kebajikan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Ibarat kata peribahasa, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Nilai kemanusiaan ini jika diterapkan dalam setiap individu pastinya perpaduan antara kaum tidak akan menjadi masalah kepada masyarakat kita. Intihannya, penyertaan dan penggiatan yang aktif dalam aktiviti sukarelawan atau kebajikan dapat menambah nilai perpaduan antara kaum.


Menerbitkan drama atau filem yang mempunyai elemen perpaduan kaum dengan lebih banyak Hasil perbincangan di atas, kita dapat simpulkan bahawa banyak usaha yang boleh dijalankan untuk memastikan perpaduan antara kaum kekal utuh. Seperti lirik lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Adibah Noor, ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bikin muafakat. Kita sebenarnya mempunyai banyak perbezaan tetapi jika disatukan dalam prinsip dan nilai kemanusiaan yang baik, pastinya perpaduan dapat dilahirkan dan dikekalkan. Ahli-ahli politik hendaklah menghentikan diskriminasi antara kaum yang mereka jaja henya demi kepentingan diri sendiri. Masyarakat hari ini sudah mempunyai minda yang terbuka dan luas pengetahuan untuk menerima dan menghormati kaum atau bangsa lain serta hidup dengan aman dan harmoni di bawah satu bendera. Semoga usaha-usaha di atas dapat direalisasikan dan menjadi tunjang kemajuan negara untuk duduk sma rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.


Click to View FlipBook Version