The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muzium, 2021-08-24 20:24:35

BUKU Lakar Lukis

BUKU Lakar Lukis

5 Dasawarsa Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Fahmi dilahirkan di Klang, Selangor adalah seorang Mohd Fahmi Mastuki
Pensyarah Kanan yang bertugas di Fakulti Sains Kesihatan,
Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau sangat gemar melukis
sejak dari kecil namun mula serius melukis dengan menggunakan
medium cat air pada tahun 2013 setelah melihat lukisan-lukisan
dari ahli-ahli Gangsta Watakala, iaitu sebuah kumpulan pelukis
Melayu tanah air. Setelah itu, beliau sehingga kini telah menyertai
beberapa pameran lukisan di dalam negara. Beliau adalah ahli
seumur hidup Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) selain turut

menyertai Malaysian Watercolour Society (MWS).

Emel: [email protected]
Facebook: m.mohdfahmi
Instagram: mmohdfahmi

Muhammad Taufik Hafzi atau lebih dikenali dengan nama
TOPEKCOMICS dilahirkan di HBKL, Wilayah Persekutuan merupakan
Penolong Pegawai Sains yang bertugas di Institut Sel Fuel, UKM.
Beliau mula aktif menggunakan media elektronik dari tahun 2013
sehingga kini, dan Telah memenangi komik terbaik INDIPENDENT
pada tahun 2018 anjuran PEKOMIK Malaysia di PWTC (tahun 2018),
turut menghasilkan beberapa komik SANTAI INTEGRITI UKM bagi
tahun 2020. Sehingga kini, beliau telah menyertai pelbagai pameran
dan pertandingan komik anjuran negara. Menjadi salah satu dari
ahli PEKOMIK Malaysia ialah NGO pilihannya.

Muhammad Taufik Hafzi Emel: [email protected]
Laman sesawang: topekcomics/facebook.com
Facebook: Taufiqe Hafzi
Instagram: _topekcomics_

Nadya adalah pendidik dan pelukis kelahiran Sabak Bernam, Nadya Ahmad Kamal
Selangor yang mempraktikkan seni visual untuk tujuan pendidikan
dan komersial. Beliau mendapat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

(Kepujian) Seni Halus serta Ijazah Sarjana Seni Lukis & Seni Reka
(Sejarah Seni dan Pengurusan Kebudayaan) dari Universiti Teknologi

MARA dan kemudiannya berkhidmat sebagai Penolong Kurator di
Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah selama 7 tahun. Selepas itu, beliau
menerima tawaran sebagai pensyarah tetap di Universiti Malaysia

Kelantan pada tahun 2015 dalam bidang Teknologi Kreatif dan
berkhidmat sehingga kini.

Emel: [email protected]
Facebook: Nadya A. Kamal
Instagram: Nadya_a.kamal

Wan Hairuddin dilahirkan di Kuala Lipis Pahang, merupakan Pelukis
sepenuh masa. Sebelum ini beliau adalah Juruteknik telekomunikasi
di Maxis Bhd dan pernah berkerja di Sapura Secured Technology
Wangsa Maju. Beliau mula aktif sejak 2014 dengan mengguna
medium pensil dan cat air sehingga kini dan telah menyertai
pelbagai pameran lukisan secara berkumpulan di dalam negara.
Beliau juga merupakan pelukis yang aktif di Artist’s Corner di
Amcorp Mall. Beliau adalah ahli Koperasi Pelukis-Pelukis Negara
Berhad (KPNB) dan ahli Bersekutu Persatuan Pengiat Seni Lukis
Kelantan (PELUKIS).

Emel: [email protected]
Wan Hairuddin Wan Yaacob Facebook: WanHairuddinWanYaacob

Instagram: wanhairuddinwanyaacob

Lakar Lukis | 46

Lakar Lukis


Click to View FlipBook Version